Sabtu, 17 Februari 2024
Kerana mulut badan binasa
PAK DEE perhatikan kebelakangan ini ramai yang ambil kesempatan dengan kemudahan media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan Youtube untuk menghentam pihak yang tidak sebulu dengan mereka.
Platform ini pula ‘memberi’ ruang sebebas-bebasnya kepada sesiapa sahaja terutama yang bergelar pempengaruh untuk meluahkan dendam kesumat dalam hatinya terhadap pihak lawan secara audio mahupun visual.
Pak Dee pun rasa rimas tengok ‘keberanian’ mereka mencaci, memaki, menghamun dengan kata-kata tidak elok dalam konten yang disiarkan pula dalam Youtube, Facebook, Instagram mahupun TikTok. Juga dalam akaun-X.
Sikap ‘berani’ ini sebenarnya tak lama. Bila pihak lawan buat laporan polis, maka sesegera mungkin terus padam dari posting. Dah kalau berani kenapa padam?
Biarlah konten tersiar selama-lamanya, walaupun empunya badan telah dikutip pihak berkuasa untuk siasatan, pendakwaan dan penghukuman mahkamah. Ini baru dikatakan berani.
Kalau setakat ‘berani’ untuk dua tiga hari, tak jadi apa. Itu pengecut namanya.
Macam yang berlaku ke atas seorang pempengaruh ni. Dd Chronicle namanya. Dia gemar buat konten ‘lucu-lucu’ supaya orang ketawa dengan ‘kelucuan’ kontennya.
Tetapi, dalam lucu-lucu itu dia selitkan unsur menghina. Tak kiralah menghina individu, menghina kerajaan mahupun menghina agama sendiri, dengan alasan untuk orang atau penonton ketawa.
Mungkin dia rasa seronok dengan ‘kelucuan’nya itu. Makin ramai ketawa ‘pecah perut’ makin syok dia buat ‘lucu. Tetapi, betul orang-orang tua kata, suka akhirnya duka.
Sekarang, apa dah jadi dengan Dd Chronicle yang suka membuat konten ‘lucu’? Dia sekarang menunggu masa untuk dikutip polis. Bukan satu dua laporan polis dibuat ke atasnya. Pak Dee difahamkan sudah cecah berpuluh laporan dibuat di seluruh negara.
Apa perasaan dia ketika ini? Gembira atau dalam resah? Gembira hanya pada hari pertama konten disiarkan, kemudian sekarang dalam keresahan selepas dengan pasti tahu dirinya akan ke balai polis untuk soal siasat.
Pak Dee terus terang, Pak Dee memang dari mula lagi tak suka dengan konten Dd Chronicle, kerana kandungannya lebih kepada menghentam, bukan membina minda.
Apapun, Pak Dee doakan semoga Allah permudahkan segala urusan Dd Chronicle dan selepas ini menyedarkan beliau untuk membuat konten yang memberi pengajaran, bukan dendam. Layari portal www.nasionaldaily.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan