Selasa, 26 November 2013

Mohammed Ghaddar kembali ke pangkuan The Red Warrior

PASUKAN bola sepak Kelantan mengumumkan secara rasmi senarai pemain yang akan menyarung jersi The Red Warriors (TRW) bagi membawa cabaran pada saingan Liga Malaysia dan Piala AFC.

Antara yang mengejutkan apabila Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengumumkan pasukan tersebut mengikat semula bekas pemain importnya, Mohammed Ghaddar yang sebelum ini pernah membantu TRW menjulang treble pada 2012.

Selain Mohammed Ghaddar, dua tonggak import lain yang turut menandatangani kontrak dengan pasukan Pantai Timur itu adalah pemenang Kasut Emas Liga Super 2012, Francis Forkey Doe dan bekas pemain kebangsaan Mesir, Mohamed Shawky.

Forkey Doe yang mewakili Selangor pada musim ini telah menjaringkan 15 gol dalam semua pertandingan untuk skuad Gergasi Merah Kuning, manakala Shawky pula adalah tonggak pasukan kebangsaan Mesir beberapa tahun lalu dan pernah meraih pingat gangsa dalam Piala Dunia Kelab bersama Al-Ahly.

Juara Piala FA 2013 itu turut membawa masuk pemain kelahiran Australia, Brendan Gan yang memiliki kerakyataan Malaysia untuk didaftarkan atas kapasiti pemain tempatan.

Pasukan Kelantan juga menyenaraikan tiga pemain yang pernah beraksi dalam satu pasukan, Harimau Muda 2010 iaitu Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Nazri Ahmad dan Ahmad Shakir Ali untuk memperkasakan TRW.

Melengkapkan senarai adalah bekas pemain tengah skuad kebangsaan, Amar Rohidan, Famirul Ashraf Sayuti dan Tengku Hasbullah Raja Hassan.

Menurut Annuar, pemilihan pemain untuk skuad TRW 2014 adalah paling sukar.

"Bukan mudah untuk kita memuktamadkan senarai pemain, ini adalah musim paling sukar untuk kita mencari pemain dan selepas berusaha keras, akhirnya kita berjaya membentuk satu pasukan. Namun, TRW masih mempunyai kekosongan dan akan terus mencari pemain untuk dibawa masuk sebelum tarikh tutup pendaftaran pada 17 Disember ini,” katanya dalam sidang media memperkenalkan barisan pemain pasukan Kelantan.

Berikut adalah senarai penuh pemain pasukan TRW 2014 yang diumumkan hari ini:-
1. Khairul Fahmi Che Mat
2. Shahrizan Ismail
3. Syazwan Yusoff
4. Obinna Nwaneri
5. Nik Shahrul Azim Abdul Halim
6. Zairul Fitree Ishak
7. Farisham Ismail
8. Khairul Izuan Rosli
9. Tuan Mohd. Faim Tuan Zainal Abidin
10. Badhri Radzi
11. Fakri Saarani
12. Aziz Ismail
13. Faizol Nazlin
14. Faiz Suhaimi
15. Wan Zaharulnizam Wan Zakaria
16. Tengku Hasbullah Raja Hassan
17. Ahmad Shakir Ali
18. Nazri Ahmad
19. Brendan Gan
20. Mohamed Shawky
21. Francis Forkey Doe
22. Mohammed Ghaddar
23. Amar Rohidan
24. Famirul Ashraf Sayuti
- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: