Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia berkata, tawaran bagi menampar Ahli
Parlimen Seputeh, Teresa Kok kini dinaikkan daripada RM500 ke RM1,200
kerana pemimpin DAP itu dikatakan kurang ajar dan mencabar kedudukan
orang Melayu.
Menurut Seketariat Majlis Permuafakatan Ummah Malaysia, Zulkfli Sharif,
tawaran dibuat itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia agar
penghinaan yang seringkali dibuat Kok menerima pembalasan.
"Tawaran ini terbuka kepada semua. Maksudnya, siapa sahaja yang dapat
menampar Teresa Kok dengan disertakan gambar sebagai bukti, kita akan
beri ganjaran sebanyak RM1,200," kata Zulkifli kepada The Malaysian
Insider apabila dihubungi di Kuala Lumpur.
"Pada mulanya memang kita hanya tawarkan RM500, namun ganjaran itu dinaikkan sebanyak RM1200 hasil sumbangan ahli kita."
Beliau juga tidak menolak kemungkinan jumlah ganjaran tersebut akan
meningkat sekiranya ada lagi individu menampilkan diri memberi
sumbangan.
Tambahnya, gerakan itu juga tidak menetapkan sebarang tarikh tamat kepada peserta yang ingin menyertai pertandingan tersebut.
"Kita tidak ada tarikh tamat, bila-bila masa sahaja sehingga isu ini
reda dan bagi siapa yang berjaya mendapatkan gambar bukti tampar
pemimpin tersebut maka boleh hantar ke pejabat kita," katanya.
Terdahulu kira-kira 50 individu menggelarkan diri mereka, “Majlis
Jemaah NGO Islam Malaysia” bertindak menyembelih dua ekor ayam dan
melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin Cina DAP
dan PKR sebagai bantahan terhadap penghinaan pemimpin berkenaan kepada
majoriti masyarakat Melayu beragama Islam.
Pemimpin yang wajahnya terdapat pada kain rentang itu adalah Kok, Ahli
Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan
Eng dari DAP dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk Lee
Khai Loon dari PKR.
Perhimpunan yang dinamakan "Bantahan penghinaan terhadap kepimpinan
Melayu, Yang di-Pertuan Agong, dan agama Islam serta maruah Melayu” oleh
segelintir ahli politik yang didakwa cauvinis Cina diadakan berhampiran
Jalan Tun Perak berdekatan Puduraya, Kuala Lumpur petang ini.
Antara sepanduk yang dinaikkan adalah gambar wajah Kok berbadan ayam
selain tulisan berbunyi "Reward atau ganjaran RM500, menghina Islam,
azan sembahyang, mencaci Melayu (Melayu sial) tampar dan amik gambar
sebagai bukti siapa cepat dia dapat hanya seorang pemenang sahaja."
Setiausaha Agung Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia itu
berkata, tindakan mereka itu juga turut disokong kaum Cina lain yang
menentang perbuatan pemimpin DAP itu.
"Beliau ialah rakan kita Sunny Goh iaitu Pengerusi Perhubungan Hal
Ehwal Masyarakat Cina bagi Pertubuhan Kebajikan Insan Bakti Malaysia
(Perkib). Beliau juga tidak suka dengan perbuatan pemimpin pembangkang
yang sebangsa dengannya," katanya.
Zulkifli berkata lagi, beliau tidak takut sekiranya Kok membuat laporan
polis ke atas pertubuhannya sambil menggesa pihak berkuasa juga
mengambil tindakan ke atas perbuatan biadap ahli Parlimen itu.
"Kita serius dengan tawaran ini, tidak main-main. Ini adalah akibat
kerana mulut celupar beliau. Kita mahu beri amaran supaya kelak ahli
Parlimen itu lebih berhati-hati dalam perbuatannya dan polis kena siasat
betul jangan kerana beliau ahli Parlimen maka dilepaskan," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan