Sabtu, 23 April 2022
Jahatnya tentera israel laknatullah
Pasukan tentera Israel laknatullah melancarkan kempen penangkapan besar-besaran di dua kota iaitu kota al-Quds dan kota Jenin yang terletak di Tebing Barat. Sumber tempatan melaporkan, pasukan tentera Israel laknatullah itu menyerbu masuk bandar Isawiya yang terletak di timur laut al-Quds. Berikutan daripada tindakan tersebut, satu pertembungan antara pemuda al-Quds dan pasukan tentera laknatullah telah meletus. Mereka membakar tayar getah dan membaling bunga api ke arah pasukan tentera Israel laknatullah. Sepanjang pertembungan, pasukan tentera Israel laknatullah telah menangkap seorang pemuda, manakala enam orang lagi warga al-Quds ditangkap di kawasan kejiranan Jabel Mukaber yang terletak di selatan kota tersebut. Selain itu, di kota Jenin, pasukan tentera Israel laknatullah menangkap tiga orang saudara. Dua orang daripadanya ditangkap di pos pemeriksaan tentera, manakala seorang lagi ditangkap semasa pihak pasukan tentera laknatullah meletupkan pintu masuk rumah dan menyerbu masuk ke dalam rumah mereka. - Sumber PALM Strategic
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kenapa wakil rakyat sekarang tak lagi dipandang mulia?
By Manzaidi Mohd Amin - 8 May 2023 KITA lupakan dulu pasal isu penyanyi Hattan dengan seorang pembaca berita. Isu pun dah lama berlalu dan...

-
NEGARA menyaksikan perkahwinan selebriti yang bernilai jutaan ringgit. Terbaru, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan didakwa melan...
-
KUALA LUMPUR 2 Dis. - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam beberapa...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan