Ahad, 5 Julai 2009

DAP hilang kepercayaan kepada Pas

Ayuh lontarkan debat anda di sini:-

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada tetamu dihormati. Saya akan mengisi blog ini dengan tajuk-tajuk yang panas untuk didebat oleh tetamu yang bijak pandai.

Berilah apa saja pandangan, jangan sentuh isu perkauman secara melampau-lampau dan jangan sekali-kali ulas atau beri pandangan yang berbaur perkauman terlampau. Kita debat secara sihat dan alfiat.

Tajuk:

Di Kedah, seorang wakil rakyat DAP mengambil keputusan keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) dan menyertai Bebas. Dia bertindak demikian kerana kecewea dengan pentadbiran dan kepimpinan Menteri Besarnya, Ustaz Azizan Abdul Razak.

Ustaz itu dikatakan telah menyisihkan wakil rakyat berkenaan dan setiap cadangan atau bantahannya tidak pernah didengari. Sekarang DAP baru merasai apa yang dirasai oleh umat Islam selama ini.

Baru hapuskan tempat penyembelihan babi, DAP Kedah sudah melenting marah, tetapi DAP Perak dan DAP Pulau Pinang tindas orang Melayu, orang Melayu hanya diam dan terima saja.

Pas Kedah agak malang kerana di negeri itu ada juga kerusi DAP. Di Kelantan parti itu langsung tak boleh masuk. Malah kalau ada pun, rakyat Kelantan tak akan terima. Tetapi tidak dinafikan dalam Kelab Penyokong Pas Bukan Islam ada ramai penyokong kuat DAP.

Tidak dinafikan pengaruh DAP makin menular dalam Pas Kelantan. Ini kerana, kesediaan dan sikap keterbukaan Pas pimpinan Nik Abdul Aziz secara tidak sedar menyebabkan fahaman itu mula menghasuti jiwa dan minda rakyat Kelantan.

Awas Pas Kelantan.

Pas Kedah dari awal lagi menyedarinya dan tidak pernah menganggap akan kerugian dengan seorang pemimpin DAP berpaling tadah. Malah, ustaz Azizan dikatakan lebih bijak dari pada tok guru Nik Aziz dalam menarik sokongan bukan Islam.

(Ayuh, lontarkan pandangan anda).

3 ulasan:

muzaidi berkata...

Tak perlulah melaga2kan Pas Kelantan dan Pas Kedah...Hidup Pakatan Rakyat. di kedah isu amat remeh tetapi cuba diperbesarkan.

Tanpa Nama berkata...

remeh - temeh.. ye ke bang muzaidi?

muzaidi berkata...

ya memang remeh-temeh, sekarang dah selesai. perbalahan perkara biasa tetapi langkah untuk berbaik semula itu yg penting tanpa merugikan mana2pihak. dalam hal ini kita kena berhati2 dengan puak yg cuba untuk membesar2kan isu

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran