Ahad, 31 Januari 2016

Ketua Menteri Adenan Satem cadang pilihanraya Sarawak 30 April


Jarang orang buat begini. Namun Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem kata, tiada gunanya hendak berselindung dan membiarkannya menjadi spekulasi.

Jumaat malam, beliau umum tarikh cadangan untuk pilihan raya negeri Sarawak ke-11 ialah pada 30 April, manakala penamaan calon pula pada 18 April.

Berucap merasmikan Seminar Persiapan Menghadapi PRN11 Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, Adenan kata, BN sudah siap sedia hadapi pilihan raya negeri itu.

Beliau bagaimanapun, tidak menyatakan bila tarikh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan.

Penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak sekarang akan berakhir pada 30 Jun ini. Suruhanjaya Pilihan Raya akan memutuskan tarikh penamaan calon dan mengundi sebaik Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan.

Tiada ulasan: