KOMEN AMBO: Ambo dari dulu lagi tak berapa nak hormat pada artis ni. Nak jadikan contoh atas apa puak-puak artis ni? Memanglah wajib uar-uarkan perkahwinan, tetapi kalau buat publisiti secara berlebihan hingga melampau, itu bukan uar-uarkan. Tapi nak dapatkan keglamoran.
Contohnya, perkahwinan Rozita dengan tunangnya, Saidin ni adalah suatu yang agak melampau apabila mendapat penajaan sehingga berjumlah RM13 juta. Jumlah yang amat besar dan tidak patut diuar-uarkan kerana akan mengakibatkan fitnah.
Sejarah keartisan ni, kahwin gah-gah, belanja besar-besar, tapi kahwin dua tiga bulan dah bercerai berai. Tak malu ke?
KETIKA negara heboh memperkatakan tentang "Wedding of The Year" pasangan
Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang menerima tajaan keseluruhan
berjumlah RM13 juta, seorang pendakwah bebas memberikan peringatan ini.
“Di mana keberkatannya sesebuah perkahwinan itu kalau sebelum kahwin,
kita sudah membuat perkara yang dilarang ALLAH termasuk dalam hal
membabitkan pembaziran dan bermegah-megah ketika mengadakan majlis,"
ujar Ustazah Zawiyah Hassan.
Nasihat itu dilontarkan Ustazah Zawiyah menerusi Harian Metro.
“Itu belum lagi dalam perkara yang seolah-olah menjadi trend sekarang
bagi pasangan sebelum berkahwin untuk kononnya bergambar pra-perkahwinan
sambil berpelukan dan berpegangan tangan,” katanya lagi.
Tegasnya, perkahwinan merupakan suatu ibadat, namun jika majlis
meraikannya dibuat secara besar-besaran sehingga berlaku pembaziran,
bagaimana hendak mendapatkan keberkatan ALLAH.
“Kalau nak kata buat majlis besar sebab kepuasan diri, memang manusia
ini selalunya tidak pernah puas, cuma kalau boleh dielak, elaklah. Kita
berkahwin sebab nak dapat reda ALLAH, bukan pandangan orang sekeliling
terhadap majlis yang akan dilaksanakan,” katanya.
Jelas Ustazah Zawiyah, hukum sebenar kenduri kahwin hanya sunat
sebagaimana sabda Rasulullah iaitu mengadakan kenduri kahwin walaupun
hanya dengan seekor kambing.
Namun apa yang membimbangkan kini katanya, majlis perkahwinan secara
besar-besaran sehingga berlaku pembaziran seolah-oleh sudah menjadi
trend walaupun pada masa yang sama terdapat ramai orang memerlukan.
Zawiyah yang juga bekas Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga,
Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata,
sebaik-baik perkahwinan itu sederhana belanjanya supaya mendapat rahmat
dan keberkatan.
Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta pada hari bahagianya akan
menggayakan set barangan kemas tajaan Habib Jewel bernilai RM10 juta.
Pada majlis pernikahan yang akan berlangsung di Gazebo Pusat Konvensyen
Bandar Setia, Setia Alam, itu nanti, Che Ta bakal menerima wang
hantaran RM23,200, mas kahwin bernilai RM9,300 serta sebentuk cincin
perkahwinan dianggarkan berharga RM93,000.
Majlis berinai Che Ta akan diadakan pada 10 Disember ini dan
seterusnya, majlis resepsi pasangan pengantin berlangsung pada 13
Disember 2013 di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Bandar Setia, Setia
Alam, jam 8.30 malam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan