Rabu, 30 September 2009

Ridhuan Tee masuk Islam atau masuk Melayu

Isu timbul kerana kejahilan beragama (Mingguan Malaysia, 6 September 2009)

Oleh Dr. Mohd, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

KOLUMNIS laman web Centre for Policy Initiatives (CPI), Helen Ang mengkritik dengan hebat beberapa siri artikel yang saya tulis dalam Mingguan Malaysia.

Artikel beliau bertajuk Ridhuan Tee‘s reverse take on racism, telah diposkan kepada beberapa laman web pembangkang dan membuka peluang kepada para pembaca laman web tersebut menyerang, mengecam dan menghentam peribadi saya sekali lagi, tanpa fakta ilmiah untuk berhujah sebagaimana artikel yang ditulis beliau.

Saya sepatutnya tidak mahu melayan mereka yang menulis tanpa membuat kajian dan penyelidikan terperinci seperti mana yang saya lakukan. Ternyata beliau tidak faham apa yang saya tulis.

Mungkin disebabkan oleh tahap penguasaan bahasa Melayunya yang agak rendah setelah sekian lama tinggal di negara ini. Sebahagian kecil petikan artikel saya dimanipulasikan seperti yang dilakukan oleh akhbar Cina.

Petikan yang saya ambil daripada kata-kata Almarhum Tunku Abdul Rahman mengenai perlunya bandar raya Shah Alam bebas daripada arak dan kelab malam telah disalah tafsirkan.

Helen Ang mengatakan bahawa ia adalah tulisan saya. Saya sungguh kasihan cara beliau berusaha untuk memahami artikel saya dalam bahasa Melayu mudah. Mujurlah saya tidak gunakan bahasa yang bombastik, jika tidak saya tidak tahu apa yang Helen Ang akan tulis.

Beliau juga menuduh saya ‘masuk Melayu’ dan bukan ‘masuk Islam’ agar diterima oleh orang Melayu, dan seterusnya menjadikan saya lebih berjaya. Bagaimanakah saya boleh ‘masuk Melayu’ sedangkan saya seorang Cina. Saya memeluk agama Islam, bukan ‘masuk Melayu’.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya memeluk Islam kerana kemuliaan dan kesucian Islam. Saya tidak pernah mengharap sebarang bantuan setelah memeluk Islam, kerana agama Islam mengajar saya prinsip berdikari.

Bangsa seseorang tidak boleh ditukar walaupun ia telah memeluk Islam kerana bangsa itu adalah kejadian Allah SWT. Manakala agama, kita boleh pilih untuk dijadikan pegangan hidup seperti yang saya lakukan.

Dalam membahaskan fakta yang saya kemukakan, Helen Ang membandingkan antara Cina Thailand dengan Cina Malaysia.

Helen Ang memujikan rakyat Thai kerana dapat menerima Perdana Menteri Thailand kini, Abhisit Vejjajiva berketurunan Cina. Begitu dengan Perdana Menteri sebelum itu seperti Chuan Leekpai dan Thaksin Shinawatra.

Helen mempertikaikan kenapa orang Cina tidak boleh menjadi Menteri Besar Perak (DAP). Jawapannya mudah, kerana orang Cina di Thailand sudah tidak serupa Cina. Mereka boleh dikatakan lebih Siam daripada Siam. Persoalannya, adakah itu berlaku di Malaysia?

bypass308.blogspot.com

Isnin, 28 September 2009

Ibrahim Ali vs Nik Aziz

Ulasan: Pertama-tama sekali saya nak ucapkan tahniah dan syabas kepada Datuk Ibrahim Ali atas keberaniannya menegur mana-mana pemimpin parti. Beliau telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sebagai pemimpin parti Bebas. Beliau menegur sesiapa sahaja termasuk BN, PKR, DAP, Pas dan UMNO jika beliau merasakan parti itu tergelincir daripada landasan perjuangan dan matlamat.

Tetapi dalam ramai-ramai pemimpin parti, agak malang bagi Pas apabila masih dengan sikap riak dan takburnya enggan menerima teguran, kritikan dan pandangan daripada orang lain yang melihat dengan jelas parti berslogan memperjuangkan Islam itu diperalatkan oleh rakan pakatan pembangkangnya.

Ibrahim antara manusia yang berani menegur Pas. Tanpa mempunyai sebarang agenda, melainkan hasrat mahu Pas sedar bahawa parti itu telah diperalatkan, Ibrahim dengan rasa rendah diri cuba menegurnya supaya Pas sedar dan kembali kepada matlamat asal penubuhan dan perjuangannya.

Malangnya, orang yang berniat baik itu dipandang oleh Pas sebagai berprsangka buruk, telah dikritik habis-habisan oleh Nik Abdul Aziz sehingga mendesak Ibrahim meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat dengan alasan Ibrahim menang dalam pilihan raya dulu kerana menggunakan logo Pas iaitu bulan.

Amat menyedihkan, Pas masih tidak sedar dirinya tela dijadikan alat dan amba oleh PKR dan DAP. Nasib malang yang menimpa pemimpinnya Datuk Dr Hasan Ali pun Pas masih tidak sedar.

Berikut adalah kenyataan balas Datuk Ibrahim Ali kepada Datuk Nik Aziz yang mahukan Ibrahim meletakkan jawatan:-

10 hujah Nik Aziz mesti berundur

Oleh saiful haizan hasam
saiful.hasam@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 27 Sept. - 'Perang mulut' antara Datuk Ibrahim Ali dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengulangi desakan supaya Ahli Parlimen Pasir Mas itu meletakkan jawatannya semakin memuncak.

Hari ini, Ibrahim yang bertanding sebagai calon Bebas dengan 'meminjam' logo Pas pada pilihan raya umum lalu menggariskan 10 hujah kenapa Nik Abdul Aziz mesti mengosongkan kerusi Menteri Besar Kelantan yang disandangnya sejak 1990.

Berikut adalah 10 hujah yang dikemukakan oleh Ibrahim:

* Nik Abdul Aziz sudah terlalu lama bergelar wakil rakyat dan Menteri Besar. Beliau adalah 'barang lama' manakala naluri manusia pula sentiasa berkehendakkan sesuatu yang baru.

* Beliau sudah nyanyuk kerana bercakap tanpa usul periksa apabila menerima maklumat selain melupakan jasa Ibrahim yang bekerjasama sewaktu kerajaan Pas Kelantan berada pada kedudukan getir.

* Kerap uzur sedangkan kesihatan yang baik adalah syarat utama untuk menjadi ahli politik.

* Tidak menumpukan kepada tugasnya sebagai Menteri Besar kerana asyik berceramah selain diperalat oleh beberapa individu dalam Pas Kelantan.

* Tidak cekap mentadbir dan jauh sekali mempunyai idea dan kreativiti yang amat diperlukan dalam era dunia tanpa sempadan.

* Menjadi alat kepada DAP walaupun parti itu secara terang-terangan menentang pelaksanaan negara Islam yang menjadi cita-cita Pas.

* Menjadi alat kepada pakatan pembangkang untuk menghalalkan agenda memecahkan perpaduan umat Islam dan bangsa Melayu selain mempergunakan Islam untuk kepentingan politik.

* Ramai pemimpin Pas Kelantan dan pusat mahu beliau meletak jawatan cuma mereka tidak berani bersuara.

* Mempunyai sikap riak dan takbur kerana menganggap hanya beliau sahaja yang betul dari segi Islam sehingga sanggup menghukum bahawa ibadah orang yang tidak sehaluan dengannya tidak diterima Tuhan.

* Gagal mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Kelantan walaupun mempunyai kekuatan modal insan yang rajin bekerja selain kaya dengan hasil bumi, budaya mahupun kepelbagaian makanan.

Sewaktu dihubungi Utusan Malaysia, Ibrahim menjelaskan tindakan beliau itu tidak bermotifkan dendam peribadi sambil mengakui beliau juga mempunyai kelemahan.

"Walaupun pahit saya kena bercakap sebab orang lain tak berani, saya tahu perkara ini akan menyebabkan saya 'dibelasah' dalam blog tapi saya menerimanya dengan senang hati.

"Saya tiada masalah peribadi dengan Nik Aziz, beliau nak kecam saya, hukum saya masuk neraka pun saya tak kecil hati tetapi saya kena tegur untuk kebaikan agama bangsa dan negara," katanya.

Semalam, Nik Abdul Aziz mengulangi desakan supaya Ibrahim meletak jawatan jika mahu amal solehnya diterima Allah kerana rezeki yang diperoleh melalui jawatan tersebut adalah 'tidak betul'.

Desakan itu dibuat ekoran tindak tanduk politiknya yang semakin bertentangan dengan hala tuju Pas.

Jumaat, 25 September 2009

Kiamat politik retorik Ong Tee Keat kian hampir

Petikan dari blog bypass308.blogspot.com
Oleh: Fauzi Irwan Shah


Zaman dulu ada dialog ni - "Kalau kau tak turun Jebat, aku akan naik!..." Ni zaman dah lain dah, sekarang ni zaman kena buat pilihan yang tepat.
Presiden MCA, Ong Tee Keat kata, kalau Chua Soi Lek dikembalikan ke jawatan nombor dua, dia akan cau...

Maknanya, dia dah lama, malah sejak Chua menang jawatan Timbalan Presiden lagi, Ong dah rancang pulaukan Chua, hina dia dengan kata-kata sinis, cuba rendahkan martabat dia sebagai pemimpin MCA yang diakui secara sah.

Kenyataan Ong sedemikian bolehlah ditelah sebagai kemuncak keegoannya, ego seorang pemimpin kelana yang akhirnya menaiki tampuk kepimpinan parti kedua terbesar dalam BN.

Dia sukar sisihkan tabiatnya yang sentiasa anggap dirinya terhebat, boleh melakukan apa saja secara solo dan yang paling merosakkan ialah dia meletakkan dirinya sebagai seorang yang bertaraf "ulama" penuh kesucian. Pendek kata, dialah yang paling bermoral dengan politik retoriknya.

20 hari lagi Ong akan tahu langit tinggi mana, dia akan rasai betapa menghina orang lain atas kesilapan silam orang lain akhirnya bagai meludah ke langit. Apakah hebatnya moral seseorang jika tidak sanggup memaafkan, sebaliknya menjadikan kesilapan Chua sebagai senjata menjahanamkan karier Chua dengan tujuan meningkatkan populariti diri dan cubaan menggambarkan ketinggian moral sendiri.

Perpecahan yang berlaku kali ini adalah yang parah dan memalukan kerana baru memimpin MCA setahun jagung sudah ditimpa malapetaka undi tidak percaya.

Sikap Ong yang hanya dengar kata-kata dari puak ampu yang disumbat dalam Majlis Presiden menjadi antara punca kenapa rakyat, penyokong, dan ahli MCA sendiri naik muak dengan sikap kepimpinannya yang lebih berteraskan kepentingan diri dan berasaskan semangat etnik Hainan untuk Hainan.

Ong tahu kiamat politiknya kian hampir, dia dengan segala upaya cuba mengubah keadaan atau sekurang-kurangnya mengubah perhatian dengan mempengaruhi CC buat keputusan menolak hukuman pecat kepada gantung empat tahun.

Soalnya, kenapa CC tolak keputusan yang dibuat oleh Majlis Presiden sebelum ini, kenapa sekarang baru buat keputusan itu selepas Chua berjaya mendesak EGM? Sama ada keputusan CC atau MP, dua-dua sukar diterima umum terutamanya ahli dan perwakilan MCA sendiri kerana Chua dipilih secara sah.

Jika Ong benar-benar berprinsip, Chua patut dihukum sebelum itu agar dia tidak layak masuk tanding. Kenapa tidak sekat sejak awal? Bukan Ong tidak mahu sekat, dia cuma terlalu yakin bahawa Chua akan tewas parah dalam pemilihan tersebut, dan dia sudah bersiap sedia memalukan Chua selepas itu, namun segala niat jahatnya tidak menjadi, yang terjadi sebaliknya.

Dia sendiri berdepan krisis keyakinan dan krisis keruntuhan moral kerana memandang hina seseorang yang cuba "dikembalikan ke landasan yang betul", secara tak langsung Ong, MP dan CC hanya satu kepala satu pemikiran iaitu menghina masyarakat Cina yang mahu lihat MCA kuat, menghina keputusan ahli dan perwakilan yang mahu melihat gandingan Ong dan Chua mengembalikan keyakinan orang Cina terhadap MCA dan BN.

Apa jadi sekarang? Ong adalah punca segala keruntuhan yang bakal meranapkan karier politik dirinya dan MCA, maka BNlah akan terima tempiasnya.

Petikan laporan akhbar hari ini:
Kenyataan Datuk Seri Ong Tee Keat yang berpendirian bahawa beliau akan melepaskan jawatan Presiden MCA jika Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dikembalikan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden telah menghangatkan semual krisis politik MCA.

Ong berkata, keputusan membawa kembali Dr. Chua meskipun dengan majoriti kecil, adalah satu bentuk undi tidak percaya terhadap kepimpinan beliau dan keseluruhan Majlis Presiden parti itu.

Kenyataan tersebut dilihat oleh ahli-ahli MCA sebagai satu ugutan dari Ong supaya ahli-ahli MCA memberikan kepercayaan kepadanya dan sekaligus membuktikan bahawa tindakan disiplin yang memecat Chua Soi Lek adalah sebenarnya keputusan yang telah ditetapkan oleh Ong sendiri yang terancam dengan kehadiran Chua sebagai orang nombor dua dalam parti.

"Keputusannya adalah jelas. Jika ia berlaku, maka prinsip demokrasi saya ialah kesemua daripada kami perlu pergi, keseluruhan anggota Majlis Presiden," kata Ong.

Ong yang juga Menteri Pengangkutan ditanya pandangan sekiranya perwakilan mahu beliau kekal sebagai Presiden tetapi Dr. Chua dikembalikan jawatan Timbalan Presiden.

Jelas beliau: "Mereka perlu membuat pilihan."

"Jika majoriti kecil diperoleh, saya tiada pilihan melainkan saya meletakkan jawatan.

Posted by byPASs at 6:25 PM

Khamis, 24 September 2009

PKFZ - Zon Bebas Pelabuhan Klang

Petikan dari: www.iLuvislam.com
Nur Syamimi Mohamad Napis
Editor: Im Koyube

Cuba uji, sejauh mana kepekaan diri anda terhadap tanah air; Malaysia, yang tercinta. Kepekaan yang membawa kepada erti mengenal dan tahu tentang keadaan sekeliling dan apa yang berlaku di tempat anda.

Apabila disebut perkataan ‘Klang', apa yang terlintas di fikiran anda? Klang adalah sebuah daerah yang terletak di Selangor, yang juga merupakan Bandar Diraja bagi negeri tersebut.

Sebelum kita melangkah dengan lebih jauh, ada baiknya jika kita mengetahui dimanakah letaknya Klang dan bagaimana ia mendapat jolokan tersebut. Ya, implankan pepatah, "tak kenal maka tak cinta" di dalam diri, dalam usaha mengenal negara sendiri.

Klang terbahagi kepada dua, iaitu Klang Utara dan Klang Selatan. Dua bahagian ini dipisahkan oleh sebatang sungai yang dinamakan dengan nama Sungai Klang. Perkataan ‘Klang' terhasil daripada perkataan ‘Klong' yang membawa maksud gudang. Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa ‘Klang' bermaksud ‘terusan' atau ‘jalan air'. Hal ini dapat dilihat daripada kewujudan beberapa jalan air di sekitar Klang[1].

Selain itu, terdapat juga sebuah pelabuhan entrepot yang memainkan peranan penting dalam menjana ekonomi Malaysia. Pelabuhan Klang muncul sebagai pelabuhan ketujuh yang tersibuk di dunia pada tahun 2004[2].

Bukankah itu menunjukkan petanda yang baik kepada Malaysia? Pelabuhan yang dahulunya dikenali dengan nama Port Swettenham, merupakan pintu masuk utama ke Malaysia melalui jalan laut.

Jadi, tidak mustahil jika pelabuhan ini menjadi tempat teduhan para pedagang sebelum meneruskan pengembaraan mereka, menuju terus ke destinasi yang dituju. Lebih untung jika apabila persinggahan yang dibuat tersebut, membuka minat mereka untuk menjalankan perniagaan di Malaysia.

Kepesatan Pelabuhan Klang yang dilihat oleh pihak kerajaan telah menjadikan pelabuhan Klang melonjak naik ke satu taraf apabila kerajaan negeri Selangor, telah meluluskan sebuah projek zon bebas. Projek yang pada awalnya memakan belanja hanya RM2.5 bilion, akhirnya menginjak naik kepada RM4.6 bilion.

Jika dilihat pada cadangan penubuhan zon bebas ini, sebenarnya ia sebuah tempat yang menawarkan pelbagai kemudahan bagi tujuan perdagangan. Pelabur-pelabur asing dan tempatan boleh menjalankan urusan jual beli di kawasan tersebut. Tambahan pula, ianya adalah kawasan zon bebas.

Cuba bertanya kepada diri, apa yang anda faham dengan perkataan ‘kawasan zon bebas'? Ada orang kata, "..kawasan zon bebas ni kalau beli coklat boleh dapat dengan harga yang murah. Macam dekat Langkawi tu...".

Tujuan utama ‘kawasan zon bebas' ini adalah untuk menggalakkan perniagaan entrepot dan perkembangan industri yang berorientasikan eksport. Penubuhan zon bebas ini juga bertujuan untuk mengurangkan kadar cukai yang dikenakan ke atas sesebuah syarikat, ataupun adakalanya tiada cukai dikenakan ke atas sesebuah syarikat tersebut.

Hal ini menguntungkan para peniaga yang mengendalikan perniagaan oleh kerana barangan yang di bawa masuk, tidak akan dikenakan cukai yang tinggi. Dalam masa yang sama, ia juga menguntungkan para pembeli, oleh kerana pembeli dapat membeli barangan dengan harga yang lebih murah daripada harga di kedai biasa.

Jadi, disebabkan faktor ini, apabila cadangan penubuhan PKFZ diutarakan, ianya diterima baik oleh masyarakat setempat. Selain ia mampu meningkatkan bilangan pelabur dan pedagang ke Malaysia; yang akhirnya akan meningkatkan ekonomi negara, ia juga mampu menaikkan nama Malaysia di mata dunia.

Kesan yang dapat dilihat daripada penubuhan dan pembinaan PKFZ dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu kesan daripada sudut ekonomi, politik dan sosial. Memandangkan usaha penubuhan PKFZ, secara tidak langsung melibatkan rakyat, seharusnya rakyat, khususnya mereka yang tidak pernah lewat membayar segala jenis cukai, diberi penjelasan tentang perkembangan projek ini.

Dari sudut ekonomi, memang tidak dapat dinafikan ekonomi negara akan meningkat naik, seiring dengan pertambahan bilangan pelabur asing yang melebarkan sayap perniagaan mereka di Malaysia. Apabila hal ini berlaku, sekali gus ia akan memberi khabar gembira kepada rakyat jelata yang menunggu nasib mereka dibela.

Apabila ekonomi negara menjadi semakin baik dan berkembang pesat, sudah tentu sedikit demi sedikit kemiskinan dapat dibasmi. Pada saat ini, kerajaan mahupun pembangkang, mahupun orang perseorangan boleh turun padang melihat kebajikan rakyat-rakyat yang berada di ceruk pedalaman negeri.

Paling tidak, bagi mereka yang kurang berkemampuan ini, mereka boleh diberi modal permulaan untuk penghidupan mereka yang baru, di samping membuat follow up terhadap perkembangan mereka. Firman Allah SWT, di dalam surah At-Taubah, ayat 34,
"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak dari orang-orang alim dan rahib-rahib mereka benar-benar memakan harta orang dengan jalan yang batil, dan (mereka) menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menginfakkannya di jalan Allah, maka berikanlah khabar gembira kepada mereka, (bahawa mereka akan mendapat) azab yang pedih,"

Apabila ekonomi negara meningkat, secara tidak langsung Malaysia berjaya menyahut salah satu cabaran yang terkandung di dalam Wawasan 2020 iaitu "untuk membentuk satu komuniti yang mempunyai ekonomi seimbang."

Di samping menaikkan nama Malaysia di mata dunia, dalam masa yang sama, kerajaan perlu menitik beratkan keadaan hidup rakyat. Hal ini bertujuan agar Malaysia tidak dipandang seperti sebuah negara yang bertopengkan kekayaan dan keamanan, sedangkan jauh di pelusuk negeri sana, masih ada rakyat yang melarat hidupnya.

Lihat, betapa besarnya impak yang akan dimainkan oleh hanya sebuah zon bebas. Walaupun ia hanyalah sebuah zon bebas, namun sebenarnya ia memainkan peranan yang besar dalam pembentukan sebuah negara. Jadi, tidak seharusnya rakyat jelata memandang enteng perkara ini.

Mungkin bukan tugas kita untuk mengangkat setiap segi batu bata, mungkin bukan tugas kita untuk mengukur bangunan yang akan dibina, tapi sebenarnya ada tugas kita yang lebih penting, iaitu memastikan ‘kelancaran' pembinaannya. Kelancaran dari sudut dalaman mahupun luaran.

Kelancaran pengaliran duit yang berlaku sebelum, semasa dan selepas projek tersebut dijalankan juga perlu untuk diketahui oleh rakyat. Tugas seorang rakyat ialah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang yang peka terhadap keadaan sekeliling seperti pekanya kita terhadap isu Palestin dan umat-umat Islam di seantero dunia.

Kesan sosial yang dapat dilihat melalui PKFZ ialah kurangnya masalah kekurangan pekerjaan dalam kalangan masyarakat. Apabila ramai pelabur luar dan tempatan yang membuka premis perniagaan di kawasan zon bebas tersebut, maka akan terbentang luaslah sumber pekerjaan bagi penduduk setempat.

Apabila pengeluaran yang dihasilkan oleh sesebuah syarikat itu mendapat permintaan yang tinggi, sudah tentu usaha pembuatan yang akan dijalankan akan turut sama meningkat.

Melalui cara ini, masalah kekurangan pekerjaan dapat diatasi, itu pun jika dan hanya jika, individu yang terlalu memilih terhadap pekerjaan, tidak lahir dalam kalangan masyarakat tersebut.

Selain itu, kesan dari sudut sosialnya ialah melahirkan masyarakat yang up-to-date dengan teknologi terkini. Kemasukan dan pelaburan yang dibawa masuk oleh pelabur luar ke Malaysia harus dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Jika tidak mereka yang memperkenalkan teknologi tersebut kepada kita, maka kitalah yang perlu mengorak langkah mengambil inisiatif untuk mengenali teknologi tersebut.

Kesan dari sudut politiknya pula, hubungan diplomatik antara negara akan menjadi semakin kukuh dan erat. Melalui hubungan ini, pelbagai kerjasama dapat dilakukan antara Malaysia dengan beberapa negara luar yang lain. Dalam usaha Malaysia menggalakkan rakyat tempatan menggunakan barangan buatan tempatan, barangan buatan Malaysia juga boleh mendapat tempat di pasaran luar negara.

Apabila barangan buatan Malaysia semakin mendapat tempat di hati pengguna, maka adalah amat perlu untuk pekerja di sektor berkenaan untuk menjaga dan meningkatkan mutu serta kualiti barangan, agar ianya setanding dengan barangan jenama luar.

Jika di Malaysia, ada yang memandang Proton Saga generasi pertama, sebagai sebuah kenderaan yang biasa, tetapi, ketahuilah, masih ada rakyat Malaysia yang berada di luar negara sana berbangga apabila melihat Proton Saga generasi pertama ini meluncur laju di jalan raya.

Melihat kepada peri pentingnya sebuah zon bebas kepada sesebuah negara, seharusnya dan sepatutnya semua pihak; daripada kerajaan, mahupun swasta dan rakyat jelata, mengambil berat tentang usaha ini. Usaha membangunkan zon bebas ini tidak sepatutnya difikirkan untuk memenuhkan periuk nasi sendiri sahaja.

Jika kita ialah orang yang telah diamanahkan untuk sesuatu tanggungjawab, maka berusahalah untuk menjadi ‘sebersih' yang mungkin. Jika kita fikir kita layak untuk mendapatkan sesuatu, sebenarnya masih ada di luar sana, orang yang lebih layak mendapatkannya.

Peningkatan perbelanjaan di dalam projek tersebut, menjadi satu isu kepada negara apabila peningkatan perbelanjaan yang dianggarkan sebanyak RM2.5 bilion meningkat kepada RM4.6 bilion. Ada pihak yang mengatakan ianya tidak mustahil memandangkan dalam tempoh projek ini dijalankan, terdapat masalah ekonomi dan peningkatan harga barangan.

Jadi, tidak mustahil kos pembinaan projek ini terdapat plus minus dalam perbelanjaannya. Tetapi, memandangkan selisih harga tersebut bukanlah suatu nilai yang sedikit, maka sepatutnya pihak yang bertanggungjawab menjelaskan kepada umum supaya semua pihak berpuas hati.

Ada pepatah berbunyi, "sediakan payung sebelum hujan", sebab jangan disangka cerah hingga ke petang. Jika masa ini, kita melihat ramai pelabur yang berminat untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam pelbagai sektor, maka, semua pihak perlu beringat.

Jangan terlalu asyik dan lalai dengan kemewahan dan nikmat yang dinikmati sekarang, kerana dalam sekelip mata, semuanya bisa berubah di atas kehendak-Nya. Jagalah imej negara, jagalah reputasi negara dan peribadi, dan yang paling penting, sebagai sebuah negara yang dianuti oleh majoriti penduduk beragama Islam, jagalah kecantikan dan keelokan agama Islam itu sendiri.

Jangan disebabkan konflik kepentingan, kelemahan urus tadbir dan pengurusan yang sepatutnya dapat diatasi, akhirnya menjadi wabak kepada negara.

Riwayat Imam Muslim;
"Tiada seorang amir (pemimpin) yang menguasai urusan pemerintahan kaum Muslimin, kemudian ia tidak bersungguh-sungguh memberikan kemanfaatan kepada mereka, juga tidak memberikan nasihat pada mereka yakni mengusahakan mana-mana yang baik dan menolak mana-mana yang tidak baik, melainkan pemimpin itu tidak akan masuk syurga beserta mereka yang dipimpinnya itu."[6]

Disediakan oleh,
Nur Syamimi Mohamad Napis
Setiausaha Media I iLuvislam.com

PKFZ: Tukang siar kena tindakan, pembocor rahsia bagaimana?

oleh Fauzi Irwan Shah

PM, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil langkah segera minta siasatan terhadap laman web yang siarkan dokumen membabitkan PKFZ. Memandangkan ia merupakan dokumen rahsia kerajaan, maka amat wajar tindakan perundangan dikenakan terhadap mereka terbabit.

Reaksi PM bagaimanapun dilihat bagai "cakap tak habis" kerana beliau tidak pun sebut soal orang yang bocorkan rahsia tersebut. Ia tak kurang sama dengan apa yang kita lihat bagaimana pihak penguatkuasa menangkap penjual VCD di pasar malam, sedangkan tokey cetak rompak masih gagal dibanteras secara total. Hal ini, sama juga apabila kastam nak tangkap mereka yang bakar mercun, sedangkan masalah pokoknya ialah kenapa begitu lambak mercun dapat diseludup masuk?

Kalau yang tukang siar rahsia rasmi kerajaan akan dikenakan tindakan, sudah semestinya si tukang bocor rahsia patut dikena tindakan lebih tegas. Kerajaan jangan lepas tangan hanya tangkap tukang siar, sedangkan si pembocor rahsia masih ada kesempatan menghilangkan diri atau setidaknya mencari helah menafikan perbuatannya.

Kenyataan PM sepatutnya bertegas terhadap pembocor rahsia kerajaan dan diikuti tukang siar, ini sudah terbalik, seolah kerajaan hanya memandang berat tukang siar kerana ia menjadi punca orang ramai tahu rahsia kerajaan.

Nampak sangat dendam kerajaan terhadap pengamal web dan blog, sedangkan pembocor rahsia kerajaan adalah jauh lebih bahaya kerana ia merupakan musuh dalam selimut, boleh jual rahsia kerajaan dan tidak mustahil boleh jual kerajaan sekali...

PM sila buat kenyataan semula yang meyakinkan rakyat bahawa pembocor rahsia kerajaan adalah pengkhianat ibarat gunting dalam lipatan.

Petikan laporan akhbar:
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, polis akan menyiasat sebuah laman web yang menyiarkan dokumen didakwa Kertas Kabinet mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Perdana Menteri menegaskan, jika benar dokumen yang disiarkan itu Kertas Kabinet, mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Polis akan siasat dan tengok hasilnya nanti. Apa-apa tindakan ke atas pesalah boleh diambil di bawah OSA," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan program Permata Negara di sini, hari ini.

Semalam, sebuah laman web menyiarkan dokumen 18 muka yang didakwa sebagai memorandum daripada Menteri Kewangan bertarikh 22 Jun 2007 berhubung PKFZ.

Posted by byPASs at 12:35 PM

Isnin, 21 September 2009

Ayo yo Samy, pegang sampai mati pun tak apa laaa

Komentar: Ayo yo Samy, berapa banyak mau tipu rakyat daaa... dah 11 pengal pegang MIC, tiap-tiap penggal bagi alasan sama. Awak peganglah parti tu sampai mati pun... rakyat tak merungut pun.


Samy sanggup undur sekarang jika Palanivel sedia pimpin MIC
Oleh G. MANIMARAN


PRESIDEN MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu dan timbalannya, Datuk G. Palanivel (kiri) diraikan selepas Palanivel mengekalkan jawatannya buat penggal kedua pada pemilihan 12 September lalu. Samy Vellu mempertahankan jawatannya April lalu. Keputusan ini menimbulkan tanda tanya bila Samy Vellu akan menyerahkan kedudukannya kepada pengganti beliau.

PETALING JAYA: Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menyatakan kesediaannya untuk menyerahkan tampuk kepimpinan parti itu pada bila-bila masa sahaja, "termasuk esok" jika timbalannya, Datuk G. Palanivel sanggup menerajui parti itu.

"Saya sudah bersedia untuk pergi (melepaskan) jawatan, saya bersedia untuk pergi... hari Isnin, esok pun boleh jika Palanivel merasakan sudah bersedia untuk mengambil alih kepimpinan parti, saya bersedia untuk menyerahkan kepimpinan kepada beliau.

"Saya tiada masalah. Saya bukan hendak memegang jawatan ini buat selama-lamanya. Tapi ada banyak perkara yang perlu diselesaikan (demi parti dan masyarakat)," kata beliau ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Samy Vellu yang mempertahankan jawatannya buat penggal ke-11 April lalu memberitahu beliau akan mengadakan perbincangan dengan Palanivel sebaik sahaja beliau pulang dari India.

"Palanivel ada di India sekarang dan apabila beliau pulang dari India, saya akan menemui beliau untuk membincangkan perkara ini... untuk bertanya sama ada bersedia untuk mengambil alih jawatan Presiden. Dan, jika beliau bersedia saya akan menyerahkan kepada beliau," jelasnya.

Palanivel yang memenangi jawatan Timbalan Presiden MIC untuk penggal kedua pada 12 September lalu kini berada di India.

Bagaimanapun Samy Vellu menegaskan, parti akan berhadapan dengan pelbagai masalah jika beliau melepaskan jawatannya sekarang.

Sambil menyifatkan barisan kepimpinannya masih muka baru, Samy Vellu menambah: "Mereka memang merupakan muka lama dalam Kongres (MIC) (sebagai ahli), tetapi mereka adalah barisan kepimpinan baru, yang baru sahaja dipilih."

Bekas Menteri Kerja Raya itu menambah, bukan beliau sengaja mahu berpegang pada jawatan Presiden MIC sepanjang 18 bulan lalu selepas parti itu merekodkan prestasi buruk pada pilihan raya umum Mac 2008.

"Sepanjang 18 bulan lalu saya melalui pelbagai kesukaran, menguruskan soal kewangan untuk parti dan sebagainya. MIC bukan hanya milik untuk ahli-ahli parti sahaja, tetapi MIC perlu memenuhi keperluan masyarakat India," katanya sambil mengulangi bahawa MIC akan berhadapan dengan ketidakstabilan jika beliau memutuskan untuk berundur sekarang.

"Ada banyak perkara yang perlu diselesaikan, saya sedang menjalankan banyak perkara. Saya hendak memastikan semuanya selesai dan parti berada dalam keadaan baik sebelum diserahkan kepada mereka (pengganti)," katanya lagi.

Samy Vellu diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Presiden MIC itu untuk membincangkan pelan peralihan kuasa pemimpin nombor satu MIC itu, yang telah menerajui parti sejak 1981.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengesahkan yang Samy Vellu ada berjumpa dengan beliau Jun lalu untuk membincangkan mengenai perancangan peralihan kuasa pucuk pimpinan.

Menurut Perdana Menteri, beliau akan membincangkan langkah sesuai yang patut diambil oleh Presiden MIC itu berhubung perkara berkenaan.

Jelas Najib, ketika itu Samy Vellu memaklumkannya yang beliau masih tidak boleh berundur dan jika beliau berbuat demikian, kestabilan parti akan tergugat.

"Tetapi itu sebelum pemilihan parti. Tetapi kini selepas pemilihan, saya akan sekali lagi berbincang dengan beliau tetapi ini tidak harus dilihat sebagai campur tangan BN dalam ehwal dalaman MIC," kata Najib.

MIC mengadakan pemilihan pada 12 September bagi jawatan timbalan presiden, tiga naib presiden dan 23 anggota jawatankuasa kerja pusat.

Sabtu lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Samy Vellu adalah liabiliti kepada BN, dalam usaha komponen parti pemerintah untuk memenangi semula sokongan masyarakat India negara ini.

Mengenai kenyataan Najib itu semalam, Samy Vellu memberitahu, beliau melihat "ia satu kenyataan positif daripada Perdana Menteri."

Justeru kata Samy Vellu, beliau akan berhubung dengan Perdana Menteri minggu depan untuk mendapatkan tarikh temu janji bagi membincangkan isu berkenaan.

"Saya akan mengadakan perbincangan hati ke hati dengan Perdana Menteri berkaitan dengan pelan peralihan, saya perlu menjelaskan kepada beliau rancangan saya supaya ia dapat diterima dengan baik," katanya lagi.

Jumaat, 18 September 2009

Samy Vellu satu liabiliti pada BN - Dr Mahathir

PUTRAJAYA: Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu akan menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang disebabkan kepimpinannya yang gagal, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau bimbang sokongan rakyat terhadap BN akan merosot dan BN akan menjadi mangsa pula kerana Samy Vellu masih lagi memimpin MIC.

Dalam satu temubual dengan Bernama, Dr Mahathir berkata Samy perlu melepaskan jawatan presiden MIC kerana beliau perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan parti itu dalam pilihan raya umum yang lepas malah beliau sendiri juga kalah.

"Kalau kita tengok di negara lain, apabila seseorang pemimpin gagal, dia dengan sendirinya letak jawatan. Kalau di Jepun, dia commit harakiri (bunuh diri). Kita tak suruhlah dia (Samy) commit harakiri.

"You (Samy) gagal pimpin MIC sampai you (Samy) sendiri kalah," katanya.

Mengambil contoh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan ekoran prestasinya tidak begitu baik, Dr Mahathir berkata: "Samy dia punya prestasi jauh lebih buruk daripda Pak Lah tapi dia tak mahu nak lepas pun jawatan dia.

"Sepatutnya sebelum sampai ke tahap itu, dia (Samy) patut letak jawatan," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau berhak menegur sesiapa pun demi kebaikan BN, dan menambah kata: "Pak Lah pun saya tegur, apa Samy Vellu saya tidak boleh tegur?"

Tindakan Dr Mahathir menegur Samy menjelang pemilihan MIC minggu lepas telah dilihat cubaan mencampuri urusan MIC dan ia telah menimbulkan kemarahan seorang anggota perwakilan yang mencadangkan agar gambar bekas Perdana Menteri itu dikalungkan dengan selipar.

Dr Mahathir berkata pemimpin perlu sedar bahawa mereka bukan dapat memegang jawatan secara seumur hidup.

"Ini ditujukan bukan kepada Samy Vellu seorang sahaja kerana ada yang lain pun macam begitu juga," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau sendiri hendak meletak jawatan pada 1998 tetapi disebabkan krisis ekonomi dan isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, terpaksa terus memimpin negara sehingga 2003.

"Saya letak jawatan bukan bila orang kecam saya. Saya letak jawatan sebab saya duduk lama sangat.

"Pemimpin Malaysia ini belum faham apabila dia gagal, dia patut dengan sendiri letak jawatan, tak payah orang suruh. Bila you gagal, you punya parti gagal. Dia bertanggungjawab," katanya.

Ditanya apakah yang BN boleh buat memandangkan BN mempunyai prinsip tidak campur tangan dalam urusan parti-parti komponennya, Dr Mahathir berkata apabila ia sudah menjadi masalah kepada BN dan jika BN masih tak campur tangan, BN sendiri yang akan menjadi mangsa.

Dr Mahathir berkata pemimpin BN perlu menegur Samy Vellu kerana sebagai pemimpin BN, mereka bukan bertanggungjawab terhadap prestasi parti sendiri sahaja tetapi prestasi BN keseluruhannya.

"Kalau saya tahu seseorang itu akan menyebabkan kekalahan BN, itu sudah menjadi masalah BN. Bukan masalah MIC lagi. Kita tak boleh kata dok tak interfere (campur tangan) saja. Ini urusan BN. Kerana dia, BN kalah.

"Dulu mana ada Hindraf. La ni (sekarang) dah ada berpuluh (kumpulan pendesak masyarakt India). Kerana dialah pasal orang tak mahu dia tapi dia nak jadi presiden lagi," katanya.

Dr Mahathir berkata pemimpin yang menggunakan duit, tekanan, salah guna kuasa dan mengugut orang boleh kekal menjadi presiden parti tetapi tidak akan menang dalam pilihan raya.

Mengenai pemimpin pilihan Samy Vellu yang memenangi pemilihan MIC minggu lepas, beliau berkata mereka boleh memenangi pemilihan parti tetapi akan kalah dalam pilihan raya kerana orang ramai tidak akan sokong.

Dr Mahathir juga berkata Samy Vellu tidak memainkan peranan untuk melarang pembinaan kuil tanpa kebenaran walaupun pernah berjanji untuk berbuat demikian.

Samy, kata Dr Mahathir, menjadi popular dahulu kerana beliau (Dr Mahathir) menolongnya.

"Dia nak buat universiti, saya pujuk kerajaan bagi peruntukan RM50 juta dan banyak lagi dia punya projek, saya tolong," kata Dr Mahathir.

Mengimbas tugasnya sebagai Perdana Menteri dahulu, Dr Mahathir berkata beliau terpaksa memujuk orang Melayu supaya membenarkan BN meletakkan calon MIC di kawasan majoriti orang Melayu kerana tidak ada satu kawasan pun di negara ini yang mempunyai majoriti orang India.

"Lebih dari itu, saya juga berusaha supaya calon-calon MIC ini disokong oleh orang Melayu. Tanpa sokongan daripada ahli Umno dan orang Melayu lain, MIC tak boleh menang. Jadi ini khidmat saya kepada MIC.

"Tapi apabila MIC membuat sesuatu yang akan menyebabkan dia tak akan disokong oleh orang India, baik orang Cina, baik orng Melayu, saya perlu tegur," kata Dr Mahathir. BERNAMA

Rabu, 16 September 2009

Samy dan MIC lupa diri

Tidak ada yang biadab melainkan tindakan seorang perwakilan MIC yang mahu mengalungkan selipar pada gambar mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tidak ada yang lebih bodoh, melainkan pemimpin tertinggi parti itu, Samy Vellu yang mengisytiharkan perang terhadap Tun Mahathir.

Ini semua menunjukkan kebiadaban anak buah kepada pemimpin, setelah pemimpin yang menaikkan namanya telah bersara dalam pentadbiran. Inilah yang berlaku kepada Samy Velu, pemimpin yang tidak pernah mengenang budi.

Umpama anjing, lepas sembuh dari luka akibat tersepit, dia tetap menerkam orang yang bertungku lumus menyelamatkannya daripada azab dan kesakitan itu. Itulah Samy Vellu.

Di era Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, Samy Vellu lah antara pemimpin dalam parti komponen BN yang kekal sebagai menteri dan Presiden MIC. Dia banyak mendapat sokongan dari Tun Mahathir.

Dan Tun menyokong beliau bukan kerana beliau seorang yang bijak pandai dan disukai oleh ahli parti, sebaliknya Tun tidak mahu MIC berpecah dan mahu Samy berusaha menyatukannya. Sebab itu Tun Mahathir mengekalkan beliau sebagai Menteri Kerja Raya.

Walaupun banyak suara-suara sinis yang dihamburkan kepada Tun M kerana menjaga, membela dan mempertahankan Samy, namun Tun M tetap tersenyum. Tun M tahu apa yang dia buat dan tidak perlulah orang lain hendak persoalkannya. Itulah Tun M dengan Samy.

Tetapi setelah Tun M bersara daripada pentadbiran, puak-puak yang dulunya makan di tangan Tun M, mula gigit, pijak dan tinggalkan Tun M. Daripada Nazri Aziz sehinggalah kepada Samy Velu. Inilah antara pemimpin yang tidak mengenang budi, malah nampak sangat mereka ini antara pemimpin yang tidak boleh dibuat baik dan sukar untuk kita mempercayai 'kesetiaannya'.

Asal cerita berlaku perbalahan antara Tun M dengan Samy ialah apabila Tun M memberi cadangan kepada Samy supaya meletakkan jawatan sebagai presiden MIC dan berikan kepada orang lain.

Niat Tun M adalah baik, iaitu beliau mahu semua parti komponen dalam BN mempunyai pemimpin baru dengan harapan seolah-olah parti akan mendapat nafas baru, bukan lagi nafas lama yang dah hapak dan berhabuk. Itu sebenar niat Tun M.

Tetapi kerana rasa tercabar dengan kenyataan Tun M, Samy mengeluarkan kenyataan keras dan menuduh Tun M masuk campur urusan MIC. Kata-kata Samy itu menyebabkan ada seorang dua pemimpin akar umbi merangka strategi untuk menyerang Tun M.

Ternyata dalam perhimpunan agung MIC baru-baru ini, muncul seorang perwakilan berucap di pentas dan menyatakan rasa marahnya kepada Tun M kerana menganggu pemimpin 'kesayangannya' Samy Vellu.

Perwakilan itu, sama ada dalam sedar atau tidak (tetapi dipercayai dalam sedar), telah mengeluarkan kenyataan mahu mengalungkan selipar pada gambar Tun M.

Sungguh kurang ajar, biadab dan tidak berperikemanusiaan langsung perwakilan itu. Patut dihumban ke Kem Kamunting bawah ISA. Kata-katanya telah mencetuskan kemarahan ramai pemimpin UMNO. Sebab Tun M tidak wajar diperlakukan sedemikian.

Lupa sungguh perwakilan itu, yang kaum India dapat hidup aman dan maju sehingga kini adalah hasil daripada perhatian Tun M terhadap mereka selama Tun M sebagai Perdana Menteri.

Kenapa mudah lupa diri? Cukuplah dengan pemimpin tertinggi MIC yang lupa diri, anak buah jangan terikut-ikut dengan budaya Samy.

"Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan perwakilan MIC itu dan dia tidak wajar hidup di bumi Tanah Melayu ini. Pergi hantar dia ke negara India, biar dia makan gandum dengan capati sahaja di sana," kata seorang anak muda yang menghubungi penulis kelmarin.

Sajak rakyat kepada pemimpin tak sedar diri

Ketika sedang meninjau-ninjau bahan berita yang dihantar anak buah, tetiba mata tertacap pada satu emel bertajuk: Sajak rakyat kepada pemimpin.

Tanpa berlengah, saya terus buka dan anak saya ada tinggalkan nota pertanyaan: Boss, sajak ni boleh siar tak dalam page saya? Seorang penduduk hantar pada saya dan minta sangat-sangat saya siarkan. Boss tengok dulu dan atas pertimbangan Boss sama ada boleh disiarkan atau tidak. Tq Boss.

Wahh panjang lebar anak buah saya tulis nota untuk perhatian saya. Bagaimanapun, setelah berbincang dengan Boss yang lebih atas lagi, mereka beri jawapan, tak boleh. Maknanya sajak tu tak boleh disiarkan.

Apapun, saya ambil kesempatan ini untuk siarkan dalam blog saya.

Bila Pemimpin Berbalah

Masyarakat habis berpecah belah
Masing-masing salah menyalah
Yang ni tak betoi yang ni salah
Masing-masing tak ngaku kalah

Hari-hari syok (asyik) berbalah
Cari cerita cari salah
Kopi secawan dok bergalah
Terbuang masa apa ke jadah

Bila masyarakat asyik bertikam lidah
Hal keluarga pun endah tak endah
Macam-macam gejala dah jadi dah
Sesat merata tanpa akidah

Anak-anak tak pergi sekolah
Asyik leka pergi berkelah
Kepala pening dok hisap dadah
Bila lentok... macam-macam jadi dah

Ada juga yang main redah
Tua muda sama naik dah
Seluar ketat atas terdedah
Tok Wan tengok, kepala pun pening dah

Bila berbalah tiada faedah
Apa gunanya apa kejadah
Yang rugi kita berwadah
Mengejar mimpi yang tak sudah

Oleh itu, marilah sama-sama bermuhasabah
Cari jalan atasi masalah dan musibah
Semaikan semula semangat muhibah
Belajar-belajar mengimarah rumah ibadah
Tambah ilmu Tambah Faedah
Sebarkan ilmu jadi ibadah
Jadi teman di alam barzakh

Belajar-belajar pergi ke sekolah
Ambil wuduk untuk bersolah
Minta petunjuk serta hidayah Allah
Tunjukkan jalan yang lurus jangan yang salah
Semoga berkat jadi pemimpin bertauliah
Jadi contoh pembangunan ummah semoga berjaya...syukur Alhamdulillah

** Pemimpin pilihan di antara kamu semua ialah orang-orang yang kamu cintai (suka). Mereka juga mencintai kamu. Kamu semua mendoakan mereka untuk kebaikan, begitu juga mereka mendoakan untuk kebaikan kamu. – Hadith Riwayat Muslim.

Nukilan
Generasi Kedua

Jumaat, 11 September 2009

BN lalui zaman malap pembangkang

Barisan Nasional (BN) mahu menang dalam setiap pilihan raya umum dan pilihan raya kecil. Setiap kali ada kekosongan kerusi DUN atau Parlimen kerana wakil rakyatnya meninggal dunia atau sebagainya, BN tetap meletakkan calon.

Dan tentulah apabila meletakkan calon, BN mahu menang. Tetapi BN seolah-olah lupa, satu demi satu kerusi pilihan raya kecil yang ditandinginya kalah. Walaupun dapat mengurangkan majoriti pihak lawan, BN tetap kalah, dan kerusi itu dimenangi oleh pembangkang.

Persoalannya kenapa mutakhir ini BN sering kalah? Kenapa sebelum ini BN tidak pernah tewas? Sehingga ada penganalisis politik membuat andaian, jika BN meletakkan calon songkok sekali pun BN boleh menang.

Kenapa sekarang ini BN meletakkan calon yang berwibawa dan terpelajar pun boleh kalah? Manakala pembangkang meletakkan calon yang langsung tidak ada perwatakan kepimpinan pun boleh menang?

Jawapan yang tersirat ada pada BN. Tetapi jawapan yang ada pada saya ialah kerana BN tidak lagi bersatu sebagaimana sebelum ini.

Dalam siri komen, ulasan, pandangan dan nasihat saya kepada politik BN sebelum ini, saya sering mengatakan pucuk pimpinan BN telah melakukan banyak kesilapan dalam mengurus tadbir dan memilih pemimpin untuk menerajui atau membarisi kepimpinan di peringkat pusat, negeri, bahagian, peti undi dan cawangan.

Berdasarkan pengalaman bekerja sebagai wartawan dan sering kali berhadapan dengan senario politik, saya cuba menyatakan kegusaran, kebimbangan dan ketakutan mengenai masa depan BN.

Saya sedar segala pandangan yang saya lontarkan hanya sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri bagi setiap ahli politik terutama BN. Siapalah saya pada mereka untuk melahirkan kebimbangan masa depan BN.

Tetapi pada masa sama, selepas seminggu analisis saya disiarkan, saya dapati ada sesetengah kenyataan yang dibuat oleh pemimpin menyamai dengan apa yang saya sarankan. Itulah yang berlaku sepanjang 24 tahun saya menghambakan diri dalam dunia kewartawanan. Namun, saya menganggap mungkin itu secara kebetulan.

Krisis demi krisis berlaku dalam BN. UMNO cara UMNO, MCA cara MCA, MIC cara MIC dan PPP cara PPP. Setiap hari, setiap detik rakyat tidak pernah sunyi dengan perbalahan yang berlaku dalam parti-parti komponen BN.

Krisis ini secara tidak langsung membosankan rakyat. Mereka mula hilang keyakinan terhadap kewibawaan BN. Bagi rakyat, walaupun mereka diberi jaminan kapal yang dinaiki adalah selamat, tetapi jika mereka dapat tahu kapal itu mengalami kebocoran, tentulah mereka akan bimbang dan gelabah.

Jalan terbaik untuk selamatkan diri daripada berada di atas kapal yang pada mulanya gah macam Titanic itu ialah meninggalkannya untuk naik atau berada atas kapal yang lebih selamat walaupun kecil.

Inilah hakikat kenapa BN mengalami zaman malap. Biasalah pucuk kepimpinan akan memberi jaminan BN berada di landasan yang betul, tetapi kenyataan itu sekarang ini tidak lagi dapat menyakinkan rakyat. Mereka sudah nampak kapal yang mereka naiki dulu itu hampir tenggelam seinci demi seinci.

Rakyat tahu jaminan itu hanya sekadar untuk menyedapkan hati. Mereka fikirkan untuk apa terus tinggal atas kapal yang hampir tenggelam, tetapi diberi jaminan kapal berada dalam keadaan baik?

Pucuk pimpinan BN harus mencari jalan terbaik untuk menyelamatkan parti itu daripada krisis dalaman. Pergaduhan tidak wajar berlaku. Pemecatan pemimpin juga tidak harus berlaku kerana ia akan menganjurkan kepada perpecahan yang lebih serius.

Sebagai contoh, amatlah tidak wajar Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat memecat Timbalannya, Datuk Seri Chua Soi Lek kerana perbuatan itu menyebabkan penyokong Soi Lek akan berpaling tadah.

Di Perak saja lebih 1,000 ahli MCA termasuk penyokongnya bertindak melarikan diri dan menyertai parti pakatan pembangkang. Di negeri-negeri lain seperti di Kelantan, sudah lama MCA hilang pengaruh.

Kini BN sedang mengalami nasib malang sebagaimana yang dialami pembangkang iaitu Pas tidak lama dulu, setiap kali menghadapi pilihan raya umum atau kecil, calon Pas mesti kalah.

Sekarang dunia sudah terbalik. Pas yang selalu berada di bawah, telah mula naik sedikit demi sedikit. Parti itu bukan tak ada krisis, mereka juga tidak sunyi daripada krisis, tetapi pucuk pimpinannya bijak dan bertindak segera mengatasinya. Mereka tahu saja ada kebocoran, sepantas kilat mereka menampalnya atau membaikinya bagi menutup kebocoran itu.

BN tidak begitu. Tahu ada bocor, bocor itu dibiarkan berterusan bocor sampai bocor itu menjadi besar dan hampir-hampir tidak dapat dikawal, barulah tindakan menampal dan membaikinya dilakukan, tetapi sudah terlambat. Nak tak nak pucuk pimpinan terpaksa berbohong untuk meyedapkan hati dengan mengatakan BN stabil dan makin kuat.

Kalau stabil dan makin kuat, kenapa dalam tujuh pilihan raya kecil lalu BN boleh kalah? Adakah kekalahan itu disebabkan teknikal SPR? Atau pengira kertas undi tersilap mengira?

Jangan...jangan salahkan mereka. Kekalahan BN bukan kerana teknikal SPR atau pengira kertas undi bias, tetapi kerana BN sudah hancur. Hilang seri, hilang sokongan dan makin tidak diminati lagi.

Persoalannya, bolehkah BN kembali seperti dulu? Dengan kapal yang lebih baik dan sempurna tanpa sedikit pun kerosakan?

Jawapannya, boleh. Itu pun kalau ada kemahuan untuk berbuat demikian.

Ahad, 6 September 2009

Amat wajar MB Selangor di boo, diejek

Komen tetamu laman ini:
Saya hanya nak katakan, padan muka kepada Abdul Khalid Ibrahim apabila dia di 'boo' oleh penduduk Seksyen 23 Shah Alam. Kalau saya ada pada majlis itu, sayalah orang pertama yang akan lempar kasut ke arah mukanya. Saya meluat tengok muka dia, muka Ahli Parlimen Shah Alam dan ADUN Batu Tiga.

Mereka bertiga ini selayaknya diejek kerana mereka jenis wakil rakyat yang lebih utamakan orang bukan Islam daripada umat Islam. Kerana merekalah, arak boleh dijual di kawasan majoriti Islam dan kerana mereka juga, banyak kuil dibenarkan dibina dalam penempatan majoriti orang Islam.



Dari Berita Harian:
Pemindahan kuil Seksyen 19 dibeku sehingga lokasi baru ditemui

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di'boo' lebih 200 penduduk Seksyen 23 yang menyertai sesi dialog di Dewan Bankuet, Wisma MBSA, di sini, semalam ketika menjelaskan isu pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.

Selain beliau, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga, Rodziah Ismail turut di'boo' lebih 10 kali oleh penduduk terbabit yang mendakwa kerajaan negeri lambat bertindak dan hanya mahu berdialog selepas ia menjadi isu nasional.

Ahli Parlimen Shah Alam yang bangun mahu memberi penjelasan berhubung perkara sama tidak diberi langsung peluang bercakap, sebaliknya disuruh duduk oleh penduduk kerana tiada ruang disediakan untuk beliau berucap.

Malah, ada penduduk yang mengacah untuk membaling kasut sebagai tanda protes kepada ketiga-tiga pemimpin Pakatan Rakyat itu.

Ketika majlis dibuka kepada penduduk untuk bertanyakan soalan, seorang demi seorang tampil melepaskan geram kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang didakwa lambat memberikan reaksi untuk berbincang.

Menteri Besar terpaksa memberhentikan majlis berkenaan apabila seorang penduduk yang menyokong kuil berkenaan dipindahkan ke Seksyen 23 membangkitkan soal azan lima kali sehari yang membangkitkan kemarahan penduduk.

Pada sidang akhbar khas di kediaman rasminya selepas itu, Abdul Khalid mengumumkan cadangan pemindahan kuil itu dibekukan sehingga satu lokasi baru lebih sesuai ditemui.

Katanya, cadangan itu terpaksa dikaji semula selepas mendengar rintihan dan protes penduduk Seksyen 23 dalam dialog berkenaan.

Sehubungan itu, beliau mahu masyarakat di situ tidak lagi membangkitkan isu berkenaan sehingga kerajaan negeri mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasinya.

"Kita mendengar pandangan bukan saja daripada masyarakat Islam, tetapi juga Hindu yang bermastautin di Seksyen 23. Kita prihatin keinginan mereka untuk mendapat sebuah kuil di kawasan itu tetapi ini bukan mudah diselesaikan.

"Bagi langkah seterusnya, kita akan berbincang dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk mengenal pasti satu lagi tempat yang sesuai dan boleh diterima Jawatankuasa Kuil Seksyen 19 dan diterima penduduk di sekitar seksyen itu.

"Ia akan dilakukan seberapa segera sebab kita rasa masalah pemindahan kuil ini mesti diselesaikan. Kalau tidak ia akan berpanjangan," katanya.

Sejam sebelum itu, pergaduhan hampir tercetus di dalam dewan di antara lebih 200 penduduk Seksyen 23 dengan wakil kerajaan negeri dan sekumpulan wakil komuniti India yang menyokong pemindahan kuil ke kawasan itu.

Sesi dialog bermula kira-kira jam 10.10 pagi dengan perang mulut antara penduduk dan penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) apabila anggota terbabit tidak membenarkan dua warga emas dari kawasan itu memasuki dewan.

Kekecohan kedua timbul apabila beberapa penduduk menghalau keluar empat anggota unit amal Pas yang berada di dalam dewan kerana mereka bukan penduduk Seksyen 23.

Sebaik Abdul Khalid, Khalid dan Rodziah memasuki dewan, mereka di'boo', selain penduduk enggan mendengar taklimat yang mahu disampaikan Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md Noor mengenai pembangunan Shah Alam dengan membuat bising dan berkeras mahu mendengar keputusan Menteri Besar mengenai isu pemindahan kuil.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bantahan Kuil Seksyen 23, Mahayuddin Manaf, ketika ditemui, berkata tujuan penduduk menghadiri dialog untuk mencari jalan penyelesaian, selain menyuarakan bantahan terhadap pembinaan kuil di kawasan perumahan mereka.

"Hari ini penduduk hadir dan menyuarakan kemarahan mereka. Sejak Mei lalu hingga sekarang, baru kerajaan negeri panggil ke sini untuk berdialog, itu pun selepas masalah ini menjadi isu nasional," katanya sambil menambah kerajaan negeri sengaja mencetuskan kemarahan penduduk.

Ditanya keputusan yang dibuat Menteri Besar, Mahyudddin berkata, pihaknya berharap kerajaan negeri bersungguh-sungguh untuk mencari tapak lain lebih sesuai untuk kuil berkenaan, bukan di Seksyen 23.


Laporan Utusan Malaysia:

SHAH ALAM 5 Sept. – Majlis Dialog Bersama Penduduk Seksyen 23 berhubung cadangan pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke kawasan perumahan mereka di Dewan Bankuet, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini pagi ini berlangsung dalam suasana kecoh.

Ini kerana hampir sepanjang sesi dialog dari pukul 10 pagi itu berlaku perang mulut antara penduduk yang membantah cadangan pembinaan kuil dengan para pemimpin yang hadir termasuk Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri.

Mereka turut menghamburkan kata-kata kesat dan menjerit perkataan penipu kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail setiap kali kedua-duanya memberi penjelasan terhadap soalan yang diajukan.

Keadaan menjadi lebih tegang dan hampir mencetuskan pergaduhan apabila seorang penduduk yang mewakili masyarakat India, R. Gunaretinam, 27, bangun dan menegaskan persetujuan 48 keluarga India di situ berhubung pembinaan kuil tersebut.

Ini kerana, katanya, kebanyakan rumah di bandar raya itu mempunyai surau dan masjid.

Dia kemudian mendakwa orang Melayu di Seksyen 23 tidak peka dengan sensitiviti masyarakat India di situ yang didakwanya bertoleransi dengan orang Islam berhubung isu azan lima kali sehari.

Dakwaan Gunaretinam itu telah mencetuskan kemarahan penduduk beragama Islam sehingga ada yang dilihat bertindak mengangkat kerusi yang akhirnya menyebabkan Abdul Khalid terpaksa bangun dan menghentikan perbincangan sambil meminta penduduk bertenang.

“Hentikan perbincangan cadangan pembinaan kuil Seksyen 23, kita akan cari jalan yang sesuai dan saya akan cuba selesaikan hari ini.

“Kalau kita perlu selesaikan, kita cari penyelesaian dengan baik bukan dengan cara memecah-belahkan masyarakat.

“Kerajaan negeri akan cari jalan penyelesaian, tiada perbincangan lagi, saya akan jumpa masyarakat Hindu dan lihat bagaimana nak selesai masalah kuil dan saya juga berharap mereka dapat sabarkan diri,” ujar beliau.

Namun, sekumpulan penduduk dilihat terus mengerumuni tempat duduk komuniti India di dalam dewan tetapi keadaan berjaya dikawal anggota penguat kuasa MBSA dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Sementara itu, Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Seksyen 23, Ahmad Mahyuddin Manaf ketika ditemui berkata, apa juga keputusan yang diambil oleh kerajaan negeri, penduduk di situ sebulat suara tetap membantah cadangan pembinaan kuil tersebut.

“Tujuan kami adalah untuk menyuarakan pendapat serta pandangan dan pada hari ini, kita lihat macam mana penduduk menyuarakan hati mereka.

“Saya tidak bercakap tadi sebab selama ini kita lakukan dengan cara yang betul, buat surat, serah memorandum dan kita tidak dapat layanan dan kenapa sejak Mei baru kini September mereka nak buat perbincangan.

“Kalau masalah ini diatasi dan dikaji lebih awal, perkara ini tidak akan berlaku dan sebelum ini pun keharmonian kami di Seksyen 23 tidak pernah tergugat,” ujarnya.

Sementara itu, seorang guru India yang tinggal di fasa kedua Seksyen 23, M. Sekar ketika ditemui selepas sesi dialog memberitahu, walaupun penduduk India di situ menyokong pembinaan kuil di kawasan itu, namun mereka akur dengan keputusan yang akan dibuat oleh kerajaan negeri.

“Kami mahu kuil itu dibina dan ia adalah hak kami untuk menyokong pembinaan kuil itu tetapi kami akur dengan keputusan kerajaan negeri,” katanya.

Khamis, 3 September 2009

Rakyat Dibebankan, Pemimpin Senang-Lenang

Gagasan Rakyat Didahulukan sudah tercapai, Pencapaian Diutamakan pun sudah menjadi kenyataan. Begitulah yang mungkin dimaksudkan dengan gagasan Perdana Menteri yang mahukan rakyat didahulukan dalam apa saja cabaran, dugaan dan rintangan, sebelum pencapaian para menteri dan pemimpin diutamakan.

Kenaikan harga barang sejak setahun lalu yang belum turun-turun sehingga kini dan proses pertukaran spesies petrol di pasaran iaitu daripada harga mudah pakai kepada harga sukar pakai membuktikan rakyat telah didahulukan.

Begitu juga dengan kenaikan harga tambang pengangkutan awam seperti bas ekspres, bas henti-henti dan teksi juga antara gagasan yang berjaya dicapai menerusi Pencapaian Diutamakan.

Kadang-kadang saya berasa malu apabila pemimpin bercakap mengenai gagasan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Di mana-mana mereka pergi, ayat itulah yang mereka sebut dalam khalayak, tanpa sedikit pun rasa malu hadir dalam diri mereka.

Apa makna Rakyat Didahulukan? Dan apa pula makna Pencapaian Diutamakan? Itulah yang saya cuba cari jawapannya, tetapi tidak jumpa.

Yang saya jumpa ialah Rakyat Dibebankan, Pemimpin Senang-Lenang. Sama-samalah kita mencai jawapannya.

DAP pegang alat kawalan di Perak

Saya tidak setuju dengan tindakan 27 wakil rakyat pakatan pembangkang Perak mengadakan 'sidang DUN' hari ini (02hb Sept 2009).

Ini kerana secara prinsip dan mengikut undang-undang mereka bukan lagi sebuah kerajaan, sebaliknya bertindak sebagai pembangkang kerana tiga wakil rakyat mereka sebelum ini bertindak keluar parti itu dan menyertai Bebas.

Pada masa sama, tiga ADUN Bebas itu telah menyatakan untuk memberi sokongan kepada Barisan Nasional yang sekali gus menjadi BN sebagai kerajaan kerana melebihi tiga DUN berbanding sebelum ini BN hanya ada 28 kerusi dan pakatan pembangkang 31 kerusi.

Tetapi mengikut perkiraan matematik, apabila tiga daripada 31 kerusi pakatan pembangkang telah keluar parti, menjadikan pakatan pembangkang tinggal 28 kerusi dan BN yang ada 28 kerusi dicamur tiga menjadikan 31.

Secara logiknya, BN adalah kerajaan yang sah di Perak, bukan lagi pakatan pembangkang yang diketuai Nizar Jamaluddin.

Namun, pakatan pembangkang Perak yang majoritinya adalah wakil rakyat DAP iaitu golongan yang sukar menerima kenyataan kekalahan telah menyebabkan imej pakatan pembangkang tercemar.

Pas Kelantan misalnya, dengan sabar menunggu dua penggal pilihan raya umum sebelum mereka beroleh kemenangan pada tahun 1990 untuk membentuk kerajaan sehingga kini. Dan Pas juga sabar menunggu selama 50 tahun sebelum dapat bersama pakatan pembangkang untuk membentuk kerajaan negeri di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Kenapa pakatan pembangkang di Perak tidak boleh menunggu dua atau tiga tahun akan datang untuk mereka menentukan nasib pada pilihan raya umum ke-13? Kenapa harus bertindak seperti kebudak-budakan dengan menganggap mereka masih kerajaan, sedangkan mereka sekarang adalah pembangkang?

Pemimpin yang sukar menerima kenyataan mereka kalah secara tidak langsung boleh menyebabkan negara diancam huru hara. Mereka akan melakukan apa saja untuk menafikan kedudukan mereka.

Contohnya sudah nampak dengan jelas ketika ini apabila pakatan pembangkang Perak masih tetap mengadakan sidang DUN, sedangkan mereka bukan lagi berkuasa di negeri itu dan tidak lagi mendapat perkenan Sultan Perak, Tuanku Sultan Azlan Shah?

Dalam hal ini siapa yang patut dipersalahkan? V Sivakumar yang masih menganggap dirinya sebagai Speaker DUN? atau Mohamad Nizar yang masih lagi menyifatkan dirinya sebagai menteri besar?

Pada saya, Sivakumar dan Mohamad Nizar menyedari mereka bukan lagi Speaker atau menteri besar. Sebaliknya ada unsur luar yang menghasut dan mempergunakan mereka supaya tetap mendakwa diri mereka sebagai orang yang berkuasa dalam kerajaan negeri Perak.

Siapakah yang memegang alat kawalan yang mengawal Siva dan Nizar? Tidak lain ialah rakan kongsi mereka dari DAP. Di sini, jelas DAP sebenarnya yang memainkan peranan menghuru harakan perpaduan di Perak.

Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya menjadi pak turut. Fikir-fikirkanlah.