Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
yang bekerja di Kementerian Pertahanan hadir menyaksikan Majlis
Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Tentera antara Jen. Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dengan pengantinya, Jen. Tan Sri Raja Mohamed Affandi
Raja Mohamed Noor.
Majlis itu mencatat sejarah baharu bagi ATM kerana disaksikan
Menteri, Datuk Seri Hishammuddin Tun
Hussein di Auditorium Kementerian Pertahanan pada 16 Dis 2016.
Serah terima tugas ini juga bersempena
dengan persaraan mantan PAT yang akan bersara setelah 44 tahun menabur
bakti dan mengabdikan diri kepada ATM serta peralihan tampuk
pemerintahan ATM yang baharu dan majlis diteruskan dengan menandatangani
Nota Serah Terima Tugas PAT Ke-19.
Dalam ucapan PAT Ke-19, beliau
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong yang memperkenankan beliau menjadi PAT Ke-19
serta tidak lupa juga kepada Kerajaan Malaysia khususnya Perdana Menteri
dan Menteri Pertahanan kerana telah memberi penuh kepercayaan
kepada beliau untuk menerajui ATM.
"Mulai saat dan ketika ini, maka
terpikullah di bahu saya satu tanggungjawab yang amat besar lagi mencabar
kerana ianya adalah satu amanah yang datang dari ketentuan Allah
SWT dan padahnya saya akan hadapi di akhirat kelak jika saya
tersasar bagi menjaga maruah bangsa, negara dan organisasi yang
tergantung kepada kebijaksanaan saya membuat keputusan," katanya.
Selain itu, beliau mengajak seluruh
warga ATM untuk berdiri teguh bersama beliau agar sama-sama berganding
bahu meneruskan kesinambungan yang diwariskan oleh 18 PAT terdahulu agar
menjadi sebuah angkatan yang cemerlang dan membanggakan.
Majlis diakhiri dengan acara simbolik iaitu street lining
bagi memberi penghargaan dan penghormatan terakhir kepada mantan PAT
yang ditarik oleh pegawai-pegawai ATM bermula dari pintu hadapan
Kementerian Pertahanan hingga ke Balai Pengawal Utama.
Turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan,
Datuk Seri Mohd Johari Baharum; Ketua Setiausaha Kementerian
Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi; Panglima Tentera
Darat, Jen. Datuk Seri Zulkiple Kassim; Panglima Tentera Laut,
Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badarudin dan Panglima
Tentera Udara, Jen. Tan Sri Roslan Saad TUDM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan