Jumaat, 18 Julai 2014

Tragedi MH17 - Wisma Putra berkerjasama dengan k'jaan Rusia, Ukraine

Wisma Putra sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan Rusia dan Ukraine susulan laporan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah terhempas di Ukraine, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin.
  
"Kami sedang bekerjasama rapat dengan kedua-dua kerajaan untuk mendapat maklumat.
  
"Buat masa ini, kami mempunyai beberapa maklumat, cuma tunggu nak mengesahkan sahaja", kata beliau ketika dihubungi Bernama hari ini.
  
S dalam tweetnya berkata ia telah terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 dan kedudukan terakhir pesawat yang diketahui ialah di ruang udara Ukraine.
  
Laporan agensi berita asing menyebut bahawa sebuah pesawat Boeing 777 Malaysia bersama 295 orang terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia.
  
enteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun berkata belum ada pengesahan bahawa pesawat MH17, yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah ditembak jatuh. - Bernama

Tiada ulasan:

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran