Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) menafikan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab kononnya restoran nasi
kandar di negara ini menggunakan daging anjing bagi menggantikan daging
kambing.
Timbalan
Presiden Presma, Datuk Khadhar Shah Abdul Razak berkata, perkara itu
menjadi viral di laman sosial terutama Facebook sejak semalam, selepas
seorang lelaki yang menggunakan nama ‘Udin Di Raja’ memuat naik berita
serta gambar berhubung dakwaan itu.
"Sebenarnya berita dan gambar
yang digunakan lelaki itu dalam laman Facebooknya adalah berita yang
dikeluarkan menerusi satu saluran televisyen dan portal di Tamil Nadu,
India yang memaparkan mengenai nasi beriani daging anjing di sana.
"Udin
Di Raja telah menggunakan gambar berkenaan termasuk gambar anjing
disembelih dan mendakwa restoran nasi kandar di Malaysia menggunakan
daging anjing bagi menggantikan kambing," katanya pada sidang akhbar
Jumaat.
Beliau berkata, perkara itu terus menjadi viral dan
dikongsi oleh pelbagai pihak sehingga memberikan imej buruk kepada
restoran-restoran nasi kandar di Malaysia dan menerima kecaman daripada
orang ramai.
Khadar Shah yang juga Pengarah Urusan Nasi Kandar
Nasmir Sdn Bhd berkata, berikutan tersebarnya berita dan gambar itu,
pengusaha-pengusaha nasi kandar di Malaysia kesal, kecewa serta marah
kerana perkara itu tidak benar dan memberikan kesan kepada perniagaan
mereka.
Beliau berkata, orang ramai terutama pelanggan tidak perlu
khuatir atau bimbang mengenai makanan yang dijual di restoran nasi
kandar kerana 80 peratus daripada 320 anggota Presma memiliki sijil
halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Beliau turut meminta orang ramai agar berhenti menyebarkan dan mengabaikan berita yang menjadi viral itu.
"Pihak
kami juga mahu Udin Di Raja iaitu lelaki yang memaparkan perkara itu
menerusi laman sosial Facebooknya tampil memohon maaf secara
terbuka. Jika gagal berbuat demikian dalam tempoh tiga hari, kami
akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya," katanya.
Katanya,
Presma juga mahu polis menjalankan siasatan dan mengambil
tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menyebar perkara itu
sehingga menjejaskan imej Malaysia sebagai negara Islam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan