Satu keputusan yang dianggap mengejutkan oleh PM alaf baru. Mungkinkah ini hadiah pilihan raya umum ke-12 daripada Pak Lah untuk rakyat Malaysia terutama golongan berpendapatan rendah? Masya-Allah.
Susah hendak diucapkan dengan kata-kata. Hingga tidak terkata-kata sebaik sahaja Pak Lah mengumumkan kenaikan harga bahan api itu.
Terasa diri bagai hidup menumpang, kena akur apa saja tuan rumah lakukan, walaupun kita sedar cara dan kaedah yang dilakukan tuan rumah itu itu menyeksa hidup kita. Inilah Pak Lahrisme.
Saya bagi pihak diri saya sendiri, amat sedih dengan kerajaan hari ini. Dari dulu lagi saya sedih, kini bertambah lagi sedih.
Orang kaya yang naik kereta kerajaan, pakai minyak yang kerajaan tanggung, tentu tidak merasa apa-apa beban dengan kenaikan harga petrol dan diesel.
Selagi mereka menggunakan kemudahan itu, naiklah sehingga RM10 seliter pun mereka tidak akan merasai bebannya. Tetapi bagaimana dengan kita yang berpendapatan bawah RM1,000? bawah RM1,500 dan bawah RM2,000?
Bagaimana dengan kita yang ada empat, lima, enam dan tujuh orang anak? Tidakkah kerajaan hari ini memikirkan perkara ini?
Pada saya semua pemimpin yang ada dalam barisan Kabinet hari ini tidak ada OTAK. Otak mereka semuanya berada di lutut. Bukan di kepala. Bukan pada akal yang Allah anugerahkan...
Siapa tidak sedih kalau sebelum ini isi tangki kereta dengan RM20 boleh bergerak sehingga 50 kilometer, tetapi mulai Khamis lalu, isi tangki pada jumlah yang sama hanya boleh berjalan sejauh 15 kilometer sahaja? Siapa tidak marah?
Begini rupanya Pak Lahrisme membalas jasa rakyat yang memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 8 Mac lalu. Begini rupanya Pak Lahrisme sebagai Perdana Menteri mentadbir dan membentuk negara.
Langsung tidak ada perancangan lain untuk menyelamatkan rakyat yang terus hidup menderita di bawah era pentadbiran dan pemerintahannya. Apa sudah jadi dengan projek Iskandar Malaysia di Johor Bahru? Apa sudah jadi dengan ECER?
Memang ecer sungguhlah, kata orang Kelantan. Ecer entah ke mana. Berterabur habis projek di bawah pentadbirannya yang dikuasai oleh anak menantu yang pendek akal.
Menteri-menteri Kabinet pun sama. Semuanya 'yes men'. Apa saja yang budak tingkat empat di Putrajaya putuskan, menteri-menteri baru bawah Kabinet Pak Lahrisme mengangguk ya. Tidak ada seorang pun mahu membantah.
Mereka takut kalau pandai-pandai membantah akan dihadap ke Lembaga Disiplin UMNO. Kalau lembaga itu putuskan mereka bersalah, maka semua jawatan akan hilang. Siapa mahu hilang jawatan? Tidak ada seorang pun, melainkan wira baru rakyat Malaysia, Datuk Mukhriz Mahathir.
Apabila Pak Lahrisme mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel, semua menteri, pengerusi Umno negeri, ketua Umno bahagian dan mereka-mereka yang ada kepentingan, membuat kenyataan.
Kata mereka, "kenaikan itu memang patut", "kerajaan terpaksa menanggung kerugian berpuluh bilion ringgit setahun kerana bagi subsidi kepada rakyat", "harga petro dan diesel di Malaysia lebih rendah dari Singapura, Thailand dan Indonesia", dan macam-macam lagi kenyataan yang boleh meledakkan kemarahan rakyat.
Kenapa dalam bab kenaikan harga minyak, kita perlu bandingkan dengan negara lain? Kenapa bab kelemahan pemimpin, kita tidak mahu ikut negara berkenaan?. Di Thailand, jika perdana menteri dan menteri buat salah, mereka terus letak jawatan. Kenapa Malaysia tidak ikut langkah mereka?
Begitu juga di Singapura, pemimpinnya dapat meningkatkan taraf hidup rakyat setanding dengan negara maju dunia, kenapa Malaysia tidak dapat berbuat demikian? Indonesia pun sama, mempunyai bekalan beras mencukupi, tetapi Malaysia tidak.
Lantik seorang pemimpin untuk jaga petani dan kawasan pertanian di Kelantan. Malangnya sehingga kini petani tidak kenal siapa yang mengetuai agensi berkenaan. Tanah sawah semakin kecil. Banyak yang bertukar hak milik dan status. Apa yang dibuatnya? Main betina (anak dara dan bini orang), bolehlah.
Apa sudah jadi dengan pemimpin Umno sekarang? Yang kaya bertambah kaya. Yang miskin semakin miskin. Rakyat yang gaji RM2,000 pun belum tentu dapat menyara keluarga dengan sempurna dan baik. Mana tidaknya, kos yuran sekolah semakin naik (walaupun menterinya kata yuran sekolah percuma).
Beras semakin naik, daripada RM45 sekampit 25 kilogram kepada RM80. Barang keperluan lain seperti milo, biskut, susu, lampin pakai buang, ikan, sayur, gas memasak, semuanya naik mendadak. Malah, nasi bungkus atau sepinggan sekarang naik sehingga RM5, bukan lagi RM2.50 atau RM3 sebelum ini.
Boleh dikatakan yang berpendapatan RM2,000 sekarang ibarat makan gaji RM200 sebulan. Tidakkah ini semua diambil kira? Saya percaya kerajaan sekarang tidak pernah mengambil kira permasalahan itu. Mereka main hentam sahaja.
Mereka membuat perkiraan atas kertas. Guna teori sahaja, bukan buat secara praktikal atau cuba merasai sebagaimana yang rakyat rasai. Mereka tidak akan berasa sakit pun melihat orang lain luka atau cedera. Malah bersimpati pun tidak.
Beginilah pemimpin Islam Hadhari.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan