MUNGKIN
ini adalah berita melegakan buat kita semua yang bersimpati terhadap nasib
kanak-kanak Syria, Omran Daqneesh.
Imej rakaman kanak-kanak itu menjadi viral, kerana menunjukkan dia dalam keadaan bingung dengan tubuhnya penuh diselaputi debu serta wajah berlumuran darah.
Menurut laporan media antarabangsa, kanak-kanak itu berjaya disatukan semula dengan ibu bapanya.
Semalam, sebuah video yang memaparkan wajah suram Omran yang mengalami kecederaan dan keseorangan diri di atas kerusi dalam sebuah ambulans selepas dia diselamatkan, mendapat perhatian dunia.
Lebih menyedihkan, walaupun Omran sedar dahinya mengalami pendarahan, dia tidak menangis malah hanya duduk dalam keadaan diam sambil menunggu mangsa lain untuk dibawa ke hospital.
Menurut seorang jururawat yang merawat Omran kepada portal berita ABC, Omran juga tidak menangis ketika dia sedang dirawat.
Malah, Omran yang masih berada dalam keadaan 'terkejut' hanya mencari ibu bapanya.
"Dia tidak berkata apa-apa kecuali bertanya di mana ibu bapanya," kata Abu Rejab dari Persatuan Perubatan Amerika-Syria.
"Tidak lama kemudian itu, mereka tiba. Hanya selepas melihat ibu bapanya, Omran mula menangis," kata jururawat itu seperti dipetik dari portal ABC.
Menurut pakar perubatan, Omran mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dibenarkan keluar dari hospital M10 itu. Serangan itu dilapor berlaku pada Rabu di Aleppo.
Video dan juga imej daripada pengeboman itu kemudian disebarkan di media sosial, sekali gus menjadi satu peringatan yang hebat akan krisis yang sedang berlaku di bandar Syria.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan