Khamis, 17 April 2014

Karpal Singh mati kemalangan

Tarikh kejadian: 17hb April 2014
Waktu kejadian: 1.30 awal pagi
Tempat kejadian: Kilometer 305, Lebuh Raya Utara Selatan.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 305, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke utara berdekatan Tapah, Perak kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.

Berdasarkan laporan Perak Today, Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bagi menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.

Turut terkorban ialah pembantu beliau, Michael Cornandez. Bagaimanapun, pemandu kenderaan, pembantu rumah serta anak beliau, Ram terselamat.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dalam Twitternya mendapat pengesahan mengenai perkara itu daripada anak mendiang, Gobind Singh Deo.

Beberapa pemimpin PKR lain juga memuatkan status yang sama.--MalaysiaGazette

2.
KEADILAN merakamkan ucapan takziah buat keluarga Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor dan mantan Pengerusi Kebangsaan DAP yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya jam 1.30 pagi tadi. 

Turut terkorban dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan itu, pembantu beliau, Michael Cornelius.

KEADILAN turut memanjangkan ucapan takziah kepada rakan-rakan seperjuangan dalam DAP yang kehilangan seorang pemimpin yang cukup hebat, disayangi kawan dan disegani lawan.

“Semoga jasa YB Karpal sebagai pejuang hak asasi, peguam yang sentiasa mempertahankan Perlembagaan, dan pemimpin yang berprinsip dan berintegriti sentiasa menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk terus melakukan perubahan demi Malaysia yang lebih baik dan lebih adil untuk semua,” kata Pengarah Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan pagi ini.

Mengikut Roketkini, jurucakap polis memberitahu, kenderaan dinaiki Karpal dan pembantu merempuh sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat di kilometer 301.6 arah utara. Karpal dan pembantu mati di tempat kejadian akibat cedera parah. Manakala anaknya Ram Karpal dilaporkan cedera parah.

Karpal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes mahkamah.
Karpal, 74, dikenali dengan gelaran Harimau Jelutong kerana ketegasannya dan sikap lantang memberi hujah serta pandangan di Parlimen, selain kehandalannya sebagai seorang peguam terkenal.

Karpal baru sahaja meletakkan jawatan Pengerusi Kebangsaan DAP akibat mematuhi peruntukan Akta Pertubuhan yang menghalang beliau memegang jawatan setelah disabitkan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 11 Mac lalu.

Beliau meninggalkan seorang balu dan lima anak termasuk Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Adun Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo.

Karpal dilahirkan di George Town, Pulau Pinang pada 28 Jun 1940 dan menerima pendidikan awal di St Xavier’s Institution sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS).

Beliau menyertai profesyen peguam pada tahun 1969 sebelum menyertai DAP pada tahun berikutnya. Karpal memenangi kerusi Parlimen Jelutong pada tahun 1978 dan kekal di kerusi tersebut sehingga tahun 1999. Beliau juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Ops Lalang pada Oktober 1987.

Sebagai seorang peguam, Karpal telah muncul dalam banyak kes berprofil tinggi, termasuk menjadi peguambela utama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

3.
IPOH, 17 APR: Pemimpin veteran DAP Karpal Singh meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya di Lebuhraya Utara Selatan awal pagi tadi.

Jurucakap polis memberitahu kenderaannya merempuh sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat di kilometer 301.6 arah Utara. Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

Karpal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes mahkamah. Pembantunya, Michael Cornelius turut terkorban manakala anaknya Ram Karpal dilaporkan cedera.

Karpal, 74 tahun dikenali dengan gelaran Harimau Jelutong kerana ketegasannya dan sikap lantang memberi hujah serta pandangan di Parlimen, selain kehandalannya sebagai seorang peguam terkenal.

Karpal baru sahaja meletakkan jawatan Pengerusi Kebangsaan DAP akibat mematuhi peruntukan Akta Pertubuhan yang menghalang beliau memegang jawatan setelah disabitkan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 11 Mac lalu.

Beliau meninggalkan seorang balu dan lima orang anak termasuk Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo.

Karpal dilahirkan di George Town, Pulau Pinang pada 28 Jun 1940 dan menerima pendidikan awal di St Xavier’s Institution sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS).

Beliau menyertai profesyen peguam pada tahun 1969 sebelum menyertai DAP pada tahun berikutnya.

Karpal memenangi kerusi Parlimen Jelutong pada tahun 1978 dan kekal di kerusi tersebut sehingga tahun 1999. Beliau juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Ops Lalang pada Oktober 1987.

Sebagai seorang peguam, Karpal telah muncul dalam banyak kes berprofil tinggi, termasuk menjadi peguambela utama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia kehilangan seorang negarawan ulung. Terima kasih Saudara Karpal. Berehatlah dengan tenang. – Roketkini.com

4.
Penasihat DAP, Karpal Singh maut setelah terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Gua Tempurung di Kampar, Khamis.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu meninggal dunia apabila kereta jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar bahagian tepi sebuah lori di KM301.6 menghala arah utara kira-kira jam 12.40 pagi.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintendent Ng Kang Soon berkata, Karplal Singh, 74, dan pembantu peribadinya Michael Cornelius, 40-an, maut di tempat kejadian.

Sementara itu, pembantu Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki Karpal, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan itu.

“Siasatan awal polis mendapati kenderaan MPV putih yang membawa lima penumpang termasuk Karpal Singh, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan apabila tiba di kawasan kejadian dan melanggar bahagian kanan lori yang bergerak di sebelah kiri laluan,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya, lori lima tan yang membawa muatan berat; simen, besi dan mozek itu bergerak perlahan kerana mendaki bukit dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit.

Ng berkata semua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Operasi menyelamat semua mangsa kemalangan dibantu anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, katanya.

Karpal Singh pernah terlibat dalam kemalangan kereta pada 2005 yang menyebabkan beliau lumpuh dan berkerusi roda.

Karier politik beliau bermula tahun 1970 apabila menyertai parti pembangkang, DAP. Beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah pada 1974.

Ahli politik yang berkelulusan jurusan undang-undang dari University of Singapore, bertanding sebagai ahli Parlimen pada tahun 1978.

Dia memegang kerusi Parlimen Jelutong, Pulau Pinang, lebih 20 tahun sehingga beliau kalah pada 1999. Beliau kembali ke Parlimen pada 2008 selepas memenangi Pilihanraya Umum 2008.

Oleh kerana lantang ketika memberi hujah dan ucapan di Dewan Rakyat, beliau diberi jolokan “Harimau Jelutong. - The Rakyat Post 

5.
Karpal Mahu Bertolak Malam Untuk Persiapan Kes Mahkamah - Gobind 
 
IPOH: Karpal Singh diceritakan berkeras untuk bertolak ke Pulau Pinang pada waktu malam supaya beliau boleh membuat persiapan untuk kes mahkamah pada Khamis, kata anaknya,Gobind Singh Deo.
"Saya bertemu dengannya buat kali terakhir di Hospital Pantai, Bangsar kerana saya sedang mendapatkan rawatan di sana ketika itu.

"Kami berbual sekejap saja dan ketika itu beliau memperkatakan banyak perkara selain berkata akan berbincangkan mengenainya kemudian," kata Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong.

Gobind berkata, bagaimanapun pada pukul 2.15 pagi Khamis, beliau menerima panggilan telefon daripada isterinya mengenai insiden tersebut.

"Isteri saya ingin mendapatkan pengesahan dan selepas itu kami bergegas ke Kampar.

"Kami sempat melihat mayatnya dan Michael yang merupakan penjaganya, dia (Karpal) duduk di kerusi belakang di dalam kenderaan itu," katanya.

Gobind berkata, adiknya, Ramkarpal dan pemandu, C Selvam yang turut berada di dalam kenderaan berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan.

Pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia antara yang turut cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak.

Gobind berkata, beliau akan mengumumkan tarikh pengebumian bapanya dalam tempoh terdekat.

"Ramai rakan dan ahli keluarga yang berada di luar negara mahu pulang dan memberikan penghormatan terakhir di rumah kami di Jalan Utama, Pulau Pinang.

"Kami merancang untuk melakukan pengebumian pada petang Sabtu atau pagi Ahad bagi memberi peluang kepada mereka yang akan hadir dari jauh mengatur perjalanan," katanya. - Mstar

6.

Karpal maut dalam nahas dekat Kampar
 
Ahli parlimen Bukit Gelugor dan peguam kanan Karpal Singh maut dalam kemalangan di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara dekat Kampar awal pagi ini.
 
Pembantu peribadi beliau,  Michael Cornelius Selvam Vellu, 39, turut maut dalam kemalangan itu yang membabitkan kenderaan serbaguna (MPV) yang dinaiki mereka dengan sebuah lori dalam perjalanan menuju utara berhampiran Gua Tempurung.

Anaknya Ram Karpal dan pemandu kereta itu dilaporkan cedera.
 
Gambar di kawasan kemalangan menunjukkan kenderaan yang dinaiki Karpal rosak teruk.

Anak Karpal - Gobind Singh Deo (kiri) yang juga MP Puchong - memberitahu The Star bahawa bapanya meninggal dunia di tempat kejadian.

"Adik saya Ram cedera ringan tetapi kita cuba untuk menghubunginya, katanya ketika dihubungi The Star pada jam 3.30 pagi.
 
Seorang jurucakap polis memberitahu Malaysiakini kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Alphard tersebut merempuh lori yang menukar laluan tanpa memberi isyarat.
 
Karpal, 74, menjadi lumpuh dan menggunakan kerusi roda selepas terbabit dalam satu kemalangan pada 2005.

Ahli politik lantang ini mendapat ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelum bertanding kerusi Parlimen pada tahun 1978.
 
Perkhidmatan lama beliau sebagai MP Jelutong sebelum ini serta ucapan berapi di Dewan Rakyat menyebabkan beliau digelar 'Harimau Jelutong'.
 
Karpal melepaskan jawatan Pengerusi DAP baru-baru ini selepas
didapati bersalah dalam kes hasutan.
 
Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah melalui laman sosial twitter.
 
"Saya baru mendarat di Ankara (Turki) apabila mendapat khabar YB Karpal terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Takziah kepada keluarga beliau," tulis twit tersebut.

Sementara itu, Bernama memetik Ketua Polis Daerah Kampar Supt
Ng Kong Soon berkata Karpal dan Cornelius, 40-an, maut di tempat kejadian.
  
Selain itu, katanya, pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki Karpal, Ramkarpal Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV, C Selvan, 27, yang merupakan warga India, tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 1.10 pagi itu.

Menurutnya, pemandu lori Abu Mansor Mohd, 45, dari Petaling Jaya
mengalami cedera ringan manakala dua penumpang kenderaan itu, Nur Azlina Ahmad, 23 dan seorang kanak-kanak perempuan, Nurieman Diana Qhaleesha Abdullah, 4, tidak cedera.
  
"Siasatan awal polis mendapati kenderaan MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih yang membawa lima penumpang termasuk Karpal Singh, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan apabila tiba di kawasan kejadian dan melanggar bahagian kanan lori yang sedang bergerak di sebelah kiri
laluan itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ketika kejadian itu, katanya, Karpal duduk di bahagian hadapan sebelah pemandu manakala Michael di tempat duduk belakang Karpal.
  
Beliau berkata lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek itu dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara itu memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit.

Ng berkata akibat rempuhan itu, kenderaan Toyota Alphard berkenaan mengalami rosak teruk di bahagian hadapan sebelah kiri manakala lori rosak di bahagian belakang sebelah kanan.
  
"Semakan ke atas kenderaan MPV itu mendapati, ia mempunyai 29 rekod kesalahan lalulintas iaitu pandu laju dan 15 saman masih belum dijelaskan," katanya.
  
Menurut Ng, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk bedah siasat manakala pembantu rumah berkenaan menerima rawatan di hospital sama.
  
Operasi mengeluarkan kesemua mangsa turut dibantu anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, katanya.
  
Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta
Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat mendiang Karpal dan Michael tiba di hospital besar Ipoh pada jam 7.20 pagi.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (kanan) dan timbalannya, Mohd Rashid Hasnon, dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin turut berada di sana.

Mereka mengucapkan takziah kepada anak Karpal - Gobind dan Jagdeep. Isteri Karpal kelihatan menangis, manakala saudara mara cuba menghalang gambar diambil. Mayat dihantar untuk bedah siasat.

Gobind berkata keluarganya menjangka bedah siasat itu selesai pada jam 10.30 pagi, selepas itu mereka akan membawa mayat pulang ke rumah keluarga mereka di Pulau Pinang sebelum jam 1 tengahari.

Menurutnya, beliau dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada jam 2.15 pagi, dan beliau serta isterinya, terus bergegas ke tempat kejadian. Gobind dan ibunya, Gurmit Kaur, sempat melihat mayat Karpal.

Upacara pengebumian ahli politik veteran itu dijangka dijalankan sama ada pada petang Sabtu atau pagi hari Ahad, katanya.

"Mendiang mempunyai keluarga dan rakan-rakan di luar negara dan kami menunggu mereka pulang untuk pengebumiannya," katanya.

"Mayat mendiang akan ditempatkan di rumah keluarga kami di Jalan Utama (Pulau Pinang )," katanya.

Gobind berkata Ram, yang mengalami lebam-lebam sedikit, berada dalam keadaan baik.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas sokongan mereka dan berharap mereka memberi keluarganya privasi.

Menurutnya, mereka akan memaklumkan kepada orang ramai mengenai perkembangan terkini.

Pada kira-kira jam 8.30 pagi, seorang lelaki yang dipercayai pemandu Karpal, Selvam, dilihat menghampiri jabatan forensik di hospital. Dia menangis teresak-esak tetapi beberapa orang membawanya pergi dari situ.

Difahamkan mayat mendiang Karpal akan dibakar di dewan pembakaran Sikh pada jam 11 pagi hari Ahad.
 

Tiada ulasan: