Dahulu, masa remaja, ketika lepak-lepak di rumah, saya cukup marah kalau mak tengok filem hindi atau hindu. Bagi saya kedua-dua filem ini langsung tidak memberi iktibar, apatah lagi manfaat kepada kita untuk diikuti atau dicontohi, melainkan lagunya yang best dan hero serta heroinnya yang hensem dan cantik. Itu saja.
Yang lainnya iaitu mesej hendak disampaikan sememangnya tak ada langsung. Sepanjang jalan ceritanya, langsung tak ada yang boleh dijadikan iktibar atau pengajaran.
Jalan ceritanya sama saja. Mula-mula hero jumpa heroin, kemudian bercinta, nyanyi, lari-lari atas bukit, tepi tasik, kolam dan bergolek-golek di cerun pusu.
Hero jumpa penjahat, bergaduh, berebut heroin dan berlaku tumbuk menumbuk. Nampak sangat tumbukan hero tu jauh lagi nak kena kat muka, si jahat tu dah terbang jatuh. Hero kena kepong oleh 20 penjahat yang bersenjatakan kayu hoki pun saya tak heran sebab sekali hero terbang sambil libas, bedebukkk... 20 penjahat tu jatuh... macam nangkaaa daaa...
Yang paling saya meluat dengan jalan cerita filem ni ialah gelagat polisnya yang tak makan saman. Macam tak ada undang-undang cara mereka jalankan tugas. Dengan rambutnya yang panjang... dengan sikapnya yang bodoh, tuli, pekak badak, tolol dan suka tidur di tempat kerja. Patutlah polis dalam filem tak pakai pistol. Hanya pakai belatan saja.
Kalau polis yang tegas, tegasnya amat sangat pula. Adik hero yang jadi pegawai polis pun sanggup tangkap abang (hero) jika lakukan kesalahan. Katanya, undang-undang harus dihormati. Ooo ada undang-undang rupanya. Ingat ke tak ada. Sebab penonton termasuk saya digambarkan polis itu bodoh, bengap dan tolol.
Begitu juga kalau filem hindi atau hindu tu berkisarkan kisah politik. Contohnya, ayah hero orang berpengaruh dalam politik, sedangkan lawannya adalah penjahat, tetapi pada masa sama memegang jawatan menteri. Menteri jahat ini banyak lakukan perkara yang melanggar undang-undang, malangnya kerajaan tidak nampak kerana kebijaksanaan menteri itu berlakon dalam filem tu.
Last last sekali ayah hero yang memegang watak pemimpin politik baik dan berhemah juga yang kena fitnah. Akhirnya ayah hero ditangkap dan dihukum penjara dan dipecat daripada parti serta kerajaan. Begitu juga di mahkamah. Kalau hero atau heroin atau ayah hero atau mak hero dihadapkan ke mahkamah, hakim nampak macam tidak tahu undang-undang.
Saksi luar boleh masuk gitu-gitu je dalam mahkamah untuk beri keterangan selamatkan hero yang disaat-saat akhir nak dikenakan hukuman mati atau penjara. Hakim terus guna pakai keterangan saksi segera itu dan bebaskan hero. Maka tamatlah filem itu dalam kebodohan. Sekian.
Tentu tetamu tertanya-tanya kenapa saya bercakap mengenai filem hindi dan hindu kali ini. Sebenarnya, saya nak beritahu kepada tetamu bahawa begitulah keadaan yang berlaku di negara kita hari ini.
Corak pemerintahan dan pentadbiran hari ini saling tak tumpah sebijik macam dalam jalan cerita filem hindi atau hindu yang saya ceritakan serba ringkas dan berbelit-belit itu. Sedihkan, kita telah diperbodohkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan