KESIAN MEREKA... Ratusan ribu penyokong fanatik Indon berkumpul di luar pekarangan stadium untuk menyaksikan perlawanan akhir pasukan mereka melawan Harimau Muda. Indon tumbang makan rumput dengan keputusan 4-3 menerusi tendangan penalti.
JAKARTA - Bagai satu pesta. Itulah gambaran yang dapat diperkatakan mengenai kebanjiran ribuan penyokong Indon beberapa jam sebelum aksi final acara bola sepak Sukan SEA 2011 yang menemukan Harimau Muda dengan Garuda Muda di Stadium Gelora Bung Karno malam tadi.
Seawal jam 7 pagi (waktu tempatan), penyokong Indon mula berkampung di stadium tersebut. Ada yang mahu membeli tiket dan ada yang sudah berlegar-legar di sekitar stadium.
Tidak ketinggalan, peniaga-peniaga kecil yang mula menjual pelbagai aneka barangan seperti jersi, topi, bendera dan alatan bunyian.
Situasi itu hampir sama dengan apa yang berlaku ketika Indon menentang Harimau Muda dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan A pada 17 November lalu.
Rata-rata penyokong Indon yang ditemui terlalu ghairah untuk menyaksikan Harimau Muda di tumbang di gelanggang yang mereka sifatkan sebagai keramat itu.
Kekalahan 0-1 di peringkat kumpulan sebelum ini, selain kegagalan skuad senior Indon menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 selepas tumbang kepada Malaysia, makin membangkitkan keghairahan mereka.
Bagi mereka, aksi final malam ini bukan sahaja medan mengembalikan maruah mereka yang telah tercalar, malah menjadi pentas terbaik bagi skuad Garuda Muda membalas dendam kekalahan yang dialami mereka dan skuad senior Indonesia.
Biarpun pihak penganjur telah menaikkan harga tiket dua kali ganda daripada harga asal, para penyokong Indon mula menyerbu kaunter tiket di stadium tersebut sejak semalam bagi mengelak daripada terlepas menyaksikan aksi yang dijangka penuh dramatik itu.
Difahamkan, harga tiket kelas VVIP, VIP Barat dan VIP Timur naik 100 peratus. Bagi kelas VVIP, harga tiket baharu ialah Rp1,000,000 (sebelumnya Rp500,000), VIP Barat Rp750,000 (sebelumnya Rp350,000), VIP Timur Rp500,000 (sebelumnya Rp250,000).
Bagi kategori 1, harga tiket kini dijual dengan Rp200,000 (sebelumnya Rp150,000), manakala kategori 2, 3 dan 4 kekal dengan harga asal iaitu masing-masing Rp100,000, Rp50,000 dan Rp25,000.
Di sebalik harga tiket yang naik mendadak, penyokong Indon tetap menyerbu setiap lokasi penjualan tiket - Stadium Gelora Bung Karno dan pejabat Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI).
Namun sesuatu yang mengejutkan apabila ada segelintir penyokong fanatik Indon yang sanggup membakar kaunter tiket di stadium kelmarin kerana kecewa tidak dapat membeli tiket final.
Ketika diminta mengulas insiden tersebut, pengurus jualan tiket Inasoc, Agus Mauro berkata, kejadian itu berlaku kerana tiket yang dijual kelmarin sudah habis.
"Kejadian ini berlaku mungkin kerana skuad Indon telah lama tidak memenangi pingat emas (acara bola sepak Sukan SEA). Jadi penyokongnya terlalu ghairah dan kempunan untuk hadir memberi sokongan kepada pasukan mereka.
"Lebih-lebih lagi Indon akan beraksi di final menentang Malaysia, ini sudah pasti memberikan impak yang luas biasa," jelas Agus semalam.
Agus menjelaskan, pada awalnya pihaknya menyediakan 70,000 keping tiket bagi aksi final tersebut. Namun, disebabkan kejadian membakar kaunter tiket kelmarin, pihaknya telah menambah 1,000 keping tiket lagi.
"Kami telah berusaha untuk memuaskan hati semua pihak dan tidak mahu kejadian buruk berlaku. Kami tidak mampu menghalang hajat penyokong untuk hadir ke stadium, tetapi kapasiti stadium juga harus diambil kira," jelasnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan