Comen: Betul ke teguran ni? Ikhlas ke buat teguran ni? Atau sekadar nak ambil syarat nak tunjuk pada rakyat yang anda tu dah 'marah' dan dah 'tegur' sahabat anda kerana menghina kakitangan awam.
Ambo tak berapa nak cayer, sebab anda sendiri pun pernah tegur dan gelar macam-macam kepada pejwata awam. Maknanya anda dengan rakan pakatan anda ni dua kali lima sahaja.
TIMBALAN Speaker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini membidas
tindakan rakannya dalam PR, Jeff Ooi Chuan Aun berhubung isu 'kucing
kurap'.
Menulis dalam laman mikro Twitter miliknya, Nik Nazmi berkata, "tak
patut seorang ahli Parlimen seperti Jeff Ooi menggunakan istilah 'kucing
kurap' terhadap pegawai kerajaan”.
Nik Nazmi turut menambah dalam 'tweet'nya itu "sakit kot", merujuk kepada perbuatan Ooi.
Dalam insiden berkenaan, ahli Parlimen Jelutong - DAP itu mengaku
memberi label 'kucing kurap' kepada kepada beberapa pegawai Majlis
Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kerana mereka tidak membawa perangkaan
terkini mengenai kedudukan penjaja di kawasannya.
Beliau juga tidak berpuas hati apabila pegawai kanan yang sepatutnya hadir tiada dalam sesi lawatan itu.
"You are insulting me by sending a lower officer itu 'kucing kurap'
(anda menghina saya dengan menghantar pegawai pangkat rendah itu 'kucing
kurap')... kita nak selesaikan masalah tetapi pegawai kanan itu serah
kepada seorang yang lebih junior dan mereka tidak boleh buat keputusan,"
Ooi dipetik sebagai berkata.
Kelmarin, ketika lawatannya ke Pasar Jelutong dekat Georgetown, keadaan
turut bertukar kecoh apabila seorang pekerja MPPP mendatangi Ooi dan
menggesanya menggugurkan label 'kucing kurap' yang ditujukan kepada
kakitangan bawahan MPPP.
Ooi bagaimanapun beredar daripada sidang media selepas diminta berbuat
demikian dan menyerahkan majlis kepada Presiden Pertubuhan Kebajikan
Insan Mulia, Aminah Abdullah.
Mohd Rofi Osman, 58, yang sudah berkhidmat lebih 30 tahun dengan MPPP
berkata, beliau kesal dengan sikap Ooi yang seolah-olah tidak berasa
bersalah dan memandang remeh permintaannya itu untuk menarik balik
kenyataan itu.
Sementara itu, Pemuda PKR (AMK) Pulau Pinang hari ini turut tampil di
Parlimen membidas kebiadapan Ooi terhadap penjawat awam berpangkat
rendah dan MPPP.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan