1. Whatsapp mempunyai kehadiran mudah alih lebih banyak dari Facebook.
Berbanding Facebook, Whatsapp kini mempunyai 419 juta pengguna aktif di
seluruh dunia berbanding Facebook iaitu hanya 145 juta.
2. Data.
Whatsapp menyimpan nombor telefon, nama, emel, log sembang dan banyak
lagi data yang sebenarnya lebih bernilai daripada sejumlah USD16 bilion
yang ditawarkan bagi membeli Whatsapp.
3. Mahu kalahkan Google.
Sebelum ini, Google menawarkan angka USD10 bilion untuk membeli Whatsapp
tetapi ia ditolak, tidak mustahil, tawaran baru akan dikemukakan dengan
senang. Jadi sebelum Google berbuat demikian, lebih baik Facebook
membelinya.
4. Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg memang mengidamkan
industri mudah alih, namun aplikasi yang ditawarkannya melalui Facebook
Messenger agak lambat untuk mendapatkan pengguna aktif berbanding
Whatsapp. Cara mudah, beli saja aplikasi sedia ada yang telah terbukti
popular.
5. Masa depan internet bukan terletak pada desktop, tetapi
pada pemakaian gajet mudah alih. Peluang mengembangkan aktiviti
pengiklanan kini bukan hanya boleh dimasukkan dalam Facebook, tetapi
lebih meluas. Kini Zuckerberg boleh menjual iklan lebih banyak dengan
harga lebih tinggi.
6. Mengejutkan apabila lebih 400 juta foto
dihantar dan dimuat turun dalam Whatsapp setiap hari. Facebook pula
hanya 350 juta foto. Instagram yang dibeli Facebook pula hanya 55 juta.
Jika dicampur kedua-duanya, hanya lebih 5 juta saja. Ia jelas
menunjukkan Whatsapp sebagai platform yang bernilai tinggi.
7.
Laporan Delooitte 2013 jelas menunjukkan jumlah SMS semakin berkurang
dari tahun ke tahun dengan kadar penurunan 5 bilion kepada 140 bilion
dengan pilihan kini beralih kepada aplikasi mesej pantas (IM) yang
bertambah kepada 300 bilion setahun.
8. Kos operasi lebih murah.
Bayangkan Whatsapp kini hanya mempunyai 55 pekerja dan jika kosnya hanya
USD100,000 setiap pekerja setahun, Facebook hanya perlu membelanjakan
kira-kira USD5.5 juta setahun. Dengan kos keuntungan dijangka RM1 bilion
setahun, Facebook masih mampu membuat untung berlipat-lipat ganda
meskipun ratusan staf ditambah.
9. Naikkan nilai saham Facebook.
Meskipun selepas pengumuman, nilai saham susut 3.4 peratus, untuk jangka
masa panjang, ia dijangka menambahkan lagi nilai IPO apabila industri
permesejan sangat diperlukan pada masa sekarang dan masa depan.
10. Mark Zuckerberg banyak duit!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan