Ahad, 31 Januari 2016
Ketua Menteri Adenan Satem cadang pilihanraya Sarawak 30 April
Jarang orang buat begini. Namun Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem kata, tiada gunanya hendak berselindung dan membiarkannya menjadi spekulasi.
Jumaat malam, beliau umum tarikh cadangan untuk pilihan raya negeri Sarawak ke-11 ialah pada 30 April, manakala penamaan calon pula pada 18 April.
Berucap merasmikan Seminar Persiapan Menghadapi PRN11 Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, Adenan kata, BN sudah siap sedia hadapi pilihan raya negeri itu.
Beliau bagaimanapun, tidak menyatakan bila tarikh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan.
Penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak sekarang akan berakhir pada 30 Jun ini. Suruhanjaya Pilihan Raya akan memutuskan tarikh penamaan calon dan mengundi sebaik Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan.
Jumaat, 29 Januari 2016
Tukar MB: Najib dijangka menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah pagi ini
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai akan menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada pagi ini, bagi membincangkan pengganti Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
BH Online melaporkan pertemuan
tersebut dijangka berlangsung di Istana Darul Aman di Bukit Persekutuan,
di sini, dipercayai turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK),
Datuk Bakar Din.
Bakar mengesahkan sudah berada di ibu negara, tetapi enggan mengulas lanjut.
Walaupun tiada pengesahan rasmi, namun
sumber terdekat dengan pentadbiran negeri memaklumkan pertemuan dijadual
berlangsung 8.30 pagi ini.
Mukhriz dijadualkan turut berada di Kuala
Lumpur hari ini bagi menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang
dijangka pada sebelah petang.
Kedudukan Menteri Besar Kedah menjadi
polemik apabila kepimpinan Mukhriz ditolak sebahagian besar Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Kedah serta kepimpinan Umno bahagian negeri itu.
Ada antara Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (AXCO) yang menyokong pucuk kepimpinan negeri, turut tidak menghadiri Mesyuarat EXCO yang dipengerusikan Mukhriz di Wisma Darul Aman pada Rabu.
Selain itu, sebahagian besar ADUN Barisan
Nasional (BN) daripada Umno juga dikatakan sudah menandatangani Akuan
Berkanun akan menyokong pertukaran dan pelantikan Menteri Besar yang
baharu.
Rabu, 27 Januari 2016
Krisis Politik Kedah: Mukhriz terima apa jua keputusan
Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata beliau menerima apa sahaja keputusan membabitkan dirinya susulan pergolakan politik di negeri ini, serta tekanan untuk beliau berundur daripada jawatannya.
Pada masa sama, beliau meminta rakyat Kedah terutama penyokongnya supaya bertenang dengan apa yang sedang berlaku dan tidak menimbulkan kekecohan.
Beliau berkata apa sahaja berlaku dalam krisis itu, biarlah sebarang keputusan yang dibuat adalah terbaik untuk Kedah dan negara.
"Saya sentiasa bersedia (untuk apa jua kemungkinan). Saya tawakal, cepat atau lambat (perubahan berlaku) saya percaya kebaikan yang diperjuangkan akan menjadi kenyataan," katanya ketika berucap pada satu majlis di Kampung Sanglang di sini Selasa malam.
"Saya tak takut apa jua tindakan yang (mungkin) dikenakan ke atas saya. Saya seorang yang percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya," tegas beliau.
Suasana politik di Kedah 'panas' sejak kebelakangan ini apabila barisan kepimpinan Umno Kedah secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri. - BERNAMA
Lantik Peguam Negara dalam Tabung Haji bukan kerana imbuhan
Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya pelantikan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH adalah imbuhan bagi menutup kes membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebaliknya Abdul Azeez berkata, siapapun yang dilantik TH sebagai ahli lembaga pengarah pasti akan ada ‘modal’ lain yang digunakan pembangkang untuk memburukkan imej TH, termasuk pelantikan beliau sebelum ini juga mengundang pelbagai fitnah.
"Ahli TH patut pertimbangkan niat saya, itu lebih penting kerana saya pun tahu yang mana halal dan haram malah saya sudah berjanji dengan diri sendiri yang saya akan jaga TH dengan beramanah kerana ini melibatkan agama dan bukan hanya melibatkan jemaah Islam.
Khamis, 21 Januari 2016
Kedudukan Mukhriz ditentukan anggota DUN, jemaah pemangku Sultan
Profesor Undang-undang, Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi berkata jika sidang DUN Kedah sedang berlangsung, kedudukan Mukhriz perlu ditentukan berdasarkan sokongan anggota-anggota DUN itu.
"Kedudukannya di dewan bergantung pada sokongan majoriti sama ada dari ADUN kerajaan atau ADUN-ADUN lain," katanya kepada Bernama pada Rabu.
Bagaimanapun, katanya jika sidang DUN Kedah tidak berlangsung ketika ini, kuasa membuat keputusan berkaitan kedudukan Mukhriz tertakluk di bawah Jemaah Pemangku Sultan Kedah memandangkan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ketika ini sedang menduduki jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong.
"Buat masa ini, kita kena tunggu dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya," kata beliau.
Shad diminta mengulas mengenai pengumuman oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini yang menyatakan hampir seluruh kepimpinan UMNO Kedah menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
Sementara itu, seorang lagi pakar perlembagaan Profesor Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata, pengumuman oleh Ahmad Bashah hanyalah satu 'pandangan' dan tidak sah dijadikan 'dokumen' dalam menentukan kedudukan Muhkriz sebagai Menteri Besar.
Beliau yang merupakan Felo Utama Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik (SYARAK) di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkata ia sebaliknya perlu dibawa ke sidang DUN dengan undi hilang keyakinan perlu dilakukan oleh anggota dewan dengan sekurang-kurangnya majoriti mudah.
"Ini adalah basic (asas)... kita sudah lalui beberapa pengalaman seperti ini, yang terbaharu di Selangor dahulu.
"Ahli-ahli dewan perlu menyatakan pendirian dengan menandatangani 'statutory declaration' bahawa mereka hilang kepercayaan kepada Menteri Besar.
"Jika jumlah tersebut majoriti (mudah) barulah ia menjadi sesuatu yang sah dan membawa kesan kepada kedudukan menteri besar, yang kemudian perlu dipersembahkan kepada Sultan untuk membuat keputusan," kata Shamrahayu.
Sementara itu, penganalisis politik Profesor Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berpendapat, selepas mengumumkan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz, Ahmad Bashah selepas ini pastinya akan cuba membawa perkara itu ke sidang DUN untuk memutuskan kedudukan Muhkriz.
Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia itu menyarankan kepimpinan UMNO di peringkat pusat mendapatkan maklum balas semua pihak di negeri itu termasuk masyarakat agar keputusan yang dibuat nanti tidak bercanggah dengan kemahuan rakyat.
Mukhriz serah pada rakyat
Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah mengeluarkan kenyataan untuk menjawab pengumuman pimpinan bahagian-bahagian UMNO Kedah petang Rabu yang mereka hilang kepercayaan kepada pimpinannya dan mahu Menteri Besar ditukar.
Dalam kenyataan pada sebelah malam itu beliau menegaskan, kedudukannya sebagai Menteri Besar adalah hasil daripada mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat dan juga perkenan Sultan Kedah setelah dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya serah kepada rakyat jelata untuk menilai prestasi dan keberkesanan kerja buat saya bersama kepimpinan parti seluruh negeri sejak hari pertama Barisan Nasional (BN) kembali mentadbir Kerajaan Negeri Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13," katanya.
"Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, saya memegang amanah untuk berkhidmat dengan sebaiknya demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. Rakyat dan pengundi jua yang akan menilai kemampuan pentadbiran saya," katanya ringkas.
Pimpinan Bahagian UMNO Kedah umum hilang kepercayaan pada Mukhriz
Desas desus yang beredar kebelakangan ini mengenai isu kepimpinan UMNO Negeri Kedah menjadi kenyataan petang Rabu.
Pimpinan Bahagian-Bahagian UMNO negeri itu bersatu suara mengadakan sidang media di hotel Grand Alora, Alor Star umum mereka sudah hilang kepercayaan kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah dan Menteri Besar dan rayu Perdana Menteri segera gantinya.
Sebelum itu, mereka telah adakan satu mesyuarat tertutup di Hotel Seri Malaysia, Alor Setar. Hadir sama wakil Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO negeri.
Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah pada sidang akhbar berkata, semua pimpinan UMNO Kedah dan wakil-wakil rakyat berhimpun untuk menyatakan bahawa mereka telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar.
"Ini berdasarkan kepada kelemahan serta ketidakupayaan beliau menyatupadukan kepimpinan dan jentera parti di negeri Kedah.
"Tiada sebarang perancangan strategik parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14. Gagal dalam mengetuai jentera parti selepas mengambil alih kepimpinan parti di Kedah serta sebagai Menteri Besar beliau gagal mengurustadbir kerajaan negeri secara berkesan," kata Ahmad Bashah yang membaca kenyataan media.
Sehubungan itu, mereka meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat perubahan segera ke atas kepimpinan tertinggi parti serta menukar Menteri Besar.
Semua Ketua UMNO Bahagian di Kedah telah hadir kecuali Jerlun, di mana Mukhriz merupakan Ketua Bahagian, manakala Padang Terap diwakili oleh Datuk Seri Ghazali Ibrahim kerana ketuanya Datuk Seri Mahadzir Khalid berada di London kerana urusan rasmi sebagai Menteri Pelajaran.
Rabu, 20 Januari 2016
Mereka saman saya, mereka mohon selesai...
Kelihatan banyak situasi disiar secara tidak menepati kedudukan sebenar apa yang berlaku.
Sebahagian pula bersungguh benar untuk menampakkan kononnya saya membuat fitnah dan akhirnya mengaku salah.
Saya mengajak para pembaca mengamati beberapa point yang saya kemukakan di sini untuk melihat kedudukan sebenar apa yang berlaku.
Pertama: Saya adalah pihak yang disaman. Ertinya pihak YAB Lim Guan Eng yang saman saya dan mendakwa saya telah memfitnah beliau melalui artikel saya bertarikh 6 Ogos 2014 yang lalu bertajuk: Apa beza KIDEX dan Penang Tunnel?
Kedua: Mereka saman saya, kemudiannya mereka yang mahu selesaikan kes ini di luar mahkamah. Beberapa kali mereka merundingi saya supaya saya keluarkan kenyataan mohon maaf dan mereka akan tarik balik saman.
Realitinya, sejak setahun yang lalu lagi, pihak peguam saya telah menerima beberapa surat tawaran dari pihak LGE supaya saya memohon maaf secara terbuka dan mereka bersedia untuk menarik balik saman ke atas saya. Sejak itu juga, saya tegaskan bahawa tidak ada sebab untuk memohon maaf kerana saya tidak memfitnah.
Saya telah catat dalam kenyataan awal saya kelmarin bahawa apabila saya tiba di mahkamah untuk sedia dibicarakan berikutan saman fitnah yang dikemukakan ke atas saya, sekali lagi saya diajak berunding untuk selesaikan kes ini di luar mahkamah dengan saya mengemukakan permohonan maaf.
Saya tanya pandangan team peguam saya. Peguam menyerahkan keputusan kepada saya dengan mengemukakan beberapa option dari perspektif undang-undang. Saya menimbang situasi itu lalu sekali lagi saya buat keputusan bahawa saya tidak akan mohon maaf kerana saya tidak memfitnah LGE sebagaimana yang didakwa.
Sekurang-kurangnya dua kali rundingan melalui pasukan peguam berlaku di mahkamah kelmarin. Keputusan saya tetap bahawa saya tidak akan mohon maaf. Bukan kerana degil. tetapi kerana saya tidak memfitnah LGE dalam artikel saya sebagaimana yang didakwa dalam writ saman yang dikemukakan kepada saya.
Setelah usaha untuk meminta saya memohon maaf itu tidak berjaya dan dimaklumkan kepada hakim bahawa rundingan tidak mencapai kesepakatan, lalu saya dan LGE dipanggil ke kamar hakim untuk sekali lagi melalui proses mediasi (runding cara untuk selesaikan kes-kes sivil di luar mahkamah) tanpa disertai oleh peguam dari kedua-dua pihak.
Tanpa saya perlu menceritakan secara detail proses yang berlangsung dalam kamar hakim sekitar setengah jam itu, saya nyatakan secara terus terang kepada Yang Arif Hakim bahawa saya tidak akan mengaku bersalah, tidak akan memohon maaf atas dakwaan fitnah dan berhasrat supaya perbicaraan kes ini diteruskan. Saya adalah orang yang disaman dan saya sedia pertahankan artikel dan kenyataan saya.
Akhirnya, LGE boleh bersetuju untuk selesaikan kes di luar mahkamah tanpa perlu saya mohon maaf. Cuma apa yang berlaku adalah salah faham mengenai artikel saya yang bertarikh 6 Ogos 2014 yang dikatakan mencetus salah faham antara saya dan LGE akibat daripada perbezaan penggunaan terminologi - direct nego, open tender dan Request For Proposal (RFP).
RFP berdasarkan penyata saksi Plaintif sendiri (pegawai dari UPEN) bukanlah direct nego dan bukan juga open tender.
Sementara artikel saya yang bertarikh 8 Ogos 2014 bertajuk: "Terowong Dasar Laut - Penjelasan Tuduhan Fitnah" juga masih kekal dan dipertahankan.
Pada akhirnya, kami bersetuju dengan cadangan penyelesaian dan dicatatkan oleh hakim sebagai kes selesai di luar mahkamah dan kos mahkamah RM10K ditanggung oleh defendan.
Begitulah secara ringkas saya gambarkan perjalanan kes. Maka tidak sewajarnya saya terus dibicarakan di luar mahkamah setelah kes ini selesai dengan pelbagai andaian dan spin pihak media tertentu yang jelas kelihatan bersungguh-sungguh mahu meletakkan saya sebagai orang yang mengaku bersalah.
Kalau masih ada pihak yang mahu mempersoalkan atau membicarakan kes ini di luar mahkamah kerana masih tidak berpuas hati terhadap saya sedang saya telah sedia berpuas hati dengan apa yang dicapai, maka eloklah mereka persoalkan kenapa pihak yang menyaman saya iaitu mendakwa saya memfitnah, tetapi pihak yang menyaman pula yang bersungguh-sungguh mohon kes ini diselesaikan di luar mahkamah?
Sedang saya sedia untuk perbicaraan pada bila-bila masa. Ini persoalan yang patut mereka angkat ke langit terbuka.
Mereka saman saya, mereka yang mohon kes diselesaikan di luar mahkamah. Bila dah selesai, spin pula seolah-olah saya bersalah. Kalau skripnya mahu mengatakan saya bersalah. Selayaknya usah diusahakan sebarang rundingan di luar mahkamah. Teruskan perbicaraan sehingga akhir.
Sekian.
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
Jangan bimbang jika lihat tentera dan polis berkawal di lokasi strategik….
Berikutan insiden serangan pengganas dan terbaru di Jakarta… jika melihat adanya anggota polis dan tentera berkawal di mana-mana lokasi strategik jangan pula rasa resah dan bimbang.
Ia adalah salah satu langkah tingkatkan tahap keselamatan yang diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Selasa.
MKN memutuskan untuk laksana kawalan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di kawasan-kawasan tumpuan pelancong dan orang ramai.
Di bawah langkah sama MKN juga membuat ketetapan tahap sensitiviti keselamatan perlu dipertingkatkan lagi melibatkan agensi-agensi selain pasukan keselamatan seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen serta Jawatankuasa Kemajuan, Keselamatan dan Kemajuan Kampung.
Hal ini dinyatakan oleh Perdana Menteri dalam sidang akhbar di Seri Perdana, Putrajaya.
Mesyuarat MKN turut dihadiri Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifli Mohd Zin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Najib berkata, mesyuarat itu telah membincangkan langkah memperkemaskan lagi usaha tangani ancaman pengganas.
Sekalipun adanya peningkatan tahap keselamatan termasuk polis dan tentera berkawal, Perdana Menteri minta orangramai tidak merasa gusar kerana ia untuk memastikan semua merasa selamat.
Katanya, keadaan adalah terkawal.
Beliau menjelaskan langkah meningkatkan tahap sensitiviti keselamatan perlu kerana ia akan melibatkan penyertaan agensi lain selain dari tentera dan polis yang bertanggongjawab atas soal keselamatan.
Katanya, MKN juga mahu orang ramai sensitif terhadap soal keselamatan.
"Contohnya mereka di Sabah lihat adanya aktiviti mencurigakan bot mendarat waktu malam… mereka perlu segera beritahu pihak berkuasa," katanya.
Najib juga memberitahu, seramai 55 rakyat Malaysia dikenal pasti menyertai kumpulan IS di Iraq dan Syria.
Setakat ini 17 maut dan enam antaranya pengebom berani mati.
Sabtu, 16 Januari 2016
Anggota IS asal Terengganu yang ditahan mengaku rancang serangan berani mati di Malaysia…
Ini sudah kes berat... Seorang suspek anggota IS berusia 28 tahun berasal dari Terengganu yang ditahan di stesen LRT Setiawangsa, Kuala Lumpur Jumaat malam, mengaku merancang serangan berani mati di Malaysia.
Ketua Polis Negara. Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan memberitahu, suspek berkenaan membuat rancangan itu selepas menerima arahan daripada anggota IS warga asing di Syria.
"Suspek juga dikenal pasti sebagai individu yang bertanggungjawab menggantung bendera IS di beberapa lokasi sekitar Terengganu, Perak, Selangor dan Johor bagi memberi peringatan kepada kerajaan supaya menghentikan operasi penangkapan ke atas anasir IS di Malaysia," katanya.
Sebelum itu pada sebelah pagi, Khalid menerusi twitter berkata, "Syabas E8 CK @PDRMsia semlm tkap 1 (L) disyaki elemen IS di LRT Jelatik, Ampg. Senjata dan dokumen IS dirampas. #GoPDRMGo," katanya.
Apa yang beliau maksudkan ialah Bahagian Cawangan Khas Anti Pengganas (E8) Bukit Aman menahan seorang lelaki disyaki terbabit dalam kegiatan kumpulan Negara Islam (Daesh) di ibu negara, Jumaat malam.
Katanya, lelaki yang ditahan di Stesen LRT Jelatek di Datuk Keramat itu turut membawa senjata dan dokumen berkaitan IS. Difahamkan suspek berkenaan orang sama.
Cuma beliau membuat pembetulan lokasi dia ditahan. Stesen LRT Setiawangsa dan Stesen LRT Jelatek berhampiran satu sama lain dekat Datuk Keramat.
Sementara itu, dalam kenyataan berkenaan Khalid juga berkata, polis telah menahan tiga suspek IS lain.
Tiga suspek termasuk sepasang suami isteri yang berasal dari Terengganu dan Perak berusia antara 23 dan 28 tahun, ditahan di Gaziantep, Turki, 15 November lalu oleh pihak berkuasa negara itu kerana cuba menyusup masuk ke Syria untuk menyertai IS.
Katanya, mereka dihantar pulang ke negara ini Isnin lalu ditahan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.
"Siasatan mendapati mereka direkrut oleh Muhammad Wanny Mohamamed Jedi@Abu Hamzah, iaitu rakyat Malaysia yang menyertai militan IS di Syria, melalui Facebook dan aplikasi Telegram.
"Beliau (Muhammad Wanndy) juga bertanggungjawab merancang penyusupan masuk semua suspek itu ke Syria," katanya.
Ahad, 10 Januari 2016
Red Bull sokong Qu Puteh, Kelantan tukar jersi merah jambu
Pasukan bola sepak Kelantan dan penajanya tidak sendirian dalam isu "merah jambu".
Jenama minuman tenaga Red Bull menghulurkan sokongannya.
"Ambil merah jambu! Anda tidak keseorangan, Kelantan FC," kata jenama itu, yang menaja pasukan negeri bagi sesi 2014-2016, di akaun rasminya di Facebook semalam.
Coretan ringkas itu dipautkan kepada sebuah artikel mengenai jersi-jersi merah jambu yang dipakai oleh pasukan-pasukan Eropah.
Dalam rancangan penajaannya, Datuk Seri Hasmiza Othman dilaporkan merangka pelan transformasi skuad negeri itu dikenali The Red Warriors (TRW) termasuk menukar warna jersinya kepada merah jambu.
Jenama minuman tenaga Red Bull menghulurkan sokongannya.
"Ambil merah jambu! Anda tidak keseorangan, Kelantan FC," kata jenama itu, yang menaja pasukan negeri bagi sesi 2014-2016, di akaun rasminya di Facebook semalam.
Coretan ringkas itu dipautkan kepada sebuah artikel mengenai jersi-jersi merah jambu yang dipakai oleh pasukan-pasukan Eropah.
Dalam rancangan penajaannya, Datuk Seri Hasmiza Othman dilaporkan merangka pelan transformasi skuad negeri itu dikenali The Red Warriors (TRW) termasuk menukar warna jersinya kepada merah jambu.
Siswa kelaparan, 300 bungkus habis tidak sampai 10 minit
Masalah kelaparan di kampus-kampus tempatan
makin serius. Ramai pelajar dilaporkan tidak makan kerana masalah
kewangan.
Satu tinjauan Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) mendapati 57 peratus mahasiswa hanya memperuntukkan RM5 sehari untuk makanan.
Kajian yang melibatkan 25,632 mahasiswa di enam universiti awam mendapati 41 peratus hanya makan mi segera, manakala 44 peratus hanya makan “nasi bujang.”
Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), jika keadaan benar-benar serius, 300 bungkus makanan percuma boleh habis dalam masa 10 minit, kata aktivis kumpulan Food for Mahasiswa (FFM).
Kumpulan sukarela ini ditubuhkan sejak April lalu oleh lima pelajar tahun akhir sarjana muda undang-undang UKM bagi membantu meredakan sedikit masalah pelajar yang memerlukan.
Satu tinjauan Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) mendapati 57 peratus mahasiswa hanya memperuntukkan RM5 sehari untuk makanan.
Kajian yang melibatkan 25,632 mahasiswa di enam universiti awam mendapati 41 peratus hanya makan mi segera, manakala 44 peratus hanya makan “nasi bujang.”
Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), jika keadaan benar-benar serius, 300 bungkus makanan percuma boleh habis dalam masa 10 minit, kata aktivis kumpulan Food for Mahasiswa (FFM).
Kumpulan sukarela ini ditubuhkan sejak April lalu oleh lima pelajar tahun akhir sarjana muda undang-undang UKM bagi membantu meredakan sedikit masalah pelajar yang memerlukan.
Sabtu, 9 Januari 2016
SPRM cekup tiga orang awam dalang pelombong haram bauksit
Mereka yang terlibat dalam rasuah dan kongkalikong perlombongan bauksit sekitar Kuantan… awas.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang giat menjalankan siasatan dan mengesan.
Jumaat, seramai tiga orang awan yang disyaki menjadi orang tengah dalam aktiviti jual dokumen kepada pelombong haram bauksit telah ditahan.
Rabu lalu pula, empat pegawai dan kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kuantan ditahan kerana disyaki terlibat rasuah.
PKR - DAP - Amanah ikat diri dalam satu perjanjian ‘gempak’ …
Bunyinya memang bagai guruh berdentum untuk gambarkan ikatan padu.
Soalnya bolehkah ia bertahan begitu?Ini yang menjadi tandatanya bila mana Pakatan Harapan dianggotai PKR-DAP-Amanah,Sabtu menandatangani perjanjian yang mengikat mereka antara lain ia tidak boleh lagi ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ seperti yang diamalkan masa Pakatan Rakyat PKR-DAP-PAS dulu.
Contohnya tiga parti itu tidak lagi boleh ambil sikap ‘setuju untuk tidak setuju’ seperti isu Hudud yang dibawa PAS dulu yang ditentang DAP atau isu pilihanraya kerajaan tempatan yang dipelopori oleh DAP tetapi ditentang PAS.
Ahad, 3 Januari 2016
Rakyat disuruh berjimat, kerajaan pula Membazir – Muhyiddin
Pemimpin kerajaan bertanggungjawab untuk mencegah ketirisan, pembaziran dan pemborosan dalam perbelanjaan ketika rakyat diminta supaya berjimat cermat dan bekerja lebih masa untuk menambah pendapatan.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, amat malang jika rakyat menanggung beban kerana kenaikan kos sara hidup tetapi kerajaan membiarkan ketirisan yang hanya memberi keuntungan kepada golongan kecil tertentu sahaja.
"Malang sekali sekiranya dalam keadaan rakyat sedang menanggung beban kos sara hidup yang kian meningkat, peruntukan kewangan kepada kementerian-kementerian dikurangkan dan sebahagian subsidi kerajaan dihapuskan untuk mengurangkan tanggungan kewangan kerajaan, masih berlaku ketirisan, pembaziran dan pemborosan dalam pengagihan kontrak dan konsesi kerajaan yang hanya menguntungkan sekalangan kecil individu," katanya dalam perutusan Tahun Baru 2016.
Aset-aset negara dijual kepada China untuk kambus hutang 1MDB
Perjanjian jual beli antara 1MDB dan syarikat asing dalam pembangunan Bandar Malaysia (gambar) mengesahkan lebih banyak aset dan projek negara akan jatuh ke syarikat asing, kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Beliau mengulas tindakan 1MDB menjual kepentingan 60 peratus miliknya dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd kepada sebuah konsortium yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings (IWH) Sdn Bhd dan China Railway Engineering Corporation (CREC) Sdn Bhd.
"CREC akan mempunyai 40 peratus dari 60 peratus pegangan di dalam Bandar Malaysia (pegangan 24 peratus di dalam keseluruhan projek) iaitu satu bidang hartanah yang cukup bernilai dan strategik.
Malaysia tersenarai dalam skandal rasuah terburuk 2015
Sumbangan RM2.6 bilion diterima Datuk Seri Najib Razak menempatkan Malaysia dalam senarai “Skandal Rasuah Terburuk 2015” yang dikeluarkan majalah Foreign Policy, bersama dengan FIFA, Nigeria, Honduras dan Guatemala.
Dalam satu artikel dimuat naik di laman sesawangnya pada Selasa, majalah berpangkalan di Washington itu menyifatkan sumbangan tersebut, sebagai "skandal rasuah yang pelik".
Berita viral Piya maut dalam kemalangan adalah PALSU
BERITA tersebar menerusi laman Facebook mendakwa kapten pasukan bola sepak Kelantan, Mohd. Badhri Radzi atau lebih mesra dikenali Piya telah terbunuh dalam satu kemalangan di Kota Bharu, pada Sabtu adalah palsu.
Perkara tersebut malah disahkan sendiri oleh tuan empunya badan, sebentar tadi kepada portal BH Online.
Menurut Piya, dia sendiri terkejut tatkala mendengar berita palsu mengenai kematiannya itu dari rakannya, Izuan Shah kira-kira 2.30 petang tadi.
“Saya sangat terkejut selepas dimaklumkan bahawa saya terbabit dalam kemalangan sedangkan sepanjang hari saya hanya tidur di rumah.
“Saya nafikan perkara itu dan minta peminat tidak percaya mudah viral berkenaan,” katanya.
Sementara itu, The Red Warrior Football Club (TRWFC) menerusi akaun Facebook rasminya meluahkan rasa kesal berhubung sikap tidak bertanggungjawab pihak yang sengaja menyebarkan berita palsu tersebut.
Laporan kematian ketua pasukan bola sepak Kelantan ini mula tersebar melalui laman Facebook sejak tengah hari Sabtu.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...