Sabtu, 15 November 2014

Selangor pulangkan semula Bible

Gambar di majlis penyerahan Bible versi Bahasa Melayu di Istana Alam Shah Klang yang disiarkan di twitter MB Selangor, Mohamed Azmin Ali
Majlis penyerahan Bible versi Bahasa Melayu di Istana Alam Shah Klang yang disiarkan di twitter MB Selangor, Mohamed Azmin Ali

KLANG – Kerajaan Selangor menyerahkan semula kitab Bible yang dirampas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM), awal tahun ini.

Kitab untuk penganut Kristian itu, diserahkan semula pada satu majlis yang berlangsung di Istana Alam Shah, Klang pagi ini yang turut disaksikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Kitab berkenaan bagaimanapun hanya boleh digunakan oleh penganut Kristian di Sarawak.
Azmin dalam pos Twitter turut berkongsi gambar majlis itu dan menjelaskan ia salah satu penyelesaian yang dipersetujui semua pihak.

Turut kelihatan dalam gambar pada majlis itu ialah Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid
Pada 2 Januari lalu, JAIS merampas kira-kira 300 kitab Bible versi bahasa Melayu selepas menyerbu pejabat PBM di Damansara.

Serbuan pada jam 1 tengah hari itu disertai lebih 20 pegawai JAIS dan beberapa anggota polis.

Tiada ulasan: