MAKA berlangsunglah Himpunan 355 atau singkatannya H355 di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada Sabtu semalam.
Perhimpunan yang diuar-uarkan sejak sebulan lalu itu bermula dari jam 2 petang sampai jam 11.59 malam.
Orang yang hadir boleh dikatakan agak ramai jugalah. Jumlahnya lebih ratusan orang, tapi tidaklah sampai jutaan orang. Sekitar ribu-ribuan orang sahaja.
Berapa ribu saya tidak berani hendak cakap secara tepatlah sebab saya tak pandai kira. Kalau salah sebut nanti orang tuduh saya anti H355 pula.
Sebagai jalan selamat, saya kata “ramai” dan jumlahnya “ribu-ribuan”. Ribu-ribuan tu meliputi seribu orang, puluhan ribu orang, belasan ribu orang dan ratusan ribu orang.
Apa yang menarik, semuanya pakai baju warna ungu atau purple atau orang Kelantan panggil ‘putih star’.
Baju tu dibeli dengan harga RM25. Kalau yang ‘berdabar’ atau berkolar harganya mahal sikit, RM50 sehelai.
Bayangkan ribuan pakai baju. Berapa agaknya hasil jualan dapat dikutip ya. Kalau dijual antara RM25 hingga RM50 dan yang membelinya sampai ribuan orang… mahu dapat jutaan ringgit.
Apapun, pokok pangkalnya bukan jumlah kehadiran mahu pun jumlah duit yang dapat yang nak diperkatakan di sini.
Saya cuma tertarik dengan beberapa kata-kata hukum yang dijatuhkan orang politik kepada umat Islam yang menentang RUU355 atau yang tidak hadir ke H355.
Orang beragama dalam parti politik inilah yang suka menjatuhkan hukum hakam ke atas orang lain jika ada sedikit penentangan atas program yang mereka anjurkan.
Ada yang kata menentang RUU355 atau tidak hadir ke Himpunan 355 sebagai jatuh akidah atau tergelincir akidah.
Ada yang kata berdosa dan macam-macam lagi.
Sehinggakan seorang pemimpin sayap sebuah parti itu yang bukan beragama Islam pun berani keluar kenyataan menjatuhkan hukum ke atas orang Islam.
Pemimpin bukan Islam itu kata, umat Islam yang menentang RUU355 adalah munafik. Bukan Islam tentang RUU355 tidak apalah sebab mereka jahil, katanya.
Saya beristighfar. Sampai begitu sekali pemahaman tertanam dalam fikiran Ketua Penerangan Sayap Penyokong Pas, Dr. Balachandran G. Krishnan terhadap RUU355.
Sama ada Balachandran faham atau tidak makna munafik, saya pun tak tahu tetapi saya pegang pada kata-kata dia, orang bukan Islam memang jahil mengenai Islam.
Jadi, saya anggap dia hanya ‘burung kakak tua’ yang suka menyibuk.
Dia sendiri pun tidak tahu maksud munafik, tetapi mahu bercakap mengenainya. Dia hanya bercakap setelah pemimpinnya bercakap.
Berdasarkan carian saya, Munafik atau Munafiq (nama daripada bahasa Arab, munafiqun). Ia adalah terminologi dalam Islam yang merujuk kepada “mereka yang berpura-pura mengikuti ajaran agama namun sebenarnya tidak mengakuinya dalam hatinya”.
Apabila kita faham dengan makna itu, bererti munafik itu sesuai untuk orang seperti Bala dan beberapa pemimpin Pas.
Sebab ada unsur berpura-pura dalam diri mereka pasal Islam dan tindak tanduk mereka pula tidak mencerminkan ajaran Islam itulah golongan munafik.
Kenapa pula yang menentang RUU355 dikatakan munafik?
RUU355 adalah sebuah akta yang mana hukumannya telah dilaksanakan sejak puluhan tahun lagi. Tidak ada sebab mengapa orang ramai harus menentangnya sekarang.
Cuma, tahun lalu pemimpin Pas yang timbulkan isu RUU355 setelah hudud yang dilaung-laungkan mereka selama ini masih belum terlaksana.
Mereka mahu pergunakan pula RUU355 yang sudah sedia ada. Kononnya hendak perkasakannya.
Eloklah, kalau Pas nak naik taraf hukuman RUU355 tetapi semua itu perlu melalui usul pindaan atau cadangan pindaan sama ada oleh pihak kerajaan mahupun persendirian.
Tempat yang sesuai untuk semua ini ialah Dewan Rakyat atau Parlimen, bukan di Padang Merbok.
Dalam sesi persidangan Parlimen 26 Mei tahun lalu, Speaker Dewan Rakyat beri laluan kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk kemukakan usul persendirian RUU355.
Abdul Hadi baca usul itu. Selepas baca, dia minta tangguh. Dewan Rakyat terima, lalu persidangan pun ditangguhkan.
Dalam sesi persidangan Parlimen 26 November lalu pula iaitu selepas enam bulan berlalu, Speaker Dewan Rakyat sekali lagi membenarkan Abdul Hadi kemukakan usul persendiriannya itu.
Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden Pas bangun, membaca tajuk usul RUU Persendirian iaitu RUU Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016. Ketika itu Ahli-Ahli Parlimen dari pembangkang dah bersedia nak berbahas.
Seperti biasa dan itulah prosedurnya. Sekiranya hendak meluluskan satu-satu usul kepada RUU atau akta, kena ada perbahasan untuk tambah baik hukuman yang perlu dilaksanakan.
Sebagai orang lama yang berulang alik ke Parlimen, dia faham sangat. Itulah kaedahnya. Tapi malangnya, selepas baca tajuk kali kedua, dia minta tangguh lagi.
“Yang Dipertua, saya mohon sesi perbahasan usul ini ditangguh ke suatu tarikh,” katanya.
Ramailah Ahli-Ahli Parlimen melenting marah. Kenapa hendak ditangguhkan lagi.
Sudah masuk kali kedua baca tajuk pun hendak pinda, bukalah kepada sesi perbahasan. Lagi cepat bahas, lagi cepat lulusnya.
Tidak. Dia tidak buat begitu. Sebaliknya, dia uar-uarkan minta orang ramai berhimpun di Padang Merbok untuk beri sokongan akan RUU355. Maka berduyung-duyunglah penyokong dari utara, selatan, timur dan barat datang berkampung di ibu kota, Kuala Lumpur.
Jadi, sangat mustahil sekali kalau Balachandran tidak tahu dari awal semua ini. Jangan kerana nak tunjuk sokong membabi buta pada kepimpinan partinya, anda bercakap pasal hukum terhadap orang Islam.
Jangan biarkan diri kita diperalatkan oleh parti politik.
Bercakaplah secara rasional, lebih lagi berkaitan dengan hukum hakam agama orang lain. Hal hukum hakam Islam, biar orang Islam bercakap.
Begitu juga hal berkaitan agama Hindu, orang Islam tidak pernah campur tangan.
Kalau nak bercakap juga pasal Islam, kenalah jadi macam Prof Dr. Ridhuan Tee Abdullah. Dia Cina tapi peluk Islam. Dia belajar Islam dan dia akhirnya layak bercakap mengenai Islam.
Dalam hal RUU355 ni, Ridhuan tidak pernah keluarkan sebarang kenyataan pasal hukum yang menentangnya. Jauh sekali nak katakan kepada seseorang itu munafik kerana dia tahu, RUU355 bukan hudud.
Barangkali Balachandran kena banyak lagi belajar ilmu kalau hendak berpolitik. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan