Sabtu, 17 Februari 2024
Sedih rakan media hilang kerja, dibebani tunggakan hutang
PAK Dee kesian dengan nasib malang menimpa kawan-kawan media Pak Dee. Selepas berbelas tahun bekerja, menyumbang keuntungan kepada syarikat, tak sangka hari ni dalam sekelip mata hak mereka dinafikan.
Apa yang mengejutkan Pak Dee, kawan media beritahu mereka sebenarnya sudah empat bulan tidak dibayar gaji. Katanya, dari bulan Oktober 2023 hingga akhir bulan lalu, Januari 2024.
Sepanjang tempoh tidak bergaji itu, kata mereka, kereta dan motosikal terpaksa disembunyikan dari pencarian penarik kenderaan upahan bank. Bekalan letrik dan air juga berdepan dengan pemotongan kerana gagal bayar tunggakan.
Apa sudah jadi dengan majikan ini? Kenapa tidak ambil inisiatif atau usaha untuk menyelesaikan kes tunggakan gaji kepada pekerja mereka? Majikan pula dikatakan tidak berdepan langsung dengan masalah kewangan sebab keuntungan hasil mengendalikan media masih banyak.
Sedangkan, anak buah gaji umpama kais pagi makan petang, kais petang makan malam. Sentiasa berjimat cermat untuk masa depan.
Apapun, Pak Dee harap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin kerana memang kesian dengan nasib kawan-kawan media ini. Nak isi perut sendiri pun susah, apatah nak suap nasi untuk anak isteri.
Paling tragis, seorang kawan media Pak Dee beritahu, anak sulungnya tak dapat masuk ke MRSM sebab tak dapat hantar anak ke sesi temuduga dua bulan lalu kerana tak ada duit belanja.
Inilah kehidupan wahai golongan kaya raya. Bukalah pintu hati. Celiklah mata, kita yang miskin ni kalau kita kata tak ada duit, memang betul-betul tak ada duit. Orang kaya, kalau mereka kata tak ada duit, sekurang-kurangnya puluhan ribu, ratusan ribu dan jutaan ribu masih ada dalam simpanan.
Orang miskin, kalau tak ada, memang tak ada sungguh. Buktinya berlaku pada kawan media Pak Dee. Dia hilang punca apabila terima surat dari MRSM minta anaknya hadir ke temuduga.
Pak Dee pun tahu selepas itu, apabila kawan media Pak Dee secara tak tersengaja beritahu anaknya sudah dua kali terlepas peluang masuk ke MRSM disebabkan masalah duit.
Apa tidaknya, dah majikan tak bayar gaji, berbulan-bulan lamanya, macam mana kawan media Pak Dee nak ada duit.
Jadi, Pak Dee harap sangat, akan ada pihak dari kerajaan ambil berat, ambil peduli permasalahan yang menimpa kawan Pak Dee ini. Dakwa majikan yang tak bayar hasil titik peluh pekerjanya.
Heret ke mahkamah majikan yang pergunakan pekerja bekerja keras untuk kaut keuntungan syarikat, tapi pada masa sama tak bayar upah. Majikan hidup senang, pekerja hidup melarat.
Pak Dee harap kejadian ini jadi pengajaran kepada majikan media-media lain dan sentiasa berkongsi keuntungan dengan pekerja. Kerana tanpa pekerja, majikan tak boleh nikmati kehidupan mewah.
Sila layari portal NasionalDaily di www.nasionaldaily.com untuk dapatkan berita yang lebih sahih, diyakini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan