Selasa, 31 Januari 2017
Ribuan iringi perjalanan terakhir Ko Ni
Yangon: Ribuan orang hari ini, menghadiri majlis pengebumian peguam Islam terkemuka yang juga penasihat Aung San Suu Kyi yang mati ditembak di luar lapangan terbang di sini, kejadian yang dikatakan kerajaan sebagai pembunuhan saingan politik.
Ko Ni ialah penasihat undang-undang parti Liga Kebangsaan (NLD) untuk Demokrasi pimpinan Suu Kyi yang memerintah Myanmar, ditembak di kepala semalam, ketika berada di luar lapangan terbang sambil memegang cucu lelakinya.
Pembunuhannya itu menggemparkan Myanmar yang kini menghadapi tekanan dunia, terutama negara Islam berikutan dakwaan kekejaman serta pembunuhan terhadap etnik minoriti Rohingya yang beragama Islam.
Pembunuhan kerana saingan politik juga amat jarang berlaku di Myanmar.
Polis masih belum menyatakan motif pembunuhan itu namun Ko Ni, 63, ialah tokoh masyarakat Islam yang lantang mengkritik sentimen anti-Islam oleh penganut Buddha di negara itu serta mengkritik kuasa tentera terhadap pemerintahan Myanmar.
Seorang pemandu teksi yang cuba menghalang penembak itu juga terbunuh. Pembunuhnya, Kyi Lin, 53, ditahan di tempat kejadian.
Gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan lelaki itu berdiri sambil mengacukan pistol ke kepala, di belakang Ko Ni yang sedang mendukung cucunya.
Anak perempuannya, Yin Nwe Khaing, berkata dia membawa anak bongsunya itu ke lapangan terbang bagi menyambut kepulangan Ko Ni bersama delegasi kerajaan dari Indonesia.
"Bapa saya mencipta musuh kerana lantang menyuarakan hak orang Islam," katanya.
Selain pemimpin kanan NLD, pengebumiannya turut dihadiri imam, sami Buddha dan orang ramai yang memenuhi perkuburan Islam di pinggir Yangon.
"Ini tragedi amat kejam," kata seorang hadirin, Moe Zaw, 37.
Suu Kyi belum membuat sebarang kenyataan mengenai pembunuhan itu namun NLD dalam kenyataan berkata: "Kami mengutuk keras pembunuhan Ko Ni dan bagi NLD, ia adalah tindakan keganasan".
Pemimpin Muslim Myanmar maut ditembak dari jarak dekat
U Ko Ni, 53, seorang pemimpin Muslim Myanmar telah dibunuh di
Lapangan Terbang Yangoon pada 29 Januari 2017 setibanya dari Jakarta dari
lawatan kerja.
Beliau terkenal atas usahanya advokasinya dalam mewujudkan
toleransi antara agama di Myanmar.
Sehubungan itu, Asean Rohingya Center (ARC) mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan tersebut dan menggesa suatu siasatan bebas antarabangsa ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini.
Perkara ini perlu dilaksanakan demi membersihkan persepsi masyarakat global bahawa ada penglibatan tentera Myanmar dan ekstrimis Buddha dalam pembunuhannya.
U Ko Ni, seorang peguam, adalah penasihat kepada National League for Democracy (NLD) iaitu parti yang membentuk kerajaan Myanmar yang diketuai Aung San Su Kyi.
Sehubungan itu, Asean Rohingya Center (ARC) mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan tersebut dan menggesa suatu siasatan bebas antarabangsa ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini.
Perkara ini perlu dilaksanakan demi membersihkan persepsi masyarakat global bahawa ada penglibatan tentera Myanmar dan ekstrimis Buddha dalam pembunuhannya.
U Ko Ni, seorang peguam, adalah penasihat kepada National League for Democracy (NLD) iaitu parti yang membentuk kerajaan Myanmar yang diketuai Aung San Su Kyi.
Seorang aktivis NLD sejak di universiti pada tahun 1988 serta pernah dikenakan tahanan atas kegiatannya menentang kerajaan junta Myanmar pada masa
itu.
Beliau yang mencadangkan agar Su Kyi memegang jawatan State Counsellor
suatu jawatan dan fungsi yang sebelum ini tidak wujud di Myanmar.
Apa yang lebih penting ialah beliau adalah seorang yang memperjuangkan hak-hak Muslim di Myanmar, ini jelas apabila beliau pengasas Persatuan Peguam Muslim Myanmar yang ditubuhkan tahun lepas.
Apa yang lebih penting ialah beliau adalah seorang yang memperjuangkan hak-hak Muslim di Myanmar, ini jelas apabila beliau pengasas Persatuan Peguam Muslim Myanmar yang ditubuhkan tahun lepas.
Kelantangannya membuatkan beliau digeruni
dan seterusnya dimusuhi serta mungkin sebab utama pembunuhannya.
Sehubungan itu, Asean Rohingya Center (ARC) menyeru agar umat Islam dan seluruh warga dunia yang cintakan keamanan dan toleransi antara agama untuk berkabung atas pemergiannya.
Sehubungan itu, Asean Rohingya Center (ARC) menyeru agar umat Islam dan seluruh warga dunia yang cintakan keamanan dan toleransi antara agama untuk berkabung atas pemergiannya.
ARC menyeru masjid dan surau di seluruh negara khususnya
yang kariahnya terdiri dari masyarakat Myanmar Muslim dan Rohingya mengadakan majlis solat jenazah ghaib dan tahlil untuknya.
Semoga rohnya
dicucuri rahmat.
Ahad, 29 Januari 2017
Ayam jantan dihukum penjara kerana cetus kekacauan
TEGUCIGALPA – Ketika etnik Tionghua di seluruh
dunia merayakan tahun ayam jantan bersempena dengan Tahun Baharu Cina, lain
pula hal di Honduras, sebuah negara kecil di rantau Amerika Tengah.
Unggas tersebut didakwa sebagai punca sebenar
pencetus kekacauan yang memicu pertengkaran antara masyarakat di sebuah
penempatan sehingga terpaksa dihukum penjara, menurut laporan media tempatan di
sini hari ini.
Insiden tidak diduga itu mula tercetus apabila
seekor ayam jantan di bandar kecil Trujillo, wilayah Colon, di utara Honduras
mengakibatkan berlaku pertengkaran dahsyat antara dua keluarga hidup berjiran
dan aman selama ini.
Seorang lelaki yang tidak dinyatakan identitinya
menyatakan bahawa, ayam jantan tersebut pada mulanya masuk ke ladangnya, lalu
naik ke atas sebatang pohon, dan berkokok dengan amat kuat sehingga mengejutkan
penduduk.
“Suara tingginya itu membuatkan kehidupan saya
terganggu,” kata pemilik ladang berkenaan.
Ketika dia kemudian mengusir ayam jantan tersebut,
si pemilik unggas itu pula enggan menerima dan mengakui ia sebagai miliknya.
Dia bahkan dengan angkuh mengugut pula si jirannya
tersebut dengan ancaman berbaur kekerasan apabila dilaporkan berkata:
“Sekiranya kamu berani menendang ayam saya itu, saya akan bunuh kamu pula”.
Pertengkaran kedua-dua lelaki berkenaan akhirnya
bertambah panas dan sebelum terjadi aksi pembunuhan yang tidak sepatutnya,
beberapa jiran segera menghubungi pihak polis untuk meleraikan pergaduhan
tersebut.
Anggota polis tempatan kemudian bergegas datang ke
lokasi tersebut dan mereka mujur berjaya meredakan ketegangan dua lelaki itu
sebelum sempat kedua-duanya saling mencederakan lawan masing-masing.
Setelah melakukan penyiasatan lebih terperinci,
pihak polis memutuskan untuk menahan si ayam jantan kerana dianggap sebagai
punca kekacauan sehingga berpotensi menyebabkan berlaku kecederan atau
pembunuhan.
Sejumlah foto memperlihatkan anggota polis berjaya
menangkap ayam jantan itu dan menyumbatkannya ke ruang tahanan namun tidak
dinyatakan bilakah hukuman penjara itu berakhir.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...