Khamis, 7 April 2022

Jihad Islam sepakat dengan Hamas

Gerakan Jihad Islam melalui jurucakap mereka bertegas dalam sebuah wawancara dengan akhbar The New Arab, terdapat persepakatan antara gerakan HAMAS dan Jihad Islam berkenaan tindakan balas dari Gaza terhadap pencerobohan yang dilakukan oleh israel laknatullah ke atas Tebing Barat dan al-Quds jika ia melepasi garis merah. Jurucakap tersebut menafikan kenyataan yang telah dilaporkan oleh Gal Berger iaitu koresponden hal ehwal Palestin melalui organisasi penyiaran israel laknatullah, Kan 11, berkenaan dengan HAMAS menghalang gerakannya daripada bertindak balas terhadap jenayah membunuh tiga pejuangnya pada pagi Sabtu lalu yang berlaku di kawasan berhampiran Jenin. Akhbar itu memetik laporan daripada sumber Palestin yang sering berhubung dengan pengantara pihak Palestin bahawa israel laknatullah telah menghantar mesej kepada kumpulan penentang di Gaza bagi menuntut mereka agar kekal bertenang. Sebagai balasan, israel laknatullah akan menawarkan pelbagai kemudahan dan kelebihan yang luar biasa kepada mereka. Perkara ini sangat bercanggah dengan ancaman yang diberi secara terbuka oleh israel laknatullah kepada rakyat Palestin. Sumber: PALM Strategic

Tiada ulasan: