“Kecik-kecik dulu tak nak mampus… bila dah besar, menyusahkan orang…” demikian dialog si Benggali dalam sebuah filem lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
Kata-kata itu, walau bunyinya agak kasar dan keras, jika dihayati, ia mempunyai makna yang mendalam. Anak-anak sedemikian adalah jenis yang gagal dididik dan diasuh sejak kecil. Apabila dewasa, lagilah tidak berguna. Kehidupan sehariannya asyik menyusahkan ibu bapa dan masyarakat sekeliling sahaja.
Itulah yang penulis nak paparkan kali ini. Mengenai seorang budak hingusan bernama Adam. Budak ini apabila meningkat remaja dan dihantar ke pusat pengajian tinggi, kerjanya bukan nak belajar sungguh-sungguh sebagaimana harapan kedua ibu bapanya.
Sebaliknya, nak cuba jadi hero atau jaguh dengan melawan pemimpin dan kerajaan. Tugasan seharian di pusat pengajian tinggi ialah memikirkan bagaimana nak bantu parti pembangkang melawan kerajaan.
Ketika usia penulis masuk tujuh tahun kira-kira lebih 40 tahun lalu, mak ayah penulis selalu berpesan, “kalau kau mahu jadi manusia berguna, sempurna dan dihormati, kau belajarlah rajin-rajin dan manfaatkan sepenuhnya masa belajar untuk menimba ilmu.”
Mak ayah juga selalu berkata, “anak yang baik tidak tinggalkan solat, tidak derhaka kepada orang tua dan pemimpin negara serta rajin menuntut ilmu.” Katanya, jika penulis patuh kepada empat perkara itu, insya-Allah penulis akan menjadi manusia berguna dan hidup penulis diberkati Allah.
Setelah tempoh belajar selama 15 tahun habis, penulis tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan. Ini kerana rekod pencapaian akademik penulis dan keperibadian penulis sangat baik dan cemerlang.
Ketika menuntut di universiti selama empat tahun pun, penulis tidak terlibat dalam politik kampus dan parti, walaupun penulis boleh sangat untuk terlibat dan menjadi ketua pemimpin pelajar ketika itu. Tetapi kerana berpegang teguh kepada pesanan orang tua, penulis lupakan.
Kata-kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bahawa, “masa belajar sangat singkat di universiti iaitu tiga hingga empat tahun. Selepas itu mereka ada 50 tahun berpolitik…” bukan benda baru. Ia sudah diberi peringatan oleh mak ayah penulis sejak lebih 40 tahun dulu lagi.
Penulis sekadar mendengar nasihat itu dan simpan dalam hati sebagai persediaan untuk dijadikan panduan dan pedoman. Dan setelah empat tahun melalui pengalaman sebagai pelajar di universiti, barulah penulis tahu, kata-kata @ nasihat mak ayah itu adalah tepat dan benar.
Bayangkan, dalam tempoh itu penulis menghadapi seribu satu dugaan dan ujian yang berbentuk ajakan menyertai politik pembangkang, hasutan supaya membenci kerajaan, kata-kata nista dan dusta terhadap pemimpin negara serta bermacam-macam lagi.
Ketika itu, kalaulah penulis jenis lemah semangat dan mengabaikan nasihat mak ayah, sudah tentu penulis tidak akan jadi penulis seperti sekarang. Dah tentu penulis jadi seperti Adam, seperti bekas-bekas pelajar yang seotak dengan Adam.
Tapi syukur Alhamdulillah, penulis tidak terjerumus ke lembah ajakan syaitan. Penulis lupakan ajakan iblis-iblis supaya menyertai politik pembangkang. Politik yang melalaikan. Penulis kuatkan semangat dan tumpu kepada pelajaran.
Lagipun, mak ayah selalu kata… “masa belajar empat dan lima tahun saja. Lepas belajar, dah dapat ijazah nanti, kau nak terlibat dalam politik sehingga mati pun terlibatlah… tak ada orang nak larang, tak ada orang nak tegah.”
Jadi, kata-kata Tun Mahathir itu bukan lagi nasihat baru. Beliau hanya cuba mengulangi dan memperbaharuinya sepanjang masa memandangkan ramai ibu bapa lalai dan cuai mendidik anak-anak mereka yang sedang menuntut di universiti.
Penulis ketika ini tertanya-tanya akan reaksi ibu bapa Adam apabila mendapat tahu anak lelakinya terlibat dalam politik bodoh di kampus. Terdahulu penulis nak minta maaf kepada mak ayah Adam kerana melibatkan mereka dalam tulisan ini.
Sebenarnya, tujuan penulis tertanya-tanya mengenai reaksi mak ayah Adam itu kerana penulis tak dapat bayangkan akan reaksi dan hukuman yang bakal penulis terima daripada mak ayah penulis kalau Adam itu adalah penulis.
Yang penulis tahu, pertamanya, sudah tentu mereka terkejut dan menangis. Kedua, mereka akan berasa malu kepada jiran-jiran yang melihat tingkah laku anaknya (penulis) dipaparkan di media-media. Ketiga, tak cukup tanah penulis dimarahinya kerana ingkar pada nasihat dan peringatan mereka.
Keempat, sudah tentu mereka kecewa kerana banyak wang dihabiskan untuk perbelanjaan penulis, telah penulis sia-siakan begitu saja. Kelima, mereka sedih akan nasib dan masa depan penulis.
Adakah reaksi mak ayah Adam sama seperti reaksi mak ayah penulis? Dan adakah mak ayah Adam seperti mak ayah penulis yang selalu memberi peringatan, teguran dan nasihat kepada penulis supaya apabila masuk universiti nanti beri tumpuan kepada pelajaran, bukan main-main benda yang tak berfaedah?
Adakah mak ayah Adam seperti mak ayah penulis? Dan adakah Adam sendiri sama seperti penulis? Dah tentu jauh api dari panggang. Mentaliti penulis bukan seperti mentaliti Adam.
Mentaliti penulis ketika lebih 40 tahun lalu adalah belajar, memikirkan bagaimana nak jaga nama baik diri dan keluarga serta bercita-cita mahu menjadi manusia berguna kepada keluarga, diri sendiri, masyarakat dan negara.
Mentaliti manusia seperti Adam mungkin tidak ‘sekolot’ pemikiran penulis. Sebab itu, mereka gagal di tengah jalan. Keluar universiti bukan dengan segulung ijazah atau Sarjana Muda tetapi dengan sekeping surat amaran, surat teguran atau notis pembuangan dari universiti.
Sebab itu, kalau nak dibandingkan kualiti mahasiswa keluaran lebih 40 tahun lalu jauh lebih bermutu berbanding siswazah keluaran masa kini. Macam mana kualitinya, fikir-fikir sendirilah. Adam adalah klunya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan