Rabu, 31 Disember 2008

SELAMAT TAHUN BARU

Selamat Tahun Baru 2009 saya ucapkan kepada semua tetamu yang berkunjung ke laman blog ini. Saya hendak mengucapkan jutaan terima kasih di atas setiap sokongan, kritikan, pandangan, nasihat dan teguran daripada semua.

Sebagai manusia yang serba kekurangan, tentulah saya tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan, sama ada yang disengajakan mahupun secara tidak tersengaja.

Tahun ini (2009), usia saya akan bertambah satu lagi. Maknanya saya sudah tua. Bagi golongan remaja, tentunya saya ini tidak sesuai untuk dijadikan teman, kawan, rakan atau sahabat.

Sebab orang tua, saya ni ibarat najis. Sesiapa yang berkawan dengan saya, tentunya mereka akan dipandang jijik oleh rakan-rakan. Betapa diri saya...begitulah. Apapun, pada tahun baru ini, saya akan terus begini, begini dan begini.

Saya tidak ada azam. Tidak ada apa-apa yang hendak diimpi dan dicita-citakan. Saya akan menumpukan sepenuh perhatian pada kerja kerana kerja akan memberi masa depan kepada saya.

Segala hal remeh temeh sebagaimana dialami tahun sebelum ini, akan saya tinggalkan. Cuma satu saya tidak boleh tinggal dan TIDAK AKAN TINGGAL, iaitu rokok. hahaha. Dia kawan saya. Maaf ekk... bukan nak kempen rokok.

Tahun ini saya berjanji akan memaparkan kisah-kisah menarik dalam blog ini agar ia lebih ceria dan mendapat sambutan daripada kalangan pembaca blog. Tengoklah atas kemampuan dan keupayaan saya macam mana.

Ok guy... Selamat malam. SELAMAT TAHUN BARU.

Selasa, 30 Disember 2008

Masya-Allah...biar betul ni!!!...

WASHINGTON - Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang dipanggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States!

Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh Saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.

Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif dan informasi mengenai kaum 'orang gua' ini.

"Cerita ini harus diberitahu," kata sumber itu.

"Ia terlalu besar untuk disorok." Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People.

"Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah." Beliau berkata, "Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English."

"Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka bumi (surface world)," kata sumber itu.

"Dengan demikian, Presiden Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati.

"Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2,000 orang Mole tinggai di situ.

"Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka bumi.

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga sedikit perbezaan.

"Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki . Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan
tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole'

"Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah bumi.

"Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu - mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas.

"Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau."

"Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu."

Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka bumi - pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar.

"Saya belikan mereka sedikit anggur dan mereka terus berpesta dan bersukaria," mengikut kata sumber.

"Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka bumi.

NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. "Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka - apa yang mereka makan, bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak,
apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia.

"Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya?'

Pakar berkata, terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. "Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang.

Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasama? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita?

Bagaimanakah dengan NASA, di mana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa - telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi?

Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan.

Tetapi beliau telah memberi amaran "mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat.

Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole - satu inisiatif di mana wartawan percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan 'teknologi bawah tanah'.

Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State's Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua yang
berselerak sekitar barat daya US mengikut kata sumber.

Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka bumi. Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya.

Tetapi sama ada makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.

Sabtu, 27 Disember 2008

Jika kau bukan dia, hentikan saja...

"Jika kau bukan gadis hitam manis yang selalu datang dalam mimpi ku hampir setiap malam, baik kau hentikan sahaja usaha mengganggu ku. Aku tak akan layan sesiapa pun kalau kau bukan gadis itu," demikian kata seorang kawan baik aku setelah dia sering menerima mesej (SMS) dan panggilan tidak berjawab daripada seseorang yang menamakan dirinya sebagai Ani.

Khamis, 25 Disember 2008

Dugaan Allah yang kita tahu risikonya, tetapi kurang diberi fokusnya


















NASA's Near Earth Object Program Near Earth Environment animation 2007-08 MORE FROM MCCLATCHY Evidence found of solar system around nearby star Arctic temperatures hit record high Will new Mars lander be parked or scrapped?



WASHINGTON — A blue-ribbon panel of scientists is trying to determine the best way to detect and ward off any wandering space rocks that might be on a collision course with Earth.

"We're looking for the killer asteroid," James Heasley, of the University of Hawaii's Institute for Astronomy, last week told the committee that the National Academy of Sciences created at Congress' request.

Congress asked the academy to conduct the study after astronomers were unable to eliminate an extremely slight chance that an asteroid called Apophis will slam into Earth with devastating effect in 2036.

Apophis was discovered in 2004 about 17 million miles from Earth on a course that would overlap our planet's orbit in 2029 and return seven years later. Observers said that the asteroid — a massive boulder left over from the birth of the solar system — is about 1,000 feet wide and weighs at least 50 million tons.

After further observations, astronomers reported that the asteroid would skim by Earth harmlessly in 2029, but it has a one in 44,000 probability of slamming into our planet on Easter Sunday , April 13, 2036.

Small changes in Apophis' path that could make the difference between a hit or a miss are possible, according to Jon Giorgini, a planetary analyst in NASA's Jet Propulsion Laboratory in Pasadena, Calif.

"We have not eliminated the threat in 2036," Lindley Johnson, the manager of NASA's asteroid detection program, told the committee.

The academy panel is headed by Irwin Shapiro, a former director of the Harvard-Smithsonian Center for Astrophysics in Cambridge, Mass. It has a two-part assignment from Congress: Detect and deflect asteroids that might hit earth.

First, the Shapiro committee is supposed to propose the best way to detect and analyze 90 percent of the so-called "near Earth objects" orbiting between Mars and Venus that are wider than 460 feet by 2020.

About 20 percent of these are identified as potentially hazardous objects because they might pass within 5 million miles of Earth (20 times the distance to the Moon).

More than 5,000 near Earth objects, including 789 potentially hazardous objects, have been identified so far. Johnson predicted that future surveys will find at least 66,000 near Earth objects and 18,000 potentially hazardous objects.

A collision with one or more of these many objects littering the solar system is inevitable, Johnson said. "Once every hundred years there might be something to worry about, but it could happen tomorrow.

For example, astronomers had only 24 hours' notice of a small asteroid that blew up over northern Africa on Oct. 7 . A larger, more dangerous object presumably would be spotted years or decades ahead, giving humans time to change its course before it hit.

The Shapiro panel's second task is to review various methods that have been proposed to deflect or destroy an incoming asteroid and recommend the best options. They include a nuclear bomb, conventional explosives or a spacecraft that would push or pull the asteroid off its course.

Offbeat ideas are painting the surface of the asteroid so that the sun's rays would heat it differently and alter its direction, and a "gravity tractor, a satellite that would fly close to the asteroid, gently nudging it aside.

The earlier that a dangerous asteroid is found, and the farther it is from Earth, the easier it will be to change its trajectory, panel members were told. A relatively small force would be enough while the object is millions of miles away.

The year 2029 could be crucial. When Apophis makes its first pass by Earth, its track can be more precisely determined. That will enable astronomers to judge whether Earth will escape with a near miss or will have to take swift action to avoid a blow that could devastate a region as large as Europe or the Eastern United States.

To deflect an asteroid, scientists need to know its shape, weight and composition. A ball of loose rubble would be handled differently from a solid metallic rock.

"Finding them is one thing, but you have to know your enemy," said James Green, the director of NASA's Planetary Science Division.

So far, NASA has spent $41 million on asteroid detection and deflection, but the Near Earth Object Program is running out of money.

"It's just barely hanging on," Shapiro said.

Two expensive telescopes to focus on dangerous asteroids have been proposed, but Congress and the incoming Obama administration must be persuaded to approve the money.

"Without new telescopes, we'd never get to 90 percent (detection)," Johnson said.
After a lot of original skepticism, Congress now looks favorably on the asteroid project, according to Richard Obermann, the staff director of the House Subcommittee on Space and Aeronautics.

"There used to be a high giggle factor among members," Obermann said. "But it's now a very respectable area of investigation.

Johnson told the Shapiro committee that the search for killer asteroids must have a high priority.

"The space program could provide humanity few greater legacies than to know the time and place of any cosmic destruction to allow ample time to prepare our response to that inevitable event," he said.

Hari ni rehat, esok lusa kerja

Hari ini sehingga 4hb Januari 2009 saya dapat rehat secukupnya daripada mengendalikan bengkel Gaya Penulisan Sinar Harian di Shah Alam, Selangor.

Setelah empat minggu menjadi tenaga pengajar, saya amat mengharapkan bengkel ini berjaya dan memberikan perubahan ketara kepada penerbitan akhbar Sinar Harian.

Bagaimanapun, bengkel yang mengambil masa tiga hari setiap minggu ini akan disambung semula selama empat minggu lagi bermula 5 hingga 28 Januari 2009. Kali ini pesertanya melibatkan semua wartawan dari Edisi Kelantan, Edisi Terengganu, Edisi Pahang, Edisi Selangor, Edisi Nasional dan Edisi Utara (Perlis, Kedah dan Pulau Pinang).

Kemudian bermula Februari 2009 pula, bengkel akan diadakan khusus untuk wartawan baru yang akan bertugas di Edisi Perak dan Edisi Johor Bahru.

Pendek kata, dalam tempoh dua bulan pertama tahun depan, saya tak boleh mengadakan temu janji dengan sesiapa kerana terpaksa menumpukan sepenuh perhatian dan masa kepada bengkel.

Bengkel ini penting bagi Sinar Harian kerana akan memberi anjakan paradigma kepada keseluruhan penerbitan akhbar menerusi tranformasi penulisan dalam kalangan wartawan dan penyunting.

Secara sedar atau tidak, saya telah memikul satu tugas, amanah dan tanggungjawab yang amat besar sehingga mendorong saya untuk melupakan seketika kehidupan dunia luar kerana hendak memberi tumpuan sepenuhnya kepada dunia kerja.

Selasa, 23 Disember 2008

Anakku, jangan lupa ucapkan selamat kepada Ibumu

Wahai anak-anakku, esok... menjelang pagi...sesudah kau selesai bersujud kepada Yang Maha Esa, kau bisikkanlah ke telinga ibu mu..."Ibu, Selamat Hari Ibu untuk ibu."

Cukup setakat itu kau ucapkan, jangan lebih-lebihkan pula untuk bertanyakan... "Tapi ibu... kenapa ayah tidak bersama kita? Sampai bila kita kehilangan ayah?...

"Jangan anakku, jangan sekali-kali kau ucapkan sedemikian. Hiba sungguh hati ayahmu ini. Kamu anak yang baik."

Suatu pertanyaan

Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin rahimahullah ditanya:

Bagaimana hukum mengucapkan Merry Christmas (Selamat Natal) kepada orang-orang Kafir? Bagaimana pula memberikan jawaban kepada mereka bila mereka mengucapkannya kepada kita?

Apakah boleh pergi ke tempat pesta atau majlis yang mengadakan acara seperti itu? Apakah seseorang berdosa, bila melakukan sesuatu dari yang disebutkan tadi tanpa sengaja (maksud yang sebenarnya), namun dia melakukannya hanya untuk menghormati kawan, malu, perasaan atau sebab-sebab lainnya? Apakah boleh menyerupai mereka di dalam hal itu?

Jawapan:

Mengucapkan Merry Christmas (Selamat Natal) atau perayaan keagamaan mereka lainnya kepada orang-orang kafir adalah haram hukumnya menurut kesepakatan para ulama (ijma).

Hal ini sebagaimana dinukil dari Ibn al-Qayyim rahimahullah di dalam kitabnya Ahkam Ahl adz-Dzimmah, beliau berkata: Adapun mengucapkan selamat berkenaan dengan syiar-syiar kekufuran yang khusus bagi mereka adalah haram menurut kesepakatan para ulama, seperti mengucapkan selamat terhadap hari-hari kebesaran mereka dan puasa mereka, walau sekadar mengucapkan, Semoga Hari raya anda diberkati atau anda yang diberikan ucapan selamat berkenaan dengan perayaan hari besarnya itu dan semisalnya.

Perbuatan itu, kalaupun orang yang mengucapkannya dapat lari dari kekufuran, maka dia tidak akan lari dari melakukan hal-hal yang diharamkan. Ucapan semacam ini setara dengan ucapannya terhadap perbuatan sujud terhadap salib, bahkan lebih besar dari itu dosanya di sisi Allah.

