Ahad, 30 November 2014

Jangan Pertikai Lagi Hak Melayu, Raja Dan Agama Islam – Najib

KUALA LUMPUR, 29 Nov – Perhimpunan Agung UMNO  2014, berakhir dengan mesej tegas dan lantang Presiden UMNO bahawa hak keistimewaan orang Melayu, Raja dan agama Islam yang termaktub dalam perlembagaan negara, tidak boleh dipertikaikan lagi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata seluruh rakyat Malaysia perlu berhenti berbalah mengenai perkara berkenaan, sebaliknya memberi tumpuan penuh kepada usaha memajukan negara.

“Kebebasan pun ada had. Kebebasan bukan mutlak. Tak boleh hina agama Islam, tak boleh cabar hak istimewa Melayu, tak boleh persoal sistem Raja-Raja Melayu, askar Melayu dan kita jaga kepentingan kaum lain.

Jakim sahkan Cadbury Malaysia halal

Walaupun Cadbury Malaysia telah disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) beberapa bulan lalu, kami masih menerima pertanyaan daripada masyarakat beragama Islam dan pihak peruncit mengenai status Halal coklat Cadbury.

JAKIM ingin mengesahkan bahawa Cadbury Malaysia adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal yang sah sejak tahun 2004 hingga kini. 

Jabatan Kimia Malaysia telah menguji produk tersebut dan Jakim telah menjalankan siasatan penuh sepertimana yang ditetapkan di dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

Veena dihukum penjara 26 tahun menghina Nabi Muhammad S.A.W

Veena Malik artis terkenal Bollywood kelahiran Pakistan telah dihukum penjara selama 26 Tahun oleh sebuah mahkamah di Pakistan setelah didapati bersalah menghina Nabi Muhammad.  

Veena didakwa menghina Nabi Muhammad dalam satu program televisyen dengan mengubal semula perkahwinannya dengan suaminya berdasarkan perkahwinan puteri Nabi Muhammad S.A.W. manakala lagu agama lain dimainkan sebagai muzik latar menurut perbicaraan di mahkamah tersebut.

Khamis, 27 November 2014

Ucapan Dasar Presiden UMNO



Ucapan Dasar Presiden UMNO Sempena Perhimpunan Agung UMNO Kali ke-65 Tahun 2014

Ucapan Dasar Presiden UMNO
YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Sempena Perhimpunan Agung UMNO
Kali ke-65 Tahun 2014

SOLIDARITI MELAYU DAN BUMIPUTERA,
SOLIDARITI UMNO, SOLIDARITI MALAYSIA.

Bismillahhirrahmanirrahim,
Alhamdulillahirabbil’alamin. Wabihi Nasta’in. Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad Wa’ala A-li Saidina Muhammad.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam 1Malaysia,
Yang Berbahagia Tan Sri Pengerusi Tetap,
Yang Berbahagia Tan Sri Timbalan Pengerusi Tetap,
YAB Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden,
Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri,
Barisan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi, 
Pimpinan Parti-Parti Komponen,
Yang Amat Berbahagia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi,
Dif-Dif Kehormat,
Seterusnya Saudara Rakan-Rakan Seperjuangan dalam Parti UMNO yang berkeramat ini.

1.          Pagi ini merupakan kali ke-6, saya berdiri di hadapan para perwakilan serta para tetamu sebagai Presiden. Saya merujuk juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang sedang menonton di kaca-kaca televisyen dan mendengar di corong-corong radio.

2.          Termasuklah sebahagian besar generasi Y, yang mengikuti Persidangan Agung UMNO ini.

3.          Apatah lagi pada saudara sekalian, barisan pimpinan di atas pentas, para perwakilan yang sedang duduk dan berdiri di bawah serta yang di atas sana, pimpinan mahasiswa tempatan, perwakilan-perwakilan UMNO luar negara, tidak dilupakan adik kakak, pakcik makcik, yang sedang mengamati layar besar di luar dewan ini.

Ucapan Penuh Ketua Wanita UMNO

UCAPAN PENUH KETUA WANITA UMNO BERTAJUK WANITA UMNO ; SRIKANDI NEGARA
 
Alhamdulillah dengan IzinNYA kita terus dikurniakan kesihatan, keberkatan dan kesempatan untuk menghadiri Perhimpunan Agong Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Tahun 2014.  Di sini kita berakur janji kepada parti demi mengangkat kesucian Agama, kemuliaan Bangsa dan kesejahteraan Negara.  

Bagi pihak barisan kepimpinan tertinggi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, saya mengalu-alukan kehadiran 955 orang perwakilan wanita dari 191 bahagian seluruh Negara ke perhimpunan ini.  Tahniah dan syabas saya ucapkan!.  Puan-puan adalah wakil dan perutusan kepada 1,330,926 (satu juta tiga ratus tiga puluh ribu sembilan ratus dua puluh enam) ahli Wanita UMNO menunaikan tanggungjawab seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan UMNO.  Puan-puan jugalah pembawa suara akar umbi dan obor harapan rakyat.
 
Selagi nadi masih berdenyut, selagi siang berganti malam, selagi langit tegak dijunjung selagi itulah perjuangan Wanita UMNO akan terus beristiqamah menggenggam teras Bersatu, Bersetia, Berkhidmat. Ayuh wanita, kita eratkan tali sillaturrahim, bermuafakat, berpakat, bersatu, melangkah seirama waima kita datang dari kali berbeza, namun pastinya pertemuan kita di muara yang sama.

SRIKANDI NEGARA    

Ucapan Dasar Khairy Jamaluddin

UCAPAN DASAR
KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR
KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA
SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG
PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA 2014
26 NOVEMBER 2014, 8.30 PAGI, DEWAN TUN HUSSEIN ONN, PWTC

“MELAYU”

Yang Berbahagia Dato’ Pengerusi Tetap
Yang Berbahagia Saudara Timbalan Pengerusi Tetap
Wakil-wakil Majlis Tertinggi
Yang Berbahagia Saudara Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Ahli-ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Ketua-ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri
Para Perwakilan dan Pemerhati

Perahu dikatup dengan daun
Penuh sarat berisi lokan
Kalau hidup seratus tahun
Sepanjang hayat Pemuda berkorban

Sampan kotak mengapa dikayuh
Hendak belayar ke tanah seberang
Patah kepak bertongkat paruh
Pantang menyerah di tengah gelanggang

1)            Berdiri saya di hadapan anda pagi ini – menyirat semula nirmala perjuangan parti, menginsafi amanah yang diberi, mensyukuri rentetan pengorbanan tokoh-tokoh UMNO sebelum ini.

2)            Alhamdullilah, mari kita zahirkan rasa syukur ke hadrat Tuhan Rabbul Izzati,  yang maha pengampun lagi maha mengasihani. Kerana dengan zat limpah kurnia yang diberi, seperti tradisi tahun-tahun sebelumnya, dapat kita berkumpul semula dalam dewan yang gemilang ini. Juga selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat.

Rabu, 19 November 2014

Makna di sebalik warna air kencing


Warna air kencing seringkali digunakan sebagai satu alat untuk diagnos pesakit...Semua manusia normal akan kencing kan ?Warna ,bau ,dan ketumpatan air kencing kita boleh memberi pelbagai tanda...

Disini disertakan warna air kencing dan apa tandanya kepada seseorang !!!


Tidak Berwarna atau Lutsinar - Anda meminum terlalu banyak air...


Menyayat hati: Kahwin dengan teman wanita yang sudah meninggal dunia


Kisah cinta tragis dari Thailand ini berlaku pada tahun 2012. Seorang lelaki mengambil keputusan untuk meneruskan perkahwinan dia dan teman wanitanya yang telah dirancang, walaupun teman wanitanya telah meninggal dunia dalam kemalangan kereta sehari sebelum majlis perkahwinan mereka. 

Sarinya Kamsook 29-tahun dan teman lelakinya berusia 28 tahun, Chadil Deffy, merancang untuk berkahwin tahun itu. Perkahwinan dianggap acara yang paling istimewa dalam hidup seorang wanita dan ianya tidak berbeza untuk Sarinya. 

Dia tidak bersabar menghitung hari untuk perkahwinan ini apabila dia akhirnya akan berkata 'I do', bersama-sama dengan teman lelaki yang dicintai dalam hidupnya, namun tidak menyebelahi pasangan muda itu. 

Selasa, 18 November 2014

Apa dah jadi adik MB Selangor ni?


Azwan Ali Berhijab 1

Pengguna laman sosial pada ketika ni gempar dengan pemakaian Azwan Ali yang memakai hijab seolah menyerupai fesyen artis tempatan terkenal iaitu Yuna.

Foto itu dipercayai dimuat naik menerusi Instagram rasmi Azwan Ali dan mendapat kencaman serta kritikan hebat oleh peminat.

Tinjaun SuaraTV mendapati, punca Azwan Ali berpakaian perempuan mungkin disebabkan keputusan Makhamah Rayuan yang membenarkan lelaki muslim berpakaian wanita dinegara ini.

Azwan Ali Berhijab 2

Terdahulu, Makhamah Rayuan memutuskan bahawa lelaki transgender islam kini boleh berpakaian wanita atas dasar kebebasan asasi rakyat Malaysia seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan persekutuan. 

Alat pancung kepala untuk hudud Kelantan

Inilah Alat “Memancung” Yang Dicadangkan Untuk Hudud Kelantan
 
KOTA BHARU: Gilotin, peralatan yang digunakan untuk memotong kepala Raja Perancis Louis XVI dan permaisurinya Marie Antoinette ketika zaman Revolusi Perancis 1793 dijangka akan digunakan di Kelantan.

Jawatankuasa Teknikal Hudud negeri itu dikatakan menghadapi kesukaran untuk mencari kaedah paling sesuai untuk memotong anggota badan seseorang yang disabitkan kesalahan mencuri dan mini gilotin ini menjadi pilihan.

Pengerusinya, Datuk Mohd Amar berkata, beliau mungkin akan mencadangkan kepada ahli panel agar menggunakan mesin  yang tidak memerlukan pakar bedah mengendalikannya.

Isnin, 17 November 2014

G20: Harga bilik hotel pemimpin dunia!

 
BRISBANE – Persidangan kemuncak 20 negara berpengaruh di dunia, G20 yang berakhir semalam bukan setakat jadi tumpuan sehingga menyebabkan kawalan keselamatan paling ketat dalam sejarah Australia ekoran ancaman militan IS dan aktivis antikapitalis Barat.

Malah ia menyaksikan jurang layanan ibarat antara dua darjat dalam kalangan pemimpin kuasa besar dengan beberapa negara kurang terkenal apabila ketua kerajaan tertentu dilaporkan menginap di hotel paling mahal dan sebilangan di hotel gred biasa.

Orang No.1 Amerika Syarikat (AS), Barack Obama diberi layanan amat istimewa dan sudah tentu kawalan keselamatan sangat ketat sesuai dengan tarafnya sebagai manusia paling berkuasa di dunia apabila tinggal di Hotel Marriott yang sewa semalam A$2,449 (RM7,190).

Ahad, 16 November 2014

Gereja anjur solat untuk orang Islam

Sebahagian orang Islam yang sedang solat dalam gereja kebangsaan Washington
Sebahagian orang Islam yang sedang solat dalam gereja kebangsaan Washington

WASHINGTON DC – Gereja kebangsaan Washington telah menganjurkan majlis solat untuk orang Islam semalam dan ia merupakan yang pertama kali diadakan di negara Amerika Syarikat (AS) itu.

Pihak penganjur berkata, perhimpunan umat Islam di gereja itu untuk mengerjakan solat dilihat sebagai suatu tanda yang penuh simbolik.

Sabtu, 15 November 2014

Russia dakwa MH17 ditembak jet pejuang... ini saat-saat akhirnya


Televisyen Rusia  awal pagi Sabtu (waktu Malaysia) menyiarkan "imej satelit" yang didakwa menunjukkan pesawat MAS MH17 yang didakwa ditembak jatuh oleh jet pejuang menjelang sidang Kemuncak Ekonomi G20 di Australia Sabtu.

Dakwaan Rusia ini bertentangan dengan kesimpulan awal pasukan penyiasat blok Barat terhadap MH17 bahawa ianya jatuh selepas ditembak peluru berpandu darat ke udara.

TV Rusia yang menyiarkan imej tersebut Channel One melaporkan ianya diambil beberapa ketika sebelum pesawat membawa 298 penumpang dan anak kapal itu terhempas di timur Ukraine, pada 17 Julai.

Tian Chua bebas tuduhan menghasut isu pencerobohan Lahad Datu

Chua Tian Chang
Chua Tian Chang

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini melepaskan dan membebaskan anggota Parlimen Batu Tian Chua daripada pertuduhan menghasut berhubung kenyataannya berkaitan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, tahun lalu.

Hakim Norsharidah Awang membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 50, pada akhir kes pendakwaan.

“Selepas meneliti segala hujahan dan keterangan saksi, mahkamah melepaskan dan membebaskan tertuduh tanpa dipanggil bela diri,” katanya.

Selangor pulangkan semula Bible

Gambar di majlis penyerahan Bible versi Bahasa Melayu di Istana Alam Shah Klang yang disiarkan di twitter MB Selangor, Mohamed Azmin Ali
Majlis penyerahan Bible versi Bahasa Melayu di Istana Alam Shah Klang yang disiarkan di twitter MB Selangor, Mohamed Azmin Ali

KLANG – Kerajaan Selangor menyerahkan semula kitab Bible yang dirampas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM), awal tahun ini.

Kitab untuk penganut Kristian itu, diserahkan semula pada satu majlis yang berlangsung di Istana Alam Shah, Klang pagi ini yang turut disaksikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Kitab berkenaan bagaimanapun hanya boleh digunakan oleh penganut Kristian di Sarawak.
Azmin dalam pos Twitter turut berkongsi gambar majlis itu dan menjelaskan ia salah satu penyelesaian yang dipersetujui semua pihak.

Turut kelihatan dalam gambar pada majlis itu ialah Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid
Pada 2 Januari lalu, JAIS merampas kira-kira 300 kitab Bible versi bahasa Melayu selepas menyerbu pejabat PBM di Damansara.

Serbuan pada jam 1 tengah hari itu disertai lebih 20 pegawai JAIS dan beberapa anggota polis.

Jumaat, 14 November 2014

Kenapa not RM1000 dan RM500 dimansuhkan

 
 
Tun Dr Mahathir terpaksa mansuhkan wang kertas not RM1000 dan not RM500 ketika era pemerintahannya kerana setelah siasatan BNM, hampir RM10 billion duit kertas not RM1000 telah dilarikan oleh Anwar Ibrahim ke luar negara ketika dia jadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Selepas Anwar tahu Tun Dr Mahathir tahu kisahnya, bermulalah komplot Anwar hendak menjatuhkan Dr Mahathir. 

Seorang demi seorang orang Dr Mahathir tumbang sebagai Ketua Bahagian. Tetapi negarawan ulung ini tidak mudah direbahkan.

Siapa Kamu Untuk Persoal ‘Tesis Ciplak’ – Idris Jusoh

Idris Jusoh

Putrajaya – Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata beliau difahamkan bahawa Universiti Malaysia Kelantan (UMK), telahpun memaklumkan kepada pihak Universiti Vienna, Austria dan tidak timbul sebarang isu plagiat seperti yang dilaporkan sebelum ini.


“UMK telah berhubung dengan universiti dimana pensyarah itu belajar dan universiti tersebut tidak mempunyai malsaha untuk mengiktiraf (kajian tesis tersebut).

“Universiti (Viena) faham apa yang berlaku (dan) perkara itu bukan plagiat dan bukan kita untuk menentukan, orang ramai tidak boleh menghukum beliau” katanya kepada pemberita selepas melancarkan fasa pertama lima Pusat Kompetensi ‘Big Data’ di sini Khamis.

Kota Bharu: OKU dibelasah disyaki mencuri


Lelaki OKU, 22, cedera dipukul penduduk kampung di Panji, Pengkalan Chepa 8.30 malam tadi
KOTA BHARU: Hati seorang ibu luluh dan sedih selepas anaknya dipukul oleh orang ramai kerana disyaki mencuri di kampung teluk di sini, malam Rabu.

Noraini Hassan, berkata beliau diberitahu kejadian itu pada pukul 10 malam oleh seorang jirannya dan terkejut kerana anaknya Mohd Shufri Mat Said yang mengalami kecacatan di bahagian kiri termasuk kaki dan tangan dipukul sehingga mendapatkan kecederaan serius.

Isu mak nyah: Hadi minta ahli PAS jangan langgar peraturan parti

Post Pic
 
KUALA LUMPUR:  Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran kepada ahli PAS supaya tidak melanggar dasar dan peraturan parti berhubung isu lelaki berpakaian seperti wanita dan sebaliknya, termasuk berkaitan golongan Mak Nyah.
 
Mereka yang mengambil pendirian bertentangan pendirian parti akan dibawa kepada Jawatankuasa Disiplin, kata Presiden PAS itu.
 
"PAS ada dasar. Saya beri peringatan kepada ahli PAS. Jangan terlajak lebih daripada dasar parti. Kalau terlajak, kita tidak teragak-agak membawa kepada Jawatankuasa Disiplin. Itu saya tegaskan," kata Hadi yang dipetik daripada Harakahdaily.

Isnin, 10 November 2014

Peniaga Singapura aniaya pelanggan, bayar duit guna syiling campak atas lantai

Posted on
MIss Zhou

SINGAPURA - Baru ini rakaman kejadian viral apabila seorang warga Vietnam dilaporkan terpaksa merayu untuk mendapatkan duit balik selepas di tipu oleh peniaga Mobile Air di Sim Lim Square.

Terbaru satu lagi klip video yang memaparkan peniaga yang sama berkelakuan tidak baik terhadap seorang pelancong China dengan memulangkan SG$1010 dalam bentuk 18 kg duit syiling termasuk 1 sen dan 5 sen dan SG$463 wang tunai pada 28 Oktober, baru-baru ini.

Mangsa, Miss Zhou menghabiskan masa 4 jam disitu untuk mengira kesemua duit syiling itu. Selesai mengira, pihak bank pula tidak mahu tukarkannya kepada duit kertas.

Kerana kejadian berkenaan kerajaan China telah memperingatkan rakyatnya supaya berhati-hati apabila membeli barangan elekronik di Singapura berikutan aduan membabitkan peniaga elektronik di negara itu.

Kementerian Luar China memuat naik notis dalam laman web rasminya Rabu lalu menjelaskan terdapat banyak laporan mengenai penipuan terhadap pelancong yang membeli telefon bimbit dan produk elektronik lain.

Saya Tidak Pernah Menipu – Chong Wei

Chong wei sedih

Datuk Lee Chong Wei terkejut selepas menerima surat memaklumkan gagal dalam ujian doping rawak kerana tidak pernah menipu sepanjang aksinya, katanya kepada bekas penulis sukan.

Chong Wei memberitahu kegusaran dan kebimbangannya kepada bekas penulis sukan akhbar Malay Mail Satwant Singh Dhaliwal semasa ujian sampel B dan selepas keputusan tersebut.

"Saya sangat kecewa dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

"Saya tidak pernah menipu atau cuba menipu. Perkara ini seperti panahan kilat kepada saya, memusnahkan segala usaha keras saya.

"Saya seorang yang berpegang teguh kepada kerja keras dan usaha untuk mencapai kejayaan dan dakwaan sebegitu membuat saya kelu dan tergamam," katanya kepada Dhaliwal.

Pemain nombor satu dunia itu mengakui sukar menerima keputusan tersebut.

"Lutut saya bergetar dan saya tidak boleh berdiri atau duduk selepas membaca surat memberitahu saya gagal dalam ujian doping," katanya.

Chong Wei melalui ujian doping rawak semasa Kejohanan Dunia di Copenhagen pada 30 Ogos lalu.

Beliau terbang ke Norway untuk menyaksikan sampel B itu dibuka di Oslo pada 5 November.

Awal hari ini, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerima pengesahan daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang mengesahkan kewujudan kandungan dexamethasone.

Bagaimanapun, BAM, memetik peraturan BWF, enggan mendedahkan nama pemain badminton tersebut.

Chong Wei berdepan penggantungan dua tahun jika didapati bersalah oleh panel BWF.

Dalam pada itu, beliau berkata isterinya Wong Mew Choo, yang juga bekas pemain badminton wanita negara menasihatkannyasupaya berehat dengan bercuti di luar negara bagi meredakan fikiran dan biar pihak berkuasa menyelesaikan isu tersebut.

"Menteri Belia dan Sukan mengambil tanggungjawab peribadi sepenuhnya dan saya bersyukur beliau membimbing saya dan menasihati bagaimana menangani isu ini," kata Chong Wei

Chong Wei mendedahkan dadah tersebut disuntik ke dalam badannya ada 18 Julai dan tidak mengetahui kesannya akan kekal sehingga Ogos.

"Saya melalui satu daripada ujian dalam pertandingan pada 15 Ogos dan saya bersih. Ia satu misteri mengapa bahan ini masih berada dalam badan saya pada 30 Ogos.

"Saya tidak pernah menipu dan juga bergantung kepada bahan-bahan yang diharamkan," katanya.

Menurut Chong Wei, segala ubat-ubatan, rekod rawatan dan makanan tambahan yang diambilnya dikawal rapi oleh pihak berkuasa perubatan.

Dhaliwal menulis jika Chong Wei digantung selama enam bulan bermakna pemain badminton negara itu akan kehilangan sebanyak 43,000 daripada 97,000 mata dalam ranking dan akan tergelincir ke kedudukan 15 hingga 18 menjelang Mac 2015.

Beliau juga menulis jika perkara tersebut tidak berpihak kepada Chong Wei, misinya untuk beraksi di Road to Rio dalam usaha meraih emas Olimpik pertama Malaysia hanya tinggal angan-angan.

Sabtu, 8 November 2014

Ciplak karya: Pensyarah UMK mengaku buat laporan polis terhadap Prof Abu Hassan

Abu Hassan hasbullah

Seorang pensyarah Univerisiti Malaysia Kelantan (UMK) mengaku membuat laporan polis berhubung ‘karya plagiat’ dalam tesis Phd yang sediakan oleh Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) UMK, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah.


Beliau turut menjelaskan laporan polis yang dibuat itu setelah melakukan kajian dan yakin dengan dakwaan tersebut.

“Hasil kajian dan penyelidikan, saya yakin seratus peratus tesis yang dilakukan oleh beliau (Prof Abu Hassan) itu merupakan hasil ‘ciplak’ daripada karya orang lain.

“Atas sebab itu saya membuat laporan polis berhubung salah laku tersebut” pensyarah yang enggan mendedahkan identitinya itu ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi.

Menurutnya laporan polis itu dibuat pada 1 November lalu di Balai Polis Bachok, Kelantan.

Dalam laporanya itu, beliau menjelaskan menemui bukti yang menunjukkan tesis Prof Dr Abu Hassan tidak sah untuk penilaian akademik kerana telah ‘diciplak’ dari sebuah buku yang ditulis oleh Viola Shafik bertajuk ‘Arab Cinema History And Cultural Identity’.

Menurutnya lagi Prof Dr Abu HAssan sebelum dilantik sebagai dekan di UMK, pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Malaya.

Portal SuaraTV sebelum ini mendedahkan mengenai salah laku yang dilakukan oleh seorang profesor dan penganalisis politik terkenal dari UMK yang berdepan dengan tuduhan plagiat ketika menyiapkan tesis kedoktoran di sebuah universti di luar negara.

Sehingga kini SuaraTV gagal menghubungi Prof Dr Abu Hassan bagi mendapatkan maklumbalas berhubung perkara ini dan akan terus mencuba berhubung dengan beliau untuk pengesahan.

Jumaat, 7 November 2014

7 sebab perlu kaya dan berjaya

❇1. Bila ibu bapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam Kelima iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat dan impian mereka? Tergamakkah kita berkata,  "aku pun tak ade duit"

❇2. Bila ibu bapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka?
Tergamakkah kita berkata, "aku pun tak cukup makan."

❇3. Bila ibu bapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil-bil klinik, hospital dan kos perubatan mereka? Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta-minta dari kita kerana mereka sangat memahami keadaan kita, tetapi kita memahamikah keadaan mereka.
Tergamakkah kita berkata, "aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni."

❇4. Bila ibu bapa anda bersedih kesunyian, tiada anak-anak datang menjenguk... siapa yang akan pulang menjenguk mereka, sedangkan anda asyik sibuk memberi alasan "SIBUK". Kesunyian ibu bapa kita dapatkah kita rasai? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai tak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi.
Tergamakkah kita berkata, "aku bukan tak nak balik, tapi tak dapat cuti."

❇5. Bila ibu bapa anda ditakdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya? Perhatikan wajah ibu bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka, adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan.
Tergamakkah kita berkata, "aku bukan tak nak balik tengok mak bapak aku masa dia sakit tempoh hari, tapi masa tu aku tengah sibuk sangat."

❇6. Bila ibu bapa anda sudah tidak mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? Ibu bapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban, bertungkus-lumus, bergolok-bergadai, tetapi bila tiba giliran kita dapatkah kita lakukan apa yang seharusnya kita lakukan demi SEORANG ibu/ayah? Benarlah, ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu/ayah.
Tergamakkah kita berkata, "aku sibuk, biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan."

❇7. Bila ibu bapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang alasan? Ketahuilah... walau apapun kita lakukan untuk ibu bapa kita, kita masih belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu ibu... setitik keringat ayah... apakah nilainya pada kita? Lupakah kita bagaimana ibu bapa kita membesarkan kita? Boleh kita bayangkan bersama-sama?... Sedarlah saudara/saudari berkhidmatlah untuk kedua ibu bapa kita sementara mereka masih hidup... sedarlah berapa hari lagi kita dapat melihat dan bersama ibu bapa kita kerana pengorbanan mereka sangat sangat besar pada kita...

Buktikan!!! Biarpun 100 orang, 1,000 orang, 10,000 orang nak tengok kita gagal, TETAPI ada dua ORANG YANG BENAR2 NAK TENGOK KITA BERJAYA IAITU IBU BAPA KITA.

Tunjukkanlah kejayaan sebelum mereka menghembuskan nafas dan menutup mata. Buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang sangat HEBAT! MAKA MARILAH KITA MENILAI DIRI SENDIRI....

 Al-Fatihah untuk Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda, untuk kedua ibu bapa kita, untuk diri kita, isteri kita dan anak-anak kita moga Allah merahmati mereka dan kita semua. Amiin Ya Rabbal A'lamin.

Pas Selangor marah pemimpinnya jumpa SIS


Susulan perjumpaan dan perbincangan beberapa pemimpin Pas termasuk dari Selangor dengan Sisters In Islam (SIS) di Damansara Height semalam, menimbulkan kemarahan pucuk pimpinan parti negeri itu.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad hari ini, menegaskan tindakan beberapa Ahli Parlimen Pas mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor terhadap SIS berkenaan liberalisme dan pluralisme bukan pendirian parti itu.

Katanya, laporan beberapa media mengatakan kumpulan yang mengadakan perjumpaan dengan SIS itu adalah pimpinan Pas Negeri Selangor adalah tidak benar.

“Terdapat media yang melaporkan, salah seorang dari mereka adalah Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor. Laporan ini sama sekali tidak benar dan Pas Selangor kesal dengan tindakan tidak profesional media tersebut.

Fatwa haram SIS, Pas bercanggah pendapat


Kehadiran dua pemimpin Pas pada perbincangan dengan kepimpinan tertinggi Sisters In Islam (SIS) di Bukit Damansara, Kuala Lumpur petang ini, menimbulkan tanda tanya mengenai pendirian parti berkenaan berhubung pengharaman pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Kelibat dua Ahli Parlimen dari Pas iaitu Abdul Khalid Samad (Shah Alam) dan Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar), secara tidak langsung membelakangkan sokongan Dewan Pemuda Pas Pusat dengan fatwa yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengharamkan SIS.

Perbincangan yang diadakan secara tertutup dan hanya beberapa wakil media pro-pembangkang sahaja dibenarkan berada dalam bilik itu, dikatakan antara usaha dua pemimpin Pas itu untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu fatwa mengharamkan NGO berkenaan.

Hati-hati nak beli belah di Singapura, majoriti peniaganya penipu

Peniaga Vietrnam

SINGAPURA - Pelancong dari negara China diberi peringatan agar berhati-hati apabila membeli barangan elekronik di Singapura berikutan aduan membabitkan peniaga elektronik di negara itu.

Kementerian Luar China memuat naik notis dalam laman web rasminya Rabu lalu menjelaskan terdapat banyak laporan mengenai penipuan terhadap pelancong yang membeli telefon bimbit dan produk elektronik lain.

Ini berlaku selepas laporan media mengenai penipuan peniaga di Sim Lim Square termasuk insiden seorang rakyat China yang dibayar ganti rugi sebanyak SGD1,000 (RM2583) dalam bentuk duit syiling.

Reputasi negatif peniaga di Sim Lim Square juga mendapat perhatian di laman akhbar Vietnam yang mengingatkan rakyatnya agar berhati-hati dengan taktik licik peniaga di Singapura.

Sebelum ini seorang pelancong Vietnam diperdaya dalam urus niaga pembelian iPhone 6 sehingga terpaksa melutut dan menangis untuk meminta ganti rugi.

Bagaimanapun dia hanya diberi ganti rugi sebanyak SGD400 (RM1032) berbanding harga asal yang dibayarnya iaitu SGD950 (RM2454). – Straits Times

Khamis, 6 November 2014

Video Buli ‘Ala Tomoi': Polis kenal pasti samseng singlet hitam

Video Buli

Polis sudah kenal pasti insiden buli diketuai seorang pelajar memakai singlet hitam yang viral di Facebook berlaku di Pontian, empat tahun lalu.


Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datin Asmawati Ahmad berkata, kejadian dikesan berlaku di sebuah sekolah di Pontian, Johor pada 2010.

“Hasil semakan dengan pihak sekolah, suspek utama sudah dibuang sekolah pada Ogos 2011 ekoran pelbagai masalah disiplin.

“Beberapa suspek dan mangsa lain juga sudah dikenal pasti, bagaimanapun sehingga kini tiada laporan polis diterima daripada mangsa atau keluarga dan pihak turut mengesahkan tiada sebarang aduan dibuat berhubung insiden terbabit,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pihak sekolah mendakwa hanya mengetahui berhubung insiden terbabit selepas klip video mengenainya tersebar dan mendapat liputan meluas.

Pengguna laman sosial mula gempar apabila video buli berdurasi 4 minit dan 37 saat dimuat naik malam Isnin lalu, memaparkan sekumpulan pelajar diketuai remaja memakai singlet hitam memukul sembilan pelajar lain di dalam sebuah bilik asrama.

Profesor pun meniru? Inilah akibatnya kalau tak ada soalan bocor...

Ahli Majlis Profesor Negara, Profesor UMK Dituduh Ciplak Untuk Tesis Phd? Oleh: Zulkifli Mat Rawi

Seorang Profesor dan penganalisis politik terkenal dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berhadapan tuduhan plagiat yang serius dalam menyiapkan tesis kedoktoran beliau di sebuah universti di luar negara.

Seorang pensyarah universiti yang sama telah membuat laporan polis pada 1 November lalu di balai polis Bachok.

Video Buli: Mereka Yang Terlibat Telah Ditahan Lokap Dan Buang Asrama

Polis Perlis mengesahkan video klip terbaharu mengenai kes buli yang tersebar melalui laman sosial Facebook sejak pagi ini, sebagai kes lama yang berlaku di negeri ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, ketika dihubungi berkata, kejadian itu berlaku pada Jun lalu di sebuah rumah anak yatim di negeri ini, membabitkan sekumpulan penghuni premis itu yang membuli penghuni junior lain.

"Sebaik tersebar video klip terbabit, kita jalankan siasatan sebelum mendapati ia video klip lama yang berlaku di rumah anak yatim terbabit.

Isnin, 3 November 2014

Khalid Ibrahim ditekan lagi - letak jawatan Ahli Parlimen dan ADUN

 Pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu berhenti mengganggu Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) meneruskan khidmat kepada rakyat sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak (BTR) dan ADUN Pelabuhan Klang.

Ini berikutan tohmahan terbaharu ahli PKR Cabang BTR yang nampaknya ghairah mahukan TSKI  melepaskan kerusi Ahli Parlimen BTR. Saya menggesa pimpinan PKR di semua peringkat khususnya di BTR supaya menghentikan sikap rakus dan jahat mereka terhadap TSKI. Tidak cukupkah dengan tohmahan jahat selama ini, diikuti pula dengan pemecatan beliau dari parti hingga membawa kepada TSKI melepaskan jawatan MB Selangor?

Setelah hampir dua bulan disingkirkan, tidak ada satu pertuduhan dan buktipun yang mampu dimajukan sama ada oleh PKR mahaupun pihak berkuasa. Dalil puluhan muka surat yang dahulu kononnya mengandungi salahlaku TSKI kini terus dilupakan setelah TSKI tersingkir, dihina dan diaibkan. Kita masih ingat antara tuduhan ke atas TSKI adalah isu penstrukturan air yang dikatakan mempunyai agenda dengan UMNO serta projek KIDEX yang memberi konsesi kepada peguam UMNO.