Khamis, 3 September 2009

Rakyat Dibebankan, Pemimpin Senang-Lenang

Gagasan Rakyat Didahulukan sudah tercapai, Pencapaian Diutamakan pun sudah menjadi kenyataan. Begitulah yang mungkin dimaksudkan dengan gagasan Perdana Menteri yang mahukan rakyat didahulukan dalam apa saja cabaran, dugaan dan rintangan, sebelum pencapaian para menteri dan pemimpin diutamakan.

Kenaikan harga barang sejak setahun lalu yang belum turun-turun sehingga kini dan proses pertukaran spesies petrol di pasaran iaitu daripada harga mudah pakai kepada harga sukar pakai membuktikan rakyat telah didahulukan.

Begitu juga dengan kenaikan harga tambang pengangkutan awam seperti bas ekspres, bas henti-henti dan teksi juga antara gagasan yang berjaya dicapai menerusi Pencapaian Diutamakan.

Kadang-kadang saya berasa malu apabila pemimpin bercakap mengenai gagasan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Di mana-mana mereka pergi, ayat itulah yang mereka sebut dalam khalayak, tanpa sedikit pun rasa malu hadir dalam diri mereka.

Apa makna Rakyat Didahulukan? Dan apa pula makna Pencapaian Diutamakan? Itulah yang saya cuba cari jawapannya, tetapi tidak jumpa.

Yang saya jumpa ialah Rakyat Dibebankan, Pemimpin Senang-Lenang. Sama-samalah kita mencai jawapannya.

2 ulasan:

Mr Priceless berkata...

Realiti pemimpin hari ni tahu bercakap dari melaksanakan, saya ingin mengambil contoh di shah alam yang kecoh tentang isu kuil di sec 19. Rakyat di sana bertegang leher, dan hampir berlaku pergaduhan, tapi jika kita rujuk pada pemimpin, dari kalangan pembangkang mengatakan hal ini dari pemerintahan terdahulu, manakala dr satu pihak mengatakan kerajaan sekarang tidak tahu sensitiviti rakyat setempat. Apa yang saya kongsikan adalah, pemimpin hari ni, hanya tahu huhahuha.. tuding menuding. Inilah realiti pemimpin hari ni.

Tanpa Nama berkata...

http://hamirdin.blogspot.com/2008/08/kesian-manzaidi.html