Isnin, 28 Julai 2014

Dakwaan Raja Muda Selangor Murtad Menjijikkan - Khalid





Laporan yang menyiarkan dakwaan menjijikkan terhadap Raja Muda Selangor.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan laporan yang mendakwa 'Raja Muda Selangor Murtad’ sebagai perbuatan menjijikkan di media sosial.



Beliau berkata, pihak Istana sudah menghubungi beliau bagi menjelaskan mengenai tuduhan tersebut.

“Mereka menafikan sekeras-kerasnya perkara ini. Setakat ini hanya satu laporan dibuat di Selangor.

“Perbuatan ini sungguh tidak bertanggungjawab boleh membuatkan Tuanku sendiri, serta kerabat diraja Selangor, malah masyarakat akan tertanya-tanya sama ada benar atau tidak," katanya selepas Majlis Pemakaian Pangkat Dan Pelancaran Rasmi Jabatan Baharu PDRM, di Bukit Aman, Jumaat.

Khalid berkata, susulan laporan itu, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk mencari pemilik Facebook berkenaan.

“Kita dah puas bercakap dan nasihat supaya jangan menyalahgunakan media sosial, tetapi ada juga 'makhluk' ganjil ini yang degil dan sengaja menimbulkan suasana hura-hara dan kerisauan masyarakat.

“Saya ingat mereka ini bukan mausia, makhluk apa pun saya tidak tahu,” jelasnya.

Menerusi kenyataan yang dipaparkan pada 24 Julai, World News Daily melaporkan, satu-satunya anak lelaki dan pewaris Sultan Sharafuddin Idris Shah, Tengku Amir Shah, mengejutkan masyarakat Islam dunia dengan berita yang disifatkan majalah People's sebagai 'Kisah Benar Romeo dan Juliet Zaman Ini'."

Berita itu mendakwa Raja Muda Selangor itu meletakkan semua jawatannya dan peluang menaiki takhta untuk mengikut kata hatinya dan mengahwini model dan bintang terkenal Sepanyol, Cristina Gomez, 16.

Laporan itu mendakwa upacara pembaptisan kerabat diraja Selangor itu yang diadakan minggu ini di Santa Maria Cathedral di Braga, Portugal mendapat kritikan hebat umat Islam sedunia.

Selain itu, laporan itu juga menyebut pasangan kekasih itu akan dikahwinkan bulan ini di San Marco Cathedral, Venice.

Ahad, 20 Julai 2014

Tragedi MH17 - Jasad mangsa MH17 dipindahkan ke lokasi rahsia?


Tweet seorang koresponden bebas dan penerbit berita di Ukraine, Volodymyr Solohub (gambar bawah) lewat malam ini menimbulkan persoalan yang menakutkan.

vladamir

Dipercayai, jasad mangsa MH17 telah mula dikeluarkan dari tempat kejadian dan dipindahkan menggunakan lori ke lokasi yang tidak didedahkan.

Pihak mana yang berbuat demikian tidak diketahui. Apa yang diketahui kawasan itu berada di bawah penguasaan pemberontak pro-Russia.

Apakah jasad akan dibawa ke Moscow?

Pemandu lori yang ditahan para pemberita juga memberitahu dia tidak pasti ke mana jasad-jasad

lokasi rahsiaberkenaan akan dibawa.

Dengan wilayah di mana kapal berkenaan yang dipercayai ditembak oleh kumpulan pemberontak pro-Russia terus bergolak, perkembangan terbaru ini pasti membimbangkan.

Pasukan penyiasat Malaysia juga belum dibenarkan masuk ke lokasi kejadian tetapi jasad mereka-mereka yang terkorban sudah mula dipindahkan.

Ini mungkin tindakan mahu memadam bukti.

Jika mereka boleh menembak kapal awam tanpa rasa bersalah, tidak mustahil mereka boleh memindahkan begitu sahaja semua jasad yang ada tanpa sesiapa dapat melihatnya lagi.

Harap itu tidak berlaku kerana para waris mangsa mesti mahu menatap wajah yang tersayang buat kali terakhir dan mahu mereka ditanam di kampung halaman sendiri.

Masa akan menentukan apa yang akan berlaku seterusnya. -MYNEWSHUB Oleh: AK-47
lokasi rahsia 2 

lokasi rahsia 3 

Sabtu, 19 Julai 2014

Tragedi MH17 - Sistem Pelancar Peluru Berpandu Tembak MH17 Berjaya Dirakam

 
SEBUAH sistem pelancar peluru berpandu BUK M2 yang didakwa telah menembak jatuh pesawat MH17 berjaya dirakam di kawasan pangsapuri era Soviet di Torez, Ukraine selepas beberapa jam nahas itu berlaku.

Sistem penggempur yang mempunyai empat peluru berpandu itu kelihatan diselimut ketika gambar dirakam kira-kira lebih 10 kilometer dari lokasi kejadian.

Tragedi MH17 - Jumlah rasmi mangsa mengikut kewarganegaraan




Identiti kewarganegaraan semua penumpang yang berada di dalam penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 telah disahkan.

Dalam satu kenyataan pada hari Sabtu, MAS berkata, mereka kini sedang bekerjasama rapat dengan kedutaan masing-masing bagi menyampaikan berita tersebut.

Senarai penumpang dan anak kapal mengikut kewarganegaraan adalah seperti berikut:

Tragedi MH17: Urutan masa nahas

Berikut ialah urutan masa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dilaporkan terhempas di sebuah kawasan tegang di Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada Khamis.

Pesawat Boeing 777 yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal itu adalah dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Penerbangan itu dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 6.10 pagi Jumaat.

Tragedi MH17: Gurauan Cor Pan pesawat hilang jadi realiti

Cor Pan

Muat naik laman sosial Facebook oleh salah seorang yang dipercayai penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 meraih perkongsian yang banyak di laman sosial apabila beliau berjenaka mengenai pesawat terbabit bersama gambar kapal terbang tersebut.

Penumpang yang menggunakan nama Cor Pan di Facebook itu memuat naik gambar pesawat terbabit sebelum ia berlepas dari Amsterdam.

Bagaikan dapat mengagak tragedi ini, Cor Pan memuat naik pesawat Boeing 777 itu dengan kapsyen "Jika pesawat ini hilang, inilah rupanya".

Gambar tersebut dikongsi lebih 12,000 kali dan ruangan komen terus dihujani dengan pertanyaan serta doa daripada para pengguna lain.

Melalui perbualannya di laman Facebook, Cor Pan merancang untuk bercuti di Bali, Indonesia sebelum meneruskan percutian di Gili Trawangan, Lombok juga di Indonesia.

Pengguna media sosial turut membuka laman khas mengenang Cor Pan setelah perkongsian gambar dan cerita mengenai Cor Pan menjadi viral di media sosial.

Tragedi MH17 - Kampung Ukraine dihujani mayat

Satu letupan kuat kedengaran yang membuatkan bangunan bergegar. Sejurus kemudian, mayat jatuh dari langit dan menghujani kawasan kampung di Ukraine.
 
Salah satu dari mayat tersebut jatuh menembusi bumbung rumah Irina Tipunova di kampung tersebut, sebaik selepas pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 meletup di ruang udara timur Ukraine yang menjadi tempat pertempuran di antara kumpulan pemisah pro-Rusia dan pasukan kerajaan.

Jumaat, 18 Julai 2014

Tragedi MH17 - 23 rakyat kita, 154 warga Belanda dalam MH17


 

Sebuah pesawat dari Malaysia dilaporkan terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia, lapor agensi berita lewat malam ini.

Malaysia Airlines mengesahkan pasukannya terputus hubungan dengan pesawat Boeing 777 dengan nombor penerbangan MH17.

Kedudukan terakhir adalah di ruang udara Ukraine," kenyataan MAS di Twitter dipetik.

Laporan langsung sejak jam 12.01 pagi, Jumaat 18 Julai:

4.45am: Najib dalam sidang medianya berkata, Malaysia menggesa pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan sekiranya benar pesawat MH17 ditembak jatuh.

Sementara itu, laporan agensi berita antarabangsa menyenaraikan warganegara yang berada dalam penerbangan malang tersebut, memetik kenyataan pejabat MAS Eropah:

- 23 warga Malaysia
- 154 warga Belanda
- 27 warga Australia
- 11 warga Indonesia
- 6 warga British
- 4 warga Jerman
- 4 warga Belgium
- 3 warga Filipina
- 1 warga Kanada

Codeshare airline KLM says MAS' MH17 emergency hotline is +31 70 3487770

4.42am: Naib presiden AS Joe Biden menyatakan keyakinan bahawa pesawat MH17 ditembak jatuh.

"Ia bukan satu kemalangan, pesawat ditembak jatuh dari udara," katanya, lapor Reuters.

4.35am:
Petugas di 'sidang media' perdana menteri menegaskan, Najib tidak akan melayan sebarang pertanyaan dari wartawan.

4.10am: Akhbar Ukraine, The Kyiv Post melaporkan satu panggilan telefon di antara anggota pemisah dan pegawai risikan tentera Rusia berhubung pesawat yang didakwa ditembak jatuh dari ruang udara Ukraine.

Rakaman tersebut dikeluarkan oleh agensi keselamatan Ukraine, SBU.

Menurut rakaman dalam bahasa tempatan itu, anggota pemisah berkenaan memberitahu pegawai risikan Rusia bahawa mereka berjaya menembak jatuh sebuah pesawat.

Ia juga menunjukkan, militan berkenaan memberitahu pihak risikan Rusia bahawa mereka mendapati ia adalah sebuah pesawat penumpang.

3.53am: RT.com melaporkan, pesawat itu dipandu oleh pengawal udara Ukraine sebelum ia didapati hilang dari radar.

Laporan itu memetik laporan saluran berita Rossiya-24.

3.25am: Reuters memetik kenyataan pemimpin operasi bencana Ukraine yang berkata, operasi mencari dan menyelamat dihalang oleh kumpulan "pengganas bersenjata".

3.20am: Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa menyebut, ruang udara yang dilalui MH17 tidak dikelaskan sebagai zon larangan terbang.

2.46am: New York Times melaporkan, keadaan fizikal mayat yang ditemui masih utuh. Ini menunjukkan pesawat itu mungkin membuat pendaratan terkawal.

 













2.42am: Noraini Mohd Noor berkata, kakaknya dalam perjalanan pulang untuk menyambut Hari Raya yang transit di Amsterdam.

Katanya kakaknya yang berusia 67 tahun itu menetap di Switzerland sejak 30 tahun lalu dan tidak pulang ke Malaysia sejak lima tahun lalu.

Beliau kesal kerana MAS tidak mengambil tindakan pantas untuk memberi makluman.

2.37am: Seorang juruterbang memberitahu The Telegraph, beliau terkejut kerana MH17 masih menggunakan laluan di ruang udara Ukraine memandangkan sebuah pesawat pengangkutan negara itu telah ditembak jatuh awal minggu ini.

"Penerbangan sudah dilencongkan keluar dari Crimea,” kata Danny Fyne.

 











“Saya mendapati, ganjil bagi pesawat melalui kawasan ini.”

2.30am: Laporan The Telegraph menyebut, warga Ukraine di London akan mengadakan bantahan di kedutaan Rusia atas tragedi MH17.

Para penunjuk perasaan itu akan meletakkan bunga di luar kedutaan Malaysia dan Belanda sebelum demonstrasi tersebut.

2.22am: Lebih ramai para waris tiba di anjung tinjau KLIA untuk mendapat kepastikan mengenai nasib penumpang dan anak kapal.

Pegawai MAS tidak kelihatan di kawasan itu.

 










2.15am: Bapa kepada Nur Shazana Mohd Salleh, 31, seorang pramugari dalam penerbangan MH17 menyatakan rasa terkejut atas kejadian itu.

Mohd Salleh Shamsuddin, 54, berkata beliau berharap anaknya itu, yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, berada dalam keadaan selamat.

Ibu Nur Shazana kelihatan berada dalam keadaan terkejut dan tidak dapat bercakap kepada pemberita.

1.57am: Wartawan New York Times di lokasi bencana melaporkan, kebanyakan mayat masih terikat dengan tali pinggang keselamatan di tempat duduk.

 



















"Banyak mayat masih terikat dengan tali pinggang keselamatan di serpihan pesawt," kata Sabrina Stravernise di Twitter.

1.49am: Para wartawan berhimpun di luar kawasan anjung tinjau KLIA, tetapi tidak dibenarkan masuk ke ruang tersebut oleh pasukan keselamatan.

Pusat operasi bencana akan ditubuhkan di Hotel Sama-sama.

Najib sedang mengikuti taklimat oleh Pusat Operasi Darurat MAS.

1.47am: Laporan Reuters menyebut, pihak berkuasa pengangkutan udara Amerika Syarikat dan Eropah sudahpun mengeluarkan amaran berhubung risiko penerbangan di ruang udara Ukraine sejak April.

1.40am: Najib mengikuti taklimat mengenai status pesawat MH17 di pusat operasi darurat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

1am: Laporan Reuters menyebut, puluhan mayat ditemui bergelimpangan di sekitar bangkai pesawat di sebuah padang di timur Ukraine.

Pasukan penyelamat menemui sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui dengan kawasan kampung Grabovo.

 










Serpihan pesawat itu dikesan dalam lingkungan diameter 15 kilometer.

Seorang pegawai kerajaan Ukraine yang dipetik dalam laporan itu menyebut, kesemua 295 orang dalam penerbangan itu maut.

12.31am: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam tulisan di Twitter menyatakan rasa terkejut dengan perkembangan itu.

"Saya terkejut dengan laporan bahawa pesawat MH terhempas. Kita sedang melancarkan siasatan serta merta," katanya di Twitter.

12.30am: Presiden Rusia Vladimir Putin mengadakan perbincangan dengan Barack Obama berhubung pesawat Malaysia yang terhempas di Ukraine, lapor Reuters

 










12.28am: Koresponden Reuters di timur Ukraine melaporkan menyaksikan bangkai pesawat terbakar dan badan manusia di kawasan bencana.

Sementara itu, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan akan tiba tidak lama lagi di pusat operasi Malaysia Airlines yang dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

12.24am: Presiden Ukraine, Petro Poroshenko menafikan tenteranya menembak jatuh pesawat Malaysia, lapor DPA.

12.19am: Laporan Reuters menyebut, presiden AS Barack Obama maklum dengan laporan mengenai pesawat Malaysia yang terhempas.

Rumah Putih bagaimanapun enggan mengesahkan apa-apa butiran.

12.15: Laporan Reuters memetik kenyataan penasihat kerajaan Ukraine yang berkata pesawat Malaysia itu ditembak jatuk oleh militan di timur Ukraine, mengorbankan kesemua 295 orang dalam penerbangan tersebut.

Ia menyebut, pesawat itu jatuh dekat bandar Donetsk, yang menjadi kubu kuat pemisah pro-Rusia.

Menteri tersebut, Anton Gerashchenko dilaporkan berkata, pesawat itu terkena tembakan peluru berpandu dari permukaan darat.

Laporan itu mendakwa, penduduk tempatan telah menemui bangkai pesawat.

Laporan terdahulu:

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam tulisan di Twitter menyatakan rasa terkejut dengan perkembangan itu.

"Saya terkejut dengan laporan bahawa pesawat MH terhempas. Kita sedang melancarkan siasatan serta merta," katanya di Twitter.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata dakwaan bahawa pesawat itu ditembak jatuh masih belum disahkan.

"Tiada pengesahan bawah ia ditembak jatuh. Tentera kita sudah diarahkan untuk menanganinya," katanya di Twitter.

Pesawat itu dilaporkan membawa 295 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Ia berlepas dari Amsterdam pada jam 2.14 pagi waktu tempatan dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada kira-kira jam 6 pagi.

Laporan Al-Jazeera menyebut, pesawat itu mungkin terhempas di kawasan yang menyaksikan pertempuran sengit antara Rusia dan Ukraine.

Menurut Interfax, pesawat itu terhempas hanya 50 km selepas memasuki ruang udara Rusia.

Laporan yang memetik sumber keselamatan Ukraine yang tidak dinamakan itu menyebut, pesawat itu hilang dari radar ketika berada di ketinggian 10,000 meter.

Tragedi MH17 - Akhbar lapor panggilan telefon dipintas dakwa tembak pesawat

Akhbar Ukraine, The Kyiv Post melaporkan satu panggilan telefon antara anggota pemisah dan pegawai risikan tentera Rusia berhubung pesawat yang didakwa ditembak jatuh dari ruang udara Ukraine.

Rakaman tersebut dikeluarkan oleh agensi keselamatan Ukraine, SBU.

Tragedi MH17 - Pesawat MAS terhempas di Ukraine


missing-flight-malaysia-airlines-boeing-777-ftr

MOSCOW 17 Julai – Sebuah pesawat penumpang Malaysia membawa 295 penumpang dan anak kapal terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia, lapor Interfax memetik sumber industri penerbangan sebagai berkata.

Menurut laporan itu, pesawat Boeing itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila nahas itu berlaku.

Tragedi MH17 - Sidang media PM Najib

SIDANG media PM (4.40 a.m)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib berkata, Malaysia menggesa pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan sekiranya benar pesawat MH17 ditembak jatuh.

"Jika didapati ia benar-benar ditembak jatuh, kita menggesa agar pihak bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan," katanya dalam sidang media pagi ini.

Tragedi MH17 - Kronologi kejadian MH17

17 Julai (Khamis) * 12.15 Tengah Hari - (waktu tempatan Amsterdam) MH17 berlepas dari Lapangan Terbang Amsterdam.

* 10.15 Malam - (waktu Malaysia) MAS mengesahkan ia telah menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia telah terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) di kedudukan 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine.

Tragedi MH17 - Ukraine tubuh s'jaya negara siasat tragedi MH17

Presiden Ukraine, Petro Poroshenko mengarahkan penubuhan Suruhanjaya Negara bagi menyiasat tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di timur negara itu ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
  
Menurut laman sesawang rasmi presiden, www.president.gov.ua/en/, suruhanjaya tersebut akan dianggotai pakar daripada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan badan antarabangsa lain serta wakil dari Belanda dan Malaysia.

Tragedi MH17 - Wisma Putra berkerjasama dengan k'jaan Rusia, Ukraine

Wisma Putra sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan Rusia dan Ukraine susulan laporan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah terhempas di Ukraine, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin.
  
"Kami sedang bekerjasama rapat dengan kedua-dua kerajaan untuk mendapat maklumat.
  
"Buat masa ini, kami mempunyai beberapa maklumat, cuma tunggu nak mengesahkan sahaja", kata beliau ketika dihubungi Bernama hari ini.
  
S dalam tweetnya berkata ia telah terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 dan kedudukan terakhir pesawat yang diketahui ialah di ruang udara Ukraine.
  
Laporan agensi berita asing menyebut bahawa sebuah pesawat Boeing 777 Malaysia bersama 295 orang terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia.
  
enteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun berkata belum ada pengesahan bahawa pesawat MH17, yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah ditembak jatuh. - Bernama

Selasa, 8 Julai 2014

Wanita dipukul kerana mencuri kereta mewah


Baru sahaja petang tadi SiakapKeli.com berkongsi satu video yang mana seorang wanita dipukul dalam kereta kerana mencuri kereta mewah Vellfire.Lelaki yang memukul wanita itu sebenarnya adalah seoarang lelaki yang bekerja dengan sebuah syarikat penyewa kereta yang mana kini telah menghilangkan diri.

Menurut maklumat yang SK perolehi, wanita yang menjadi mangsa hukuman diluar undang-undang itu telah parah dibelasah. Bukan setakat dipukul dan diterajang malah dia juga telah dicucuh besi panas pada lengan berkali-kali.
Selain daripada keganasan fizikal, wanita itu juga turut disamun. Tablet dan juga wang dalam akaun bank wanita tersebut telah diambil oleh lelaki berkenaan. Bagaimanapun mangsa telah membuat laporan polis dan suspek utama telahpun dikenalpasti dan kini dalam siasatan pihak polis.
Menurut sumber, wanita berkenaan telah melakukan jenayah mencuri kereta kerana dipaksa oleh seorang lelaki berbangsa cina bagi menjelaskan hutang bekas suaminya. - SiakapKeli.com

Pesawat Air Asia tergelincir sebaik mendarat di Lapangan Terbang Brunei

Sebuah pesawat AirAsia dilapor tergelincir ketika sedang melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei petang tadi.
Memetik laporan sebuah portal, kejadian tersebut telah disahkan oleh AirAsia.
Dalam satu kenyataan, AirAsia berkata, insiden membabitkan Penerbangan AK 278 kira-kira 4 petang dan tiada sebarang kecederaan berlaku.
Menurut kenyataan itu lagi,  semua penumpang dan kru pesawat berkenaan berjaya dikeluarkan dengan selamat.
Semasa kejadian terdapat seramai 102 penumpang dan tujuh kru di dalam pesawat.
AirAsia menambah, kakitangannya di lapangan terbang tersebut sedang melakukan apa yang perlu bagi membantu semua penumpang terlibat.
Pada masa sama, pihaknya turut bekerja sama dengan semua pihak berkuasa bagi mengenalpasti apakan punca kejadian berkenaan.
AirAsia juga akan memaklumkan maklumat terkini mengenai kejadian berkenaan jika perlu







Sabtu, 5 Julai 2014

Jenazah Sharifah Aini Kini Di Masjid At-Taqwa, TTDI


JENAZAH Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, kini berada di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) untuk disempurnakan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, selepas solat Zohor, hari ini.

Sejak jam 7 pagi, ramai rakan artis yang sudah menunggu di masjid untuk memberi penghormatan terakhir.

Antara yang kelihatan, Uji Rashid, Hail Amir, Zaiton Sameon, Ellie Suriati, Datuk Sarimah Ahmad, Aznah Hamid, Habsah Hassan, Datuk Chef Wan, Fazli Zainal, Salwa Abdul Rahman, Mak Jah, Rohana Jalil dan ramai lagi.

Terdahulu, jenazah dibawa dari Pusat Perubatan Pakar Damansara jam 7.30 pagi tadi.

Sebelum menghembus nafas terakhir, Allahyarhamah memesan tiga wasiat iaitu jangan mengambil gambar jenazah beliau, jangan membuka tutup muka dan mahu anak tunggalnya, Aliff Omar, 32, mengimamkan solat jenazah. – Berita Harian

(TERKINI 5 A.M) Kak Pah Dan Hilangnya Permata Negara…


SEBAIK saja mendapat perkhabaran perginya Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini, kami di Mynewshub.my terus bergegas ke Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Setibanya kami di sana kira-kira pukul 2.45 pagi, kelihatan ramai rakan artis terutama yang seangkatan dengan beliau tiba untuk memberi penghormatan terakhir.

Antaranya Uji Rashid, Hail Amir dan Noorkumalasari. Turut kelihatan angkatan artis 80′an seperti Nassier Wahab dan Datuk Shah Rezza selain pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi.

Jenazah beliau yang sebelum itu ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kemudiannya dibawa turun ke bilik mayat pusat perubatan tersebut.

10526027_10152506075173050_2123999764830445910_n

Perasaan hiba menyelubungi bilik mayat apabila jenazah artis terkenal itu diletakkan di atas pengusung dan dibaluti kain batik berwarna merah hati.
 
Sementara itu, Presiden Koperasi Penggiat Seni Selangor Berhad, Zed Zaidi tak dapat menahan kesedihan sebaik saja tiba di bilik mayat. 
 
image-2

"Arwah terlalu istimewa… penyanyi yang boleh menguasai pelbagai genre lagu dari tradisional hinggalah moden. Kali terakhir saya bertemu Allahyarham sewaktu kami berkempen untuk Palestin tahun lalu.

"Masa itu beliau beritahu beliau nekad nak bantu rakyat Palestin dengan apa cara sekali pun," katanya dalam nada sebak pada Mynewshub.my di KPJ Damansara awal pagi ini.

Sementara itu, Mynewshub.my dimaklumkan yang jenazah akan disembahyangkan terus di sebuah masjid di Taman Tun Dr. Ismail sebelum dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara pukul 10 pagi ini .

Kerjaya seni Sharifah Aini bermula apabila beliau memasuki pertandingan nyanyian Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968 dengan membawa lagu berjudul "Tiga Malam" dan sekaligus dinobatkan sebagai "Juara Bintang RTS" 1968.

Selepas kemenangannya, beliau dilamar oleh syarikat rakaman EMI pada tahun 1969. Album pertamanya yang berjudul Seri Dewi Malam telah diterima dengan hebatnya oleh peminat ketika itu.

Sharifah Aini bukan sahaja bekerjasama dengan syarikat rakaman EMI Malaysia, beliau juga telah bekerjasama dengan syarikat rakaman EMI Singapura.



20c_sharifa_c236139_111214_166

Setelah menjadi artis rakaman, Sharifah Aini telah banyak menyanyikan pelbagai lagu dan menghasilkan hampir 93 album, termasuk tujuh album lagu bahasa Inggeris.

Beliau bukan sahaja terkenal di Malaysia, nama beliau juga tersohor di beberapa negara serantau di Asia seperti Jepun, Korea, Hong Kong, China, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Lagu Seri Dewi Malam telah menjulang nama beliau sebagai artis pujaan ketika itu. Bakat Sharifah Aini menyerlah apabila telah diasah oleh seorang penggubah lagu terkenal iaitu Datuk Ahmad Nawab.

Lagu ciptaan Ahmad Nawab untuknya begitu berkesan kepada industri muzik dan juga semua peminat Sharifah Aini.

Sharifah Aini juga banyak mengadakan persembahan dan beberapa konsert besar di beberapa negara di Asia dan Timur Tengah seperti Kuwait. Beliau juga mempunyai peminat dari pelbagai golongan bangsa dan umur.

Pada tahun 1976, beliau menyanyikan duet dengan artis nombor satu Indonesia, Broery Marantika.

Lagu duet mereka, iaitu Seiring dan Sejalan telah menjadi siulan peminat di Malaysia dan Indonesia sekaligus melonjakkan namanya dalam industri muzik tanah air.

Setelah lebih 30 tahun dalam bidang hiburan, beliau telah melebarkan sayap dalam bidang perniagaan.

Pada tahun 2003, beliau telah mengadakan konsert di Istana Budaya iaitu Konsert Simfoni Ghazal Bersama Datuk Sharifah Aini.

Konsert besar yang diadakan di pentas bertaraf dunia itu juga didatangi oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah.

Konsert yang begitu mewah dan berprestij itu mendapat sambutan menggalakkan. Kesemua penjualan tiket laris dijual.

Sebelum ini, Sharifah Aini juga pernah mengadakan konsert di Singapura iaitu di Victoria Concert Hall pada tahun 2000.

Paling membanggakan, beliau merupakan satu-satunya artis pertama Malaysia dan Asia yang telah diberikan penghormatan untuk mengadakan persembahan di Victoria Concert Hall yang selama ini hanya dikuasai oleh artis Barat.

Sambutan yang diberikan begitu menggalakkan dan kesemua penjualan tiket laris terjual. Sharifah Aini telah menubuhkan syarikat beliau sendiri iaitu Pods And Pedal Giftlab.

Pada tahun 2003, beliau telah menerima Pingat Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Syed Sirajjudin Putra Jamalullail kerana sumbangannya yang begitu besar dan tidak ternilai kepada bidang seni negara.

 AL FATIHAH BUAT DATUK SHARIFAH AINI SYED JAAFAR- SAK

Al-Fatihah…Datuk Sharifah Aini Meninggal Dunia


Biduanita tersohor negara, Datuk Sharifah Aini disahkan meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Laporan daripada Astro Awani mengesahkan Allahyarham yang baru menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 61 pada 2 Julai lalu menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 pagi akibat jangkitan pada paru-paru.

Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa.

Penyanyi pujaan ramai itu dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan menghadapi kesukaran bernafas awal pagi Isnin.

Penyanyi yang juga terkenal dengan jolokan Royalty Singer oleh rakannya, Allahyarham Sudirman Hj Arshad itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru sejak dua tahun lalu.

Takziah diucapkan kepada keluarga lagenda Datuk Sharifah Ain serta marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada rohnya dan semoga Allah SWT menempatkan dia dikalangan orang yang soleh.