Sebelum ini saya ada menulis mengenai beberapa pemimpin pembangkang meninggalkan yang parti mereka sertai sebelum ini, untuk sama ada menyertai Umno atau Bebas atau parti lusuh yang diberi nafas baru.
Ulasan saya ialah mengenai sikap pemimpin pembangkang yang tegar kepada parti mereka terhadap rakan seperjuangan yang berhasrat hendak meninggalkan parti itu atau dipecat oleh parti.
Contohnya, seperti Senator Ezam Mohd Noor, Anwar Shaari, Zulkifli Nordin, Datuk Mohd Zahrain, Datuk Zaid Ibrahim dan ramai lagi, termasuk yang dalam senarai terkini bakal disingkirkan, Datuk Dr Hassan Ali dan Nasharudin Mat Isa.
Ketika nama-nama di atas ini berada dalam pembangkang, sama ada DAP, PKR atau PAS, mereka disanjung, dipuja dan dipuji oleh barisan kepimpinan, oleh rakan gabungan dan oleh penyokong ketiga-tiga parti itu.
Setiap kenyataan mereka ini, jika berbentuk mengecam dan memfitnah pihak lawan, akan sentiasa mendapat liputan meluas media-media lidah rasmi pembangkang seperti Roket (DAP), Suara Keadilan (PKR) dan Harakah (PAS).
Suara-suara mereka ini, pandangan-pandangan dan fitnah-fitnah yang dilemparkan ketika berceramah di pentas politik, akan menerima tepukan gemuruh dan pekikan kurang enak daripada para penyokong tiga parti ini kononnya bersetuju dan membenarkan apa yang diperkatakan pemimpin mereka itu.
Ini yang dikatakan taksub. Apabila penyokong taksub kepada seseorang pemimpin, apa saja yang pemimpin itu kata termasuk berbentuk fitnah besar sekali pun, semuanya dianggap benar belaka.
Sekarang apabila pemimpin berkenaan sudah menerima hidayah dan petunjuk daripada Allah bahawa parti yang mereka dokong selama ini itu adalah tidak benar dan perjuangannya songsang, ketaksuban para penyokong dan rakan-rakan seperjuangan terhadap mereka mula menurun.
Sikap dan sifat yang ditanam oleh pemimpin pembangkang ke atas penyokong mereka ialah melalaikan mereka ini dengan hiburan berita fitnah dan dusta. Kata-kata berbentuk nista, caci maki dan kata-kata hamun terhadap pihak lawan iaitu Umno dan parti-parti gabungan BN.
Sebab itu, kalau ada pemimpin pembangkang yang sebelum ini terkenal dengan sifatnya suka mencaci maki pihak lawan, kemudian tiba-tiba menunjukkan perubahan sikap condong kepada Umno, mereka akan disisihkan.
Mana-mana ketua yangada pengaruh besar dalam parti seperti Kit Siang/Karpal (DAP), Anwar/Azmin (PKR) dan Nik Aziz/Hadi Awang sama sekali tidak akan mengizinkan pemimpin kanan mereka mengecam perjuangan sendiri.
Mereka tidak rela pemimpin mereka memburuk-burukkan kepemimpinan parti. Golongan ini akan dianggapkan sebagai virus yang boleh merosakkan keseluruhan struktur parti jika tidak disingkirkan.
Cara menyingkirkan mereka ini ialah dengan memilih mana-mana pemimpin kanan yang lain mencetuskan isu memburuk-burukkan keperibadian pemimpin berkenaan dengan harapan ahli, penyokong dan orang ramai tahu bahawa pemimpin berkenaan memang mempunyai perangai tidak elok dan wajar dipecat bagi mengelak parti rosak.
Dengan itu mudahlah parti memecat pemimpin berkenaan dengan alasan kukuh iaitu derhaka kepada parti, menjadi gunting dalam lipatan, duri dalam daging dan kacang lupakan kulit.
Sejak Pas bergabung dengan PKR dan DAP yang dibentuk melalui Pakatan Rakyat (PR), ramai pemimpin kanan, kiri dan bawahan parti itu keluar parti. Mereka keluar bukan kerana tidak mendapat perhatian pucuk pimpinan, tetapi kerana kecewa.
Kecewa kerana penyertaan Pas dalam PR bukan untuk menguatkan pembangkang, tetapi dijadikan alat dan boneka untuk menghancurkan syiar Islam di negara ini. PKR dan DAP menggunakan Pas dengan tujuan menghapuskan ajaran dan perjuangan Islam.
Contoh paling nyata berhubung slogan Pas. Selama ini Pas berslogankan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM. Merancang hendak melaksanakan hudud, menguar-uarkan perjuangan parti itu berlandaskan al-Quran dan Hadis.
Namun, apa sudah jadi sejak Pas bergabung dengan PKR dan DAP? Slogan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM diubah kepada NEGARA BERKEBAJIKAN. Perancangan pelaksanaan hudud terhenti setelah menerima amaran daripada DAP, manakala perjuangan berlandaskan al-Quran dan Hadis telah jauh terpesong.
Ini yang dapat dikesan oleh Datuk Dr Hassan Ali dan dihidu oleh Nasruddin Mat Isa. Mereka berdua cuba untuk menyedarkan pucuk kepimpinan supaya menghentikan segera perjalanan bersama PR dan berpatah balik ke perjuangan asal.
Bagaimanapun, teguran, pandangan dan nasihat mereka ini disalah erti oleh pucuk pimpinan, yang kemudian mengecopkan mereka berfahaman Umno. Ada yang mendakwa, Dr Hassan dan Nasaruddin dibeli oleh Umno. Dihasut oleh Umno dan dijanjikan pelbagai habuan oleh Umno.
Itulah alasan yang diberikan oleh pucuk pimpinan Pas terhadap Dr Hassan dan Nasaruddin. Walaupun teguran, nasihat dan pandangan kedua-dua mereka ini betul dan tepat, tetapi oleh kerana pucuk pimpinan Pas sudah mabuk kepayang, hanyut dan jatuh cinta kepada Anwar, mereka sanggup membuang dua daripada pemimpin parti itu.
Sekarang Dr Hassan dan Nasharuddin menunggu masa untuk meninggalkan Pas. Mereka berdua menerima kecaman hebat daripada rakan-rakan seperjuangan, yang masing-masing menunjukkan ketaksuban mereka kepada perjuangan Anwar Ibrahim.
Bagi penulis, jika Dr Hassan dan Nasharuddin memilih meninggalkan perjuangan Pas dan PR, samalah seperti mereka memilih jalan ke syurga setelah terseksa berada dalam neraka. Pada penulis, pembangkang adalah neraka. Tempat golongan yang hobinya membuat fitnah, seks songsang dan menipu rakyat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
1 ulasan:
hari ini Nik Aziz kata perjumpaan Ab Hadi Awg dgn Pak Lah dulu kerana dakwah. Datuk Hasan Ali tegur Pas supaya berjuang pd landasan yg betul bukan dakwah ke? Nampak sgt Nik aziz ni penipu dan pembohong besar. sama besar dgn serban yg membungkus otaknya.
Catat Ulasan