Pada 23 Mac 2007, Noralina Ahmad Dasuki, 25, bekas pelajar Pusat
Pengurusan dan Teknologi Lanjutan di Shah Alam telah mempelawa rakan
sekolah lamanya, Juliana Md. Fuzi untuk satu sesi ‘makan-makan’ setelah agak lama mereka tidak bertemu.
Rupa-rupanya Noralina dan teman lelakinya, Muhammad Khairul, 27,
bekas pekerja sebuah stesen televisyen kabel sedang ‘merancang’ sesuatu
terhadap Juliana yang juga seorang penuntut di Kolej Islam Antarabangsa.
Bertempat di sebuah unit Pangsapuri Sunrise, Wisma Indah, Jalan Tun
Razak, mereka telah menyamun Juliana, merogol sebelum membelit dan
menjerut leher mangsa sehingga arwah meninggal dunia di tempat kejadian,
kejam…memang kejam!
Hasil siasatan, polis akhirnya berjaya memberkas Noralina dan Muhammad Khairul tidak lama selepas itu. Bicara punya bicara, pada 14 Julai 2009, kedua-duanya didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati.
Namun, Noralina dan Muhammad Khairul tak berpuas hati dengan keputusan
itu, mereka kemudiannya merayu lagi, kali ini ke Mahkamah Rayuan pula, tetapi ternyata rayuan mereka sia-sia
setelah lima tahun, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan kesalahan dan hukuman mati terhadap mereka berdua.
Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed
Ahmad berkata, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak melakukan sebarang
kekhilafan dalam penemuan faktanya apabila mensabitkan kesalahan mereka.
Katanya, Mahkamah Rayuan tidak mempunyai peluang untuk membuat
penilaian tentang tingkah laku saksi seperti yang dimiliki hakim
Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah
“Kami tidak mempunyai alasan untuk mengatakan bahawa sabitan
kesalahan itu adalah tidak wajar,” kata Syed Ahmad Helmy ketika menolak
rayuan Noralina Ahmad Dasuki dan Muhammad Khairul Anuar Abdullah.
Panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Abdul Wahab Patail dan Hakim Datuk Mohtaruddin Baki
mengapa aku bercakap mengenai kes ini?
Pertama, aku tidak faham mengapa suspek sanggup bersekongkol dengan
teman lelakinya menyamun dan membunuh sahabat baiknya sendiri, walhal
mangsa punyalah teruja untuk bertemu dengannya setelah lama mereka tak
berjumpa….lagipun berapalah sangat yang boleh dapat kalau nak samun
mangsa pun, dia bukannya anak jutawan!
Kedua, hati aku tersentuh bila membaca tulisan seorang lagi sahabat arwah yang dikongsinya dalam blog
http://sazwan57.blogspot.com/2009/07/alhamdulillahkes-arwah-dah-selesai.html, bacalah kalau korang nak tahu lebih lanjut.
Korang juga boleh baca nukilan yang ditulis oleh pensyarahnya di link ini…
http://mamahayyanharraz.blogspot.com/2009/07/semoga-rohnya-tenang-di-sana.html
akhirnya keadilan berjaya ditegakkan untuk arwah.
Buat Nuralina dan Muhammad Khairul, benar kalian telah disabitkan kesalahan namun masih punya waktu untuk bertaubat.
Ingatlah, tiada siapa yang bebas dari melakukan kesilapan dan kekhilafan, sesat jalan, pulanglah semula ke pangkalnya.
Sesungguhnya apa yang terjadi kepada Juliana waima Nuralina dan
Muhammad Khairul sekalipun, mempunyai pengajaran tersendiri buat kita
semua.
Al-Fatihah untuk Allahyarham Juliana Md. Fuzi.
Bunuh: Mahkamah Kekalkan Sabitan, Hukuman Mati Pasangan Kekasih
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini pada
Khamis mengekalkan sabitan dan hukuman mati ke atas seorang wanita dan
teman lelakinya kerana membunuh pelajar Kolej Universiti Islam
Antarabangsa, Juliana Md Fuzi, enam tahun lepas.
Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin
Zakaria sebulat suara menolak rayuan terakhir Noralina Ahmad Dasuki, 26
dan Muhammad Khairul Anuar Abdullah, 31, terhadap keputusan Mahkamah
Tinggi.
Pada 14 Julai 2009, Noralina, bekas pelajar Pusat Pengurusan dan
Teknologi Lanjutan di Shah Alam, dan Muhammad Khairul, bekas pekerja
Astro, didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh Hakim Datuk
Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Pasangan itu didakwa membunuh Juliana, 20, di sebuah unit Pangsapuri
Sunrise, Wisma Indah, Jalan Tun Razak di sini antara pukul 10 malam 23
Mac 2007, dan pukul 8 malam hari berikutnya.
"Kami sebulat suara mendapati bahawa terdapat bukti kukuh untuk
menyokong sabitan mereka," kata Arifin yang bersidang bersama-sama Ketua
Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, Datuk Hasan Lah,
Datuk Seri Mohamed Apandi Ali dan Datuk Ramly Ali.
Pada 30 April 2012, Mahkamah Rayuan menolak rayuan mereka.
Dalam kejadian itu, Juliana yang merupakan pelajar tahun tiga Diploma
Pengurusan Perniagaan kolej berkenaan ditemui mati dijerut menggunakan
wayar.
Noralina diwakili peguam Karpal Singh dan Sangeet Kaur Deo manakala Muhammad Khairul oleh peguam Geethan Ram Vincent.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Huda Noraini Mohamed Noor bertindak untuk pihak pendakwaan. - BERNAMA