SELEPAS selesai Pas bermuktamar Isnin lalu, saya terima
beberapa panggilan dan mesej dari kawan politik. Mereka tanya benarkah
Pas dan Barisan Nasional (BN) Selangor akan bentuk kerajaan dalam waktu
terdekat ini?
Saya tanya mereka, kenapa pula Pas dan BN Selangor nak jadi kerajaan?
Bukan sekarang ini Selangor diperintah oleh Pakatan Harapan (PH)? Mereka kata, pertamanya, sebab Pas dah putus tahaluf siyasi dengan PKR, keduanya, ada desas desus enam ADUN PKR akan lompat jadi bebas.
Saya kata, tak tahulah. Sebab sepanjang di Kompleks Pas Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah, saya tak pernah dengar. Lagi pun, sepanjang hari itu, saya tak boleh nak akses internet nak layari Facebook, Twitter atau Instagram.
Saya kata lagi, apa yang kamu dengar? Kawan politik itu jawab, khabar angin itu sudah melata di seluruh negara. Enam ADUN PKR itu bersama Pas dan BN Selangor akan mengadap Sultan Selangor pada Khamis 4 Mei lalu.
Sampai 5 Mei, tak dengar pun ada ADUN PKR, ADUN Pas dan ADUN BN mengadap sultan. Sepanjang hari keadaan tenang sahaja. Tak ada apa-apa pengumuman berlaku pertukaran kerajaan pun.
Maknanya, itu hanya khabar angin sahaja… dan itulah politik.
Agak membinggungkan saya, selepas balik ke Selangor, banyaklah desas desus ini masuk ke telinga. Ada yang kata empat ADUN PKR akan lompat jadi bebas. Ada yang kata lima orang dan terakhir enam orang pula.
Selalunya, kalau dalam jangka masa pendek jumlah ADUN yang dikatakan akan keluar dari PKR ini berubah-ubah, biasanya bukan berita betul. Kalau benar khabar angin itu, ia dah pun berlaku. Kenapa nak tangguh-tangguh.
Sifat manusia, terutama orang politik ini tersangat lemah. Kecewa dengan kepimpinan sikit mula ugut nak keluar parti atau, kalau berasa partinya dah tak boleh diselamatkan lagi, mulalah nak lompat ke parti yang lebih kuat.
Ini yang berlaku. Tapi tak sedikit, yang sebelum ini uar-uar nak lompat parti, tiba-tiba di saat akhir tak jadi lompat. Kenapa?
Sebab mereka dah diberi ubat. Bukan ubat Panadol. Bukan ubat KK (Kementerian Kesihatan)… ubatnya hanya sebuah ‘janji’. Apa bentuk sebuah ‘janji’ itu? Tepuk dada tanyalah selera.
Yang penting, ‘janji’ itu berbaloi… sebuah ‘janji’ yang boleh mengubat segala jenis penyakit dukacita dan kecewa. Yang boleh buatkan seseorang itu senyum memanjang dan hidup senang bergenerasi.
Apapun, saya ambil keputusan tak mahu jadi pak nujum. Saya hanya jawab kepada rakan politik, tunggu dan lihat sajalah. Kalau desas desus itu betul, bertukarlah kerajaan Selangor.
Tapi satu saja saya nak beritahu… kalau berlaku apa yang dikatakan pertukaran kerajaan, maka rugilah kerajaan baharu itu. Sebabnya, tempoh akhir Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 2013 akan tamat pada Jun 2018.
Maknanya, ada sekurang-kurangnya 13 bulan saja lagi untuk Parlimen Penggal Ke-13 dibubarkan. Selepas itu berlaku PRU-14.
Seperti ramalan Ketua Pengarah Pilihanraya Pas, Datuk Mustafa Ali… paling awal PRU 14 dipanggil pada September ini. Ada lebih kurang empat atau lima bulan lagi dari sekarang.
Kalau kerajaan baharu ambil alih Selangor, apa mereka dapat buat dalam tempoh itu? Belum tentu mereka dapat kekal memerintah selepas keputusan PRU-14 nanti. Mungkin jumlah kerusi dimenangi BN lebih banyak daripada yang mereka peroleh pada PRU-13.
Mungkin juga kerusi yang Pas menangi lebih sedikit daripada sebelum ini dan calon bebas gagal mempertahankan kerusinya. Tidakkah Pas akan berputih mata? Impian nak jadi kerajaan tak kesampaian.
Pada pandangan saya, lebih baik kekal dengan keadaan sekarang. Tunggu PRU-14 ini… biar rakyat yang tentukan parti mana bakal jadi kerajaan.
Jangan jadi macam kerajaan Pas Perak… dapat jadi kerajaan negeri hanya 14 bulan dari Mac 2008 hingga Mei 2009. Selepas itu jadi pembangkang semula kerana tiga wakil rakyatnya lompat parti jadi wakil rakyat bebas. Sekarang bekas menteri besarnya dah sertai Parti Amanah Negara (PAN).
Saya percaya, dalam desas desus empat atau lima atau enam ADUN PKR ini nak lompat parti pun, kepimpinan Pas memikirkan apa yang berlaku kepada mereka di Perak. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan