1. Saya telah dipecat daripada Petronas. Keputusan telah dibuat oleh Kabinet. Sudah pasti ini sangat penting kepada Kerajaan.
2.
Sebenarnya saya telah meletak jawatan dari Petronas beberapa tahun
lalu. Tetapi Petronas menolak peletakan jawatan juga elaun yang telah
saya kembalikan. Mereka masih mahu membayar elaun bulanan ke akaun saya.
Saya telah meletakkan jawatan kerana saya fikir saya tidak patut
menjadi penasihat yang tidak menasihat dan dibayar tanpa berbuat
apa-apa.
3. Sekarang ini penyokong Najib mahu saya dipecat dari
Proton dan Yayasan Kepimpinan Perdana (PLF). Tetapi itu sudah pasti
dianggap halangan kecil kepada Kerajaan dengan mendakwa sesiapapun di
bawah undang-undang anti keganasan. Kejahatan boleh dilakukan, seperti
mengancam untuk membankrupkan Proton atau mengganggu individu yang
mengusahakan PLF, jadi boleh membuatkan saya dibuang. Ini semua pastinya
tindakan demokratik.
4. Media bebas di Malaysia melaporkan
bahawa Najib mendapat sokongan yang makin kuat dan ramai orang menyokong
beliau. Lihatlah sahaja gambar-gambar orang yang menyokong Najib.
Mereka akan pakai t-shirt merah dan sesetengah pemimpin UMNO menayang
sepanduk "Solidariti bersama Najib".
5. Jelas sekali sokongan
mereka ini secara spontan, jadi dengan spontan mereka terus membeli
t-shirt merah dan mencetak kad "Solidariti bersama Najib" dengan segera
untuk dirakam jurugambar.
6. Sungguh Najib sangat popular.
Tetapi tidak bagi mereka yang keras kepala. Sungguhpun demonstrasi baju
merah disusun oleh Jamal Yunos, disertai oleh orang-orang Felda yang
dibawa bas dan diberi makanan percuma dengan sasaran untuk melawan demo
Bersih menurut penyokong Najib dianjur oleh kaum Cina untuk menjatuhkan
Kerajaan Melayu, tidak dapat meyakinkan rakyat tentang populariti Najib.
7. Apa yang dapat meyakinkan rakyat ialah undian nasional di
mana setiap pengundi di negara ini boleh menterjemahkan sokongan
terhadap Najib. Mungkin juga undian ini berguna untuk menunjukkan bahawa
Dr Mahathir (iaitu saya) adalah tidak benar dalam mendedahkan skandal
kewangan Najib.
8. Hanya dengan soalan mudah sudah cukup
memadai: Najib (tandakan ✅), Mahathir (tandakan ❎) atau cara lain
bergantung kepada siapa yang anda sokong. Rakyat Malaysia sangat
terbiasa dengan undian.
9. Undian umum perlu dijalankan oleh syarikat asing yang boleh dipercayai, diselia oleh wakil dari dua pihak yang terlibat.
10.
Saya memberi suatu aku janji, sekiranya Najib menang di dalam undian
awam tersebut, saya akan berhenti dari membuat permintaan untuk meletak
jawatan. Saya tidak akan bercakap apa-apa lagi tentang 1MDB, wang 2.6b
Ringgit dan rumah-rumah besar di UK, US dan Hollywood atau filem porno
"Wolf of Wall Street". Najib boleh terus
menjadi PM sepanjang hayat.
11.
Tetapi jika saya dapat lebih banyak undian dari Najib, ini bermaksud
rakyat menerima bahawa apa yang diangkatkan tentang salahlaku kewangan
Najib adalah benar, dan beliau perlu letak jawatan.
12. Dengan
cara ini kita dapat menyelesaikan soalan berkaitan populariti Najib dan
apa yang rakyat fikir tentang skandal kewangan Najib sekali dan untuk
semua.
13. Pilihan lain ialah dengan menanti Akta Majlis
Keselamatan Negara ditandatangani oleh YDP Agong atau menanti selama
sebulan jika Agong tidak tandatangan, apabila akta tersebut dikuatkuasa.
Kemudian Najib bolehlah menangkap dan menahan bekas PM yang jengkel ini
tanpa bicara. Saya mendapat pesanan inilah yang menanti saya jika saya
tidak berhenti dan membuat gencatan, saya tidak akan berhenti bersuara.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan