Beliau berkata datuk kanak-kanak itu, Ambia Timon, 59, telah menyatakan persetujuan untuk menjaga Mohamad Adam dan dua adik beradiknya.
"Semasa lawatan diadakan, Mohamad Adam kelihatan riang dan sihat dan pemeriksaan fizikal oleh doktor juga mendapati tiada kecederaan atau kesan penderaan pada badannya.
"Melalui perbincangan tadi, datuknya sudi menjaga Mohamad Adam dan kami di pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri akan memberi bantuan yang diperlukan oleh keluarga ini," katanya kepada pemberita selepas melawat kanak-kanak itu di Hospital Tampin di sini, Jumaat.
Katanya tiga adik beradik kanak-kanak itu yang berusia 16, 14 dan 13 tahun, merupakan penerima bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan sejak tahun 2011, yang disalurkan atas nama ibunya, dan menurutnya anak sulung wanita itu selama ini dijaga neneknya sebelah bapanya.
"Memandangkan ibunya kini dalam tahanan polis, pihak JKM akan memindahkan bantuan tersebut ke atas nama datuknya, sebagai penjaga sementara yang sah," katanya.
Selain bantuan kewangan, Norhayati berkata pihaknya juga akan membantu Mohamad Adam mendapatkan sijil kelahiran.
"Sijil kelahiran ini penting supaya masa depan Mohamad Adam terjamin dan dia dapat bersekolah seperti kanak-kanak lain," katanya.
Beliau berkata buat masa ini Mohamad Adam masih belum dibenarkan keluar hospital.
Sementara itu, Ambia yang merupakan peneroka berkata dia akan membawa Mohamad Adam dan dua lagi cucunya tinggal bersamanya di Felda Jelai 1.
"Saya rasa gembira berjumpa Mohamad Adam buat pertama kali dan saya akan menjaga dia sebaik mungkin," katanya.
Ambia berkata, ibu Mohamad Adam yang merupakan anak sulung daripada tujuh beradik tidak pernah menceritakan tentang kanak-kanak tersebut kepada keluarganya.
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Hamazah Ab Razak dalam satu kenyataan hari ini berkata, kanak-kanak itu yang ditinggalkan seorang diri sejak 6 petang Khamis ditemui kira-kira pukul 1 pagi dalam keadaan lapar dan menangis ketakutan di sebuah rumah di Kampung Parit Buluh.
"Pihak polis menerima laporan daripada ketua kampung pada pukul 12.45 tengah malam yang menyatakan terdengar bunyi budak sedang menangis di dalam sebuah rumah dalam keadaan gelap dan berkunci.
KANAK-kanak tiga tahun yang ditinggalkan bersendirian oleh ibunya kerana pulang ke kampung adalah anak tidak saf taraf.
Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab Razak, anak itu dipercayai hasil hubungan ibunya bersama seorang lelaki warga Indonesia.“Mangsa adalah anak yang aktif dan tidak didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara, dipercayai adalah anak tidak taraf hasil perhubungannya dengan seorang warga Indonesia,” katanya.
Terdahulu, akhbar tempatan melaporkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun ditemui bersendirian dalam keadaan bogel di sebuah bilik di rumahnya yang terletak di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan, Tampin, kira-kira jam 1 pagi tadi.
Penemuan kanak-kanak itu terbongkar selepas pihak polis menerima aduan dari penduduk tempatan yang mendengar suara tangisan kanak-kanak itu di sebuah rumah gelap.
Siasatan awal mendapati wanita berkenaan tiga lagi anak hasil perkahwinan pertama dengan seorang anak dijaga oleh bekas ibu mentuanya, manakala dua lagi anak dijaga bersama suami kedua yang bekerja sebagai pemandu lori.
Suami keduanya itu juga dipercayai itu tidak tahu mangsa adalah anak kepada isterinya kerana wanita itu mendakwa kanak-kanak itu adalah anak kawan yang dijaganya.
Difahamkan, wanita itu pulang ke kampung bagi menguruskan ibunya yang mempunyai masalah mental di FELDA Jelai Satu dekat sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan