Dokumen rasmi yang didedahkan badan risikan Amerika
Syarikat (AS) baru-baru ini mengenai skandal perbankan besar menggegarkan
negara pada 1980-an menunjukkan ada pembabitan Tun Dr Mahathir Mohamad, menurut
laporan portal berita.
The Asian Correspondent berkata dokumen itu, antara
13 kertas siasatan yang dikeluarkan minggu lalu oleh Agensi Perisikan Pusat
(CIA), juga mempertikaikan respons pentadbiran Dr Mahathir dalam mengendalikan
kerugian kira-kira AS$1 bilion itu.
Menurutnya, kerajaan Malaysia tidak boleh kata
tidak tahu mengenai skandal itu kerana ia membabitkan Bank Bumiputera, bank
dimiliki kerajaan yang berkait rapat dengan Umno pada masa itu dan dipantau
rapat oleh Kementerian Kewangan.
"Tiada keputusan penting dibuat tanpa
persetujuan atau pengetahuan mereka,” kata portal itu memetik kertas siasatan
CIA bertarikh Mac 1985 bertajuk, "The Bank Bumiputra Scandal: More Trouble Ahead
for Malaysia’s Mahathir?".
"Tidak mungkin kerajaan tidak tahu mengenai
peningkatan had pinjaman Bank Bumi bagi cawangan luar negaranya bagi
membenarkan lebih banyak dana disalurkan ke Hong Kong," katanya.
Pendedahan
dokumen itu berlaku ketika Dr Mahathir sedang mengkritik cara Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak mengendalikan skandal 1MDB, syarikat pelaburan milik
negara yang sedang disiasat beberapa agensi asing termasuk Jabatan Kehakiman AS
(DoJ).
Dr. Mahathir pada Mei 2015 berkata, skandal BMF tidak boleh dibandingkan dengan
1MDB kerana katanya, Najib memegang jawatan dalam syarikat pelaburan itu,
sementara beliau ketika menjadi perdana menteri tidak ada kedudukan dalam BMF.
Skandal BMF menggemparkan pada awal 1980-an, selepas ia mendedahkan cawangan
banknya di Hong Kong menyediakan "pinjaman tidak lancar" kepada beberapa
syarikat yang mencurigakan, termasuk Carrian Holdings Ltd, konglomerat
diterajui George Tan.
Ratusan juta dolar hilang sekelip mata apabila kumpulan
Carrian terkubur pada 1983, menjadi kebankrapan paling teruk di Hong Kong.
Seorang juruaudit Bank Bumiputera yang menyiasat skandal itu dibunuh dan
kerajaan membawa masuk berbilion ringgit untuk membantu Bank Bumiputera.
Mereka
yang bertanggungjawab didakwa di mahkamah Malaysia dan Hong Kong.
The Asian Correspondent
memetik dokumen CIA sebagai berkata: "Tidak mungkin kerajaan tidak tahu
peningkatan had pinjaman bagi cawangannya di luar negara bagi membenarkan lebih
banyak dana disalurkan ke Hong Kong.
"Tindakan itu diambil selepas dikatakan
wang Tan daripada sumber lain sudah habis," katanya.
Dokumen itu berkata,
kedua-duanya, Dr. Mahathir dan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, yang pada masa itu
ialah Menteri Perdagangan dan Industri mempunyai ikatan rapat dengan mereka
terbabit, termasuk pengerusi bank itu, Nawawi Mat Awin.
"Aspek yang paling
merosakkan dalam hal itu ialah kaitan Tan dengan mereka dalam Umno diketuai Dr.
Mahathir dan gabungan parti dominan dalam kerajaan," kata laporan CIA.
"Kerahsiaan siasatan kerajaan - mempertahankan seperti yang diperlukan di bawah
undang-undang kerahsiaan perbankan Malaysia - dan tempoh lewat setahun selepas
masalah itu timbul menjejaskan perubahan pengurusan di BMF menyebabkan kerajaan
disyaki.
"Ramai ahli perniagaan dan pegawai bank percaya kerajaan menggunakan enam
tertuduh yang juga pegawai BMF sebagai kambing hitam dalam usaha mengelak
mengaitkan pegawai kanan kerajaan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan