Jumaat, 16 Oktober 2015

Impian Sultan Johor jadi kenyataan



MELBOURNE, 15 Okt - Impian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskadar untuk memilik trak Mack paling mahal di dunia akhirnya tercapai apabila trak itu diserahkan kepada baginda di satu majlis penyerahan yang diadakan di Brisbane hari ini.

Trak tersebut dilaporkan mengambil masa setahun oleh pengeluar trak terbabit.

Antara keistimewaan trak itu adalah dilengkapi dengan 6 CCTV, dua set televisyen, ruang dapur, barbeku, katil serta kerusi yang dijahit dengan 72,000 jahitan benang emas.

Lebih menarik, bahagian depan trak tersebut dihias dengan lambang harimau yang sedang mengaum diperbuat daripada emas.



"Ini impian beta, adakah beta tersenyum?", kata baginda ketika mengulas tentang trak tersebut.

Harga sebenar trak itu dirahsiakan tetapi menurut rekod, trak itu semestinya lebih mahal dari trak sebelumnya yang berharga A$481,000 (RM1.5juta)

"Beta sentiasa menghargai kemahiran kebolehan jurutera Australia dan mengumpul beberapa kereta Holden sejak beberapa tahun sebelum ini", kata baginda.

"Beta berharap dapat mempamerkan hasil kerja ini kepada rakyat Johor sebaik sahaja ia dibawa ke Malaysia", kata baginda lagi.

Trak tersebut dijangka tiba di Malaysia hujung bulan ini dan pemanduan pertamanya akan dilakukan bagi tujuan amal.

Trak tersebut dapat menghasilan 685hp kuasa kuda dan mempunyai kelajuan maksimun 100km/h. 















Isnin, 12 Oktober 2015

Terpaksa tidur bersama mayat rakan berulat



Kota Baharu – Salah seorang kanak-kanak Orang Asli yang ditemui hidup selepas 47 hari hilang di hutan, Norieen Yaakob, 10, menceritakan pengalaman mengerikan apabila dia terpaksa tidur bersama mayat rakan-rakannya.

Menceritakan perkara itu kepada ibunya, Midah Angah, 40, Norieen berkata, dia tidak dapat melelapkan mata kerana terlalu takut dengan keadaan persekitaran selain melihat mayat rakan baiknya yang semakin mereput.

Menurut Norieen, dia sendiri menyaksikan dua rakannya iaitu Ika Ayel, 9 dan Juvina David, 7, mati di sisinya.

"Kata Norieen, dia sendiri menyaksikan bagaimana Juvina mati sehinggalah mayat berkenaan mulai reput dan berulat.

"Sepanjang malam Norieen tidak dapat tidur kerana takut serta tidak tahan dengan bau mayat rakan-rakannya," cerita­nya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini semalam, lapor Kosmo.

Ku Li rahsiakan alternatif terakhir desak Najib turun

PUTRAJAYA: Krisis kepimpinan yang didakwa berlaku di negara ini boleh diselesaikan dengan mengadakan undi tidak percaya di Parlimen, tetapi langkah itu juga mempunyai beberapa halangan.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata, walaupun setiap ahli Parlimen mempunyai hak untuk mengusulkan supaya undi tidak percaya dibuat bagi menunjukkan bahawa keyakinan rakyat telah hilang terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi langkah itu tetap mempunyai masalah.

"Hak untuk kita bawa usul ke Dewan Rakyat seperti undi tidak percaya kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan atau kerajaan memang ada tetapi ada beberapa masalah.

"Kita jelas diberitahu bahawa Speaker Dewan Rakyat berhak menolak apa sahaja usul kerana ia tak disebut dalam Standing Order yang diguna di Dewan Rakyat," katanya yang hadir pada sidang media khas bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir tentang isu semasa dan krisis yang berlaku dalam negara.

Hadir sama, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal; veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid dan bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Ong Tee Keat.

Menurut beliau, jika usul itu ditolak, terdapat satu lagi cara untuk menunjukkan rakyat telah hilang keyakinan terhadap Perdana Menteri tetapi enggan memberitahu pemberita tentang langkah alternatif itu.

"Jika awal-awal lagi sebarang usaha untuk mengemukakan usul sedemikian rupa tidak diizin oleh Speaker, tak akan berhasil usaha kita untuk bawa usul sedemikian rupa.

"Tapi ada satu lagi cara lain yang kita kena fikir untuk kepentingan rakyat…apa cara itu…itu kena cakap di forum berbeza," katanya.

Sabtu, 10 Oktober 2015

Kronologi kehilangan 7 murid Orang Asli


KES kehilangan tujuh orang murid Orang Asli sejak 47 hari lalu ternyata memberi impak dan kesan kepada pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.

Setakat ini, laporan media tempatan telah melaporkan lima orang murid daripada tujuh yang hilang telah ditemui.

Bagaimanapun, hanya dua daripada anak Orang Asli tersebut dijumpai selamat, manakala empat lagi telah meninggal dunia.

Ikuti kronologi kes kehilangan tujuh murid Orang Asli berkenaan sejak 47 hari lalu di bawah ini:
23 Ogos 2015 

– Tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Gua Musang dilaporkan hilang kerana takut dimarah guru selepas mandi di sungai berhampiran tanpa kebenaran.

– Mereka adalah Mirsudiar Aluj, 11; Norieen Yaakob, 10; Ika Ayel, 9; Sasa Sobrie, 8; Haikal Yaacob, 8; Linda Rosli, 8; dan Juvina Daud, 7.

– Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supritendan Saiful Bahri Abdullah mengesahkan laporan polis telah dibuat kira-kira pukul 2.25 pagi.

NSTP
Tujuh murid Orang Asli yang hilang sejak 23 Ogos lalu.
25 Ogos 2015

– Selepas laporan polis dibuat, gerakan mencari tujuh murid itu dijalankan dan antara pihak yang terlibat adalah pihak polis, penduduk kampung dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

1 September 2015

– Pihak polis mendedahkan sepasang stokin ditemui dan percaya ia ada kaitan dengan kehilangan tujuh murid berkenaan.

– Walau bagaimanapun, ia kemudiaannya disahkan bukan milik kanak-kanak yang telah hilang itu.

17 September 2015

– Misi pencarian murid Orang Asli itu telah diperluas sehingga 140 kilometer dari kawasan asal.

– Antara pihak yang terlibat termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), RELA dan JAKOA termasuk ibu bapa kanak-kanak itu serta penduduk kampung.

28 September 2015

– Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang berjumpa dengan ketujuh-tujuh keluarga kanak-kanak yang hilang itu menyatakan elemen culik turut diambil kira.

7 Oktober 2015

– Pihak polis mengesahkan telah menemui seorang mayat kanak-kanak perempuan yang dipercayai salah seorang murid Orang Asli yang hilang.

– Mayat mula mereput serta membengkak itu telah ditemui kira-kira jam 7 malam dan dibawa ke Hospital Gua Musang.

8 Oktober 2015

– Melalui pengecaman fizikal, mayat tersebut telah disahkan milik salah seorang murid Orang Asli iaitu Sasa Sobrie.

– Pada hari yang sama juga, pihak polis telah menemui satu lagi rangka yang belum dikenal pasti dengan jarak 500 meter dari mayat Sasa yang ditemui sehari sebelumnya.

Sasa Sobrie ditemui mati
 Sasa Sobrie

9 Oktober 2015
– Dua lagi mangsa yang hilang sejak 47 hari lalu ditemui selamat di Sungai Perias.

– Dua orang kanak-kanak yang terselamat itu dikenali sebagai Norieen Yaakob, 10; dan Mirsudiar Aluj, 11.

DITEMUI selamat, Noreen Yacob, 10, dan Mirsudiar Aluj, 11, dalam keadaan lemah dan tidak mampu bercakap. - Foto BHarian Online
Ditemui selamat, Noreen Yacob, 10, dan Mirsudiar Aluj, 11, dalam keadaan lemah dan tidak mampu bercakap. – Foto BH Online

– Mereka ditemui dalam keadaan kurus kering dan tidak mampu berjalan kerana terlalu letih.

– Pada hari yang sama juga pihak polis telah menemui satu lagi rakan mereka yang telah meninggal dunia.

– Identiti kanak-kanak yang ditemui mati itu adalah Ika Ayel yang berusia 9 tahun. 

10 September
- Rangka dipercayai milik Juvina David ditemui kira-kira 10 meter dari tempat Mirsudiar Aluj dan Norieen Yaakob ditemukan. Sehingga hari ini empat mayat (termasuk rangka@tengkorak) ditemukan dan dua masih hidup.

Mangsa rayu nak makan ayam goreng


BERITA dua murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan Tohoi, Gua Musang, Kelantan yang ditemui masih hidup selepas 47 hari kehilangannya telah memberi sedikit sinar gembira buat seluruh rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan muncul perasaan sayu, hiba dan pilu apabila melihat keadaan susuk tubuh dua kanak-kanak perempuan ini dalam keadaan yang amat lemah dan cukup kurus kering.

Langsung tidak tercapai dek akal, memikirkan nasib dua kanak-kanak ini, Norieen Yaakob, 10; dan Mirsudiar Aluj, 11; ketika mengharungi hutan tebal lebih sebulan lamanya tanpa sebarang sumber makanan.

Pendedahan bahawa kanak-kanak ini yang mendakwa hanya makan rumput dan minum air sungai untuk meneruskan hidup benar-benar meruntunkan jiwa bagi sesiapa sahaja mendengarnya.



Seorang wartawan Star TV, Desiree Gasper yang secara kebetulan berada di lokasi penemuan itu turut berkongsi cerita sedih pengalamannya tatkala menjumpai kanak-kanak tersebut.

Menurut Desiree, ketika dalam perjalanan balik ke Pos Tohoi, salah seorang kanak-kanak tersebut iaitu Miksudiar Aluj, 11; sempat meminta kepadanya makanan kerana berasa terlalu lapar.

“Saya lapar… saya lapar… saya nak makan ayam goreng,” bisik Miksudiar dalam nada lemah.
Rayuan teresak-esak kanak-kanak perempuan itu sekali gus membuatkan Desiree gagal mengawal emosi dirinya.

Tambahan pula, ketika itu memang tiada makanan yang dapat diberikan dan Miksudiar pula tidak boleh makan kerana saluran tiub drip air sedang dimasukkan ke dalam badannya.

Jelas Desire, setibanya di kawasan sekolah, kanak-kanak ‘bertuah’ tersebut kemudiannya segera dipindahkan ke dalam sebuah ambulans untuk dihantar ke hospital bagi rawatan lebih lanjut.

Bagaimanapun, Desire berjanji akan kembali ke Pos Tohoi menunaikan janji terhadap Miksudiar yang menginginkan ayam goreng, nasi goreng dengan telur dan buah oren.


"Semua kawan mati, hanya kami masih hidup"


GUA MUSANG – Salah seorang kanak-kanak yang ditemui masih hidup selepas 48 hari hilang, mendakwa hanya mereka yang hidup manakala lima lagi rakan sudah meninggal dunia.

Siti Kasim yang juga peguam yang dilantik untuk menjaga kebajikan keluarga mangsa yang hilang berkata, perkara itu dimaklumkan Noreen Yaacob, 10, kepada ibunya, Midah Angah, 38.

Beliau dimaklumkan perkara itu oleh ibu mangsa yang selamat ketika ditemui di Hospital Gua Musang (HGM) sebaik murid yang masih hidup itu ditemui pasukan penyelamat tengah hari Jumaat.

Katanya, maklumat berkenaan dimaklumkan kepadanya oleh adik Midah, Henry Angah di HGM sebelum kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu untuk rawatan lanjut.

“Noreen mendakwa yang pertama mati ialah Juvida David, 7; diikuti Haikal Yacoob, 8; Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; dan Linda Rosli, 8.

“Dia beritahu semua rakannya mati kerana kelaparan dan keletihan manakala Haikal lemas ketika menyeberangi Sungai Perias, ” katanya.

Menurutnya, Noreen mendakwa mereka turut diberi makan oleh ‘seseorang’ menyebabkan mereka masih hidup.

“Saya tidak tahu sama ada benar atau tidak dakwaan itu dan saya sendiri tidak dapat bertanya sendiri kepada mangsa kerana mereka masih keletihan,” katanya.

Mayat ke-4 ditemui, dua murid Orang Asli hidup susut badan 10 kg




GUA MUSANG – Satu lagi rangka manusia cuma 10 meter dari lokasi dua murid Orang Asli dan satu mayat ditemui di bawah akar pokok besar di tebing Sungai Perias Jumaat ditemui kira-kira pukul 11.30 pagi Sabtu.

Ia dipercayai milik salah seorang daripada dua murid lagi yang masih hilang. Identiti jenazah mangsa keenam setakat ini belum dikenal pasti sama ada adalah milik Haikal Yaacob, 8; Linda Rosli, 8; atau Juvina Daud, 7.

Terdahulu Miksudiar Alui, 11; dan Norieen Yaakob, 10; berjaya ditemui kira-kira 3.3 kilometer dari Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pukul 12.15 tengah hari pada Jumaat, bersama satu mayat perempuan.

Identiti jenazah kanak-kanak itu dikenal pasti sebagai Ika Ayel, 9. Ketiga-tiga kanak-kanak Orang Asli ini dijumpai tidak jauh dari lokasi penemuan tengkorak, petang Khamis dan sebelumnya satu lagi mayat pada lewat Rabu.


Mayat pertama disahkan pihak polis sebagai Sasa Sobrie, 8; berdasarkan pengecaman ahli-ahli keluarga mangsa sendiri yang dibawakan khas ke Hospital Gua Musang (HGM) di sini pada tengah hari Khamis.

Sementara itu boleh dikatakan hampir semua media utama negara, baik arus perdana atau bukan memaparkan kisah penemuan dua murid Orang Asli yang masih hidup tetapi kerus kering selepas 47 hari ‘hilang’ dalam hutan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam akaun Facebooknya pada Jumaat malam turut meluahkan perasaan kesyukuran kerana ada mangsa yang akhirnya berjaya ditemui selamat oleh pasukan SAR.

“Dua murid SK Tohoi yang hilang telah dijumpai selamat, Alhamdulillah. Tetapi pada masa sama, saya berkongsi kesedihan keluarga dua lagi yang ditemui telah meninggal dunia. Semoga roh mereka dicucuri rahmat,” katanya.


Dua kanak-kanak itu, adalah antara tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 hingga 11 tahun dari SK Pos Tohoi, yang melarikan diri dari asrama sekolah itu pada 23 Ogos lalu.

Mereka dikatakan bertindak sedemikian kerana berasa takut bakal dikenakan tindakan oleh guru selepas didapati mandi di sebatang sungai berdekatan asrama tanpa kebenaran pada hari kehilangan.

Kedua-dua mereka iaitu Miksudiar dan Norieen ditemui selamat dalam keadaan tidak bermaya dan ketakutan, di dalam banir sebatang pokok di tebing Sungai Perias, kira-kira 3.3 kilometer dari Pos Tohoi pada Jumaat.

Mangsa yang masih lengkap berpakaian dijumpai oleh seorang anggota polis bersama dua penduduk ketika sedang mengadakan operasi SAR dengan menaiki bot di kawasan tersebut kira-kira pukul 12.15 tengah hari.

Pada masa sama, pasukan itu turut menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali, Ika yang dipercayai meninggal dunia sejak beberapa hari lalu di lokasi berhampiran penemuan dua kanak-kanak itu.



Ketua Polis Kelantan, Datuk Maz­lan Lazim berkata, kanak-kanak tersebut ketika dijumpai sedang bersembunyi di dalam akar pokok tersebut selain menangis teresak-esak dan cuba melarikan diri pada mulanya.

Beliau yang ditemui pemberita di HGM pada Jumaat berkata, mayat kanak-kanak perempuan tersebut pula ditemui bersebelahan sahaja dengan lokasi pe­nemuan kedua-dua murid yang hidup itu.

“Secara fizikalnya, mayat kanak-kanak perempuan itu masih dalam keadaan sempurna serta kita percaya mangsa meninggal dunia beberapa hari lalu dan dijaga oleh dua kanak-kanak tersebut.

“Kedua-dua dihantar ke hospital di Kota Bharu pada Jumaat malam untuk rawatan rapi serta proses pemulihan. Pihak HGM akan buat bedah siasat terhadap mayat Ika sebelum diserahkan kepada pihak keluarga,” katanya.

Misteri kehilangan tujuh murid Orang Asli SK Tohoi sejak 23 Ogos lalu boleh dianggap hampir menemui noktah dengan penemuan terbaharu mangsa keenam tersebut.



Sebelum ini, pasukan SAR menemui mayat Sasa dan rangka manusia diper­ca­yai salah seorang daripada kanak-kanak itu.

Mazlan berkata, Norieen dan Mirsudiar memaklumkan kesemuanya tidak pernah berpecah dan mereka akan menyembunyikan diri setiap kali terdengar atau melihat anggota penyelamat.

“Kanak-kanak yang masih hidup ini juga memaklumkan bahawa kawan-kawan mereka meninggal dunia atas faktor kelaparan dan ada antara disebabkan mati lemas di sungai tersebut.

“Kita percaya baki dua yang belum ditemui ada di sekitar kawasan. Hasil penemuan mayat pertama, kedua, rangka manusia dan dua yang hidup itu, semua ditemui di tiga kilometer dari kawasan dilaporkan hilang,” katanya.

Katanya, pihak SAR akan memperhebatkan operasi mencari lagi baki dua lagi kanak-kanak yang belum ditemukan di sekitar kawasan sungai berkenaan.



Tambahnya, polis tidak menolak kemungkinan kanak-kanak yang hilang itu bertahan di dalam hutan tersebut dengan makan rumput dan minum air sungai.

“Siasatan kita mendapati kes kehilangan pelajar ini tidak ada unsur jenayah,” katanya. Kedua-dua mereka kini menerima rawatan lanjut di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu.

Pegawai Perhubungan Awam HRPZII, Zaid Ahmad mengesahkan, dua kanak-kanak tersebut sudah dipindahkan dari HGM dan selamat tiba di Wad Pediatrik HRPZII pukul 8.30 malam pada Jumaat.

“Dua kanak-kanak tersebut dalam keadaan lemah kerana dehidrasi sehingga susut badan 10 kilogram dan kini mereka ditempatkan di Wad 5 untuk rawatan lanjut,” katanya.