Khamis, 28 April 2022
Dua pemuda Palestin cedera ditembak tentera israel laknatullah
Dua warga Palestin cedera akibat ditembak oleh tentera israel laknatullah. Salah seorang daripada mereka mengalami kecederaan yang parah di bahagian kepala semasa berlakunya pertempuran dengan tentera israel laknatullah di kem pelarian Aqabat Jabr yang terletak di selatan bandar Jericho.
Menurut stesen radio tempatan Palestin, pasukan penyamar laknatullah menyerbu kem pelarian tersebut dengan sokongan tentera israel laknatullah. Kejadian itu membawa kepada tercetusnya pertempuran, di mana tentera israel laknatullah melepaskan tembakan peluru hidup yang mengakibatkan dua pemuda Palestin mengalami kecederaan. - Sumber PALM Strategic
Sabtu, 23 April 2022
Jahatnya tentera israel laknatullah
Pasukan tentera Israel laknatullah melancarkan kempen penangkapan besar-besaran di dua kota iaitu kota al-Quds dan kota Jenin yang terletak di Tebing Barat. Sumber tempatan melaporkan, pasukan tentera Israel laknatullah itu menyerbu masuk bandar Isawiya yang terletak di timur laut al-Quds. Berikutan daripada tindakan tersebut, satu pertembungan antara pemuda al-Quds dan pasukan tentera laknatullah telah meletus. Mereka membakar tayar getah dan membaling bunga api ke arah pasukan tentera Israel laknatullah. Sepanjang pertembungan, pasukan tentera Israel laknatullah telah menangkap seorang pemuda, manakala enam orang lagi warga al-Quds ditangkap di kawasan kejiranan Jabel Mukaber yang terletak di selatan kota tersebut. Selain itu, di kota Jenin, pasukan tentera Israel laknatullah menangkap tiga orang saudara. Dua orang daripadanya ditangkap di pos pemeriksaan tentera, manakala seorang lagi ditangkap semasa pihak pasukan tentera laknatullah meletupkan pintu masuk rumah dan menyerbu masuk ke dalam rumah mereka. - Sumber PALM Strategic
Lagi syahid di Palestin
Seorang pemuda, Lutfi Labadi, 20, syahid akibat ditembak oleh tentera Israel laknatullah di bandar Jenin yang terletak di Tebing Barat. Menurut sumber tempatan, Labadi cedera ditembak tentera Israel laknatullah dalam pertempuran yang berlaku seminggu yang lalu di bandar al-Yamun, Jenin. Ramai pemuda menghadiri pengebumiannya sambil melaungkan slogan tanda sokongan ke atas Baitul Maqdis dan para pejuang Palestin. - Sumber PALM Strategic
Rabu, 20 April 2022
Al-Fatihah
Kementerian Kesihatan Palestin menyatakan, seorang gadis bernama Hanan Khaddour berusia 18 tahun telah syahid di bandar Faqqua, Jenin yang terletak di Tebing Barat. Gadis itu syahid akibat tercedera ditembak oleh tentera Israel laknatullah di bahagian perutnya sewaktu tentera Israel laknatullah menyerbu bandar tersebut minggu lalu. - Sumber PALM Strategic
Selasa, 19 April 2022
Tentera Israel laknatullah serang jemaah solat Subuh
Pasukan tentera Israel laknatullah menyerang jemaah Palestin ketika menunaikan solat Subuh di Masjid Al-Aqsa dan mendirikan pusat pemeriksaan di kawasan Tanah Perkuburan Yusufiya di Baitulmaqdis. - Sumber Shehab News
Serangan di Bandar Khan Yunis
Satu lagi video yang menyasarkan tempat penentang di bandar Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza. - Sumber Shehab News
Khamis, 7 April 2022
Jihad Islam sepakat dengan Hamas
Gerakan Jihad Islam melalui jurucakap mereka bertegas dalam sebuah wawancara dengan akhbar The New Arab, terdapat persepakatan antara gerakan HAMAS dan Jihad Islam berkenaan tindakan balas dari Gaza terhadap pencerobohan yang dilakukan oleh israel laknatullah ke atas Tebing Barat dan al-Quds jika ia melepasi garis merah.
Jurucakap tersebut menafikan kenyataan yang telah dilaporkan oleh Gal Berger iaitu koresponden hal ehwal Palestin melalui organisasi penyiaran israel laknatullah, Kan 11, berkenaan dengan HAMAS menghalang gerakannya daripada bertindak balas terhadap jenayah membunuh tiga pejuangnya pada pagi Sabtu lalu yang berlaku di kawasan berhampiran Jenin.
Akhbar itu memetik laporan daripada sumber Palestin yang sering berhubung dengan pengantara pihak Palestin bahawa israel laknatullah telah menghantar mesej kepada kumpulan penentang di Gaza bagi menuntut mereka agar kekal bertenang. Sebagai balasan, israel laknatullah akan menawarkan pelbagai kemudahan dan kelebihan yang luar biasa kepada mereka. Perkara ini sangat bercanggah dengan ancaman yang diberi secara terbuka oleh israel laknatullah kepada rakyat Palestin.
Sumber: PALM Strategic
Tahanan penjara israel rancang mogok lapar
Thamer Saba’aneh, aktivis yang berjaya membebaskan diri dari penjara berkata, tahanan pentadbiran di penjara israel laknatullah merancang untuk melaksanakan mogok lapar sebagai pelengkap terhadap boikot mereka ke atas mahkamah israel laknatullah.
Saba’aneh menjelaskan, tindakan memboikot mahkamah israel laknatullah dibuat sebagai protes terhadap pengalaman pahit yang dialami oleh tahanan pentadbiran. Beliau menegaskan lagi terdapat langkah-langkah yang berkait dengan langkah pemboikotan contohnya, pemulangan semula makanan yang diterima dari pihak penjara, memboikot ubat-ubatan bagi sebahagian tahanan yang sakit dan langkah-langkah yang lain dilaksanakan oleh tahanan pentadbiran.
Dalam pada itu, tahanan pentadbiran berterusan memboikot mahkamah israel laknatullah untuk hari ke-95 dengan membawa slogan “Bebaskan Kami!” yang bertujuan untuk menamatkan rekod penahanan pentadbiran. - Sumber: PALM Strategic
Isnin, 4 April 2022
Lebih 500 dilaporkan syahid, dibakar, disembelih! Tiada ketenangan di sisi Israel tanpa melihat kehancuran umat Islam di Palestin. Sudahlah tanah mereka di rampas oleh Zionis pada tahun 1948, pada April 2002 pula kem pelarian mereka dihancur leburkan dengan kejamnya di Jenin.
Media antarabangsa pula bersekongkol menyembunyikan ketelusan laporan mereka serta mengatasnamakan peristiwa itu sekadar strategi Israel “mempertahankan” diri mereka.
Justeru bagaimana pula nasib pelarian di Kem Pelarian Jenin seramai 14,000 orang yang diperintahkan berkurung dan dibunuh dengan sadisnya tanpa dapat membela diri?
Serangan yang bermula dari 3 hingga 12 April 2002 merupakan malapetaka dahsyat yang telah berjaya meragut ratusan nyawa insan tidak berdosa.
Bertambah malang apabila PBB seolah-oleh bersikap lepas tangan di atas kekejaman yang berlaku terhadap umat Islam di Jenin.
Pembunuhan beramai-ramai yang disaksikan dunia tidak dapat dibela akibat sekatan bantuan serta pengepungan kawasan Jenin dijalankan selama lebih 13 hari selepas serangan.
Membaca laporan 'The Battle of Jenin', oleh Jafree Centre of Strategic Studies,Tel Aviv, cukup menyakitkan hati bagi umat Islam yang sensitif dengan pencabulan hak dan maruah umat Islam di Jenin. Media Israel melaporkan bahawa mereka sekadar mempertahankan diri terhadap sekumpulan masyarakat di kawasan itu yang disyaki bergerak menentang mereka secara lantang.
Lantas mereka menghalalkan penimbusan kanak-kanak, wanita dan warga tua di kawasan itu tanpa mengemukakan bukti atau siasatan sahih. Begitu dayusnya mereka dalam mempertahankan diri. Pemuda beratur dan ditembak mengikut turutan, rumah dirobohkan, serbuan, pembunuhan rambang dari rumah ke rumah serta penganiayaan ini dilaksanakan atas nama “Operation Defensive Shield” di Jenin.
Media Barat melaporkan bahawa 56 orang lelaki bersenjata di Kem Jenin telah terbunuh, 2,000 buah rumah dimusnahkan, 130 kilang pembuatan bom berjaya di musnahkan.
Ironinya, kebenaran laporan itu tidak pun disahihkan, bahkan dunia sedar ianya sekadar sandiwara untuk menghalalkan niat pembunuhan kejam ini dilakukan. - Sumber: Aman Palestin.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...