Warna air kencing seringkali digunakan sebagai satu alat untuk diagnos pesakit...Semua manusia normal akan kencing kan ?Warna ,bau ,dan ketumpatan air kencing kita boleh memberi pelbagai tanda...
Disini disertakan warna air kencing dan apa tandanya kepada seseorang !!!
Tidak Berwarna atau Lutsinar - Anda meminum terlalu banyak air...
Warna Pucat Jerami - Anda sihat ,kandungan air dalam badan mencukupi...
Kuning Lutsinar - Anda Normal...
Kuning Gelap - Normal ,tetapi anda perlu minum lebih lagi selepas ini...
Kuning Madu - Anda kekurangan air ,minum air sekarang...
Berwarna Perang - Anda mungkin mengalami masalah hati (liver)
Berwarna merah jambu kemerahan - Adakah anda makan bit ,blueberi ,atau klembak ?Jika ya ,ia normal...Jika tidak ,anda mungkin mempunyai jangkitan pada pundi kencing ,buah pinggang atau hati...Segera berjumpa doktor...
Biru Atau Hijau - Ini sangat jarang ,mungkin juga anda termakan makanan yang ada pewarna .Ini tidak berbahaya ,walaubagaimanapun ,jumpa doktor sekiranya ianya berterusan...
Berbuih ataupun kabut - Ini mungkin disebabkan protein berlebihan pada diet anda...Mungkin juga disebabkan masalah pada kidney anda...Segera berjumpa doktor !!!!
2 ulasan:
Cerita pasal kencing ;
Jumlah kencing biasanya 1-1.5 liter sehari semalam.
Pundi kencing terasa nak kencing bila ada lebih 200mls kencing di dlmnya, dan sukar ditahan rasa nak kencing bila lebih dr 400mls. So, kalau minum cukup air kita biasanya kencing 4-8 kali sehari semalam.
Kalau kurang kencing berisiko tinggi jangkitan saluran kencing dan batu karang. Cara nak elak mudah sahaja, minum cukup air, 2-2.5 liter sehari semalam. Jika bnyk berpeluh kena minum lebih lagi.
Jagalah kesihatan buah pinggang kita dgn minum cukup air. Antara tanda awal buah pinggang bermasalah adalah adanya protin dlm air kencing secara konsisten dan air kencing yg kurang dr 700mls sehari semalam.
Kalau kencing dah bau wangi, mcm ada iras iras bau cat (sebenarnya bau keton), dan kencing pekat kuning gelap, tanda kekurangan air yg serius, kena gi sepital, masuk air.
Catat Ulasan