Ahad, 6 Disember 2020

Apa beza Undi Percaya dengan Undi Tidak Percaya?

BAWAH Kolong hari ni terima banyak pertanyaan dari kawan-kawan di luar sana, yang nak tahu apa bezanya Undi Percaya (UP) dengan Undi Tidak Percaya (UTP)?

Biasanya dua perkara ini adalah mainan orang politik dan digunapakai di peringkat Dewan Rakyat (Parlimen) serta Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam kehidupan seharian masyarakat marhaen seperti kita, tidak ada istilah UP dan UTP. Kalau kita tidak mahu pada seseorang, kita terus terang beritahu, “aku tak mahu kamu lagi”. Jadi, terpulanglah pada orang yang kita tak mahu berkawan tu nak dengar atau tidak.

Berbalik kepada pertanyaan perbezaan UP dan UTP, Bawah Kolong hanya boleh jawab, dua-duanya mempunyai maksud yang sama, cuma tajuknya sahaja lain.

UP atau UTP matlamatnya untuk pastikan orang politik yang pegang jawatan Perdana Menteri atau Menteri Besar atau Ketua Menteri letak jawatan. Itu saja motifnya.

Kenapa kedua-dua usul itu perlu dilakukan?

Sebab budaya politik di Malaysia berbeza dengan budaya politik di negara luar.

Di negara lain, kalau pemimpinnya tidak lagi mendapat kepercayaan parti politik ataupun rakyatnya, mereka segera letak jawatan atau mengaku kesalahan.

Di Malaysia lain, kamu desak, buat demonstrasi, buat bantahan sekalipun, pemimpin tetap di kerusi jawatannya. Liat sungguh bab letak jawatan, apatah lagi nak mengaku kesalahan.

Jadi, jalan terbaik untuk nyahkan seseorang pemimpin itu ialah dengan membawa usul UP atau usul UTP ke Parlimen atau ke sidang DUN.

Di situ, biar Ahli Dewan Rakyat atau ADUN buat keputusan secara undian suara teramai atau undian belah bahagi.

Undian suara ramai ialah Speaker Dewan Rakyat atau Speaker DUN akan tanya kepada ahli dewan, “yang setuju kata setuju”, “yang tidak setuju kata tidak setuju”.

Di sini, Ahli Parlimen atau ADUN yang setuju akan jawab “setuju” dengan suara seramai mungkin.

Manakala Ahli Parlimen atau ADUN yang tidak setuju akan jawab “tidak setuju” dengan nada tinggi dan teramai. Bila mendengar kedua-dua jawapan itu, Speaker akan buat sama ada “lebih suara yang bersetuju”, atau “lebih suara yang tidak bersetuju”. Itu kaedah undian suara ramai.

Undian belah bahagi pula, untuk membolehkan undi secara ini dilakukan, kalau di Parlimen, memerlukan sokongan 15 ahli dewan sama ada pembangkang atau kerajaan untuk berdiri sebagai tanda membolehkan undi itu diadakan.

Di DUN hanya 10 ADUN sahaja perlu bangun. Kalau jumlah pembangkang yang bangun kurang dari ditetapkan, maka undi belah bahagi tidak dapat dilakukan. Speaker terpaksa mengumumkan pihak kerajaan mendapat sokongan majoriti.

Begitu sebaliknya, jika pihak kerajaan tidak cukup korum untuk bangun, maka Speaker akan umumkan pembangkang yang dapat suara majoriti atau menang.

Kalau yang bangun itu cukup syarat, maka undi belah bahagi akan diadakan. Kertas undi akan diberikan kepada setiap Ahli Parlimen atau ADUN untuk mereka mengundi.

Sama ada usul UP atau usul UTP memihak kepada pencadang atau pemimpin yang diminta letak jawatan itu, tunggulah sehingga bilangan undi dibilang.

Kalau ditanya apa beza keputusan untuk usul UP dengan usul UTP?

Di Dewan Rakyat atau di DUN, kalau undian dibuat untuk usul UP, Speaker memerlukan jumlah “tidak setuju” atau “tidak menyokong” lebih banyak dari jumlah “setuju” atau “sokong”.

Jika jumlah “tidak setuju” atau “tidak menyokong” majoriti dari jumlah “setuju” atau “sokong”, maka Perdana Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri tidak lagi mendapat mandat Ahli Dewan.

Dengan itu, secara automatik mereka perlu letak jawatan. Secara Perlembagaan, jawatan yang disandangnya tidak lagi berfungsi. Dia bukan lagi Perdana Menteri atau Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Bagaimana dengan usul UTP? Yang ini Speaker hanya memerlukan jumlah “setuju” atau “sokong” lebih banyak dari jumlah “tidak setuju” atau “tidak sokong”.

Kalau jumlah “setuju” atau “sokong” lebih banyak, maka Perdana Menteri atau Menteri Besar atau Ketua Menteri kena lepaskan jawatan itu.

Mereka boleh segera mengadap Yang di-Pertuan Agong jika seseorang itu Perdana Menteri dan Sultan negeri masing-masing jika seseorang itu Menteri Besar dan Yang Dipertuan Negeri jika seseorang itu Ketua Menteri.

Tujuan mengadap ini untuk memaklumkan situasi yang berlaku kepada baginda berhubung sesi persidangan pada pagi, tengah hari atau petang itu.

Terpulang kepada Tuanku untuk menentukan penggantinya dengan memanggil setiap ahli dewan atau membubarkan Parlimen atau DUN untuk diadakan pilihan raya negeri atau pilihan raya umum.

Itulah yang berlaku di Perak hari ini, Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tidak lagi mendapat mandat ahli dewan menerusi usul UP yang dikemukakan ADUN Pengkalan Baharu, Datuk Abdul Manaf Hashim.

Dalam usul itu, berlaku undi belah bahagi, yang mana 48 ADUN mengundi “tidak setuju”, iaitu mereka tidak setuju Ahmad Faizal terus kekal sebagai Menteri Besar Perak.

Manakala 10 ADUN mengundi “setuju”. Maknanya 10 orang ini setuju supaya Ahmad Faizal kekal sebagai Menteri Besar.

Dan seorang ADUN tidak mengundi, atau dengan kata lain, berkecuali.

Dengan keputusan majoriti yang tidak setuju Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar, maka Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu (PPBM) itu kena beralah.

Namun, selagi Sultan Perak belum menitahkan apa-apa, atau baginda belum mendapat pengganti, Ahmad Faizal masih Menteri Besar.

Itulah ceritanya. – MalaysiaGazette

Rabu, 18 November 2020

Kenapa khemah, tidak kontena?

SEDIH dengan laporan berita seorang anggota polis cedera akibat ditimpa khemah ketika sedang berteduh dari hujan dan ribut.

Kejadian itu berlaku di sekatan jalan raya (SJR) Tol Jalan Duta, menghala ke pusat bandar Kuala Lumpur, semalam (15 November 2020).

Mangsa yang cedera ialah Koperal Nazmi Abdullah dari Bahagian Kawalan Lalulintas, Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).

Ketika kejadian, mangsa dikatakan berteduh di bawah khemah yang disediakan untuk anggota keselamatan berteduh dan berehat ketika bertugas mengawal pergerakan keluar masuk orang ramai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Betapa besarnya pengorbanan anggota polis, tentera, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dan Rela. Mereka diamanahkan menjaga keselamatan pergerakan orang ramai, di samping mengekang wabak Covid-19 yang semakin mengganas.

Bertugas 24 jam sehari semalam di SJR, yang keadaannya hanya Allah sahaja yang tahu. Ada kalanya berpeluh akibat panas terik matahari dan ada tikanya basah kuyup kerana hujan lebat dan ribut petir.

Walaupun berdepan dengan cuaca yang tidak menentu, mereka tidak pernah lari. Mereka tetap kekal di tengah jalan raya atau lebuh raya membuat SJR. Semuanya untuk memastikan Covid-19 tidak merebak sewenang-wenangnya oleh pembawa yang tidak bertanggungjawab.

Kalaulah semua rakyat Malaysia bertanggungjawab, tidaklah anggota polis, tentera dan Rela terpacak di SJR dalam cuaca panas dan hujan. Mereka juga manusia seperti kita, perlu rehat, perlu bersama keluarga.

Tapi disebabkan sikap tidak bertanggungawab segelintir dari kita, membawa virus corona ke sana ke sini, menyebabkan pihak berkuasa terpaksa bertugas walaupun dalam keadaan panas, hujan lebat dan ribut petir.

Kejadian yang menimpa Koperal Nazmi itu sungguh menginsafkan kita. Bayangkan, khemah yang didirikan untuk mereka berehat, tiba-tiba diterbangkan angin kencang dan besi khemah itu menimpa anggota polis yang bertugas.

Nasib baiklah tidak berlaku kecederaan parah, namun kita doakan semoga Koperal Nazmi yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan, segera sembuh.

Kejadian ini bagaimanapun, patut membuka mata kerajaan. Satu kaedah atau alternatif lain patut difikirkan untuk mengantikan khemah. Lebih lagi sekarang musim cuaca tidak menentu.

Mungkin kerajaan boleh menukarkan khemah kepada Balai Bergerak sebagai langkah keselamatan dan keselesaan anggota bertugas.

Atau jika Balai Bergerak tidak mencukupi, kerajaan boleh menyewa kontena yang telah diubah suai dan tempatkan di setiap SJR yang berjumlah lebih 250 lokasi di seluruh negara.

Adanya kontena, sekurang-kurangnya anggota yang bertugas boleh berteduh dengan selamat sekiranya hujan lebat, ribut atau kilat.

Tempoh SJR bukan seminggu dua, ia mengambil masa kadang-kadang satu bulan hingga dua bulan bergantung kepada PKPB.

Jadi, sesuai sangat kerajaan menempatkan kontena di setiap SJR, kerana ia juga mudah diangkut pindah.

Khemah pula terlalu ringan, walaupun ia mudah alih. Tetapi dalam situasi tertentu, khemah juga merbahaya kepada orang yang berteduh di bawahnya, kerana mudah diterbangkan angin, selain cepat rosak.

Lain dengan kontena, strukturnya kuat, kukuh, selamat dan selesa untuk anggota bertugas berehat.

Kerajaan tidak perlu sangat memikirkan apa nanti orang ramai akan kata kalau menempatkan kontena kepada anggota keselamatan.

Mereka juga pada satu-satu ketika, terutama musim tengkujuh perlukan tempat berteduh yang selesa dan selamat. Tidak basah terkena tempias hujan, tidak sejuk ditiup angin.

Lagi pun sewa kontena bukan besar sangat. Kerajaan mampu untuk menanggung kosnya.

Atau mungkin ada syarikat swasta bersedia membiayainya sebagai tanggungjawab sosial mereka kepada pasukan keselamatan yang berkorban untuk keselamatan semua.

Fikir-fikirlah. Selain menitik beratkan keselamatan rakyat, nyawa anggota keselamatan juga perlu diambil berat. – MalaysiaGazette

Jumaat, 30 Oktober 2020

Nasib mu Najib!…


DATUK Seri Najib Tun Razak sudah jelaskan apa yang berlaku pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam tadi (26 Oktober 2020).

Beliau kata, kerjasama dengan Anwar Ibrahim tanpa DAP itu hanya sekadar cadangan, bukan keputusan. Bila ada cadangan, itu tugas ahli jawatankuasa untuk berbincang cari kata putus.

Kata putus pada mesyuarat itu ialah MT sepakat menolak cadangan itu. Bila keputusan dah dibuat, maka selesailah di situ.

Tetapi, lain pula berlaku di luar. Bila perkara itu sampai ke telinga di luar sana, lain pula jadinya. Najib dituduh mahu bekerjasama dengan Presiden PKR. Najib dikatakan tikam kawan-kawan dalam parti. Macam-macam tuduhan dan gelaran dilontarkan kepada Najib.

Maka portal-portal mesra pembangkang pun ambil kesempatan untuk menghangatkan situasi. Inilah masanya nak memburuk-burukkan nama Najib. Rakyat pasti akan percaya dengan laporan-laporan berbaur fitnah ini.

Tidak sampai 12 jam selepas mesyuarat MT selesai, sudah heboh seantero Malaysia mendakwa Najib tolak kerajaan Perikatan Nasional (PN), Najib nak naikkan Anwar sebagai Perdana Menteri dan bentuk kerajaan baharu.

Ramai mengiyakan dan amat sedikit menafikan laporan itu. Tiba-tiba nama Najib menjadi bualan. Bukan perkara kebaikan, tetapi keburukan. Peliknya, yang dalam partinya sendiri pun percaya dengan berita itu.

Terpaksalah Najib luangkan masa memperbetulkan keadaan. Menceritakan semula dari A sampai Z apa yang berlaku pada mesyuarat itu dan berhubung cadangan-cadangannya untuk dibincangkan.

Namun, sebaran cerita sebenar dari mulut Najib tidaklah sepantas sebaran fitnah dari portal pro-pembangkang atau dari mulut orang parti sendiri. Terpaksalah Najib akur dengan perkara itu.

Yang penting Najib sudah menjelaskan hal sebenar, supaya orang ramai atau netizen dapat hadam dan tapis semula yang telah mereka telan itu.

Kata Najib, dalam mesyuarat malam tadi, dia kemukakan tiga cadangan. Pertama, kerjasama bersyarat UMNO dengan Anwar tanpa DAP sehingga PRU 15 diadakan.

Cadangan kedua, adakan PRU 15 pada suatu tarikh yang tetap pada masa depan selepas pandemik Covid-19 terkawal.

Cadangan ketiga pula, UMNO teruskan kerjasama dengan PN dengan syarat UMNO diberikan lebih peranan dalam kerajaan untuk menentukan halatuju ekonomi.

Selepas tiga cadangan itu dikemukakan, terserah kepada MT yang hadir mesyuarat untuk bincang dan capai kata putus. Kalau setuju kata setuju, kalau tidak setuju kata tidak setuju.

Cadangan yang tidak setuju dikira habis di situ, tutup buku. Bukan dijadikan isu atau point untuk menghangatkan keadaan. Nama lagi cadangan. Dan cadangan pula bukan bersifat arahan atau perintah atau keputusan.

Kerana ramai yang bebal dengan maksud cadangan ini, maka ia menjadi isu. Maka, betullah kata Najib, buat apa adakan mesyuarat kalau tidak ada cadangan. Selalunya dengan cadangan itulah ahli-ahli mesyuarat bermesyuarat.

Cadangan yang dicapai kata sepakat untuk bersetuju baru dinamakan keputusan. Selagi ditolak, ia hanya sekadar cadangan yang tidak lagi digunapakai. Umpama wang kertas yang koyak rabak, hancur sehingga hilang nombor sirinya. Tidak bernilai lagi.

Tetapi perangai manusia, tidak seronok kalau tidak diapi-apikan. Hilang seri berpolitik kalau keluar mesyuarat tidak ada benda nak dihebohkan kepada media. Maka, jalan terbaik perbesarkan cadangan yang sudah tidak digunapakaikan lagi itu kepada media.

Media yang mereka pilih pula yang mesra pembangkang. Baru ada umphh!, Kalau setakat beri maklumat kepada media arus perdana, berita itu tidak ke mana. Tidak hangat.

Sehari semalam Najib dimaki hamun, dicerca, dikeji dan dihina dengan pelbagai tuduhan, hanya kerana cadangan yang tidak digunapakai oleh MT itu diperbesarkan.

Namun, dia masih tenang. Dia masih mampu tersenyum, walaupun dalam hatinya hanya Allah sahaja yang tahu.

Bab bekerjasama dengan Anwar ini bukan Najib seorang. Sebelum ini pun Tun Dr. Mahathir Mohamad bekerjasama dengan Anwar. Muhyiddin bekerjasama dengan Anwar. Azmin Ali bekerjasama dengan Anwar. Pas pun bekerjasama dengan Anwar. Tetapi tidak bising.

Tidak pula portal mesra pembangkang memperbesarkan isu kerjasama pemimpin dari Bersatu dan Pas itu bekerjasama dengan Anwar. Najib juga yang mereka pilih untuk direbahkan.

Kalau direbahkan musuh politik, itu biasa, tetapi Najib direbahkan oleh orang-orangnya sendiri. Orang-orang yang bertindak bukan dari arahan, tapi dari mata hati mereka yang buta.

Mereka tidak pernah mahu ambil pengajaran dari apa yang berlaku kepada parti mereka selepas PRU 14. Mereka tidak nampak kifarah yang menimpa parti mereka. Masih juga mahu berseronok dengan tikam menikam sesama sendiri. – MalaysiaGazette

Ahad, 25 Oktober 2020

"Tiada Darurat" - titah Yang di-Pertuan Agong


KUALA LUMPUR, 25 Oktober 2020 – Adalah dimaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan memperhalusi permohonan yang telah dipersembahkan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di majlis mengadap di Istana Abdul Aziz, Kuantan, Pahang pada Jumaat lalu (23 Oktober 2020).

Permohonan tersebut ialah pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan untuk memerangi ancaman wabak Covid-19 di negara ini.

Setelah memperhalusi permohonan dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu dan melihat situasi yang sedang dihadapi oleh negara, Al-Sultan Abdullah merasakan kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan.

Seri Paduka Baginda amat mempercayai keupayaan kerajaan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak Covid-19 ini dari terus merebak.

Al-Sultan Abdullah berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia.

Kendatipun begitu, Seri Paduka Baginda ingin mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politicking yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara.

Al-Sultan Abdullah turut berpendapat bahawa tiada perlunya Ahli-ahli Parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mengganggu gugat kestabilan kerajaan sedia ada.

Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parlimen adalah amat penting kepada rakyat di dalam menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Justeru, peruntukan kewangan amat diperlukan oleh petugas barisan hadapan bagi melancarkan tugas dan tanggungjawab mereka.

Sesungguhnya, Al-Sultan Abdullah amat prihatin terhadap kegelisahan seluruh rakyat ekoran daripada kenaikan mendadak beberapa kluster baharu dan kes positif harian Covid-19 di negara ini.

Al-Sultan Abdullah menzahirkan keyakinan bahawa dengan semangat perpaduan dan juang yang tinggi seperti yang telah pernah dipamerkan bersama, kita mampu sekali lagi berganding bahu memerangi gelombang ketiga penularan wabak ini.

Sehubungan dengan itu, Seri Paduka Baginda menyeru seluruh rakyat, tanpa mengira latar belakang dan khususnya fahaman politik, mengenepikan segala perbezaan dan perbalahan untuk bersatu padu dan bersatu hati memainkan peranan masing-masing dalam membantu kerajaan dan pihak -pihak berkuasa membendung wabak Covid-19 demi keselamatan diri dan kesejahteraan negara yang kita cintai bersama ini.

Al-Sultan Abdullah turut mengambil kesempatan ini mengajak seluruh rakyat untuk bersama Seri Paduka Baginda berdoa semoga wabak Covid-19 ini dapat dibanteras dengan berkesan dan diakhiri dengan segera.

Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin

Sabtu, 17 Oktober 2020

Pandangan Bossku keputusan Biro Politik Umno

 

ADA yang sokong dan ada yang kritik kenyataan UMNO pada 13 Oktober 2020 untuk pertimbangkan sokongan pada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan meletakkan syarat.

Keputusan ini adalah keputusan sebulat suara Biro Politik UMNO dan disokong oleh semua ketua perhubungan setiap negeri.

Sememangnya, pemimpin-pemimpin UMNO tidak akan membuat keputusan yang tidak mengambil kira suara akar umbi.

Jika akar umbi tak mahu, pemimpin UMNO tidak akan membuat keputusan.

Walaupun saya bukan lagi ahli Biro Politik UMNO atau ketua perhubungan mana-mana negeri (dan tidak hadir mesyuarat tersebut), saya ingin memberi pendapat saya.

Semasa PM7 (Mahathir Mohamad) letak jawatan secara mengejut, pendirian UMNO masa itu ialah untuk pilihan raya umum diadakan untuk menyelesaikan kemelut politik masa itu.

Namun, Majlis Raja-raja tidak bersetuju dan kita diminta untuk memberi sokongan untuk mewujudkan kerajaan PN.

Di sebalik kegembiraan bahawa kerajaan PH sudah tumbang, ramai penyokong dan akar umbi UMNO masa itu juga membantah kita bekerjasama dengan PPBM, sebab PPBM telah banyak mengambil Ahli Parlimen serta ahli parti dan kita baru bertembung di PRK Tanjung Piai.

Selama berbulan-bulan selepas kerajaan PN dibentuk, ramai yang juga mahu kita tolak PN dan kukuhkan MN.

Ramai yang juga percaya bahawa jika kita tidak membentuk kerajaan PN bersama, PPBM serta geng yang lompat keluar PKR untuk masuk PPBM juga akan terkubur pada PRU15.

Namun, apa yang berlaku di Sabah (termasuk mengambil kerusi UMNO dan PN letak calon bebas untuk pecahkan undi BN), kenyataan-kenyataan dari ketua Armada PPBM serta perkongsian kuasa yang dilihat berat sebelah telah terus membakar ketidakpuasan dan kemarahan ramai ahli-ahli UMNO.

Sebagai contoh, PM adalah dari PPBM dan pengganti PM iaitu Azmin juga dari PPBM sekarang.

Dalam hal ekonomi, menteri kewangan bukan dari BN mahupun PAS.

Menteri yang jaga ekonomi dan yang jaga perdagangan luar juga bukan dari BN ataupun PAS.

Begitu juga dengan Khazanah dan Petronas.

Malah, tiada seorang pun dari UMNO atau PAS dilantik dalam Majlis Tindakan Ekonomi untuk melawan Covid.

Sebaliknya, individu seperti boss The Edge dilantik ke dalam pula bersama tiga orang menteri PPBM.

(UMNO kini digelar gila kuasa pulak?)

Sebab kita bersama dalam kerajaan PN, suka atau tidak, UMNO dan BN juga akan turut dipersalahkan jika adanya keputusan ekonomi yang meragukan ataupun ekonomi bertambah teruk walaupun tiada seorang dari BN atau PAS terlibat dalam sebarang keputusan yang melibatkan ekonomi.

Contohnya, seperti gesaan berulang kali UMNO untuk moratorium pinjaman dilanjutkan atau diberi kepada Sabah tidak didengar oleh kerajaan PN serta penggabungan UEM Sunrise dengan Eco World yang diteruskan dan bakal menyebabkan kerajaan hilang syarikat hartanah terbesar negara dengan pemilikan tanah terbesar walaupun UMNO sudah bantah langkah ini sejak tahun lalu.

Dari segi pengawalan Covid pula, Majlis Keselamatan Negara menolak cadangan Menteri Kesihatan dari UMNO untuk melaksanakan kuarantin wajib untuk mereka yang pulang dari Sabah sebelum PRN.

Keputusan MKN untuk mula-mula tidak mewajibkan kuarantin mandatori di pusat kuarantin kerajaan bagi mereka yang pulang dari luar negara serta kegagalan Menteri PPBM untuk mengasingkan tahanan serta SOP yang sepatutnya turut menyebabkan kluster Sivagangga di Kedah dan penularan amat teruk di Sabah serta beberapa lagi pusat tahanan di Kedah, Perak dan Pulau Pinang.

Jika kesilapan ini tidak berlaku, tidak wujudnya gelombang ketiga Covid ini di Malaysia.

Dan kini, UMNO turut dipersalahkan bagi gelombang ketiga Covid pada masa kini.

Sejak kerajaan PN dibentuk, pemimpin BN mempertahankannya (termasuk saya yang juga sering memberi pelbagai saranan yang seterusnya diambil kerajaan) biarpun ramai keputusan atau kesilapan adalah dilakukan oleh menteri PPBM sebab itu adalah janji kami semasa membentuk kerajaan PN.

Namun, ramai yang rasa ini tidak adil sebab yang buat silap mereka, tapi yang mempertahankan mereka adalah kita pula.

Keputusan UMNO pada 13 Oktober 2020 adalah untuk mempertimbangkan semula sokongan pada PN, memberi syarat baru kerjasama serta mendaftarkan Muafakat Nasional secara rasmi sebagai parti politik.

Keputusan mesyuarat UMNO hari itu, tidak menyentuh tentang sokongan kepada Anwar jadi PM ataupun bekerjasama dengan DAP (namun, Guan Eng tentu happy jika dia berpeluang kerjasama dengan saya).

Memandangkan sentimen akar umbi serta lapisan pemimpin UMNO, saya rasa keputusan semalam adalah munasabah dan tidak keterlaluan sebab ianya mampu membuka ruang lebih besar dan lebih adil untuk kami menyumbang kepada usaha pemulihan ekonomi dan membendung Covid.

Dan jika Perikatan Nasional boleh didaftarkan sebagai parti politik, kenapa pula Muafakat Nasional tidak boleh?

Ini selaras dengan jawapan saya bulan lepas bahawa saya adalah “orang parti” dan akan menyokong penuh keputusan rasmi parti biarpun ada kala saya tak setuju secara peribadai, tetapi saya akan bincang melalui saluran dalaman dan tidak akan mengkritik  secara terbuka.

“Najib to support party's decision on Anwar” https://www.msn.com/en-my/news/berita/najib-to-support-partys-decision-on-anwar/vp-BB19pw3I

Pendirian saya tiada kena mengena dengan kes mahkamah saya seperti dimainkan propaganda PH dan Mahathir, sebab saya tetap percaya saya tidak bersalah.

Apa yang saya buat selama ini ialah demi rakyat serta parti dan saya boleh jawab pada Allah.

Saya yakin dan pasti, saya dapat membersihkan nama saya dan didapati tidak bersalah termasuk di Mahkamah Rayuan jika sistem perundangan adalah adil dan bebas dari pencaturan Mahathir dan kerajaan PH dahulu untuk memangsakan saya.

Berhubung dengan itu juga, saya tidak mahu menerima apa-apa jawatan menteri biarpun dalam kerajaan PN ataupun apa-apa kerajaan baru selama kes-kes saya belum selesai dan nama saya belum dibersihkan.

Bagaimanapun, nasihat saya pada UMNO dan kerajaan PN secara am ialah pemulihan ekonomi, pengawalan Covid serta kebajikan rakyat adalah keutamaan dan apa-apa langkah politik yang dilakukan tidak boleh dibenarkan untuk menjejaskannya.

Menteri-menteri dari UMNO dan BN dalam kerajaan PN sekarang perlu sentiasa menumpukan fokus sepenuhnya kepada keutamaan ini pada ketika ini. – Blog Manzaidi

Rabu, 24 Jun 2020

Ustaz Kazim Elias disantau

Tahun 1997, Ustaz Kazim Elias balik dari qiamulail dan kuliah Subuh. Sampai sahaja di rumah dalam jam 9 pagi kepala Ustaz Kazim terasa pening dan badan menjadi lemah. 
Kemudian Ustaz Kazim muntah. Keluar segala isi dalam perut beserta darah, penuh dalam baldi dan besen. Bergegas beliau dibawa ke hospital, namun setelah dibuat pemeriksaan, doktor mengatakan itu cuma jangkitan virus.
Bila balik rumah keadaan semakin membarah semakin sakit, serba serbi rasa tidak kena. Tak boleh makan, sakit tekak tak boleh bercakap, tak boleh tidur, tak boleh pakai baju, tak boleh disentuh, rasa seperti dihiris dengan buluh dan sembilu yang tajam. 
Kena angin dari kipas pun tak boleh. Setiap petang akan ada lembaga perempuan akan datang depan rumah dekat pintu tersengih sambil memaki.
“Padan muka kau, ceramah mengata pada orang, padan muka kau”
Yang menjadi kehairanannya lembaga itu tidak kelihatan pada orang lain. Hanya ustaz seorang saja nampak. Semakin hari badannya semakin melemah, kuku menjadi hitam, semua kuku pada jari jemari. 
Bila balik ke kampung dibawa berjumpa ustaz yang lain, mereka kata ini terkena santau. Sebulan tak boleh bercakap, tidak mengenali orang. Badan jadi kurus kering, batuk berdarah tidak berhenti. Hanya teruskan berusaha untuk berubat dan berserah pada takdir.
Kemudian suatu malam ustaz bermimpi. Telah datang seorang alim dalam mimpi itu, kopiahnya putih, pakaiannya serba putih berdiri di hadapannya.
“Kazim, orang sihirkan kamu, sabar... Besok kamu cari tujuh jenis bahan ini, kamu ramuankan dalam air dan kamu mandi” InsyaAllah katanya, Allah SWT akan bagi kesembuhan.
Kemudian dalam mimpi itu juga, orang alim itu telah ambil satu paku dan lemparkanya pada dinding, keluar satu gambar. Dia ambil satu demi satu paku dan dia lempar ke dinding beberapa kali lagi sehingga keluar gambar cukup enam orang, satu perempuan lima lelaki. Menurut orang alim tersebut, inilah orang-orang yang telah menyihirkan kamu.
Jam 4.30 pagi ustaz tersedar dan minta isterinya menyalin dan carikan tujuh bahan tersebut untuk dibuat mandi.
Jam 9 ustaz dimandikan, jam 11 Ustaz sudah boleh bersila, boleh bercakap dan mula berselera untuk makan nasi dan mendukung anaknya yang ketika itu baru berusia 8 bulan. Syukur keadaan kembali pulih seperti biasa. Alhamdulillah...
Namun kesenangan itu tidak lama.
Suatu petang pula, ketika ustaz menjamah nasi yang disediakan isterinya. Masuk sahaja suapan yang ketiga, tiba-tiba nasi yang dalam suapannya menguit guit ada ulat. Bila buang ke lantai ia bertukar menjadi nasi, bila pegang di tangan jadi ulat semula. 
Padahal nasi itu baru sahaja dimasak oleh isterinya. Ujian kali ini lebih teruk, sehingga tak boleh kencing, tak boleh nak tidur. Berpuluh puluh pengamal perubatan dan ustaz, namun tiada keserasian. Tahapnya hampir nazak sehingga orang masjid datang bacakan yassin.
Sepanjang usaha dia berdakwah, banyak kali ustaz disihirkan, empat hingga lima kali. Sehinggakan apabila ustaz pergi memberi ceramah, terpaksa membawa pek air kencing sendiri yang di sebalik jubah disebabkan sakit yang ditanggung. Bila nak bersiap untuk pergi mengajar beliau akan jatuh pengsan.
Sehingga suatu hari datang seorang kiyai dari Indonesia melawat dan merawat.
“Saya datang ke sini mahu ubatin bapaknya Kazim” ujarnya. Ustaz pun mengizinkannya.
Dalam jam 12 tengah malam. Si kiyai mengerjakan solat, kemudian sesudah itu dia membaca beberapa potongan ayat Quran.
“Berikan aku cangkul”
Kiyai tersebut kemudian berjalan dan kemudiannya berhenti. Dia terus mengali sesuatu di hadapan rumah, setelah beberapa waktu, dia mengeluarkan sesuatu. Bila diperhati ianya bangkai anjing yang sudah membusuk.
“Inilah sihirnya, saya permisi dulu”
Kiyai tersebut menjelaskan apa yang terjadi. Yang misterinya, Ustaz Kazim tak mengenali siapa kiyai tersebut dan sehingga kini tak pernah berpeluang untuk berjumpa lagi. Sejak mengalami serangan demi serangan, ustaz mula mendalami perubatan islamik sebagai perlindungan diri.
Tahun 2001, ketika Ustaz mahu berpindah. Datanglah pasangan suami isteri bertandang ke rumahnya. Ketika itu Ustaz Kazim mahu berpindah rumah. Perabot yang ada sudah dibawa, terpaksalah mereka bersila sahaja di lantai.
“Masuklah abang”
“Ustaz, sebenarnya kami datang nak minta maaf. Sebenarnya sayalah yang telah menyihirkan ustaz”
“Mana lagi empat orang?”
“Ustaz tahu kami berenam?” Terkejut apabila ustaz mengetahui bilangan sebenar mereka dengan tepat.
Apabila dijelaskan, mereka sanggup mengupah RM30,000 pada seorang bomoh untuk mengenakan santau pada ustaz. Lagi empat orang itu segan dan malu datang bertemu dengan ustaz untuk meminta maaf.
“Abang, kalau abang tak datang minta maaf, saya dah lama maafkan dunia akhirat, bukan setakat abang suami isteri berdua, yang empat orang itu pun saya dah maafkan, sikit pun saya tak simpan dalam hati”
Walaupun habis beribu, nazak separuh mati, dibedah sana sini, doktor tak berjumpa punca penyakit, ustaz tetap sudi memaafkan mereka. Kerana dia percaya ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.
Terharu dengan keikhlasan ustaz, si suami memeluk ustaz dengan erat. Sejak dari itu pasangan tersebut bertaubat dan menadah kitab dengan ustaz Kazim. 
Mana ustaz ceramah, mereka di hadapan. Malah, menjadi pemandu pada ustaz Kazim apabila mahu pergi berceramah. Sampai anak pasangan mereka kahwin ustaz dijemput, cucu mereka cukur jambul ustaz yang cukurkan dan sampailah pasangan itu mati ustaz yang talkinkan.
Kini tahun 2020, daripada enam orang yang terlibat, empat orang sudahpun meninggal dunia, hanya tinggal dua orang yang masih hidup.
Kesan daripada santau, perut ustaz juga menjadi tidak normal, kadang-kadang kembung, kadang-kadang kempis. Hingga perlu ditungku selalu seperti perempuan dalam pantang. Beliau juga berpantang tak boleh makan nanas, daging kambing, limau nipis, tak boleh minum air tebu, tak boleh makan rebung, benda-benda yang tajam kerana jika dimakan juga, sakitnya akan kembali.
Antara hikmah kejadian tersebut, ustaz banyak mendalami perubatan islamik sebagai pelindung diri.
Sebagai amalan. Jika mahu makan di restoran atau warung. Sebelum masuk ke kedai (dalam kereta).
1. Baca al-Fatihah 7 kali. (dibaca)
2. Baca ayat 56 daripada Surah Hud.
3. Baca 2 ayat terakhir Surah At-Taubah.
InsyaAllah, dengan izin Allah akan melindungi kita dari terkena santau atau sihir.
Kredit : Datuk Ustaz Kazim Elias
Foto : Gambar Ustaz Kazim ketika muda mengendong anaknya, 8 bulan selepas diserang sakit misteri pada tahun 1998.

Selasa, 9 Jun 2020

Tokoh Kemajuan Kuala Lumpur

Tahukah anda siapa tokoh besar yang telah menyumbang kepada kepesatan Kuala Lumpur pada abad ke-19 dahulu?

Tokoh yang disebut-sebut tidak lain dan tidak bukan Al-Marhum Haji Abdullah Hukum/Rukun, seorang pedagang dari Kerinchi, Sumatera.

Nama sebenar beliau Abdullah Rukun. Beliau yang ketika itu berusia 15 tahun telah berhijrah bersama rakan-rakannya yang lain ke Melaka sebelum tiba Kuala Lumpur dengan hanya berjalan kaki selama 3 hari 3 malam.

Sepanjang perjalanan, banyak tempat dan pengalaman yang beliau tempuhi. Beliau menumpang di rumah Haji Abdul Ghani di Java Street, Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur ketika itu tidak sama seperti mana Kuala Lumpur yang kita kenal pada hari ini. Ianya hanya mempunyai 2 lorong sahaja iaitu Java Street dan Market Street, manakala Ampang Street (kini Lebuh Ampang) sebelumnya adalah tempat ceti beroperasi dan terdapat sebuah kolam ikan milik Almarhum Sutan Puasa.

Kalau dilihat rumah kedai ketika itu berbumbungkan atap bertam berdindingkan buluh. Semua peniaganya orang Melayu Rawa dan Mandailing yang kebanyakannya menjual kain dan makanan.

Sutan Puasa dan Raja Bilah adalah antara ketua masyarakat berpengaruh ketika itu. Mereka mengutip hasil dagang daripada peniaga yang melalui Sungai Klang dan Sungai Gombak. Cukai timah ketika itu sebanyak seringgit sebahara (3 pikul).

Setapak dan Gombak dahulu adalah kawasan sawah padi milik Sutan Puasa. Beliau pernah mengambil upah membina tali air selama 3 tahun di Segambut(kini Batu Lima Gombak). Setiap orang boleh ketika itu boleh mengerjakan sawahnya dengan kadar upahan 10 gantang padi daripada setiap 100 gantang. Justeru itu beliau disenangi penduduk tempatan.

Abdullah Hukum pernah menghadap Raja Laut, iaitu Putera Raja Muhammad, kerana ingin meminta sebidang tanah untuk dijadikan kampong baru. Raja Laut memberikan surat kebenaran untuk membuka tanah di Pudu (sekarang kawasan Bukit Bintang) dan menjadi ketua penduduk di situ. Ramai orang Kerinchi mengikutnya dan tinggal di situ.

Di tempat baru, Abdullah Hukum dan pengikutnya menjalankan aktiviti menanam sayur-sayuran, pisang, sirih, tebu dan sawah padi. Beliau berkhidmat sebagai kietua kampong selama 7 tahun.

Dikatakan juga beliau pernah menjadi nakhoda yang mengambil upah untuk membawa beras dengan perahu dari Sungai Klang ke Kuala Lumpur dan memperoleh pendapatan lumayan sebanyak 40 ringgit sekoyan guni beras.

Setelah kawasan Pudu dibuka, Abdullah Hukum mendapat surat kebenaran daripada Raja Mahmud, iaitu Putera Sultan Mahmud, untuk membuka kebun di Bukit Nanas.

Di samping itu, beliau juga mendapat surat kebenaran daripada Raja Laut dan Maxwell untuk membuka Sungai Putih (kini kawasan Jalan Bangsar).

Ketika mendiami Sungai Putih, beliau membuka Bukit Candi Putra, iaitu Bukit Putera sekarang, yang menempatkan Kompleks Angkasapuri dan Kampung Kerinchi.

Dengan persetujuan Penghulu dan Datuk Dagang, Abdullah Hukum dilantik secara rasmi sebagai Ketua Kampung dan Penghulu di Sungai Putih dan lantaran itu, beliau menghentikan penternakan kerbaunya disebabkan peningkatan bebanan tugas.

Semasa beliau menjadi Penghulu, Abdullah Hukum cuba menyatupadukan 3 kaum utama di situ: Melayu, Cina dan India. Atas kejayaannya itu, dia menamakan jalan utama di situ sebagai Jalan Bangsa bersempena penyatuan ketiga-tiga kaum. Nama Bangsa kemudiannya ditukar kepada Bangsar.

Tatkala meletusnya perang antara Selangor dan Pahang, Sultan Abdul Samad meminta Abdullah Hukum untuk membantu menentang musuh baginda.

Baginda melantik Abdullah Hukum yang juga Datuk Bandar ketika itu sebagai panglima perang.

Sebagai menghormati jasa dan bakti Abdullah Hukum, Sultan Abdul Samad mengurniakan sebidang tanah seluas satu perempat ekar kepadanya. Tanah itu terletak berhampiran Sungai Klang, satu kawasan strategik dari segi pertanian dan perhubungan.

Di samping itu, Abdullah hukum dikurniakan kuasa untuk menyelesaikan masalah di kalangan penduduk kampung dan kawasan sekitarnya.

Abdullah Hukum menjadikan kawasan itu sebagai perkampungan tetap untuk pengikutnya. Kampung itu dinamakan Kampung Haji Abdullah Hukum sempena nama beliau.

Ketika Abdullah Hukum datang ke kampung itu, pada 1890-an, pekerjaan utama penduduk di situ ialah bersawah padi dan bercucuk tanam.

Selepas kemangkatan Sultan Abdul Samad pada 1898, Abdullah Hukum menumpukan baktinya kepada putera baginda, Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Abdullah Hukum pulang ke Sumatera pada 1929, selepas menjadi ketua kampung selama tujuh atau lapan tahun. Menurut cerita, beliau meninggal dunia pada usia 125 tahun.

Haji Mahmud, seorang daripada enam anaknya mengambil tugas ketua kampung selepas bapanya mengundur diri. Cucunya, Kamaruddin Mahmud mewarisi pusaka kampung ini hingga sekarang, dan kesan peninggalan termasuklah sebuah rumah milik Abdullah Hukum masih ada di kampung Abdullah Hukum.

Kini, Kampung Abdullah Hukum terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur sudah jauh berubah. Harga tanah dan rumah kediaman di situ melambung berpuluh kali ganda. Sudah tidak ada orang yang bersawah padi atau berkebun sayur di situ lagi.

Sungai Klang yang menjadi terusan di Kampung Haji Abdullah Hukum sekarang bukanlah aliran sungai yang asal. Sungai ini dulunya melingkari bahagian Jalan Syed Putra yang kini menjadi tapak pusat beli-belah Mid Valley.

Ceritakanlah kepada anak-anak, rakan-rakan kalian akan kisah ini. Janganlah nama melayu ini ditelan oleh Kapitan Yap Ah Loy seperti yang ditulis oleh penjajah yang akhirnya menjadi teks sejarah di sekolah.

Ramai menyangka Yap ah Loy sebagai orang terawal dan pengasas kuala lumpur sedangkan beliau hanya seorang kapitan ketiga yang dilantik dan disokong oleh Tokoh pengasas dan pembesar dari kali kalangan orang melayu untuk mengetuai perlombongan bijih timah.

Bissirril Al-Fatihah
Al-Marhum Abdullah Hukum
Tokoh Kemajuan Kuala Lumpur

100 Hari PM Muhyiddin Yassin


Ahad, 22 Mac 2020

Penguatkuasaan PKP Dengan Bantuan ATM


PMO
KENYATAAN MEDIA
PEJABAT PERDANA MENTERI
Bermula Ahad 22 Mac 2020 jam 12.01 pagi, Angkatan Tentera Malaysia akan ditugaskan untuk membantu Polis Diraja Malaysia dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan dalam membasmi penularan wabak COVID-19.
Orang ramai adalah dinasihatkan untuk mematuhi segala arahan daripada pihak berkuasa sepertimana keperluan dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Tindakan tegas akan diambil terhadap orang ramai yang ingkar dan tidak mematuhi perintah tersebut.
Pejabat Perdana Menteri
20 Mac 2020

Perincian Perintah Kawalan Pergerakan 18 - 31 Mac 2020

March 18, 2020

KENYATAAN MEDIA
MAJLIS KESELAMATAN NEGARA, JABATAN PERDANA MENTERI
18 MAC 2020

1. Umum telah mengetahui Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020.
2. Lanjutan daripada pengisytiharan tersebut, langkah-langkah susulan telah diambil bagi menyelaras dan memperincikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan mesyuarat penyelarasan antara agensi kerajaan pada 17 Mac 2020 untuk memperincikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan agar Perintah ini dapat berjalan dengan baik dan lancar. Untuk memastikan keperluan orang ramai kepada perkhidmatan-perkhidmatan asas tidak terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berkuatkuasa, perkhidmatan-perkhidmatan tertentu seperti di Lampiran A (Essential) dan di Lampiran B (Non-Essential) dibenarkan beroperasi.
3. Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa mulai jam 12 tengah malam 18 Mac 2020. Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk mematuhi semua peraturan yang telah diputuskan oleh pihak berkuasa.
4. Bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 telah diwartakan pada 18 Mac 2020. Pegawai Polis DiRaja Malaysia dan RELA telah dilantik sebagai pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).
5. Bagi meningkatkan lagi keberkesanan Perintah Kawalan Pergerakan ini, orang ramai dinasihatkan supaya berada di rumah sepanjang masa kecuali untuk memenuhi keperluan-keperluan asas. Selain itu, amalkan penjarakan sosial (social distancing) dari orang sekeliling demi mengelakkan jangkitan COVID-19.
6. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini, orang ramai boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8888 2010.
Sekian.
MAJLIS KESELAMATAN NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI
18 MAC 2020


LAMPIRAN A PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN (ESSENTIAL) DI BAWAH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID-19 

PERKHIDMATAN PERBANKAN, KEWANGAN DAN BURSA, PERKHIDMATAN ATM BEROPERASI, PERKHIDMATAN ATAS TALIAN BEROPERASI, PENGURUSAN MESIN ATM/ CDM/ CEK/ KESELAMATAN BEROPERASI, PENTADBIRAN AM/LAIN-LAIN BEROPERASI PADA KADAR MINIMA/ BEKERJA DARI RUMAH, PERKHIDMATAN KAUNTER BEROPERASI PADA KADAR MINIMA, BURSA SAHAM BEROPERASI, PERKHIDMATAN ELEKTRIK DAN TENAGA, PEMBAIKAN/ PENYELENGGARAAN/ OPERASI BEROPERASI, PENTADBIRAN AM/ LAIN-LAIN BEROPERASI PADA KADAR MINIMA/ BEKERJA DARI RUMAH, PERKHIDMATAN BOMBA OPERASI, KEBOMBAAN BEROPERASI, BILIK GERAKAN BEROPERASI, PENTADBIRAN AM/ LAIN-LAIN BEROPERASI PADA KADAR MINIMA/ BEKERJA DARI RUMAH.

PERKHIDMATAN PELABUHAN DAN LAPANGAN TERBANG OPERASI, PELABUHAN DAN LAPANGAN TERBANG BEROPERASI, PENTADBIRAN AM/ LAIN-LAIN BEROPERASI PADA KADAR MINIMA/ BEKERJA DARI RUMAH, PERKHIDMATAN POS DAN COURIER OPERASI, POS/ COURIER BEROPERASI, PERKHIDMATAN KAUNTER BEROPERASI, PENTADBIRAN AM/ LAIN-LAIN BEROPERASI PADA KADAR MINIMA/ BEKERJA DARI RUMAH, 

PENJARA/ PUSAT TAHANAN SEMENTARA/ DEPO IMIGRESEN/ PUSAT SERENTI/ LOKAP OPERASI DAN BEROPERASI, LAWATAN/KUNJUNGAN DILARANG, PENTADBIRAN AM/LAIN-LAIN BEROPERASI PADA KADAR MINIMA/ BEKERJA DARI RUMAH, 

BAHAN API DAN PELINCIR, STESEN MINYAK BEROPERASI, PENGELUARAN / PENAPISAN / PENYIMPANAN/ PEMBEKALAN/PENGEDARAN BEROPERASI, PENTADBIRAN AM/LAIN-LAIN BEROPERASI PADA KADAR MINIMA/ BEKERJA DARI RUMAH, 

PERKHIDMATAN KESIHATAN, OPERASI KESIHATAN / HOSPITAL/ KLINIK/ FARMASI AWAM DAN SWASTA / KEDAI UBAT TRADISIONAL BERDAFTAR / VETERINAR/ PUSAT DIALISIS BEROPERASI, PENTADBIRAN AM/LAIN-LAIN BEROPERASI PADA KADAR MINIMA/ BEKERJA DARI RUMAH, PUSAT RAWATAN ALTERNATIF TUTUP, LAWATAN PESAKIT TIDAK DIBENARKAN KECUALI KES-KES KRITIKAL BERDASARKAN PERATURAN SEMASA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA. 

PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBENTUNGAN OPERASI BEROPERASI, PENTADBIRAN AM/ LAIN-LAIN BEROPERASI PADA KADAR MINIMA/ BEKERJA DARI RUMAH. 

PERKHIDMATAN PENYIARAN/ PENERANGAN, HEBAHAN MAKLUMAT DAN OPERASI BEROPERASI, PENTADBIRAN AM/ LAIN-LAIN BEROPERASI PADA KADAR MINIMA/ BEKERJA DARI RUMAH.

PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI, PENYELENGGARAAN/OPERASI BEROPERASI, PENTADBIRAN AM/LAIN-LAIN BEROPERASI PADA KADAR MINIMA/ BEKERJA DARI RUMAH. 

PERKHIDMATAN KAUNTER TUTUP, PUSAT DATA BEROPERASI, PUSAT PANGGILAN (CALL CENTRE) BEROPERASI. 

PENGANGKUTAN DARAT/LAUT/UDARA (TERMASUK E-HAILING) OPERASI, PENYELENGGARAAN BEROPERASI, PENTADBIRAN AM/ LAIN-LAIN BEROPERASI PADA KADAR MINIMA/ BEKERJA DARI RUMAH.

PERKHIDMATAN AIR, PEMBAIKAN/ PENYELENGGARAAN/OPERASI BEROPERASI, PENTADBIRAN AM/ LAIN-LAIN BEROPERASI PADA KADAR MINIMA. 

PERKHIDMATAN PENTING KERAJAAN / BADAN BERKANUN 
i. PENERBANGAN AWAM 
ii. KASTAM EKSAIS 
iii. IMIGRESEN 
iv. MARIN (APMM & JABATAN LAUT) 
v. KAJI CUACA 
vi. PERCETAKAN 
vii. PENDAFTARAN 
viii. JPJ 

PERKHIDMATAN KAUNTER BEROPERASI PADA KADAR MINIMA, PENGUATKUASAAN BEROPERASI, PENTADBIRAN AM/ LAIN-LAIN BEROPERASI PADA KADAR MINIMA. 

KESELAMATAN/ PERTAHANAN (PDRM DAN ATM) OPERASI DAN PENGUATKUASAAN BEROPERASI, PENTADBIRAN AM/ LAIN-LAIN BEROPERASI PADA KADAR MINIMA. 

KURSUS DAN LATIHAN DITANGGUH. 

INDUSTRI DAN PERNIAGAAN BERKAITAN KESELAMATAN / PERTAHANAN OPERASI/ PENYELENGGARAAN/ PEMBEKALAN/ PERKHIDMATAN BEROPERASI, PENTADBIRAN AM/ LAIN-LAIN BEROPERASI PADA KADAR MINIMA/ BEKERJA DARI RUMAH.

PERKHIDMATAN KOMPONEN STATUS, PEMBEKALAN DAN PERKHIDMATAN PENYEDIAAN MAKANAN 
i. RESTORAN / WARUNG 
ii. PENJAJA KECIL / FOODTRUCK / FOODCOURT 
iii. RESTORAN DALAM HOTEL 

PEMBEKALAN BAHAN MENTAH DIBENARKAN, PEMBUNGKUSAN (TAKE-AWAY) DIBENARKAN, PENGHANTARAN (DELIVERY) DIBENARKAN, DINE IN TIDAK DIBENARKAN, PANDU LALU DIBENARKAN.

PERUNCITAN i. KEDAI RUNCIT/ SERBANEKA/ PASARAYA/ PASAR AWAM/ PASAR BORONG OPERASI DAN DIBENARKAN, PEMBELIAN KEPERLUAN MENGEHADKAN JUMLAH PEMBELI PER KELUARGA, PASAR MALAM/ PASAR TANI TIDAK DIBENARKAN, SHOPPING MALL TUTUP KECUALI BAHAGIAN PERUNCITAN (GROCERIES) DAN MAKANAN 5. PENGHANTARAN DIBENARKAN 20. PERKHIDMATAN ATAS TALIAN 1. OPERASI DIBENARKAN 21. E-DAGANG 1. OPERASI DIBENARKAN 22. PENGURUSAN HIDUPAN LIAR 1. OPERASI DIBENARKAN 2. PENTADBIRAN AM/LAIN-LAIN BEROPERASI PADA KADAR MINIMA/ BEKERJA DARI RUMAH 8/10 BIL. PERKHIDMATAN KOMPONEN STATUS 23. PERHOTELAN/ HOMESTAY/ PENGINAPAN BERBAYAR 1. OPERASI PENGINAPAN DIBENARKAN TETAPI PERLU BERADA DI DALAM BILIK PENGINAPAN MENGIKUT TEMPOH KUARANTIN DAN TEMPAHAN SAJIAN SECARA ROOM SERVICE 2. OPERASI SAMPINGAN (KOLAM RENANG/ PUB/ GYM/ BAR/ RESTORAN/ SPA) TIDAK DIBENARKAN 3. DAPUR SAJIAN DIBENARKAN BEROPERASI HANYA UNTUK TUJUAN ROOM SERVICE SAHAJA 9/10 LAMPIRAN B PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN (NON-ESSENTIAL) DI BAWAH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID-19 BIL. PERKHIDMATAN KOMPONEN STATUS 1. PEMBAIKAN KENDERAAN 1. PERKHIDMATAN PEMBAIKAN BEROPERASI PADA KADAR MINIMA 2. TOWING SERVICE DIBENARKAN 2. PEMBINAAN DAN PENGUBAHSUAIAN 1. INFRASTRUKTUR DALAM PEMBINAAN (IN-PROGRESS CONSTRUCTION) YANG MENJEJASKAN KESELAMATAN (SAFETY AND SECURITY) DIBENARKAN TERTAKLUK KEPADA PENILAIAN JABATAN KERJA RAYA DAN JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (DOSH) 3. KEAGAMAAN 1. PERHIMPUNAN AGAMA DILARANG 2. PENGURUSAN KEMATIAN DIBENARKAN DENGAN PENGLIBATAN MINIMA 4. SUKAN / RIADAH AWAM TIDAK DIBENARKAN/ DITUTUP 5. SOSIAL DAN BUDAYA 1. PERHIMPUNAN / PERSEMBAHAN / CONCERT/ BUSKING / ZUMBA / KELAB MALAM / DISKO / BAR / KARAOKE / PANGGUNG WAYANG / PUSAT HIBURAN KELUARGA / FUN FAIR / ARCADE DILARANG DAN DITUTUP 2. MAJLIS KENDURI/ KERAIAN TIDAK DIBENARKAN 6. PERGERAKAN DALAM NEGARA TIDAK DIBENARKAN KECUALI BAGI TUJUAN MENDAPATKAN KEPERLUAN ASAS DAN AKSES KESIHATAN 10/10 BIL. PERKHIDMATAN KOMPONEN STATUS 7. PERGERAKAN KE LUAR NEGARA 1. WARGANEGARA TIDAK DIBENARKAN 2. BUKAN WARGANEGARA DIBENARKAN 3. KEPULANGAN WARGANEGARA KE TANAH AIR DIBENARKAN DENGAN MENJALANI PEMERIKSAAN DAN KUARANTIN 14 HARI 8. KEMASUKAN WARGA ASING TIDAK DIBENARKAN KECUALI MEMPUNYAI TARAF DIPLOMATIK, PENDUDUK TETAP (PERMANENT RESIDENT) DAN PEGAWAI DAGANG (EXPATRIATE) DALAM ESSENTIAL SERVICES DAN MESTI DIKUARANTIN 14 HARI DAN BERDASARKAN KEPADA CASE BY CASE BASIS 9. WARGA MALAYSIA YANG BEKERJA DI SINGAPURA / THAILAND / BRUNEI / INDONESIA TIDAK DIBENARKAN MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI 18 MAC 2020

Perintah Kawalan Pergerakan

KUALA LUMPUR - Selaras dengan pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan kepada semua rakyat Malaysia bermula 18 hingga 31 Mac 2020, semua Ketua Jabatan di Kementerian Pertahanan hendaklah memastikan Arahan Kawalan Pergerakan dipatuhi untuk mengurangkan perhubungan individu secara bersemuka bagi mengelakkan penularan wabak Pandemik Covid-19. 
Ketua Setiausaha, Datuk Muez Abd. Aziz berkata, semua kakitangan yang terlibat dibolehkan untuk membawa peralatan pejabat termasuk laptop dan juga dokumen-dokumen yang bukan dikategorikan sebagai rahsia untuk bekerja dari rumah (work from home). 
Namun begitu, bahagian-bahagian yang kritikal seperti Bahagian Kewangan, Bahagian Perolehan, Bahagian Akaun, Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Pengurusan Maklumat akan beroperasi secara minima dan bilangan kakitangan akan dihadkan serta dibuat penggiliran sewajarnya
Beliau turut menegaskan seluruh warga MINDEF dilarang sama sekali untuk ke luar negara dan juga pusat rekreasi, ibadat, sukan serta pusat hiburan.
Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap kakitangan yang gagal mematuhi perkara yang dinyatakan di perenggan 6, melainkan mendapat kebenaran Ketua Jabatan. 
Kakitangan adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U(A) 395/1993] dan peraturan-peraturan lain yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.​

Jumaat, 6 Mac 2020

Apa sebenarnya berlaku?

2 Mac 2020 - Isnin: SEBENARNYA tidak ada apa-apa yang berlaku. Pentadbiran kerajaan PH berjalan seperti biasa. Menteri dan timbalan menteri ke hulu ke hilir menghadiri program yang telah dijadualkan, yang sudah diatur sekian lama.
Cuma, kalau ada masalah pun, desakan dari beberapa pihak yang diketahui umum, mereka adalah dari kumpulan yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka, dalam jumlah ahli yang kecil berulang kali mendesak Tun Dr. Mahathir Mohamad menunaikan janji untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar. Itu sahaja.
Mahathir pula, dengan persetujuan ketua-ketua parti gabungan Pakatan Harapan (PH) minta peralihan kuasa yang dijadualkan Mei ini ditangguhkan selepas APEC yang berlangsung pada November ini.
Ketua-ketua parti gabungan PH iaitu Anwar, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng bersetuju tanpa bantahan. Bagi mereka, tidak ada hal kalau itu yang Mahathir mahu.
Itu sahaja situasinya. Sebab itu, saya kata tidak ada apa-apa yang berlaku.
Namun, pada 24 Februari lalu bersamaan Isnin, rebut tidak, hujan tidak, Mahathir mengumumkan peletakan jawatannya sebagai perdana menteri.
Surat peletakan jawatan secara rasmi diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pada hari itu, kira-kira jam 1 tengah hari. Semua terkejut dengan tindakan yang Mahathir.
Rakyat dan pemimpin parti politik termasuk Anwar tertanya-tanya kenapa tiba-tiba  Mahathir letak jawatan? Apa yang tak kena? Nak kata Mahathir terasa hati dengannya, tidak mungkin.
Sebab selama ini, dalam waktu terdekat ini, Anwar sentiasa menjaga hati Mahathir. Ibarat kata, bagai menantang minyak yang penuh. Bimbang kalau tak buat macam itu, takut Mahathir serahkan jawatan perdana menteri kepada orang lain. Aniaya.
Jam 5 petang itu juga, Mahathir ke Istana Negara mengadap YDPA. Tidak lama kemudian, Mahathir mengumumkan dia dilantik sebagai perdana menteri interim.
Interim? Semua garu kepala. Apa itu Perdana Menteri interim? Tidak pernah berlaku dan tidak pernah wujud jawatan seumpama itu.
Mengikut google translate, kalau diterjemahkan perkataan interim dalam Bahasa Malaysia, ia memberi makna ‘sementara’. Maknanya, Mahathir adalah perdana menteri sementara.
Ini yang pelik. Letak jawatan perdana menteri kekal, terima jawatan perdana menteri interim atau sementara. Di sini bertukarnya situasi dari “tidak ada apa-apa”, kepada “ada apa-apa”.
Timbul persoalan, apa yang Mahathir mahu? Apa yang ada dalam mindanya? Letak jawatan yang kekal, terima jawatan yang sementara.
Pada masa sama, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengumumkan partinya keluar PH – sekali gus secara automatik juga kerajaan PH ‘jatuh’.
Malaysia tidak ada kerajaan lagi. Mahathir sebagai perdana menteri interim jaga negara ini seorang diri. Pada 27 Februari, beliau berucap melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 seorang diri, tanpa ada menteri dan kerajaan.
Tindakan Mahathir itu menyebabkan semua ketua-ketua parti politik gelabah. UMNO dan Pas yang ketika itu mengadakan retreat di Janda Baik, Pahang, bergegas pulang ke ibu kota untuk bermesyuarat.
Parti Muafakat Nasional (MN) yang terdiri dari UMNO, Pas, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) masing-masing mengadakan mesyuarat tergempar.
Mereka, termasuk sekumpulan ahli parlimen Bersatu dan geng Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah membuat rumusan menyiapkan Surat Akuan Sumpah (SD) untuk dipersembahkan kepada YDPA.
Akhirnya, mereka mendapat 114 kerusi atau sokongan, manakala baki daripada 222 kerusi itu milik PH dan Mahathir.
Pada malam itu, semua mereka mengadakan perjumpaan di Hotel Sheriton, Kuala Lumpur. Mahathir yang dijadual hadir, tidak hadir.
Ramai tertanya-tanya kenapa dia tidak hadir.
Selepas selesai perjumpaan, keesokan hari, mereka mempersembahkan SD kepada Yang di-Pertuan Agong. SD itu asalnya menyatakan sokongan kepada perdana menteri interim.
Namun, pada 25 Februari 2020, hari Selasa, Mahathir mengadap YDPA sekali lagi menyatakan dia tidak setuju bersama UMNO dan tidak mahu Perikatan Nasional membentuk kerajaan. Dia mahu bersama PH.
Ahli Parlimen MN kemudian dipanggil mengadap YDPA untuk menyatakan sama ada menyokong Mahathir atau tidak. Mahathir pada masa itu mahu menubuhkan kerajaan perpaduan. Iaitu kerajaan tanpa parti.
Semua ahli parlimen MN tidak sokong dan menarik balik SD yang dipersembahkan kepada  YDPA sebelum ini. Mereka lebih rela parlimen dibubarkan asalkan tidak bersengkokol dengan DAP, Amanah dan PKR yang menyokong Anwar..
PH merasakan mereka mempunyai sokongan majoriti dan mahu membentuk kerajaan PH semula, tidak diperkenankan Yang di-Pertuan Agong dengan alasan, jumlah diperoleh masih samar-samar kerana sebahagian MP PKR sudah keluar dari PKR.
Pada 26 Februari 2020, hari Rabu, tiba giliran ahli parlimen PH pula dipanggil mengadap YDPA untuk mengundi atau menyatakan sokongan mereka kepada siapa.
Di situ, PH mendakwa mereka mendapat lebih 130 sokongan, tetapi YDPA masih belum perkenan untuk membentuk kerajaan, kerana SD Muafakat Nasional sebelum ini juga mendapat jumlah lebih 130 kerusi atau sokongan.
Masing-masing parti gabungan dari PH dan MN bermesyuarat untuk mencari jalan penyelesaian terbaik. Namun, masih gagal mencapai kata sepakat. Bagi MN, asalkan bukan DAP, mereka akan sokong.
Bagi PH pula, asalkan bukan UMNO dan Pas, mereka akan bentuk kerajaan. Sangat memeningkan!
27 Februari 2020 hari Khamis, Mahathir mencalonkan Muhyiddin sebagai perdana menteri kelapan tetapi beberapa jam kemudian menarik balik sokongannya dan mencalonkan dirinya manakala MN kekal dengan pencalonannya, Muhyiddin.
Parti Warisan dan beberapa kerat MP PPBM berpaling tadah dari MN untuk menyatakan sokongan kepada Mahathir serta mahu bersama PH.
Ketika itu, kedengaran pemimpin dari MN mahu YDPA membubarkan Parlimen untuk memberi laluan kepada PRU15 dan serahkan mandat memilih pemimpin dan kerajaan kepada rakyat.
Mahathir juga mengumumkan akan memanggil sidang Dewan Rakyat pada 2 Mac ini untuk semua ahli parlimen memilih Perdana Menteri kelapan, jika sekiranya YDPA tidak membubarkan parlimen.
Bagaimanapun, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md. Yusof tidak bersetuju. Katanya, persidangan akan berlangsung seperti dijadualkan pada 9 Mac ini.
Pada 28 Februari 2020, hari Jumaat, Muhyiddin dikatakan mendapat jumlah sokongan terbanyak iaitu 114 kerusi MP, menyebabkan Mahathir, Anwar dan ketua-ketua parti gabungan PH tidak berpuas hati.
Kumpulan PH kemukakan bantahan kerana mendakwa Mahathir dan PH mendapat jumlah kerusi mengatasi jumlah kerusi yang diperolehi MN.
Ketika ini YDPA kekal dengan keputusan baginda untuk mengumumkan Muhyiddin sebagai perdana menteri kelapan.
Pada 29 Februari 2020, hari Sabtu, MN dan PH masing-masing membuat kenyataan media kononnya, mereka mendapat sokongan majoriti.
Pihak istana sudah tidak campur tangan lagi. Bagi Istana Negara, baginda sudah melaksanakan sistem demokrasi berparlimen dengan sebaiknya.
Sama ada MN atau PH tidak bersetuju, itu lain cerita. Istana Negara menetapkan 1 Mac 2020, hari Ahad sebagai tarikh Muhyiddin mengangkat sumpah memegang jawatan Perdana Menteri.
PH bermesyuarat dan sepakat untuk mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Muhyiddin pada sidang Dewan Rakyat 9 Mac ini.
Pada 1 Mac 2020 hari Ahad, kira-kira 10 pagi, pemimpin MN diketuai Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengadakan solat hajat sempena upacara angkat sumpah Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur.
Turut hadir dari pihak UMNO ialah Datuk Shamsul Anuar Nasarah, Datuk Ahmad Maslan, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Tan Sri Noh Omar.
Mahathir memberitahu, beliau memohon untuk mengadap YDPA, tetapi tidak mendapat perkenan Seri Paduka kerana tidak mahu mengganggu upacara mengangkat sumpah perdana menteri kelapan.
Jam 11 pagi, Muhyiddin mengangkat sumpah dan secara rasminya sebagai Perdana Menteri dan hari ini, kira-kira jam 8 pagi, Muhyiddin masuk pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Apapun, drama ini belum berakhir, malah baharu bermula. – MalaysiaGazette