Presiden Ukraine, Petro Poroshenko mengarahkan penubuhan
Suruhanjaya Negara bagi menyiasat tragedi pesawat Malaysia Airlines
(MAS) MH17 yang terhempas di timur negara itu ketika dalam penerbangan
dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Menurut laman sesawang rasmi presiden, www.president.gov.ua/en/,
suruhanjaya tersebut akan dianggotai pakar daripada Pertubuhan
Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan badan antarabangsa lain serta
wakil dari Belanda dan Malaysia.
"Bagi pihak negara, Presiden Ukraine menyampaikan ucapan takziah kepada rakan dan saudara mara mangsa dalam tragedi dahsyat ini.
"Operasi mencari dan menyelamat yang sebaik mungkin sedang dijalankan," menurut laman tersebut.
Ia menyebut kejadian itu merupakan tragedi ketiga selepas pesawat
Angkatan Tentera Ukraine jenis AN-26 dan SU-25 ditembak jatuh di wilayah
Rusia.
"Kami tidak menolak kemungkinan pesawat itu (MH17) turut ditembak jatuh
dan menegaskan bahawa Angkatan Tentera Ukraine tidak melakukan apa-apa
tindakan untuk menyerang sasaran di udara.
"Kami yakin mereka yang bertanggungjawab atas tragedi itu akan dihadapkan ke muka pengadilan," menurut laman tersebut.
Menurut laporan agensi-agensi berita antarabangsa, pesawat, yang membawa
280 penumpang dan 15 anak kapal terbunuh, selepas terhempas di Ukraine
berhampiran sempadan Rusia hari ini.- Bernama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan