Oleh Datuk Abdul Kadir Jasin
Saya minta izin bincang hal 1MDB dalam bahasa paling mudah sebab takut ada lagi orang yang tak faham.
1. 1MDB diasaskan pada tahun 2008 sebagai Terengganu Investment Agency
(TIA) dengan tujuan melabur hasil minyak negeri itu. Pada tahun 2009 ia
ditukar jadi 1MDB. Dalam pengumuman pada 22 Julai, 2009, Perdana
Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone)
Mohd Najib Abdul Razak, kata TIA diubah jadi 1MDB dengan tujuan
perluaskan faedah kepada seluruh rakyat Malaysia dan bukan Terengganu
saja. Dengan itu, 1MDB jadi syarikat milik penuh Kementerian Kewangan di
bawah kawalan lansung Perdana Menteri.
2. Low Taek Jho atau
lebih dikenali sebagai Jho Low jadi agen bebas (free agent) sejak zaman
TIA lagi dan tambah berpengaruh bila TIA jadi 1MDB. Dia anak kepada
jutawan Cina Pulau Pinang, (Tan Sri) Larry Low Hock Peng. Larry Low
adalah antara pengasas dan peneraju syarikat Malaysia Weaving Printing
Dyeing Factory Limited yang sekarang dikenali sebagai WME Holdings
Berhad. Nenek Jho Low, (Datuk) Low Meng Tak lahir di Guangdong, China
pada tahun 1922 dan bina kekayaan di China, Thailand dan Malaysia
melalui perlombongan bijih besi, pengilangan arak dan kemudiannya
hartanah.
Jho Low, agen bebas 1MDB hidup mewah
3. Pada
mulanya 1MDB didakwa sebagai tabung berdaulat (sovereign fund) tapi
ditukar jadi syarikat pelaburan strategik (strategic investment company)
setelah dihujahkan yang kita sudah pun ada tabung berdaulat, iaitu
Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).
4. Dengan modal permulaan
RM1 juta, 1MDB berhutang besar-besaran dari dalam dan luar Negara.
Sebahagian hutangnya dijamin oleh kerajaan. Ertinya kalau 1MDB tak mampu
bayar balik atau muflis (bankrupt), pembayar cukailah yang kena
tanggung bebannya. Silap-silap anak cucu kita pun kena juga. Sudah
sekali ia tak mampu bayar hutang ikut masa. Terpaksa berhutang untuk
bayar hutang. Siapa yang bagi hutang sampai hari ini masih samar-samar.
Ada kata Arab. Ada kata Ananda Krishman. Ada kata kerajaan sendiri.
5. Cara 1MDB berniaga sangat menakjubkan. Dengan modal yang sangat
kecil, ia berhutang dengan sangat besar. Laporan kewangan 1MDB tahun
2014 menunjukkan ia berhutang RM49 bilion dengan harta sebanyak RM52
bilion. [Dengan hutang sebanyak itu, kita boleh bina lima buah KLIA
asal.]
6. Cara ia berhutang pun luar biasa. Contohnya pada tahun
2012/13 ia guna khidmat bank pelaburan Amerika, Goldman Sachs untuk
pinjam AS$3 bilion (kira-kira RM13 bilion pada kadar tukaran sekarang).
Yang anehnya 1MDB bagi komisen sampai AS$500 juta (RM2.1 bilion) kepada
Goldman. Agensi berita ekonomi Amerika, Bloomberg laporkan pada 9 Mei
2013 bahawa komisen Goldman adalah kira-kira 7.7 peratus sedangkan kadar
purata komisen bagi “junk bond” (bon sampah) adalah 1.32 peratus bagi
tahun 2013. Adakah ini bermakna bon 1MDB lebih teruk daripada “junk bon”
maka Goldman perlu dibagi komisen yang sangat tinggi? Dalam pasaran
bon, lagi tinggi risiko, lagi murah harganya dan lagi tinggi komisennya
sebab susah nak jual.
7. Rasanya tak ada syarikat dalam dunia
yang nisbah antara modal dan hutang begitu luas macam 1MDB. Bila
skandalnya mula didedahkan selepas Pilihan Raya Umum 2013, barulah 1MDB
tambah modal (equity) kepada RM900 juta. Kemudian pada tahun 2014
ditambah lagi kepada RM2.4 bilion.
8. Walaupun modal RM2.4 bilion
tu nampak banyak, tapi banding dengan hutang RM49 bilion, ia adalah
kecil. Maksudnya 1MDB berhutang 20.4 kali ganda daripada modalnya. Ini
sangat-sangatlah tinggi pasal nisbah purata hutang-kepada-modal
(debt-to-equity-ratio) syarikat-syarikat yang diniagakan di Bursa
Malaysia hanya satu setengah kali ganda saja.
10. Bila saya tanya
pendapat seorang kawan yang bekerja sebagai penyelidik ekonomi, dia
kata, ini samalah dengan seorang penjaja yang ada modal RM2,000 tapi
pergi bank minta pinjam RM40,000. Tak masuk akal dan tak ada bank yang
akan bagi.
Penjaja, sukar bank nak layan
11. Kemudian 1MDB
beli harta di dalam dan luar negara daripada penjual swasta dengar
harga tinggi. Jauh lebih mahal daripada harga pasaran. Inilah sebabnya
orang yang tahu hal ehwal perniagaan syak ada urusan belakang tirai di
antara pembeli dan penjual.
12. Tapi bila 1MDB beli harta
kerajaan macam tanah, ia bayar harga yang sangat murah. Ada tanah
kerajaan di Kuala Lumpur dibeli dengan harga RM64 sekaki persegi yang
kemudiannya dijual kepada Tabung Haji dengan harga 43 kali ganda lebih
tinggi. Kerajaan rugi pendapatan, 1MDB buat duit atas angin dan Tabung
Haji kena kutuk sampai terpaksa buat dusta.
13. Dari segi moral,
ini sudah boleh dikira salah guna kuasa dan dari segi undang-undang pula
ia boleh dianggap pakatan untuk menipu kerana negara hilang peluang
untuk dapat hasil yang lebih tinggi. Dalam bahasa Inggeris, perbuatan
ini disebut “conspiracy to defraud”.
14. Perdana Menteri dan para
pelindung serta pembela beliau boleh bagi macam-macam alasan dan guna
macam-macam muslihat untuk sembunyi kebenaran, tapi satu dunia sudah
tahu. Apatah lagi ramai pembela terkini Perdana Menteri kurang
kredibiliti.
15. Kalau tak ada bukti dan syak wasangka yang kuat,
macam mana pihak berkuasa jenayah, kewangan dan perbankan di Singapura,
Hong Kong, United Kingdom, Switzerland, United Kingdom dan Amerika
Syarikat telah membuka siasatan ke atas 1MDB dan membekukan beberapa
akaun yang bersangkut-paut dengannya?
16. Kalau semua laporan
media mengenai penglibatan Mohd Najib dalam skandal 1MDB fitnah dan
dusta, pasal apa Mohd Najib dan peguam-peguamnya hanya gertak nak saman
tapi tak saman?
Propaganda Utusan tidak tepat, PM tak saman.
17. Kalau beliau berani kerana beliau berada di pihak yang benar, pasal
apa guna Kanun Keseksaan (Penal Code) ke atas (Datuk Seri) Khairuddin
Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang – mengapa tidak kemukakan saman
malu ke atas mereka?
18. Selain kejatuhan harga minyak mentah
dan kelembapan ekonomi dunia, semua orang tahu bahawa nilai ringgit
merudum kerana skandal 1MDB dan kurang keyakinan kepada kerajaan
pimpinan Mohd Najib.
19. Natijahnya, katalah apa nak kata
berkenaan 1MDB, tapi orang yang tahu berkenaan urus niaga korporat,
kewangan, perbankan dan undang-undang tak akan percaya.
20. Tak
keterlaluan kalau kita ibaratkan 1MDB sebagai gajah Tok Mia yang kena
penyakit EEHV (elephant endotheliotropic herpesviruses) yang keluarkan
bau busuk. Simbahlah dengan minyak wangi paling mahal dari Paris atau
Milan baunya tak hilang juga. Hatta minyak wangi Amouage yang
diuar-uarkan sebagai minyak wangi paling mahal di dunia itu tak berkesan
lagi. Lapan puluh peratus gajah yang kena penyakit ini mati.
21.
Serentak itu, jentera propaganda Umno, kerajaan dan 1MDB semakin hari
semakin hilang kewibawaan apabila mereka disaman, khususnya oleh
pembangkang, dan kalah perbicaraan, terpaksa memohon maaf dan bayar
ratusan ribu ringgit ganti rugi.
Main stream media lost repeatedly
22. Malangnya bagi Malaysia dan rakyat jelatanya, apabila Mohd Najib
bentangkan Belanjawan 2016 Jumaat ini, berapa ramai akan percaya. Kalau
pelabur dan pengguna tak yakin, mereka tak melabur dan tak beli-belah.
Bila mereka tak labur dan tak berbelanja, tak adalah “private
consumption”. Private comsumption adalah penggerak ekonomi negara. Kalau
kerajaan hendak berbelanja, ia terpaksa berhutang. Tapi macam mana nak
berhutang apabila hutang kerajaan sudah sampai had maksimum berbanding
keluaran dalam negara kasar.
Wallahuaklam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan