KOTA BAHARU: Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskan ahli perniagaan Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff daripada pertuduhan menyembur bahan pemedih mata ke arah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2006.
Hakim Datuk Mariana Yahya membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Nik Sapeia terhadap keputusan Mahkamah Majistret Kota Baharu yang menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadapnya pada 14 Januari 2010.
Dalam penghakimannya, Mariana berkata Majistret Azman Mustafa telah khilaf daripada segi fakta dan undang-undang apabila mensabitkan Nik Sapeia dengan pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
"Tugas perayu adalah menimbulkan keraguan terhadap kes dan perayu telah mewujudkan keraguan tersebut," katanya.
Sejurus keputusan itu dibacakan, Nik Sapeia dilihat mengalirkan air mata dan memeluk panel peguamnya yang diketuai Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah, anggota keluarga dan penyokong yang memenuhi galeri awam mahkamah.
Mengikut pertuduhan, selain Dr Mahathir, Nik Sapeia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Datuk Ibrahim Ali, 60, Mohd Nasir Muda, 50, dan Suberi Sahidan, 52, di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, pada 11 pagi, 28 Julai 2006.
Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun, atau denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Nik Sapeia turut diwakili peguam Datuk Ramli Yusoff, Badrul Munir Bukhari, Y.Sheelan Samugam dan Zainul Abidin Mustaffa manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abdul Ghani dan Lailawati Ali.
Ditemui selepas itu, ahli perniagaan tersebut bersyukur kerana berjaya dalam rayuannya dan berjanji akan terus memperjuangkan hak rakyat Kelantan selepas ini melalui penyertaan dalam politik.
Bagaimanapun, Nik Sapeia, yang juga Naib Presiden PPP, tidak berhasrat mendakwa pihak yang dikatakan menganiaya dirinya.
"Saya tidak akan mendakwa mana-mana pihak itu, sebaliknya akan bertemu di akhirat kelak," katanya. BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
1 ulasan:
Saya tidak dapat cukup berterima kasih kepada Dr EKPEN TEMPLE kerana telah membantu saya mengembalikan kegembiraan dan ketenangan dalam perkahwinan saya setelah banyak masalah yang hampir menyebabkan perceraian, alhamdulillah saya bermaksud Dr EKPEN TEMPLE pada waktu yang tepat. Hari ini saya dapat mengatakan kepada anda bahawa Dr EKPEN TEMPLE adalah jalan keluar untuk masalah itu dalam perkahwinan dan hubungan anda. Hubungi dia di (ekpentemple@gmail.com)
Catat Ulasan