BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau "Golden Chersonese" dan kemudiannya dikenali sebagai Tanah Melayu.
Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan dan mendukung Islam dengan sempurna.
Telah lama Yahudi Illuminati mencari bani Jawi@ kaum yang hilang.
Bani Jawi @ Bangsa Jawi Melayu
Tanah Jawi – ialah gelaran kepada Tanah Melayu
Orang Jawi – ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu
Tulisan Jawi – ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu
Masuk Jawi – berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim dan menjadi amalan orang jawi zaman berzaman.
Ketahuilah sesungguhnya terdapat satu kajian bahawa bangsa Melayu adalah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim dari isteri ketiga yang bernama Siti Qaturah@Keturah bangsa kemboja.
Sebelum wafat Nabi Ibrahim AS telah mewasiatkan kepada anak-anaknya untuk mencari sekeping tanah semenanjung di hujung dunia. Kerana di sana nanti akan lahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama al Mahdi.
Diceritakan juga al Mahdi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi. Wasiat ini dilaksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim dan kisah ini dicatit dalam kitab-kitab Yahudi.
Sejarah berlalu zaman berzaman. Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat. 60 para sahabat mengembara ke Timur mencari Bani Jawi.
Akhirnya Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan. Bani Jawi terkenal dengan akhlak dan kelemahlembutan mereka kerana mereka berdarah bangsawan dan kesatria perang yang dihormati.
Syeikh Abdullah Al-Khumairi adalah ulama agung dari Hadhratmaut yg membawa Qalam Agung Dua Kalimah Syahadah kepada Bani Melayu Jadid di Nusantara ini sehingga berkembangnya Islam diseluruh kepulauan Nusantara ini.
Asal nama Melayu ini adalah diberikan oleh Syeh Al-Khumairi dgn gelaran AL-MALA-U yg bererti Suatu kelompok bangsa yg mempunyai akhlak dan budipekerti yg lemah lembut yang akhirnya di sebut sebagai AL-MALAYU WIYYAH yakni MELAYU (Jadid/baharu).
Jawi atau Jiwi ikut bahasa sanskrit Ji=satu & Wi=Tuhan yakni maksud nya bangsa yg percaya kpd SATU Tuhan (mentauhidkan tuhan).
Di manakah bangsa Jawi Jadid Al-Mala-U itu?
Di manakah negara dihujung dunia ini yang masih beramal dengan mempercayai adanya Tuhan yang satu?
Wahai Bani Jawi, wahai keturunan kaum yang hilang. Kenali diri mu yang sebenarnya.....
Rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam (Kotak) TABUT SAKINAH yang teramat rahsia sejak beribu-ribu tahun.
Tiada siapa tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, "di penghujung dunia", kecuali para ahlli kasyaf kubra yang mampu berkomunikasi merentasi alam roh/arwah sebagaimana dijelaskan dalam kitab Muhimmah muka surat 123 itu.
Al-Baqarah ayat 248 ada di sebut kotak tabut tu..
Dan Nabi mereka mengatakan kepada mereka, "Sesungguhnya tanda ia akan menjadi RAJA ialah kembalinya TABUT kepadamu, di dalamnya terdapat ketenangan (SAKINAH) dari Rabbmu dan sisa dari peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun; TABUT itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda bagimu, jika kamu orang yang beriman’.” (Al-Baqarah : 248)
Apa ada dalam Tabut?
Apa yang terdapat dalam TABUT adalah tanda (mukjizat) yang besar di mana Tabut tersebut mengandungi apa-apa yang ditingalkan oleh keluarga Nabi Musa dan keluarga Nabi Harun berupa ilmu dan hikmah; dan di sana pula terkandung ketenangan bagi kaum tersebut yang menjadikan hati dan jiwa mereka tenang.
"Dan Nabi mereka mengatakan kepada mereka, Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja ialah kembalinya tabut kepadamu, di dalamnya terdapat ketenangan dari Rabbmu dan sisa dari peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun; tabut itu dibawa malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda bagimu, jika kamu orang yang beriman,' (QS al-Baqarah [2]: 248).
Tabut Sakinah ialah sebuah peti Sakinah yang di dalamnya terkandung nama Nabi dan Rasul yang berjumlah 124,000 orang; serta sisa peninggalan Nabi Musa AS sebagai lambang "pemerintahan" bagi setiap pemimpin alam yang memerintah alam semesta ini sebagai khalifah Allah (bukan sekadar dunia bulat ini).
Kita andaikan "nabi mereka" itu ialah Nabi Muhammad SAW dan "mereka" itu ialah kita. Disebut "mereka" kerana hal yang dimaksudkan tidak akan berlaku pada zaman Baginda dan para sahabat, tetapi pada zaman selepas mereka. Boleh jadi zaman kita!
Jadi Nabi Muhammad SAW berpesan kepada generasi selepas zaman sahabat iaitu kita mengenai kedatangan satu kerajaan.
Pada ayat 248 ini, perkataan "Talut" tidak ada. Nama Talut disebut dalam ayat sebelumnya. Hal ini juga mungkin satu petunjuk kepada kita kerana Allah tidak mengkhaskan 'kerajaan' itu kerajaan siapa. Jika disebut secara jelas "kerajaan Talut" bererti ia tidak boleh digunakan untuk menunjukkan kerajaan yang lain.
Sebagaimana yang kita maklum, selain daripada pengetahuan, agenda utama Talut ialah memimpin Angkatan Perang. Dengan angkatan perang inilah dia membina sebuah kerajaan.
Jika benarlah ayat ini mempunyai maksud berganda iaitu menceritakan kisah dulu dan kisah akan datang, maksudnya akan datang seorang yang seperti Talut memimpin angkatan perang lalu menubuhkan kerajaan.
Di sinilah kita lihat seakan ada kaitan dengan kedatangan Imam Mahdi dan kembalinya kekhalifahan Islam untuk kali kedua.
Perkara ini (munculnya Tabut) adalah satu petanda bagi orang-orang beriman.
Apabila kita mendengar cerita mengenai penemuan tabut, bererti Imam Mahdi sudah ada dan Daulahnya akan dibentuk tidak lama lagi.
Kisah selanjutnya:
Tabut Sakinah itu akhirnya kembali kepada Rasulullah SAW umpama sireh pulang ke gagang.
Selepas Rasulullah SAW wafat, Tabut itu dipegang oleh Khalifah Ar-Rasyidin yang empat secara bergilir-gilir dan dipegang seterusnya oleh pemimpin (Khalifah) lain dari kalangan Warasatul Anbia sehinggalah datangnya Al-Mahdi pemegang dan pemimpin dunia terakhir sebelum Tabut Sakinah itu dibawa naik kembali kepada Allah oleh malaikat sebagai berakhirnya hayat dunia yang fana ini sebelum kiamat berlaku.
Maka tiap pemimpin alam ini adalah mereka yang memegang Tabut Sakinah ini. Mereka inilah para aulia Allah yang menjaga alam ini dengan izin Allah kerana mereka bekerja untuk Allah.
Merekalah dikhotobkan oleh Allah di dalam al-Quran sebagai khalifah Allah SWT yang menggantikan Allah memerintah bumi Allah ini dengan syariat-syariatNya.
Mereka inilah yang seharusnya dirujuk dan dicari untuk di bai'ah dan ditaati, bukan pemimpin dunia "tanpa" Tabut Sakinah kerana lambang kepimpinan dan Sakinah iaitu "ketenangan" berada di bawah Kepimpinan Pemegang Tabut yang di dalamnya berisi Sakinah itu.
Maka, barang siapa yang bernaung di bawah kepimpinan yang ada disisi Tabut Sakinah akan zahirlah ketenangan dalam hati dan jiwa mereka selamanya dunia dan akhirat seperti mana yang telah dijanjikan oleh Allah SWT dalam firmanNya.
"Bahawa ketenangan (Sakinah) tersebut memberikan pengaruh terhadap hati, sebagaimana ayat, di dalamnya terdapat "ketenangan" dari Rabbmu, dan ketenangan ini jika masuk dalam hati seseorang maka dirinya akan menjadi tenang, bahagia, lapang dada terhadap syariat dan menerimanya dengan sepenuhnya dgn menghidupkan dirinya akan hukum hakam Allah Azzawajalla.
Justeru, berada di bawah "lembayu" keagungan pimpinan mursyid murobbi pemegang Tabut Sakinah itu adalah suatu kesejahteraan dan keamanan serta keselamatan bukan sahaja di dunia, malah menjamin keselamatan dan kebahagiaannya hingga di hari akhirat dari Allah azzawajalla.
Itulah Tabut Sakinah iaitu "peti kebaikan" yang dikejar dan dihambat siang dan malam oleh para illumati dan Israel laknatullah kerana mereka terlalu cemburu kerana peti itu tidak lagi berada pada bangsa keturunan mereka Bani Izrael.
Namun Allah mengaugerahkannya kepada zuriat Nabi Muhammad SAW iaitu "pewaris" Baginda dari keturunannya yang mulia yang dipilih dan dilantik oleh Allah menggantikannya iaitu pimpinan Auliya Yang Aqla lagi 'Aqzam.
Kenapa Israel mahukan Baitulmaqdis?
Kerana mereka mahukan Tabut Sakinah yang kononnya kini berada di bawah Masjidil Aqsa iaitu di suatu tempat bernama Haikal Sulaiman, iaitu suatu tiang tinggi di bawah masjid. Tanpa menawan Masjidil Aqsa sukar bagi mereka mencarinya.
Kini, Israel telah membina satu-satunya pengkalan tentera lautnya di luar Israel yang begitu jauh iaitu di Singapura. Kerana apa dan untuk apa?
Kerana mereka sudah menghidu dan sedang memerhatikan suatu bangsa yang bernama Melayu Jawi Jadid di nusantara ini bakal bankgit membawa panji-panji hitam untuk memusnahkan Israel, negara mereka.
Sungguhpun mereka bangsa laknat ini merancang, namun Allah juga merancang dengan lebih
hebat lagi.
Allah melantik dan menghidupkan para pejuangnya yang dipilihNya, itulah mereka para hulu balang Allah dan hulu balang Rasulullah SAW yang bernaung di bawah payung bayangan Allah bersama Ghautsul Azam yang memegang Tabut Sakinah yang akan muncul dan bakal membelah bumi, gunung ganang dan lautan penderitaan umat Islam yang diseksa dan dizalimi sekian lama dengan izin Allah SWT.
SEORANG sahabat lama ada hubungi saya. Dulu sahabat ini
seorang yang aktif dalam parti UMNO dan banyak membantu saf kepimpinan
di peringkat bahagian untuk memastikan UMNO menang pada pilihan raya
umum.
Saya pun pernah berjuang bersama sahabat ini suatu ketika dulu, ketika saya bekerja di Kota Bharu.
Sahabat itu menyatakan kepada saya, dia ada menulis sepucuk surat
untuk dihantarkan kepada Ketua UMNO Bahagian. Saya tidak mahu sebut
bahagian mana. Sebab, saya tidak mahu sahabat itu ‘diserang’ oleh
jentera parti.
Dalam surat itu, sahabat saya menyatakan, ahli UMNO di peringkat
cawangan di bahagian berkenaan sudah tidak mampu dan tidak berupaya lagi
untuk bangkit mendepani dan mencipta kemenangan pada PRU 14 kali ini.
Dengan meletakkan tajuk: “Tiada Gading Yang Tidak Retak”, sahabat itu
dalam tulisannya memberi empat asas dan penilaian yang berlaku dalam
UMNO semasa mesyuarat perwakilan berlangsung.
Dia yakin dengan firasatnya, yang UMNO di bahagian itu masih gagal
memenangi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasai
Pas sejak tahun 1990, jika tidak ada kesedaran dari kalangan saf
kepimpinan parti.
Sahabat itu mengulas, asas dan penilaian satu (I) ialah, mengenai kemajuan dan pencapaian peringkat cawangan.
Dia membuat kesimpulan, seluruh cawangan berada dalam keadaan lesu,
seolah lumpuh. Malah ada beberapa cawangan UMNO yang mati dan dimatikan
atas beberapa sebab yang hanya ketua dan saf kepimpinan sahaja yang
tahu.
Bagi asas dan penilaian dua (II) pula, ia berkaitan dengan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian yang berlangsung Jumaat lalu.
Katanya, beliau sedih dan kecewa kerana kehadiran perwakilan
peringkat cawangan nampak lemah dan longlai. Seolah tidak membawa
bersama mereka suara kebangkitan akar umbi.
Sahabat itu berkata, dia dapat rasakan, kedatangan perwakilan pada
mesyuarat itu tanpa ada apa-apa wadah perjuangan. Bahkan, langsung tidak
menzahirkan sebuah kesatuan dan solidariti.
Manakala asas dan penilaian ketiga (III) pula tulis sahabat itu,
beliau melihat ke dalam hati setiap para perwakilan yang hadir dan
mendapati setiap daripada mereka bersikap tidak meyakinkan.
Tidak ada semangat dinamik ditunjukkan oleh para perwakilan cawangan. Mereka kelihatan seperti hilang hala tuju.
“Apatah untuk berlawan secara bersemuka dengan parti lawan dan tidak
menampakkan kebangkitan ingin melawan serta ingin kemenangan,” katanya
panjang lebar kepada saya.
Saya hanya mengiyakan setiap butir kata sahabat itu. Bukan tujuan
saya nak ambil hati dia, tetapi apa yang dia katakan itu, saya dah lalui
kira-kira 20 tahun lalu.
Ketika itu kiranya saya aktif jugalah membantu UMNO. Saya antara
penyusun dan pengatur strategi bagaimana untuk menarik sokongan orang
kampung, yang ketika itu terlalu taksub kepada Pas.
Masalah utama saya berdepan dengan UMNO ialah sikap pemimpinnya, atau
dengan kata lain, calon yang bakal bertanding pilihan raya. Mereka
langsung tidak mahu menerima unsur atau aspek Islam dalam berkempen.
Mereka lebih minat menghentam peribadi pemimpin Pas. Ini tidak baik
kepada diri sendiri. Rakyat Kelantan ini agak unik. Kalau mereka tidak
mahu kepada seseorang pemimpin, semua kepimpinan akan ditolaknya.
Sikap lebih pentingkan diri sendiri. Sikap sombong dan tinggi diri masih tebal menguasai diri pemimpin, dulu dan sekarang.
Mereka jemput saya untuk bersama barisan pakar strategi parti.
Apabila saya beri buah fikiran, pandangan, pendapat dan nasihat, mereka
tolak. Bila bertanding, kalah.
Kalau sekali kalah, boleh diterima. Ini sudah lima kali PRU, pun
kalah. Kenapa? Sebab tidak mahu terima pakai buah fikiran orang bawahan.
Jadi, tidak mustahillah apa yang sahabat saya kata itu, boleh saya
simpulkan sebagai fenomena ‘cemuh’ (bosan) dari kalangan kepimpinan
peringkat akar umbi.
Selepas itu, saya tanya sahabat itu, apa asas dan penilaian keempat
(IV)? Sahabat itu berkata, hilang identiti sebagai pejuang UMNO. Ini
boleh dilihat pada reaksi perwakilan sepanjang mesyuarat berlangsung.
Katanya, pada sesi pendaftaran (tanda) kehadiran perwakilan, nampak
sangat ketidakmesraan urusetia melayan perwakilan. Ini menambahkan lagi
rasa benci pemimpin akar umbi kepada saf kepimpinan atasan.
Rasa benci dan marah ini terbawa-bawa ke dalam dewan apabila
sepanjang menteri berucap merasmikan mesyuarat itu, tidak ada tepukan
gemuruh. Yang kedengaran hanya tepukan hambar. Macam paksa.
Saya dapat bayangkan bagaimana situasi itu ketika sahabat berkenaan
bercerita dari A sampai Z. Saya bayangkan, menteri berucap di pentas,
perwakilan bercakap sesama mereka. Mereka tidak ambil kisah pun butir
tutur ucapan menteri.
Mereka tahu, kedatangan menteri merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO
Bahagian bukan nak umum peruntukan penyelenggaraan prasarana atau
menyampaikan berita baik, contohnya, kenaikan gaji atau kenaikan elaun.
Mereka tahu, menteri datang mesti nak gesa perwakilan bekerja keras
untuk pastikan parti menang. Point lama. Datang berucap ulang kaset
lama. Mereka boring. Mereka tahu kepimpinan negeri dan bahagian tak akan
berubah.
Sahabat itu juga memberitahu saya akan keadaan perwakilan ketika ucapan penangguhan oleh Ketua UMNO Bahagian.
Katanya, tidak sampai pun 50 perwakilan cawangan termasuk Ahli
Jawatankuasa UMNO Bahagian berada dalam dewan. Masing-masing sudah
balik. Kalau ada pun, yang lepak di ruang persegaran sementara menunggu
mesyuarat tamat.
Jadi, inilah sedikit gambaran yang saya cuba gambarkan akan
‘kekuatan’ akar umbi yang bakal menjadi petunjuk sejauhmana kekuatan
UMNO untuk memenangi PRU 14 ini. – MalaysiaGazette
BILA mahkamah putuskan dia kalah dalam kes saman malu dan dia
dikenakan bayar sejumlah wang kepada orang yang difitnahnya, saya
mengharapkan dia sedar dan insaf.
Sekurang-kurangnya dia lebih berhati-hati pada masa akan datang untuk tidak buat fitnah lagi.
Tak apalah, itu satu hal. Dia selesaikanlah dengan orang yang difitnahnya tu.
Cuma, yang saya agak ralat dengan sikap Ahli Parlimen ini, apabila
dia kena bayar saman, dia boleh kata pulak dia tak ada duit nak bayar.
Kononnya, duit simpanan dia dah habis digunakan untuk program Jelajah
Bina Semula Negara.
Isyy!!.. tak payahlah susah-susah berhabis duit nak bina semula
negara. Negara dah tersedia dibina dengan elok dan molek oleh lima
Perdana Menteri terdahulu dan Perdana Menteri sekarang.
Banyak lagi kerja lain perlu kamu buat. Contohnya, mengajak rakyat
yang berpecah belah akibat dakyah ideologi politik parti kamu di luar
sana agar mereka bersatu semula.
Ajak rakan-rakan pemimpin dalam parti kamu dan parti gabungan kamu
supaya sedar dan insaf. Jadilah pembangkang yang berhemah. Jangan tabur
fitnah. Jangan tanamkan kebencian rakyat kepada pemerintah sebagaimana
firman Allah dalam Surah An-Nisa’ ayat 59: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan
taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang
berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah
(berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya
jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian
adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya”.
Ini tidak. Sepanjang jadi pembangkang, asyik dengan dakyah kebencian. Tuduh menuduh tanpa fakta. Sebab itu kena saman dan kalah.
Bila kamu buat fitnah, orang akan saman. Bila mahkamah dapati tak ada
bukti, kamu diputuskan bersalah. Akhirnya kamu kena bayar saman.
Sepatutnya, orang macam kamu ini tahu akan risiko fitnah. Kalau kalah
mesti ada duit nak bayar saman.
Tapi, kamu tak ada duit. Nak bayar saman tak boleh. Lalu kamu
terpaksa tagih simpati orang ramai minta mereka bantu kamu selesaikan
saman.
Mudahnya jadi pemimpin macam ni. Kena saman sikit minta duit dengan
rakyat. Kamu ingat kerja seharian rakyat cetak duit? Walaupun RM1
seorang, itu adalah duit. Memang tak patut seorang rakyat belanjakan RM1
untuk perkara tidak berfaedah seperti ini.
Kenapa saya kata tidak berfaedah? Sebab, tuduhan kamu kepada orang
yang kamu fitnah itu tidak ada kena mengena pun dengan kepentingan
rakyat. Dah dia tak buat salah, mahkamah berpihaklah kepadanya.
Lain kali kalau nak dedahkan kepincangan orang, kena buat kajian
dulu. Dapatkan maklumat dari sumber yang boleh dipercayai. Kalau dah
yakin dengan bukti-bukti yang ada, barulah dedahkan kepada umum.
Orang yang dituduh pun kalau dia tahu dia bersalah dan dapati banyak
bukti-bukti yang mengaitkan dengan salah lakunya, gerenti dia tak berani
nak fail saman malu.
Ini, apa yang kamu buat ini seolah kamu beri bola tanggung kepadanya.
Terus dia smash. Terpelanting kamu sampai ke luar gelanggang. Rafizi kalah dalam kes saman malu.
Jadi, saya nak nasihatlah kepada saudara Rafizi. Tak payahlah kamu
nak tagih simpati minta duit dari orang ramai untuk tanggung jumlah
saman yang kamu kena bayar. Rakyat dah cukup menderita sekarang ini.
Banyak lagi rakyat perlu gunakan duit untuk keperluan hidup harian
mereka. Tak payahlah bebankan mereka dengan benda-benda kecil seperti
ini.
Nak selesaikan masalah kamu dari muflis, kamu minta saja dengan parti kamu PKR atau rakan kamu DAP.
Dua-duanya ada negeri sendiri. Selangor dan Pulau Pinang. Perolehan
tahunan pula berbilion-bilion. Setakat kamu nak RM300,000 tu kecil
sangatlah pada mereka.
Lagipun, jasa kamu sangat besar kepada mereka. Dakyah kamu,
propaganda kamu banyak juga membantu kepada kemenangan rakan-rakan kamu
pada PRU sebelum ini. Takkan mereka tak boleh balas jasa kamu.
Saya selalu mengikuti ceramah-ceramah politik saudara Rafizi. Tidak
dinafilah, memang ada isu-isu tertentu yang dia bongkar tu berfakta,
tapi tidak sedikit pula isi kandungannya diselitkan dengan auta.
Bab minta duit rakyat ni, pembangkang memang juara. Saya nak beri
contoh, kerajaan Pas Kelantan nak bina lebuh rakyat, mereka minta duit
dengan rakyat. Berbondong-bondonglah rakyat pakat menderma.
Siapa tak nak lebuh raya. Kerana lebuh raya ini akan melancarkan
aliran trafik. Mengharapkan dapat lebuh rakyat, rakyat sanggup berkorban
harta benda, hatta ayam sedang mengeram pun sanggup sembelih untuk jamu
makan pemimpin Pas.
Nak saman Sarawak Report pun Pas minta duit dari rakyat. Terpaksalah
rakyat yang taksub dengan perjuangan yang menggunakan nama Islam itu
memasukkan duit dalam kantung kain yang dijahit khas untuk isi derma.
Presiden PAN, Mohamad Sabu pun dulunya berisiko berdepan muflis
kerana kalah kes saman malu. Juga minta duit dari orang ramai nak bayar
saman.
Hari ni, Rafizi pun tiru macam Pas dan abang Mat Sabu. Kalah saman, tak boleh bayar, nak minta duit dengan rakyat. Mohd Yusof Ghani
Cuba ikut contoh bekas ADUN Nenggiri dari UMNO, Datuk Mohd Yusuf
Ghani. Dia tanggung hutang demi untuk jaga kebajikan rakyat, dia tak
pernah minta duit orang ramai untuk selamatkan dirinya dari
diisytiharkan muflis.
Bahkan, dia rela kehilangan jawatan sebagai ADUN. Dia redha dirinya
muflis. Dia sedar had kemampuannya dan dia tahu meminta duit dari rakyat
adalah salah dan berdosa.
Jadi, Datuk Mohd Yusuf Ghani selayaknya digelar pemimpin Islam
sejati. Kalau nak banding dengan pemimpin Pas yang ada sekarang ini,
yang tak lekang dari mulut mendakwa memperjuangkan Islam, dia lebih
Islam.
Dia tahu, dia hanya muflis di dunia sahaja. Kalau malu pun, dia hanya
menanggung malu di dunia. Di akhirat dia adalah seorang pemimpin yang
hebat di sisi Allah. Sebab, sepanjang dia berkhidmat sebagai wakil
rakyat, dia berhabiskan duit untuk kesejahteraan rakyatnya, bukan
memeras duit rakyat. – MalaysiaGazette
Sentuh atau tersentuh perkara biasa dalam dunia artis
KALI ini saya nak ubah topik pula. Dah bosan asyik dengan isu politik, hari ini saya nak sentuh pasal dunia artis.
Jangan tanya saya, siapa artis idola saya, kerana saya akan jawab,
“setakat ini tidak ada seorang pun artis yang muncul di era 90-an yang
saya minat.
Kalau zaman 60-an, 70-an dan 80-an dulu memang ramai artis idola
saya. Saya cukup minat lakonan dan nyanyian Allahyarham Tan Sri P.
Ramlee, saya rindu nak dengar lagu dari suara merdu Allahyarhamah Puan
Sri Saloma.
Masih terbayang-bayang lawak Allahyarham Datuk S. Shamsuddin dan Allahyarham Datuk Aziz Satar dalam filem-filemnya terdahulu.
Begitu juga suara emas Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini, koleksi
lagu Uji Rashid dan Hail Amir serta ramai lagi artis seangkatan mereka
ini.
Kalau artis sekarang, sorry to say la.. mereka bukan idola
saya. Mereka juga bukan artis yang boleh dijadikan ikutan. Mereka muncul
di persada seni pun bukan kerana seni, tapi kerana nak cari populariti.
Biasanya artis yang muncul tiba-tiba dan popular secara tiba-tiba
juga, karier mereka tidak lama. Mereka hanya muncul semusim kemudian
hilang bermusim-musim.
Satu perkara yang saya tengok artis zaman ini, seolah ia satu trend
bagi mereka, ialah suka bercerita hal peribadi, hal dalam selimut secara
umum selain mengenakan pakaian menjolok mata.
Kalau artis dahulu boleh dijadikan ikutan, artis sekarang perlu
difikir dua tiga kali untuk dijadikan model, kerana perbuatan sesetengah
mereka ini boleh mendekatkan peminat ke jalan maksiat.
Tengok saja pada pakaian mereka. Kalau tak ketat, memang tak sah jadi
artis. Nak jadi artis pakaian mesti kena tonjol atau nampak kedua-dua
‘gunung’, bahagian pinggul mesti nampak timbul, bahagian depan dari
paras perut ke bawah mesti menampakkan bayangan tertentu.
Bukan setakat pakaian saja, perbualan, percakapan dan kenyataan media
pun mesti ada unsur-unsur ghairah yang mendorong peminat berfantasi.
Mungkin pada mereka itulah value story yang orang media nak dan mungkin dengan kenyataan sedemikian nama mereka akan naik.
Jadi, tidak peliklah kalau di dada-dada akhbar dan di laman-laman
sosial penuh dengan berita artis cantik manis itu sedia mengandung lagi
dan rindu nak hamil.
Perlukah beritahu kepada media yang anda akan terus pujuk isteri anda
agar sedia hamil lagi? Wajarkah anda menyatakan yang anda sudah
bersedia timang anak pertama, kedua, ketiga? Patutkah anda nyatakan yang
anda rasa tertekan kerana belum mengandung dan mengharapkan untuk
mengandung?
Saya dengar pun rasa jijik. Seolah tidak ada perkara lain yang lebih
penting dan mustahak nak diberitahu kepada media untuk publisiti.
Ini semua, akan mengajak sesetengah peminat terutama yang fanatic
untuk berfantasi dengan anda. Peminat membayangkan bagaimana proses yang
anda lakukan dengan pasangan anda untuk mengandung.
Tidak cukup dengan itu, wajah anda, tubuh badan anda termasuk yang
terbuka mahu pun yang tertutup dan aksi anda menjadi bayangan mereka.
Anda yakinkah dalam ribuan peminat anda, semuanya baik? Semuanya
bergembira apabila mendapat tahu artis kesayangan mereka bersedia
mengandung, hamil dan mendapat anak?
Entah-entah kamu yang menjadi mangsa fantasi peminat yang ada
penyakit gila seks. Inilah yang orang tua-tua dulu kala kata, “tak ada
penyakit, cari penyakit”.
Anda tidak boleh salahkan mereka kalau ada yang berfantasi
sedemikian. Ia tidak akan berlaku kalau anda bercakap perkara yang
baik-baik. Perkara yang mengajak mereka ke jalan yang diredhai Allah.
Bukan perkara yang mencondongkan mereka kepada maksiat.
Begitu juga ada pelakon lelaki memohon maaf kerana tersentuh buah
dada pelakon perempuan ketika mereka sama-sama berlakon dalam satu
adegan membonceng motosikal.
Saya tengok, yang perempuan bukan sedih pun perkara itu berlaku,
malah suka… ketawa bila cerita atau klik video lakonan yang tersentuh
buah dada itu tular.
Nampak sangat itu bukan isu besar yang harus dijadikan topik
perbualan. Mungkin pada mereka, perkara sedemikian dianggap biasa. Tapi
dalam negara yang majoriti penganut Islam, kejadian seperti itu adalah
dosa.
Adakah patut, orang laki tersentuh buah dada kita, kita senyum.
Tersipu-sipu lagi, kononnya malu. Lepas tu, selepas seminggu dua, baru
artis lelaki minta maaf.
Kelakar betul dunia artis kita hari ini. – MalaysiaGazette
Mahukah anak muda ambil alih kerjaya gatih teksi seperti dilakukan orang tua ini?
BILA baca kenyataan seorang anggota Exco Kerajaan Negeri
Kelantan yang sarankan anak muda negeri itu rebut peluang kerja pengayuh
beca roda tiga (gatih teksi), saya tak tahu nak respon macam mana, nak
menangis atau nak ketawa.
Bayangkan, ibu bapa berhabisan puluhan ribu ringgit, malah sampai
ratusan ribu ringgit biayai anak belajar di universiti dan anak-anak
kita pula menanggung hutang yang banyak dengan PTPTN, bila tamat
belajar, balik kampung gatih teksi.
Selama 27 tahun mentadbir Kelantan bermula 1990, ini sajakah yang
kerajaan Pas mampu sediakan peluang pekerjaan kepada rakyatnya? Ini
sajakah idea yang ada bagi seorang Exco Kerajaan Negeri? Kalau begitu
alangkah daif dan naifnya.
Saya sendiri tidak boleh nak bayangkan apa perasaan ibu bapa, ahli
keluarga mahupun adik beradik apabila anak atau abang atau adik mereka
kerja gatih teksi.
Kerja gatih teksi ni bukan masuk jam 8 pagi, balik jam 5 atau 6
petang. Nak cari rezeki dengan gatih teksi kena sebelum subuh lagi
bangun. Lepas tu mandi, pakai baju lusuh, seluar lusuh yang dua tiga
hari tak cuci. Kemudian kena pakai topi mengkuang untuk lindungkan
kepala dari panas atau hujan.
Awal pagi sudah terpacak di tepi-tepi pagar pasar – Pasar Siti
Khadijah terutamanya, untuk tunggu penumpang. Kalau kebetulan ada
penumpang nak guna khidmat teksi, dapatlah rezeki. Tapi macam mana kalau
mereka gunakan khidmat kereta haram macam “Prebet Sapu” atau kereta
sewa?
Sekarang zaman semua nak cepat sampai. Kalau naik Prebet Sapu atau
kereta sewa, hanya lima enam minit saja sudah sampai. Naik teksi belum
tentu setengah jam boleh sampai ke destinasi. Jadi, mana satu
pengangkutan yang penumpang nak? Tentulah kenderaan berenjin. Tidak
terfikirkah oleh kerajaan negeri akan hal ini?
Untuk tarik minat anak muda, lalu dikatakan kerjaya gatih teksi ini mendapat perolehan lumayan, kononnya dari pelancong asing.
Saya nak tanya Exco berkenaan, berapa kerat sangat pelancong asing
masuk ke Kelantan? Kalau mereka datang pun, mereka akan tempah kereta
sewa di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTIP), Pengkalan Chepa
untuk ke pusat bandar Kota Bharu.
Mereka tak akan naik beca roda tiga yang akan ambil masa satu atau
dua jam perjalanan dari LTIP ke pusat bandar dengan kadar bayaran
tentunya lebih mahal dari kereta sewa kerana guna kuasa tulan empat
kerat. Beca roda tiga hanya dijadikan barang hiasan, bukan lagi sebagai kerjaya.
Exco sendiri pun saya rasalah, tak pernah naik teksi (beca) sama ada
di LTIP ataupun dari kediamannya ke pejabat di Pusat Pentadbiran Kota
Darulnaim.
Jadi, dia tak ada jiwa ke arah mendalami nasib pengatih teksi. Dan
kenyataannya mengenai kerjaya gatih teksi hanya sekadar untuk dapatkan
publisiti murahan saja.
Satu soalan saya nak tanya Exco berkenaan, sejak bila kerajaan Pas
Kelantan melihat industri gatih teksi ini sebagai kerjaya yang patut
diceburi?
Selama ini, tidak ada seorang pun sama ada wakil rakyat Pas mahupun
anggota Exconya mengambil berat pasal nasib pengatih teksi ini.
Golongan ini hidup terumbang ambing. Periuk nasi mereka dinafikan
dengan wujudnya secara berleluasa perkhidmatan Prebet Sapu, selain
pengangkutan halal – kereta sewa.
Sepanjang saya terlibat dengan dunia media dan lebih 20 tahun
bertugas di bumi Kelantan, hanya dua orang yang prihatin akan nasib
golongan ini. Hamba Allah itu ialah Datuk Yaakob Mahmud (Allahyarham)
yang lebih dikenali dengan panggilan Yamud dan Datuk Hajah Ilani Ishak
(Allahyarhamah).
Kedua-dua insan mulia ini sudah tiada. Allah telah menjemput mereka
ketika golongan pengatih teksi ini masih dahagakan kasih sayang dan
perhatian. Serentak dengan kehilangan dua insan ini juga seorang demi
seorang pengatih teksi meninggalkan kerjaya itu.
Hingga kini, hendak melihat satu atau dua pengayuh beca roda tiga di
jalan raya pun sukar. Kalau ada pun, pasti kita tak sampai hati untuk
melihat bagaimana kudrat tua mengerahkan tenaga membawa beban berat ke
destinasi, dengan upah pula tidak menjanjikan pulangan yang baik.
Ada yang dapat purata RM5 sehari walaupun bekerja selama 12 jam. Ada
juga dapat RM10 sehari semalam. Semuanya bergantung pada nasib. Kalau
nasibnya baik, ada ramai penumpang guna khidmatnya, rezeki bertambah
sikit. Begitulah kehidupan pengatih teksi. Kais pagi makan pagi, kais
petang makan petang.
Kerajaan negeri mahupun Exco berkenaan tidak pernah nampak masalah
ini. Selama ini, mereka hanya pentingkan diri. Bila perkhidmatan beca
roda tiga sudah pupus, baru gelabah nak cari pengganti.
Apabila mengajak anak muda menyambung warisan itu, maknanya kerajaan
negeri berada dalam keadaan terdesak yang amat sangat. Barangkali budaya
kerjanya berasaskan prestasi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) telah
merosot teruk.
Biasalah orang terdesak. Mereka akan nampak apa saja yang sebelum ini mereka tidak pernah nampak, apatah lagi mahu melihatnya.
Mungkin Exco itu sangka pengatih teksi ini berumur 20-an tahun ke
atas? Atau dia ingat kerjaya mengatih teksi ini pendapatannya mencecah
sehingga RM3,000 sebulan?
Yang pasti, usaha kerajaan Pas Kelantan nak hidupkan semula kerjaya
pengayuh beca roda tiga ini sudah terlambat. Yang pupus tetap pupus.
Hilang dan lenyap dari muka bumi. Tambahan pula industri pelancongan di
Kelantan yang bagai “hidup segan mati tak mahu”.
Okeylah, katakanlah kerajaan negeri berjaya hidupkan semula industri
beca roda tiga sebagaimana di Melaka, ke mana pengatih teksi ini nak
bawa pelancong?
Cuba nama tempat-tempat bersejarah yang kerajaan negeri pulihara
untuk pelancong nak pergi? Cuba namakan nama jenis permainan rakyat dan
persembahan budaya rakyat Kelantan yang kerajaan negeri jaga sehingga
kekal sampai sekarang?
Lupakah semua permainan dan persembahan itu telah diharamkan sejak
Pas mula mengambil alih Kelantan pada 1990? Dan sejak itu tempat-tempat
bersejarah pun mula terbiar sehingga hilang identiti sejarahnya?
Kalau ada pun, ia tidak lagi asli seratus peratus. Contohnya,
persembahan wayang kulit dan dikir barat. Identitinya telah hilang.
Begitu juga persembahan Main Puteri, Menora dan Makyong, juga dinafikan
kewujudannya.
Permainan rakyat seperti rebana, kertuk, gasing dan wau bulan tidak
dipelihara dan pulihara, menyebabkan penduduk yang mahir dengan
permainan ini hilang seorang demi seorang.
Tempat bersejarah seperti lokasi pertama pendaratan tentera Jepun di
pinggir Kota Bharu dan kubu tentera Jepun serta hentian utama bijih di
pesisiran laut Tumpat dibiarkan hilang dimamah panas dan hujan.
Sedangkan semua ini berkait rapat dengan pengatih teksi. Sebab itu
seperti yang saya nyatakan di awal tulisan ini, saya tidak tahu sama ada
nak menangis atau ketawa dengan pentadbiran kerajaan Pas Kelantan. –
MalaysiaGazette
Dengan keadaan jalan raya seperti ini jika berlaku kemalangan, patutkah pemandu dipersalahkan?
ALLAHU AKBAR… Allahu Akbar… Allahu Akbar… Wa Lillaahilhamd.
TANGGAL 25 Jun ini bersamaan Ahad, maka bergemalah takbir raya di
surau-surau, madrasah dan masjid-masjid seluruh negara. Itu adalah hari
kemenangan bagi umat Islam selepas sebulan berpuasa. Menyambut Hari Raya
Aidilfitri.
Semua wajah tidak kira tua muda, kecil besar, miskin kaya akan
berseri-seri dan ceria. Sibuk dengan urusan menyedia dan menyiapkan apa
yang patut mengikut kemampuan masing-masing.
Yang bergelar perantau pula tentu sibuk dengan perkiraan hari apa dan
waktu bila nak bertolak balik ke kampung. Jadual perjalanan pulang
mesti kena rancang dengan baik dan bijak. Kalau tidak, bertemulah dengan
‘jam’ yang teruk.
Mengikut perkiraan tokey-tokey lebuh raya, lebih tiga juta kenderaan
dari ibu kota akan menggunakan lebuhraya untuk pulang ke destinasi
masing-masing.
Ada yang menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan untuk pulang ke
destinasi kelahiran atau kampung mertua di Johor, Melaka, Negeri
Sembilan, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.
Ada juga menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak nak balik ke
Pahang dan Kelantan dan tidak sedikit menggunakan Lebuhraya Pantai Timur
I serta Lebuhraya Pantai Timur II (LPT I dan LPT II) nak pulang ke
Kuantan dan Terengganu.
Bagi perantau dari Kelantan, mereka hanya dapat menikmati perjalanan
lebuh raya bermula Plaza Tol Gombak hingga ke Plaza Tol Bentong sahaja.
Selepas itu menyusurlah mereka di jalan-jalan negeri dan persekutuan
yang permukaannya berolak alun bagai padang bola tak siap.
Yang balik laluan LPTI dan LPTII pula, kenalah bersedia untuk
menambah isi tangki minyak. Sebab seperti biasa, satu tangki petrol yang
diisi penuh di Kuala Lumpur tidak mencukupi untuk sampai ke destinasi
di Kota Bharu. Jaraknya agak jauh dan meletihkan.
Bahkan, sehari dua ini jabatan dan agensi penguatkuasaan kerajaan dah
galak mengeluarkan nasihat serta amaran kepada pengguna jalan raya.
Seratus peratus nasihat dan amaran dituding kepada pemandu. Mereka
kata berlakunya kemalangan berpunca daripada kecuaian dan kelalaian
pemandu. Mereka tidak pernah nak cermin cari kesalahan sendiri.
Oleh itu, kepada pemandu, baik yang bawa keluarga mahu pun diri
sendiri, jika mengantuk berhenti rehatlah dulu di hentian Rehat dan
Rawat. Jangan sekali-kali memasuki lorong kecemasan atau memandu terlalu
laju atau memotong kenderaan hadapan membabi buta.
Yang penting sekali, jangan guna telefon bimbit untuk membuat
panggilan atau menjawab panggilan, apatah lagi berwasap atau menyemak
status facebook ketika memegang stereng kereta.
Perbuatan macam ini mengiyakan alasan pihak berkuasa yang sentiasa
mengambil sikap mudah, menyalahkan kita jika berlaku insiden tidak
diingini.
Setakat ini, saya tidak pernah dengar nasihat atau amaran dikeluarkan
pihak berkuasa kepada tokey-tokey lebuh raya atau khususnya kepada
Jabatan Kerja Raya (JKR) yang menjaga serta menyelenggara jalan negeri
dan persekutuan.
Mereka tidak pernah cuba ambil tahu, sama ada permukaan jalan
ratakah, lubang di kiri kanan jalan sudah ditampalkah, garisan putih di
tengah dan bahu jalan dah dicatkah? Dan kadang-kadang jalan boleh ‘jam’
teruk disebabkan pihak berkuasa mengadakan sekatan jalan.
Sepatutnya tiga empat hari sebelum raya dan tiga empat hari selepas
raya, tidak perlulah hendak mengadakan sekatan jalan. Biarkanlah dan
berikanlah peluang kepada pengguna jalan raya menikmati pemanduan yang
lancar tanpa gangguan daripada perkara remeh ini.
Lokasi-lokasi yang dikenali pasti bahaya pula, cubalah berusaha untuk
perbaikinya. Lebarkan lah kalau laluan itu sempit. Kurangkan peratusan
kadar selekoh kalau kawasan itu merupakan selekoh tajam.
Jangan pula ketika pemandu berdepan masalah dengan laluan yang
merbahaya ini, pihak berkuasa ambil kesempatan tambah beban mereka
dengan pasang kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
Pemasangan kamera AES langsung tidak membantu mengurangkan kadar
kemalangan, malah menambahkan lagi beban rakyat dengan perangkap saman
ini.
Jangan tanamkan pemikiran rakyat dengan persepsi kerajaan hanya tahu
ambil duit rakyat melalui saman, bukan nak gunakan duit rakyat untuk
selenggara jalan raya supaya bertambah baik dan selesa.
Saya memang tidak setuju dengan tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ) memasang kamera AES tambahan. Sebab, pemandu yang tahu di mana ada
perangkap kelajuan, di situ mereka akan memperlahankan kelajuan.
Sebaik melepasi zon perangkap laju, mereka memecut semula. Jadi, di
mana yang dikatakan kerajaan, usaha hendak mengurangkan kemalangan?
Mengurangkan insiden di lokasi yang ada kamera AES?
Banyak lagi kaedah yang boleh dilakukan untuk mengelak atau mencegah
kemalangan daripada berlaku. Cara kempen melalui pemasangan papan iklan
yang pelbagai saiz sahaja tidak mencukupi kerana pemandu tidak sempat
nak membacanya.
Bahkan, bagi saya iklan di tepi jalan ini sebenarnya termasuk antara
faktor punca berlakunya kemalangan. Pemandu boleh hilang tumpuan
pemanduan kerana hendak membaca tulisan yang tertera pada iklan
berkenaan.
Adakah kerana iklan menyumbang sumber pendapatan kepada pihak
berkuasa tempatan (PBT) maka pihak berkuasa seperti JPJ dan polis tidak
boleh berbuat apa-apa dan hanya sekadar berdiam diri?
Kerajaan mempunyai ramai pakar intelek dan tukang pemikir, takkan
mereka tidak boleh mencetuskan reformasi memikirkan kaedah terbaik untuk
bagaimana hendak menambakbaikkan kualiti jalan raya?
Saya tidak mahu menyalahkan kerajaan seratus peratus dalam hal ini,
dan kerajaan pun tidak boleh meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada
pemandu. Umum tahu, jalan raya dan kenderaan ibarat lagu dan irama.
Mereka harus seiring atau orang putih kata, “win win situation”.
Saya sendiri sebagai pengguna jalan raya yang berulang alik setiap
masa dari Kuala Lumpur ke kampung kelahiran di Kelantan, banyak
merakamkan kelemahan kerajaan dalam menyediakan jalan raya kepada
rakyat.
Saya juga sering berdepan dengan karenah segelintir pemandu ‘gila’.
Memandu di jalan raya yang sempit seolah berada di litar lumba. Langsung
tidak memikirkan keselamatan dan nyawa orang lain. – MalaysiaGazette
Jalan sempit mengundang kesesakan lalu lintas yang teruk setiap kali pulang ke Kelantan.
SATU perkara paling menyeronokkan bagi perantau seperti saya ialah cuti.
Dengan cuti, saya boleh rancang apa sahaja. Pilihan di tangan kita.
Pilihlah apa saja, sama ada nak balik kampung atau rehat sahaja di rumah
atau nak makan angin di tempat menarik yang boleh hilangkan tekanan
kerja.
Bagi yang berduit, bolehlah rancang ke lokasi menarik di dalam atau
luar negara, tapi bagi saya yang usia dah separuh abad ini, pilihan
utama adalah balik saja ke kampung di Kelantan.
Jumpa mak ayah dan ahli keluarga terdekat. Lagi seronok. Bak kata DJ Dave dalam lagunya “Di Desa Kasihku Tertumpah”.
Malangnya, setiap kali rancang nak balik kampung, setiap kali itulah
pula hati saya redup dan malap. Otak mula terbayang betapa azab dan
seksanya memandu di jalan raya maut bermula dari bandar Bentong, Pahang
hingga ke laluan Gua Musang – Kota Bharu.
Keadaan jalannya yang bengkang bengkok macam ular kena palu.
Permukaan jalannya yang berolak macam berada atas kapal di tengah lautan
dan lorong dua halanya yang sempit tak usah nak kata lagilah.
Lagi menakutkan kalau berselisih dengan lori balak atau treler
kontena. Terasa seperti Malaikat Maut sudah berada di depan mata yang
bersedia bila-bila masa hendak mencabut nyawa atas sebab musabab
kemalangan.
Faktor lain yang lebih menakutkan pemandu ialah garisan putih di tepi
dan tengah jalan. Ianya bukan saja pudar, malah di sesetengah laluan
garisan ini langsung tidak ada. Kalau ada pun, ia bukan cat putih tetapi
tahi burung layang-layang.
Bagi pengguna jalan raya, garisan putih ini sangat penting dan
mustahak kerana ia satu-satunya tanda isyarat atau kompas bagi pemandu
yang memandu pada waktu malam atau ketika hujan lebat.
Tanpa garisan putih ini, pemandu boleh hilang arah pemanduan. Mereka
boleh terbabas ke tepi jalan memasuki laluan sebelah pada bila-bila masa
sahaja.
Sudahlah Kelantan tidak ada sistem lebuh raya sebagaimana
negeri-negeri lain, jalan negeri atau jalan persekutuan yang menjadi
laluan utama rakyat Kelantan mencari rezeki di ibu kota Kuala Lumpur pun
tidak diselenggara dengan baik.
Jadi, logiklah kalau rakyat Kelantan bergelar perantau teramat fobia
dengan lagu nyanyian Ekamatra, “Pusara Di Lebuhraya”. Cuba nyatakan
negeri mana yang tidak ada lebuh raya selain Kelantan?
Terengganu dan Kuantan, Pahang ada Lebuh Raya Pantai Timur Satu (LPT1) dan Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT2).
Johor ada Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia, Melaka, Negeri Sembilan,
Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis ada Lebuh Raya Utara Selatan
dengan rangkaiannya Jajaran Selatan, Jajaran Utara dan Hubungan Tengah.
Di Kuala Lumpur yang keluasannya hanya 342 kilometer persegi dan
Selangor dengan 7,956 kilometer persegi lagilah mewah. Bermacam-macam
nama lebuh raya yang ada.
Kenapa Kelantan tidak ada lebuh raya, sedangkan keluasan negerinya
14,931 kilometer persegi? Nak kata Kelantan tidak maju, hasil balaknya
antara yang terbesar berbanding negeri lain.
Kelantan juga kaya dengan hasil bumi, antara negeri terbesar
mempunyai lombong bijih di era pendaratan tentera Jepun ke negeri itu
awal 1940-an. Justeru, kerajaan negeri pimpinan Allahyarham tok guru Nik
Abdul Aziz Nik Mat pernah merancang nak bina pelabuhan di Pantai Sri
Tujuh, Tumpat.
Selayaknya Kelantan mempunyai lebuh raya. Tidaklah berasa malu
sebagaimana sekarang, laluan dua lorong dari Kampung Tunjung, Kota Bharu
ke pekan Rantau Panjang pun dipanggil lebuh raya. Padahal itu adalah
jalan negeri.
Betapa kemaruknya rakyat Kelantan hendakkan lebuh raya.
Saya sendiri hairan memikirkan ‘kebekuan’ otak pemimpin-pemimpin yang
memimpin kerajaan Kelantan. Tidak kiralah dari UMNO ataupun Pas.
Mustahil keperluan sepenting itu tidak ada dalam otak Menteri Besar,
anggota Exco Kerajaan Negeri mahupun Pengerusi Badan Perhubungan.
Kalau mengikut logik akal, memang patutlah otak kecil mereka tidak
boleh nak memikirkan perkara itu, kerana jika mereka ada urusan sama ada
di Kuala Lumpur atau negeri-negeri lain, mereka menggunakan
pengangkutan udara, bukan memandu di jalan raya yang macam ladang ubi
kayu itu.
Dua minggu lagi jutaan perantau akan balik ke kampung masing-masing
di Kelantan. Kalau perjalanan biasa mengambil masa lima hingga tujuh
jam, tidak mustahil bermula tiga hari sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti
mereka memerlukan antara 10 hingga 15 jam untuk sampai ke destinasi.
Ada yang terpaksa mengambil risiko dengan menggunakan Lebuh Raya
Utara Selatan untuk ke laluan Gerik – Jeli dan ada juga meredhakan diri
menggunakan LTP1 dan LPT2. Laluan biasa Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak –
Kuala Lipis – Gua Musang tentunya penuh sesak.
Sebab itu berani saya katakan, pemimpin berjiwa rakyat sudah hilang
dari memori kamus kepemimpinan hari ini. Ia hanya tidak lebih sekadar
ungkapan kata-kata di mulut, bukan lagi suatu perbuatan realiti yang
diharap-harapkan oleh rakyat.
Sesiapa sahaja, baik yang mendakwa membangun bersama Islam sekali
pun, apabila sudah bergelar pemimpin, jiwa prihatin mereka terhadap
rakyat akan hilang secara automatik dari diri masing-masing.
Yang berdegar-degar bercakap hendak membela rakyat adalah mereka yang ketika itu belum bergelar pemimpin.
Apabila sudah bergelar pemimpin, jiwa mereka perlahan-lahan disaluti
kemewahan. Mata mereka perlahan-lahan terpukau dengan harta emas ringgit
dan telinga mereka perlahan-lahan ditekapkan dengan keseronokan.
Sebab itu lebuh raya rakyat yang dipecah tanah oleh arwah tok guru
Nik Aziz pada Mei 2012 juga turut tinggal gemulah. Ia hanya sekadar
janji mulut untuk menyedapkan hati rakyat sahaja. – MalaysiaGazette
Bila artis, seniman, karya bersemuka dengan Perdana Menteri, kekecohannya lebih hebat dari pembangkang.
KES pelawak dan pelakon tampar penerbit sudah selesai. Ini
bukan drama Hantu Bungkus Ikat Tepi. Bukan juga komedi sitcom Pi Mai Pi
Mai Tang Tu.
Kedua-duanya pun sudah berbaik. Dah bersalam dan siap berpeluk-pelukan lagi. Baguslah.
Itulah yang semua orang mahu. Buat apa nak bergaduh. Dunia seni ni
tak luas. Berlakon drama sana, berlakon drama sini, akhirnya balik
kepada pelakon ini dan penerbit yang sama juga.
Malah makin popular lagi dengan peristiwa tampar sipi-sipi ini.
Itulah ‘drama real’ yang berlaku antara Mat Over atau nama sebenarnya
Sulaiman Yasin dengan penerbit filem, David Teo pada Rabu malam minggu
lalu.
Walaupun kes ini dah seminggu berlalu, tapi belum terlambat rasanya untuk saya mencoretnya dalam ruangan saya ini.
Bukan saya sengaja nak panjangkan kes. Bukan juga nak memanaskan
keadaan tapi saya rasa bertanggungjawab untuk memberi sedikit renungan
dan mengajak semua berfikir.
Kejadian itu berlaku pada Majlis Dialog Tranformasi Nasional 2050
(TN50) di kediaman Perdana Menteri di Putrajaya. Datuk Seri Najib Razak
menjemput para karyawan dan seniman berkumpul di kediamannya untuk
berdialog mengenai arah tuju karyawan dan seniman pada masa depan, iaitu
33 tahun akan datang.
Ramai para karyawan dan seniman hadir, termasuk para VIP dan VVIP.
Najib dan moderator, Datuk Rosyam Noor berada di atas pentas kecil
berbentuk bulat, di tengah-tengah para hadirin.
Rosyam diberi tanggungjawab mengendalikan dialog itu. Soalan dibuka kepada semua hadirin dan PM menjawabnya satu persatu.
Malangnya, David yang ketika itu berada di belakang Perdana Menteri
ada soalan untuk dikemukakan tetapi tidak berpeluang bertanya kerana
moderator dikatakan tidak cuba memusingkan ke arah giliran jemputan yang
berada di kiri, belakang dan kanan PM.
Barangkali David ketika itu mengharapkan Rosyam membuat pusingan jam
atau pusingan lawan jam ketika mengacarakan program itu. Tetapi tidak
berlaku. Rosyam dikatakan gagal memusingkan badannya untuk memberi
kesamarataan kepada hadirin lain. Ibarat jarum jam mati. Statik.
Ini yang menimbulkan rasa tidak puas hati David. Dia terus ke depan
Rosyam dan Perdana Menteri, memohon moderator agar turut memberi tumpuan
kepada karyawan dan seniman yang berada di belakangnya dan PM.
Biasanya orang Cina, kalau suara tak kuat, bukan orang Cina namanya.
Tapi kekuatan nadanya itu telah disalah ertikan oleh Mat Over, yang
ketika itu juga berada di barisan belakang Rosyam dan Perdana Menteri.
Saya tak mahulah ulas apa yang berlaku selepas itu, kerana semua
masyarakat menonton video yang menjadi tular dalam sekelip mata dan
berulang-ulangan sampai seminggu itu.
Cuma saya nak nyatakan di sini, memang tidak wajarlah Mat Over berbuat demikian. Lebih-lebih lagi di depan Perdana Menteri.
Dia cuba mengingatkan David supaya jangan kurang ajar di depan PM,
tetapi tindakannya juga dilihat sebagai kurang ajar dan biadab kerana
memulakan kekecohan yang tidak disangka-sangka oleh semua pihak yang
hadir termasuk Perdana Menteri sendiri.
Gelagat David dengan Rosyam ketika itu langsung tidak mengganggu
keselamatan PM pun. Malah PM sendiri cuba menenangkan keadaan pada masa
itu. Cuma ada yang terlebih-lebih nak jadi hero.
Saya sendiri pun terkejut dengan kejadian itu dan saya anggap ia tak sepatutnya berlaku.
PM orang politik. Sepanjang memegang jawatan Perdana Menteri, dia
berdepan dengan situasi yang lebih tegang daripada situasi yang
dicetuskan oleh David dan Mat Over. Semuanya dapat ditangani dengan
tenang.
Perdana Menteri berdepan dengan isu 1Malaysian Development Berhad
(1MDB) lagi teruk daripada kes ini di Dewan Rakyat. PM berdepan dengan
isu GST yang lagi parah daripada kes ini dalam perang media sosial.
Begitu juga PM hampir setiap hari berdepan dengan kutukan akibat
kenaikan harga barangan dan ada yang lebih teruk daripada itu. Tidak pun
berlaku kejadian yang memalukan.
Bahkan, di Dewan Rakyat sekalipun, PM berdepan dengan serangan, kata
nista, caci maki daripada barisan Ahli Parlimen pembangkang. PM tetap
tenang. Dia tetap tersenyum.
Kenapa di majlis dialog TN50 dengan para karyawan dan seniman boleh berlaku pergaduhan?
Mat Over kena banyak belajar ilmu politik. Dia kena persiapkan
dirinya untuk mendalami dunia politik supaya di lain masa, dia dapat
menahan dirinya dari tergerak untuk mengulangi perkara sama yang berlaku
ke atas David di depan PM.
Ketegangan dalam sesebuah majlis antara rakyat dengan Perdana Menteri
adalah perkara biasa. Mungkin Mat Over tidak pernah mengikuti
perkembangan politik semasa barang kali.
Ia lebih bermaruah sekiranya ketegangan itu dapat diredakan dengan
memberi peluang kepada Rosyam untuk mengubah teknik pengacaraannya.
Ini, belum apa-apa lagi, ada yang tersudu dari kuah, mencetuskan kekecohan. Lepas itu menyalahkan orang lain. Ini tidak betul.
Untuk menjadi ‘pembela’ (kononnyalah), kita perlu mempunyai tahap
kesabaran yang tinggi sebagaimana kesabaran tahap tinggi yang ada dalam
diri PM dan pemimpin politik yang lain.
Saya yakin dan percaya, kalau Mat Over ada sifat sabar, dia akan
melihat kesudahan program itu berjalan dengan baik, bukan berkesudahan
dengan kekecohan yang dicetuskan oleh dia sendiri.
Saya harap perkara ini tidak berlaku lagilah pada masa akan datang
dan ketiga-tiga pihak iaitu Mat Over, David dan Rosyam dapat jadikannya
sebagai pengajaran.
Mungkin Rosyam boleh belajar dari sedikit kelemahannya ketika
mengendalikan program di pentas bulat. Mungkin juga David akan
memperlahankan nada suaranya yang sudah menjadi kebiasaan itu sebagai
peringatan dalam berdialog dan mungkin juga Mat Over kena belajar
bagaimana untuk mengawal atau menahan amarah yang membuak-buak dalam
hatinya.
Itu yang saya dan seluruh rakyat di negara ini harapkan daripada kejadian itu. – MalaysiaGazette
SEMINGGU dua ini, di mana-mana tempat dan situasi, ramai
bercakap pasal parti pak lebai dengan PKR. Pandangan mereka kepada
kedua-dua parti itu tidak seperti dulu lagi.
Dulu kalau bercakap pasal parti pak lebai dan PKR semuanya indah.
Semuanya baik. Semuanya molek waima, PKR kentut bau pati durian pun
dikatakan wangi.
Sekarang persepsi mereka kepada parti pak lebai dan PKR dah berpusing
380 darjah. Tak ada lagi bicara yang indah-indah, puji yang baik-baik,
kata yang molek-molek.
Semuanya bercakap yang buruk-buruk waiima, pak lebai pakai minyak atar semerbak kasturi pun dikatakan busuk.
Ini gara-gara tindakan pak lebai memutuskan kerjasama politik dengan
PKR. Bermula dari usul pemimpin akar umbi pada Muktamar Tahunan Pas kali
ke-66 di Alor Setar, Kedah baru-baru ini sehingga kepada keputusan
muktamad pimpinan Majlis Syura Ulamak Pas di Kuala Lumpur Khamis lalu.
Bab putus tahaluf siyasi dengan rakan gabungan bukan perkara baru bagi parti pak lebai.
Pada tahun 2015, Pas berbalah dengan rakan sebantalnya DAP dan Jun
tahun itu juga DAP tinggalkan Pakatan Rakyat (PR). Tinggallah pak lebai
dengan PKR dalam PR Selangor.
DAP kemudian tubuh gabungan baharu yang dijenamakan Pakatan Harapan (PH).
Wujudlah dua entiti parti di Selangor iaitu PR (Pas dengan PKR) dan
PH (DAP, PAN, PPBM dan PKR). Sangat mengelirukan, selain pelik.
Apa yang menjadi isu sehingga mengamit perbualan pelbagai pihak ialah
kenapa Pas, selepas ‘bercerai’ dengan PKR masih lagi tinggal serumah?
Nak kata pak lebai tak tahu hukum hakam, ramai dalam kalangan
pemimpinnya bertaraf ulamak, tok guru, tuan guru dan ustaz.
DAP, parti majoriti orang kafir pun tahu hukum. Bila dah ‘bercerai’
mereka tidak lagi bersekedudukan dengan Pas. Mereka tahu itu salah.
Mereka bina rumah baharu dan cari rakan kongsi baharu untuk teruskan
kehidupan.
Tapi Pas tidak, sudah ‘bercerai’ dengan PKR masih kekal duduk
bersama. Kenapa parti pak lebai tidak mahu tinggalkan PKR? Sedangkan
mereka dah tak ada apa-apa hubungan politik lagi?
“Sebab Pas ada kepentingan diri… Pas dayus,” kata Presiden Parti Pribumi Perkasa Malaysia, Datuk Dr. Ibrahim Ali.
Bila diaju persoalan itu kepada pimpinan Pas, mereka jawab, “Pas
tetap kekal dalam pentadbiran kerajaan Selangor kerana menghormati
mandat rakyat”. Itulah jawapan Pesuruhjaya Pas Selangor yang baharu,
Sallehen Mukhyi.
Apa yang dimaksudkan oleh Pas “mandat rakyat”? Setahu saya, pendirian
Pas untuk bersama DAP dan PKR adalah untuk membolehkan mereka membentuk
kerajaan di Selangor.
Itu adalah syarat utama bagi mana-mana parti yang bergabung sehingga
majoriti, boleh menjadi kerajaan. Parti yang jumlah kerusinya minoriti
akan menjadi pembangkang di negeri itu.
Kini, Pas dah putus dengan PKR. Pas bukan lagi menyokong PR dan PH.
Bermakna Pas secara automatiknya adalah pembangkang di Selangor, sama
seperti Barisan Nasional (BN) dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Bebas).
Adakah Pas membuat perkiraan, kalau memihak kepada BN Selangor pun
mereka tidak dapat menjadi parti majoriti, lalu mengambil keputusan
kekal dalam kerajaan negeri? Itu tidak betul. Itu politik songsang
namanya.
Pas boleh menipu rakyat dengan alasan “demi mandat rakyat”, tetapi Pas tidak boleh menipu perundangan negeri.
Secara logiknya, jika Pas sudah putus kerjasama politik dengan parti
yang membentuk kerajaan negeri, Pas bukan lagi sebuah parti dalam
kerajaan.
Jadi, sebelum maruah parti pak lebai tercemar dengan pelbagai
konklusi dan persepsi, adalah lebih baik mereka keluar dari rumah PR.
Pergilah tinggal bersama BN dan Bebas dalam barisan pembangkang di
Selangor. Itu lagi bermaruah. – MalaysiaGazette
DUN Selangor yang dijangka berubah berikutan desas desus beberapa wakil rakyat PKR lompat parti.
SELEPAS selesai Pas bermuktamar Isnin lalu, saya terima
beberapa panggilan dan mesej dari kawan politik. Mereka tanya benarkah
Pas dan Barisan Nasional (BN) Selangor akan bentuk kerajaan dalam waktu
terdekat ini?
Saya tanya mereka, kenapa pula Pas dan BN Selangor nak jadi kerajaan?
Bukan sekarang ini Selangor diperintah oleh Pakatan Harapan (PH)?
Mereka kata, pertamanya, sebab Pas dah putus tahaluf siyasi dengan PKR,
keduanya, ada desas desus enam ADUN PKR akan lompat jadi bebas.
Saya kata, tak tahulah. Sebab sepanjang di Kompleks Pas Kota Sarang
Semut, Alor Setar, Kedah, saya tak pernah dengar. Lagi pun, sepanjang
hari itu, saya tak boleh nak akses internet nak layari Facebook, Twitter
atau Instagram.
Saya kata lagi, apa yang kamu dengar? Kawan politik itu jawab, khabar
angin itu sudah melata di seluruh negara. Enam ADUN PKR itu bersama Pas
dan BN Selangor akan mengadap Sultan Selangor pada Khamis 4 Mei lalu.
Sampai 5 Mei, tak dengar pun ada ADUN PKR, ADUN Pas dan ADUN BN
mengadap sultan. Sepanjang hari keadaan tenang sahaja. Tak ada apa-apa
pengumuman berlaku pertukaran kerajaan pun.
Maknanya, itu hanya khabar angin sahaja… dan itulah politik.
Agak membinggungkan saya, selepas balik ke Selangor, banyaklah desas
desus ini masuk ke telinga. Ada yang kata empat ADUN PKR akan lompat
jadi bebas. Ada yang kata lima orang dan terakhir enam orang pula.
Selalunya, kalau dalam jangka masa pendek jumlah ADUN yang dikatakan
akan keluar dari PKR ini berubah-ubah, biasanya bukan berita betul.
Kalau benar khabar angin itu, ia dah pun berlaku. Kenapa nak
tangguh-tangguh.
Sifat manusia, terutama orang politik ini tersangat lemah. Kecewa
dengan kepimpinan sikit mula ugut nak keluar parti atau, kalau berasa
partinya dah tak boleh diselamatkan lagi, mulalah nak lompat ke parti
yang lebih kuat.
Ini yang berlaku. Tapi tak sedikit, yang sebelum ini uar-uar nak lompat parti, tiba-tiba di saat akhir tak jadi lompat. Kenapa?
Sebab mereka dah diberi ubat. Bukan ubat Panadol. Bukan ubat KK
(Kementerian Kesihatan)… ubatnya hanya sebuah ‘janji’. Apa bentuk sebuah
‘janji’ itu? Tepuk dada tanyalah selera.
Yang penting, ‘janji’ itu berbaloi… sebuah ‘janji’ yang boleh
mengubat segala jenis penyakit dukacita dan kecewa. Yang boleh buatkan
seseorang itu senyum memanjang dan hidup senang bergenerasi.
Apapun, saya ambil keputusan tak mahu jadi pak nujum. Saya hanya
jawab kepada rakan politik, tunggu dan lihat sajalah. Kalau desas desus
itu betul, bertukarlah kerajaan Selangor.
Tapi satu saja saya nak beritahu… kalau berlaku apa yang dikatakan
pertukaran kerajaan, maka rugilah kerajaan baharu itu. Sebabnya, tempoh
akhir Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 2013 akan tamat pada Jun
2018.
Maknanya, ada sekurang-kurangnya 13 bulan saja lagi untuk Parlimen Penggal Ke-13 dibubarkan. Selepas itu berlaku PRU-14.
Seperti ramalan Ketua Pengarah Pilihanraya Pas, Datuk Mustafa Ali…
paling awal PRU 14 dipanggil pada September ini. Ada lebih kurang empat
atau lima bulan lagi dari sekarang.
Kalau kerajaan baharu ambil alih Selangor, apa mereka dapat buat
dalam tempoh itu? Belum tentu mereka dapat kekal memerintah selepas
keputusan PRU-14 nanti. Mungkin jumlah kerusi dimenangi BN lebih banyak
daripada yang mereka peroleh pada PRU-13.
Mungkin juga kerusi yang Pas menangi lebih sedikit daripada sebelum
ini dan calon bebas gagal mempertahankan kerusinya. Tidakkah Pas akan
berputih mata? Impian nak jadi kerajaan tak kesampaian.
Pada pandangan saya, lebih baik kekal dengan keadaan sekarang. Tunggu
PRU-14 ini… biar rakyat yang tentukan parti mana bakal jadi kerajaan.
Jangan jadi macam kerajaan Pas Perak… dapat jadi kerajaan negeri
hanya 14 bulan dari Mac 2008 hingga Mei 2009. Selepas itu jadi
pembangkang semula kerana tiga wakil rakyatnya lompat parti jadi wakil
rakyat bebas. Sekarang bekas menteri besarnya dah sertai Parti Amanah
Negara (PAN).
Saya percaya, dalam desas desus empat atau lima atau enam ADUN PKR
ini nak lompat parti pun, kepimpinan Pas memikirkan apa yang berlaku
kepada mereka di Perak. – MalaysiaGazette
DATUK
Seri Liow Tiong Lai baru-baru ini kata ada peningkatan permintaan
tinggi terhadap perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad
(KTMB).
Pada
masa sama, Datuk Ir. Nawawi Ahmad pula kata, KTMB kehilangan kira-kira
15,000 penumpang sehari. Daripada 140,000 kepada 125,000 penumpang.
Agak-agak yang mana satu betul dan mana satu nak diguna pakai?
Yang kata penumpang makin bertambah itu adalah daripada mulut Menteri
Pengangkutan sendiri dan yang kata penumpang semakin berkurangan pula
adalah Pengerusi KTMB.
Nawawi buat kenyataan itu pada 29 Disember 2016 manakala Tiong Lai keluarkan kenyataan itu pada 15 April lalu.
Jarak kedua-dua kenyataan dalam tempoh hampir empat bulan.
Secara
logiknya, mustahil dalam tempoh itu jumlah penumpang tiba-tiba
meningkat secara mendadak sehingga kerajaan terpaksa menambah koc
baharu. Walhal, mutu perkhidmatan komuter masih ditahap paling teruk
sehingga hari ini.
Mungkin
Tiong Lai tidak sedar apa yang dicakapkan itu atau pegawainya di
kementerian gagal buat kajian mengenai prestasi komuter KTMB, sebelum
membenarkan bos mereka mengeluarkan kenyataan sedemikian?
Atau
pegawai Tiong Lai menerima bulat-bulat laporan itu daripada pihak
pengurusan KTMB tanpa mahu membebankan otak mereka untuk menyemak fakta
berkenaan?
Soal tambah tren bukan perkara baharu.
Ia berlaku sekitar awal tahun 2000 selepas lebih lima tahun KTMB memulakan perkhidmatan komuter tren tiga gerabak.
Tren
buatan India itu digunakan KTMB sebagai pengangkutan alternatif kepada
orang ramai yang nak lari dari kesibukan trafik di lebuh raya.
Pada
masa itu, tunggu satu trip ke satu trip selama satu jam pun tak
mengapa. Berpadat-padat dalam gerabak pun kira selesa sebpada tekanan
dan menjimatkan kos.
Apa
tidaknya, tiket dari Shah Alam ke KL Sentral hanya RM2.50, bayar tempat
letak kereta RM3 sehari, berhabisan dalam RM5.50, berbanding belanja
RM30 sehari untuk minyak, tol dan bayaran tempat letak kereta di ibu
kota yang cecah sehingga RM10.
Ketika
itulah komuter mendapat sambutan orang ramai sehingga ‘memaksa’ KTMB
merancang untuk menambah koc baharu bagi memberi keselesaan kepada
penumpang mereka, selain berangan mahu menjadi antara pengangkutan awam
paling baik di Malaysia.
Pada
tahun 2012, KTMB menerima beberapa unit koc dari kerajaan Jepun. Koc
yang diterima itu adalah yang sudah digunapakai oleh kerajaan negara
itu.
Tak
apalah, yang terpakai pun yang terpakailah. Janji, KTMB dapat gerabak
‘baharu’ untuk meringankan operasi koc tiga gerabak yang sedia ada.
Secara
sifirnya, kalau berlaku pertambahan koc, sudah tentulah masa dari satu
trip ke satu trip dapat dipendekkan, iaitu daripada satu jam bagi setiap
trip kepada sekurang-kurangnya 45 minit satu trip.
Kalau
tambah tren lagi, maka pendeklah lagi masa penumpang menunggu tren.
Begitulah seterusnya kalau ada pertambahan koc lagi dan lagi dan lagi,
maka gembiralah penumpang kerana mereka dapat sampai ke pejabat atau
destinasi mengikut waktu ditetapkan.
Itulah kiraan matematik saya. Tapi malangnya, bila dapat tren baharu, KTMB hentikan operasi tren lama.
Dapat yang baharu lagi, yang lama dibuang. Kalau begini kaedah
digunapakai pihak pengurusan KTMB, sampai kiamat pun perkhidmatan
komuter terkebelakang.
Pendek
kata, pi mai pi mai duk tang tu juga. Penumpang kekal dengan keluhan
menunggu lama untuk menaiki satu tren ke satu tren ke destinasi.
Bukan setakat kematu punggung kerana terlalu lama duduk bersila atas lantai platform, tren pula bergerak macam siput.
Anehnya,
walaupun aduan demi aduan mengenai masalah perkhidmatan tren ini
diajukan, pihak KTMB boleh pekak telinga, butakan mata daripada
mendengar dan mencari kaedah mengatasi permasalahan berkenaan.
Saya
sendiri pun, banyak kali mengadu kelembapan perkhidmatan ini.
Bayangkan, dari stesen komuter Shah Alam hendak ke Stesen Putra di Kuala
Lumpur ada kalanya mengambil masa dua jam.
Menunggu
ketibaan tren satu hal. Paling cepat tibanya 45 minit menunggu atau
paling lewat tibanya lebih sejam menunggu. Masa perjalanan dari Shah
Alam ke Stesen Subang Jaya yang sepatutnya 12 minit mengambil masa lebih
20 minit.
Bila
ditanya, KTMB jawab, ada kerja menyelenggara landasan antara Batu Tiga
ke Subang Jaya. Hal ini berlarutan sejak dua tahun lalu dan sehingga
hari ini pun masih ‘diselenggara’?
Saya
pun tak tahu apa nak jadi dengan pihak KTMB. Saya pernah mengeluh dan
tertanya-tanya, “bilalah agaknya kerajaan hendak buat rombakan
besar-besaran struktur pengurusan KTMB”.
Kadang-kadang
sakit kepala memikirkan hal perkhidmatan komuter ini. Untuk pastikan
saya sampai ke destinasi, contohnya di Stesen Bank Negara pada jam 11
pagi, saya kena bertolak turun dari rumah jam 8.30 pagi.
Dari
situ, saya sudah membazir dua setengah jam iaitu 15 minit perjalanan
dari rumah ke stesen Shah Alam. Menunggu tren tiba di stesen Shah Alam
antara 45 minit hingga satu jam dan perjalanan ke stesen Bank Negara
mengambil masa satu jam.
Bukan
setakat membazir dua setengah jam, saya kerugian masa setengah jam lagi
untuk berada di stesen Bank Negara tepat pada masanya. Betapa seksanya
menggunakan perkhidmatan komuter. Tapi apa boleh buat, saya tidak ada
pilihan lain.
Sepanjang
menggunakan pengangkutan awam paling lembab ini, saya tidak pernah
dapat tempat duduk. Penumpang sentiasa penuh sesak di mana-mana stesen
kerana trip tren yang lewat.
Bahkan,
keadaan lebih teruk bagi penumpang dari Batu Caves ke Seremban atau
Tampin. Sepanjang perjalanan itu, ada penumpang warga emas, ibu
mengandung terpaksa bergayut pada tali dalam tren kerana tempat duduk
sudah penuh dan ruang berdiri juga sesak.
Inilah
perkhidmatan awam yang ‘terbaik’ bagi penduduk Shah Alam dan Klang dan
Serembang ke Batu Caves. Namun pihak KTMB masih gagal mengatasi perkara
ini. – MalaysiaGazette
SEMALAM saya diarah membuat liputan lawatan kerja Menteri
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar
di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Mentari di Petaling Jaya.
Rutinnya untuk ke pejabat atau ke majlis di sekitar bandaraya Kuala
Lumpur, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya dan daerah-daerah dalam
Selangor, saya hanya bermotosikal. Inilah satu-satunya kenderaan yang
saya gunakan. Ia cepat, pantas dan lagi menjimatkan.
Tetapi, memandangkan keadaan cuaca tidak elok hari itu – hujan renyai
yang memungkinkannya menjadi lebat – saya memilih untuk meneruskan
perjalanan ke Desa Mentari dengan pengangkutan awam sahaja, komuter.
Untuk sampai ke destinasi itu, saya perlu naik komuter di Stesen Shah
Alam dan turun di Stesen Seri Setia. Selepas itu sambung pula
perjalanan dengan teksi.
Sebenarnya jarak rumah saya dengan lokasi PPR Desa Mentari tidaklah
jauh sangat. Sekitar 20 kilometer sahaja tetapi jika diteruskan dengan
menunggang motosikal, boleh lencun pakaian kerja saya.
Sampai di Stesen Seri Setia, perkhidmatan teksi tidak ada. Saya kena
berjalan kaki keluar dari kawasan itu sejauh kira-kira 200 meter. Di
situ banyak teksi lalu lalang. Beri isyarat tangan saja, teksi akan
berhenti ambil.
Alhamdulillah selepas lima minit berdiri di tepi jalan dalam keadaan
hujan rintik ketika itu, saya dapat menahan sebuah teksi dan memberitahu
pemandunya, yang saya mahu (pergi) Blok 6, PSJ 6, Desa Mentari.
Pemandu teksi itu seorang muslim atau lebih tepat saudara baru. Dia
orang India yang bertauhidkan Islam. Usianya dalam lingkungan awal
60-an. Dia memakai kopiah, dalam teksinya wangi dengan minyak atar
(bukan colok) dan wajahnya juga nampak jernih.
Menariknya sepanjang 10 minit perjalanan, saya dihidangkan lagu Melayu nyanyian penyanyi 60-an, Sanisah Huri.
Mulanya saya sangka lagu itu dari radio, tetapi rupanya ia koleksi
lagu Melayu lama yang telah di ‘download’ dan dimasukkan dalam pemacu
pena.
Wah!!! peminat lagu Melayu lama rupanya pakcik ini. Saya tumpang
seronok kerana kebetulan lagu itu juga berkumandang ketika saya masih
kecil di sekitar pertengahan 60-an hingga 70-an.
Tambahan pula Sanisah Huri adalah penyanyi pujaan hati yang tak
pernah padam dari ingatan. Kalau dengar saja lagunya, maka tergambarlah
kenangan lama.
Terbaik sungguh pakcik ini. Dia menjanjikan perjalanan yang
menyeronokkan kepada setiap penumpangnya, selain jujur dalam urusan
tambang menambang.
Perjalanan saya dari Seri Setia ke Desa Mentari mengambil masa
kira-kira 10 minit. Jaraknya sekitar dua kilometer dan tambangnya
RM4.50.
Sampai di destinasi, saya hulur not RM10. Pakcik itu pulangkan balik
wang baki RM5.50. Itu pun dia nak turunkan saya sampai ke pintu dewan
tapi saya mahu turun jauh sikit dari tempat majlis itu.
Sementara tunggu Noh habis berucap, saya menyanyi-nyanyi lagu Sanisah
Huri yang dipasang dalam teksi pakcik tadi. Saya bernyanyi dengan lirik
yang ditokok tambah sendiri sebab sudah lupa senikatanya. Tapi iramanya
tetap ikut tempo.
Selepas majlis selesai, saya pun berjalan keluar dari Blok 6 PPR Desa
Mentari dan menahan sebuah teksi untuk ke Stesen Komuter Seri Setia.
Berhentilah sebuah teksi yang dipandu seorang Melayu. Abang ini juga
memakai kopiah seperti pakcik muslim tadi. Saya tidak tahu adakah
memakai kopiah ini satu trend bagi pemandu teksi atau suatu kebiasaan.
Saya malas nak fikir soal ini.
Perjalanan ke Stesen Komuter Seri Setia hanya mengambil masa lima
hingga tujuh minit sahaja. Laluan pulangnya tidak perlu menempuh tiga
lampu isyarat seperti mula-mula tadi, manakala kenderaan lain ketika itu
pun tidak banyak. Maknanya lancar.
Sebaik sampai saya pun bayar tambang seperti yang tertera pada meter, iaitu RM4.25. Saya hulurkan kepadanya not RM10.
Selepas itu dia pulangkan balik wang baki sebanyak RM5 dan terus
pergi meninggalkan kawasan Stesen Komuter Seri Setia. Saya ketika itu
terpinga-pinga. Tertanya-tanya, adakah abang Melayu itu lupa hendak
serahkan baki 75 sen lagi? Sepatutnya saya terima RM5.75.
Mungkinkah abang teksi itu beranggapan, “Alahh… setakat baki sen-sen
ni kira halal sahajalah..” atau dia guna sistem penggenapan tapi takkan
75 sen digenapkan RM1. Sistem apa yang dia pakai?
Saya tidak kisah kalau dia tidak mahu pulangkan baki 75 sen itu kalau
dia beritahu tidak ada duit kecil atau minta dihalalkan tapi saya amat
kisah dan pandang serius kalau dia buat diam, seolah-olah dia tidak ada
hutang dengan pelanggan.
Sambil berjalan ke kaunter tiket komuter, saya berpaling sekali lagi
ke belakang, masih kelihatan bayang-bayang teksi tadi bergerak menyusur
jalan raya.
Fikiran saya ketika itu padat dengan persoalan dan tanda tanya,
terutama sikap jujur pakcik tadi dengan perangai haloba abang ini.
Saya bertanya kepada diri sendiri, pakcik muslim tadi tak ambil pun
baki 50 sen. Dia hanya ambil hak dia, RM4.50. Selebihnya RM5.50 dia
pulangkan balik kepada penumpang.
Abang Melayu ini bukan sahaja ambil haknya RM4.25, tapi baki penumpangnya 75 sen pun dia kebas lagi. Pelahap betul.
Pasal 75 sen pun mahu bising ka? Bukan soal bising, soal kalut. Sikap
jujur yang kita nak tengok. Kalau tambang RM5, tiba-tiba pemandu itu
secara jujur dan ikhlas minta penumpang bayar RM10, kita tetap akan
bayar.
Tak kisah pun setakat RM10. Kita akan berfikir positif lagi… ahhh!!..
mungkin ada sebablah tu dia minta sebanyak itu. Kita anggap sedekah
saja.
Sebab itu, sikap jujur adalah penting. Kita keluar rumah setiap hari
dengan niat untuk mencari rezeki halal, untuk sesuap nasi kepada isteri
dan anak-anak. Seboleh-bolehnya kita tidak mahu rezeki kita menjadi
haram hanya kerana sikap haloba kita.
Kepada pakcik-pakcik dan abang-abang teksi, kisah ini bukan berlaku
kepada semua pemandu. Ia mungkin terjadi pada abang itu sahaja. –
MalaysiaGazette
Najib buat keputusan betul untuk tidak ambil alih pembentangan usul pindaan RUU 355.
KALUT ribut sungguh pasal kenyataan Perdana Menteri yang juga
Pengerusi Barisan Nasional (BN) beritahu wakil kerajaan tidak akan
bentang Rang Undang-Undang 355 (RUU 355) di Dewan Rakyat.
Betullah Datuk Seri Najib Tun Razak kata itu. Apa nak dikalut ributkan?
Pihak mana yang mulakan cadangan itu dulu kalau tidak Pas. Jadi,
biarlah Pas yang bawa usul persendirian itu ke Dewan Rakyat. Kenapa pula
perlu kerajaan BN hendak ambil alih?
Pada saya, keputusan Najib itu betul. Cuma yang nampak tidak betulnya
bagi belah pembangkang. Mereka sentiasa saja cari jalan nak spin supaya RUU 355 jadi isu walhal cadangan pindaan RUU 355 bukan isu besar pun.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sejak Jun tahun lalu lagi
sudah kemukakan usul persendiriannya di Dewan Rakyat. Kemudian bila
diizinkan oleh speaker, dia minta tangguh.
Dia kemuka lagi kali kedua pada sidang Dewan Rakyat Disember lalu, speaker benarkan dan dia minta tangguh lagi.
Sepanjang tempoh penangguhan itu, Abdul Hadi cuba melobi ahli-ahli
Parlimen beragama Islam, tidak kira dari UMNO, PKR, DAP (ada dua MP
Islam), Parti Amanah Negara (PAN) atau dari Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM).
Setakat ini, saya nampak hanya UMNO sahaja yang tunjuk tanda
solidariti dan sokongan dengan cadangan pindaan itu. Wakil parti-parti
lain senyap membisu. Hanya wakil PAN sahaja yang nampak agak bising
sedikit, tidak setuju.
Jadi, suara-suara kelam kabut selepas PM umum kerajaan tidak akan
ambil alih untuk bentang RUU 355 ialah PAN. Yang lain diam seribu
bahasa. Mungkin mereka ambil sikap tunggu dan lihat atau merasakan
berdiam adalah jalan paling selamat.
Macam-macam suara sumbang menerjah telinga rakyat. Antaranya, Pas
kena main UMNO, Pas kena kencing UMNO dan Pas kena tipu UMNO. Tak
pasal-pasal UMNO dipersalahkan.
Lebih menghangatkan keadaan, media-media sosial pro mereka. Ditokok
tambahnya ayat-ayat sesedap rasa untuk tarikan pembaca dan mereka
sewenang-wenangnya meraikan fitnah di alam maya.
Yang peliknya, empunya tubuh badan relak sahaja. Mereka tenang
berdepan dengan situasi yang dimainkan bekas rakan mereka ini. Mereka
tidak langsung gelabah.
Abdul Hadi ketika menjawab pertanyaan wartawan di Rusila, Marang, tidak pula melenting pada Najib.
Beliau langsung tidak salahkan UMNO. Dia tahu tidak ada sebab
cadangan usul pindaan itu diambil alih oleh kerajaan. Usul itu usul dia.
Biar dialah yang bawa.
Pemimpin-pemimpin Pas yang lain pun tenang juga. Datuk Takiyuddin
Hassan, Nasruddin Hasan dan yang lain-lain biasa saja. Hanya PAN yang
bising. Kenapa?
Pada pandangan saya, PM hanya kata kerajaan tidak akan bentang (RUU
355). Itu saja. Dia tidak kata wakil rakyat UMNO tidak akan sokong atau
tidak boleh sokong dan dia pula tidak sekali-kali melarang
orang-orangnya menyokong atau tidak. Dia tahu itu hak ahli parlimen
masing-masing.
Sama macam kita, rakyat. Pada hari mengundi, nak keluar mengundi atau
tidak itu hak kita. Kalau kita rasa ada tanggungjawab kepada negara,
kita keluar mengundi.
Soal siapa kita nak undi, itu terpulang pada kita. Calon yang bertanding tidak wajib tahu.
Begitu juga di Dewan Rakyat nanti. Selepas pindaan usul itu
dibentangkan sama ada pada sesi sidang ini atau sesi sidang akan datang,
dan selepas melalui sesi perbahasan terpulanglah kepada wakil rakyat
beragama Islam nak sokong atau tidak.
Kenapa pembangkang kalut sangat pasal isu RUU 355? Takut Pas akan
dapat kredit atau sokongan tidak berbelah bahagi daripada rakyat jika
RUU 355 yang dibawa itu berjaya melalui proses pendemokrasian?
Saya tahu pembangkang pun tahu pasal itu dan pasal peraturan dewan
tetapi nama lagi pembangkang. Kalau tidak membangkang, bukan
pembangkanglah namanya.
Seboleh-bolehnya mereka mahu bangkang sepanjang masa, tidak kira perkara itu betul atau tidak.
Saya cuma nak ingatkan pembangkang. Jangan takut pada bayang-bayang
sendiri. Kena sedar diri. PAN wujud kerana menumpang tuah Pas begitu
juga dengan PPBM, kewujudannya kerana menumpang atas tiket UMNO sebelum
ini.
Berdasarkan fakta, Parlimen mempunyai seramai 222 ahli parlimen dan
daripada jumlah itu 136 adalah beragama Islam dan 86 lagi bukan beragama
Islam.
Daripada ahli parlimen beragama Islam itu, UMNO ada 85 orang, PKR ada
16 orang, Pas ada 14 orang, Parti Bersatu Sabah (PBB) ada 10 orang, PAN
ada enam orang, DAP ada dua orang dan masing-masing satu dari Parti
Warisan, PPBM dan Bebas.
Untuk rekod, takut-takut pembaca tertanya-tanya siapa pula ahli
parlimen Islam dari DAP. Mereka ialah Ahli Parlimen Bukit Bendera,
Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul
Aziz. – MalaysiaGazette
Debat Nazri-Tun Mahathir tidak menguntungkan sesiapa.
SEPATUTNYA apabila polis menolak permohonan debat antara
Datuk Seri Nazri Aziz dengan Tun Dr. Mahathir Mohamed yang dijadualkan
25 Mac lalu, maka berakhirlah isu itu.
Polis ada sebablah tidak meluluskan permit itu dan semua pihak harus akur dan terimanya dengan hati terbuka.
Malangnya, ada pihak tertentu cuba mengambil kesempatan itu dengan
merancang untuk mengadakan semula debat berkenaan pada tarikh lain dan
lokasi lain.
Sebagai pemerhati, terutama berkaitan isu debat antara Nazri dengan
Tun Mahathir ini, saya rasa agak kecewa kerana ia akan diteruskan juga,
walaupun pihak berkenaan tahu debat itu tidak menguntungkan sesiapa,
apatah lagi rakyat.
Apa tujuan dan motif pihak berkenaan hendak menjadi ‘orang tengah’,
saya tidak tahu. Tetapi, yang saya tahu debat ini hanya sia-sia, selain
menambahkan lagi perpecahan dalam kalangan rakyat yang sudah berpecah
belah.
Saya dapat tahu debat ini diadakan kononnya kerana masing-masing
hendak mempertahankan isu 1Malaysian Development Berhad (1MDB) zaman
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dari 2009 sehingga kini dan
skandal Bank Bumiputra Finance (BMF) di zaman Tun Mahathir sebagai
Perdana Menteri dari tahun 1981 hingga 2003.
Padahal kedua-dua isu itu sudah pun dijelaskan dan Peguam Negara pun
telah membuat kenyataan “tidak ada kes”. Tapi kenapa perlu diadakan lagi
melalui platform debat?
Siapa Nazri hendak memberitahu kepada Tun Mahathir bahawa 1MDB tidak
ada isu dan tidak berlaku penyalahgunaan kuasa atau sebagainya?
Begitu juga siapa Tun Mahathir untuk menjelaskan kepada Nazri bahawa
skandal BMF tidak ada kaitan dengannya walaupun ketika itu beliau
Perdana Menteri?
Semua isu dan skandal ini sudah dijawab dan terjawab. Para Menteri
Kabinet dan para Ahli-Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) sudah
menjawab isu 1MDB. Maknanya, kira selesailah.
Tun Mahathir pun sudah menjawab skandal BMF dalam kenyataan-kenyataan akhbarnya sebelum ini. Itu juga dianggap sudah selesai.
Yang sepatutnya dilakukan oleh pihak berkenaan ialah menggunakan
platform yang dimilikinya untuk mengajak rakyat bersatu. Memberi
penjelasan bahawa isu 1MDB dan skandal BMF sudah selesai. Bukan fikir
kepentingan diri sahaja, sedangkan di luar sana rakyat bergolak sesama
sendiri.
Tidak perlulah menjadi orang tengah untuk melaga-lagakan kedua-dua
pemimpin ini, walaupun kedua-duanya yang beriya-iya mahu bertemu dalam
forum debat.
Tidak bolehkah sebagai orang tengah, kita memainkan peranan sebagai
pendamai? Itu lebih bermaruah dan disanjungi daripada menjadi pelaga
yang memburukkan lagi keadaan.
Akan selesaikah isu 1MDB dengan penjelasan dari Nazri melalui debat
ini? Dan akan wujudkan kebenaran skandal BMF dengan penjelasan Tun
Mahathir menerusi debat ini?
Saya fikir kedua-dua isu itu tidak akan selesai atau tamat di situ
sahaja, bahkan akan muncul isu baru yang bakal dicipta dan ditokok
tambah oleh pihak tertentu untuk mengeruhkan lagi keadaan.
Kalau betul-betul nak selesai, ia sudah selesai dengan jawapan
menteri-menteri kabinet di Dewan Rakyat lagi. Mereka ini mempunyai fakta
yang lebih lengkap lagi untuk mempertahankan Perdana Menteri dari
serangan pembangkang.
Kerajaan ada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang
dipengerusikan Ahli Parlimen dari BN dan Ahli-ahli Jawatankuasanya
terdiri daripada pihak pembangkang, pihak yang bebas dan sebagainya.
PAC sudah menjalankan siasatan, dan hasil siasatannya telah
diberitahu kepada Dewan Rakyat bahawa tidak ada kes penyelewengan dalam
1MDB, sebaliknya ia adalah satu projek kerajaan untuk memajukan negara
dan rakyatnya untuk jangkamasa panjang.
Ahli-ajli Jawatankuasa PAC dari pembangkang yang turut serta dalam
siasatan itu pun sudah mengakuinya. Jadi, kenapa perlu dipanjangkan lagi
melalui debat?
Atau… mungkinkah kerana ada unsur ‘bisnes’ maka debat itu hendak
diadakan juga? Saya yakin bukan itu alasannya. Tetapi, amat wajar sekali
kedua-dua pihak memikirkan kembali baik buruk debat itu sebelum ianya
berlangsung April ini. – MalaysiaGazette