Dan amat dimurka lagi bila memberikan selamat atas minum-minum khamar, membunuh jiwa, melakukan perzinaan dan sebagainya. Banyak sekali orang yang tidak sedikitpun tersisa kadar keimanannya, yang terjatuh ke dalam hal itu sementara dia tidak sedar betapa buruk perbuatannya tersebut.

Jadi, barangsiapa yang mengucapkan selamat kepada seorang hamba kerana melakukan suatu maksiat, bid’ah atau kekufuran, maka bererti dia telah menghadapi kemurkaan Allah dan kemarahan-Nya.

Mengenai kenapa Ibn al-Qayyim sampai menyatakan bahawa mengucapkan selamat kepada orang-orang kafir berkenaan dengan perayaan hari-hari besar keagamaan mereka haram dan posisinya demikian, kerana hal itu mengandungi persetujuan terhadap syiar-syiar kekufuran yang mereka lakukan dan meredhai hal itu dilakukan mereka, sekalipun dirinya sendiri tidak rela terhadap kekufuran itu, akan tetapi adalah HARAM bagi seorang Muslim meredhai syiar-syiar kekufuran atau mengucapkan selamat kepada orang lain berkenaan dengannya kerana Allah Taala tidak meredhai hal itu, sebagaimana dalam firman-Nya.

Ertinya: "Jika kamu kafir, maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman) mu dan Dia tidak meredhai kekafiran bagi hamba-Nya; dan jika kamu bersyukur, nescaya Dia meredhai bagimu kesyukuranmu itu.:" [Az-Zumar:7]

Ertinya: "Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agamamu." [Al-Ma`idah :3]

Jadi, mengucapkan selamat kepada mereka berkenaan dengan hal itu adalah haram, baik mereka itu rakan-rakan sepejabat dengan kita seorang (Muslim) ataupun tidak.

Bila mereka mengucapkan selamat berkenaan dengan hari-hari besar mereka kepada kita, maka kita tidak boleh menjawabnya kerana hari-hari besar itu bukanlah hari-hari besar kita.

Juga kerana ia adalah hari besar yang tidak diredhai Allah Taala; baik disebabkan perbuatan mengada-ada ataupun disyariatkan di dalam agama mereka, akan tetapi hal itu semua telah dihapus oleh Din-ul-Islam yang dengannya Nabi Muhammad SAW diutus Allah kepada seluruh makhluk.

Allah Taala berfirman.

Ertinya: "Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi." [Ali Imran:85]

Kerana itu, hukum bagi seorang Muslim yang memenuhi undangan mereka berkenaan dengan hal itu adalah HARAM kerana lebih besar dosanya berbanding mengucapkan selamat kepada mereka berkenaan dengannya. Memenuhi undangan tersebut mengandung makna ‘ikut serta’ bersama mereka di dalamnya.

Demikian pula, haram hukumnya bagi kaum Muslimin menyerupai orang-orang Kafir, seperti mengadakan majlis atau pesta-pesta berkenaan dengan hari besar mereka tersebut, saling memberi hadiah, membagi-bagikan manisan, hidangan makanan dan semisalnya.

Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW: Ertinya: "Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian dari Mereka". [Hadits Riwayat Abu Daud]

Syaikhul Islam, Ibn Taimiyah berkata di dalam kitabnya Iqtidl` ash-Shirth al-Mustaqm, Mukhlafah Ashhb al-Jahm:

Menyerupai mereka di dalam sebahagian hari-hari besar mereka akan menyebabkan timbulnya rasa senang di hati mereka atas kebatilan yang mereka lakukan dan barangkali hal itu membuat mereka mencari-cari kesempatan (dalam kesempitan) dan menghinakan kaum lemah (iman).

Dan barangsiapa yang melakukan sesuatu dari hal itu, maka dia telah berdosa, baik melakukannya kerana berbasa-basi, ingin mendapatkan simpati, rasa malu atau sebab-sebab lainnya kerana ia termasuk bentuk peremehan (penghinaan) terhadap Dinullah dan merupakan sebab hati orang-orang kafir menjadi kuat dan bangga terhadap agama mereka.

Kepada Allah, kita memohon agar memuliakan kaum Muslimin dengan Din mereka, menganugerahkan kemantapan hati dan memberikan pertolongan kepada mereka terhadap musuh-musuh mereka, sesungguh Dia Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

[Disalin dari Majmu Fatwa Fadllah asy-Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, Jilid.III, h.44-46, No.403].

Sabtu, 20 Disember 2008

Menjeritlah JERIT

Mesej (SMS) yang saya terima petang ini:-

"Kumpulan JERIT berbasikal ke Parlimen. Ada Ahli Parlimen tumpang sekaki berbasikal mencari publisiti.
Malangnya anak-anak kampung masih ramai tiada basikal ke sekolah, Menjeritlah JERIT dan beberapa Ahli Parlimen dapat publisiti murahan. Penoreh getah hanya berpuas hati dengan pendapatan 80 sen sekilogram.

Sendiri mau fikir laaaa

Rencana pilihan minggu ini - Utusan Malaysia

Usaha Barat kekang pejuang Islam Somalia
Oleh AZMI HASSAN

RESOLUSI Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memberi kuasa kepada negara-negara yang memerangi kegiatan lanun berdekatan pantai Somalia untuk melancarkan serangan darat dan udara ke atas kubu lanun mendapat persetujuan sebulat suara 15 ahli majlis tersebut.

Keputusan tersebut mungkin tidak menghairankan kerana kegiatan lanun di laluan kapal yang agak sibuk terutama sekali di sepanjang Teluk Aden semakin menjadi-jadi dan seolah-olah tidak terkawal.

Lanun dikatakan bermaharajalela kerana penempatan tentera laut di perairan tersebut
tidak mampu mengekang kegiatan lanun tersebut.

Kehadiran armada tentera laut dari negara hebat seperti Kesatuan Eropah, Rusia, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Amerika Syarikat nampaknya langsung tidak diendah oleh lanun yang dikatakan berpengkalan di Somalia.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) juga tidak ketinggalan menghantar kapal perang untuk mengawal dan mengekang kegiatan lanun setelah dua kapal dagang beserta anak kapal Malaysia ditawan oleh lanun Somalia.

Tidak syak lagi kegiatan lanun yang melakukan rompakan bersenjata di laut perlu dihentikan bukan sahaja untuk menjamin keselamatan anak kapal dagang tetapi juga untuk kepentingan ekonomi dunia. Laluan alternatif sudah tentu akan meningkatkan kos pengangkutan secara mendadak.

Sememangnya kegiatan lanun tidak boleh dihapus dengan hanya menggunakan armada laut kerana perairan yang terpaksa dikawal adalah terlampau luas dan di luar jangkaan armada laut semua negara.

Tetapi faktor yang paling penting adalah lanun tersebut mendapat perlindungan di darat. Resolusi PBB yang memberi kebenaran kepada tentera asing mengunakan ruang darat dan udara Somalia sebagai sebahagian operasi menghapuskan lanun tersebut dilihat sebagai wajar.

Tetapi ada pihak juga sangsi terhadap tujuan sebenar resolusi PBB tersebut. Ada juga kalangan yang mempersoalkan mengapa AS begitu bersungguh-sungguh menghantar Setiausaha Negara, Condoleezza Rice untuk memujuk ahli Majlis Keselamatan yang lain bersama-sama dengan Washington menyokong meluluskan resolusi tersebut.

Kesangsian mempersoalkan motif sebenar Washington yang turut disokong oleh Moscow dan London ada kebenarannya kerana penglibatan AS dalam politik dalaman Somalia bukan sesuatu yang membanggakan.

Malah Indonesia sebagai salah sebuah negara yang menduduki kerusi Majlis Keselamatan telah berkeras membantah draf asal resolusi kerana dikatakan mencabuli kedaulatan Somalia.

Mengambil kira bantahan tersebut, resolusi terpaksa diubah yang mana penggunaan ruang darat dan udara hanya boleh dilakukan dengan kebenaran kerajaan sementara
Somalia.

Tetapi keberkesanan kerajaan Somalia dipersoalkan kerana mereka hanya menguasai sebahagian kecil bandar Mogadishu. Selebihnya dikuasai oleh puak pejuang berhaluan Islam yang terdiri dari dua kumpulan besar iaitu Al Shabab dan Islamic Courts Union.

Malah Presiden dan Kabinet kerajaan sementara Somalia sering bertelagah di antara satu sama lain yang mana Presiden Abdullahi Yusuf Ahmed beberapa hari lepas telah memecat keseluruhan menteri kabinet Perdana Menteri Hassan Hussein.

Ramai yang berpendapat Washington, Moscow dan London sebenarnya mahu menggunakan resolusi PBB sebagai batu loncatan untuk menyekat kemaraan kedua-dua kumpuan pejuang Islam tersebut dari mengawal sepenuhnya Somalia.

Pada ketika ini pejuang Al Shabab dan Islamic Courts Union sudah menghampiri Mogadishu dan besar kemungkinan akan menawan bandar tersebut.

Kerajaan sementara Somalia masih dapat bertahan sehingga ke hari ini disebabkan sokongan tentera pengaman Kesatuan Afrika (AU) terutama sekali tentera dari Habsyah yang berjumlah 3000 orang.

Kerajaan Habsyah dikatakan telah mengambil keputusan untuk mengundurkan tentera mereka dari Somalia pada Januari ini dan keputusan tersebut sudah tentu akan
turut diikuti oleh pasukan pengaman AU yang lain.

Jika ini berlaku maka mudah bagi kumpulan pejuang Islam menakluki Mogadishu dan seterusnya keseluruhan Somalia. Inilah senario yang mahu dielakkan oleh Washington kerana tidak mahu Somalia sekali lagi jatuh ke tangan pejuang Islam.

Tetapi hakikatnya hampir kesemua rakyat Somalia menyokong perjuangan kumpulan Islam ini kerana begitu bosan dengan kesengsaraan peperangan yang mereka lalui semenjak 17 tahun lalu.

Dalil ini diperkuatkan lagi kerana hampir 100 peratus rakyat Somalia adalah beragama Islam.

Perlu diingatkan bahawa di antara Jun dan Disember 2006, ketika Al Shabab dan Islamic Courts Union bergabung seketika untuk memerintah Somalia, tempoh tersebut paling aman bagi rakyat Somalia. Tidak ada berlakunya kegiatan lanun ketika kumpulan pejuang Islam tersebut memerintah Somalia.

Tetapi kerajaan gabungan kumpulan Islam tidak dapat bertahan lama gara-gara tingkah laku Agensi Perisikan Pusat AS (CIA) yang bersekongkol dengan dengan beberapa puak Somalia untuk menjatuhkan kerajaan Islam Somalia.

Campur tangan Washington diburukkan lagi dengan Rumah Putih menyokong tentera Habsyah menjatuhkan kerajaan Islam Somalia dan menubuhkan kerajaan sementara sehingga ke hari ini.

Semenjak itu rakyat Somalia tidak pernah hidup aman kerana puak yang bertentangan bertelagah di antara satu sama lain dan kegiatan lanun langsung tidak dapat dikawal kerana ada pihak tertentu dalam kerajaan sementara mendapat habuan.

Masyarakat antarabangsa perlu sedar untuk mengamankan Somalia dan seterusnya menghapuskan kegiatan lanun, penyelesaian secara tentera tidak mampu menghuraikan masalah tersebut. Penyelesaian politik adalah kaedah terbaik yang mana kerajaan Somalia yang dibentuk mesti mendapat sokongan rakyat negara tersebut.

Buat masa ini sebahagian besar rakyat Somalia menyokong perjuangan kumpulan Islam seperti Al Shabab dan Islamic Courts Union tetapi agenda beberapa negara seperti AS, Rusia dan Britain yang menggunakan Majlis Keselamatan PBB sudah pasti akan membantutkan impian rakyat Somalia untuk mengecapi keamanan.

Selasa, 16 Disember 2008

Kendali kelas penulisan, jadual makin padat

HARI ini adalah minggu ketiga saya diberi tanggungjawab dan amanah untuk mengendalikan kelas/bengkel penulisan. Kali ini pesertanya ialah senior wartawan dan junior wartawan.

Minggu pertama sebelum Aidiladha, saya kendalikan kelas/bengkel kepada Editor, Penolong Editor, Senior Sub-Editor, Junior Sub Editor, Ketua Wartawan dan Penolong Ketua Wartawan.

Kelas/bengkel ini penting bagi Sinar Harian bagi memantapkan lagi gaya penulisan yang sebelum ini cara, gaya, kaedah penulisan dan pemberitaan itu agak 'muda'. Ia disebabkan oleh kebanyakan wartawan kami dalam kalangan lepasan IPT.

Adanya kelas/bengkel selama lima hari ini bermula hari ini, aku amat mengharapkan satu perubahan dari segi cara, gaya, kaedah penulisan dan pemberitaan dapat dilihat. Ini penting kerana akhbar Sinar Harian mula menjadi pilihan pembaca dari pelbagai peringkat profesion.

Maknanya, pengisian hidup aku seharian penuh dengan kerja rutin dan sambilan. Sampai kadang-kadang lupa makan minum, tanpa rehat dan tidur secukupnya. Bangun pagi, mata merah, muka berkerutuk, kedut macam tak cukup tidur (memang tak cukup tidur pun).

Tapi aku seronok dengan keadaan sekarang. Aku dapat lupakan kenangan lalu dan kehidupan dunia luar. Aku dapat mengenali Tuhan dengan lebih rapat, setelah sekian lama agak renggang denganNya. Ibadat ini aku masukkan dalam jadual harian, selain yang rutin.

Aku masukkan aktiviti ibadat dalam aktiviti 'lepak' yang telah aku buang. Aku gabungkannya kerja baru iaitu mencari dan menyediakan bahan untuk kelas/bengkel dengan kerja rutin menyunting berita.

Kehidupan aku sekarang ke arah kesempurnaan, insya-Allah.

Isnin, 15 Disember 2008

Laman blog Tok Mun kutip dana

BEKAS calon bebas Parlimen Kuala Terengganu, Maimun Yusof, 89, mewujudkan laman blog sendiri bagi mengutip dana untuk digunakan sebagai wang pertaruhan bertanding merebut kerusi itu pada pilihan raya kecil kawasan itu 17 Januari depan.

Maimun yang lebih dikenali sebagai Tok Mun berkata, laman blog yang diwujudkan sejak dua minggu lalu, dijangka dapat membantunya mendapatkan tajaan yang diperlukan.

Menurutnya, laman blog itu dihasilkan dengan bantuan seorang penyokongnya yang menawarkan perkhidmatan tersebut secara percuma.

"Saya memang berharap untuk bertanding pada pilihan raya kecil ini, cuma masalah sekarang adalah faktor kewangan.

"Jadi dengan adanya laman blog ini, ia boleh membantu saya mendapatkan dana tersebut," katanya.

Menurutnya, selepas mendapat berita kematian Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Razali Ismail pada 28 November lepas, dia menyimpan hasrat untuk bertanding sekali lagi selepas berbuat demikian pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu.

Tok Mun akan mengupah dua orang untuk menjadi pencadang dan penyokongnya pada hari penamaan calon, 6 Januari depan.

"Buat masa ni saya sudah peruntukkan duit sendiri sebanyak RM1,000 untuk diberikan kepada mereka iaitu RM500 seorang kepada pencadang dan penyokong saya pada hari penamaan calon ini," katanya.

Namun menurutnya, itu sekadar perancangan awal sahaja jika wang pertaruhan mencukupi. Dia juga mempunyai strategi sendiri untuk menghadapi pilihan raya kecil ini.

"Jika pilihan raya lepas, saya menggunakan logo kunci namun kali ini saya akan gunakan lambang istana sebagai tanda penguasaan.

Pada pilihan raya umum lalu, Maimun memperoleh 685 undi, manakala Razali (32,562 undi) dan calon Pas, Mohamad Sabu (31,934 undi).

Ahad, 14 Disember 2008

Pesanan kepada orang cantik

SETIAP orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh SAW kerana baginda telah ditentukan maksum.

Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi.

Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik. Tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Di situlah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa sahaja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoalkan itu ini, mempertikaikan itu ini.

Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggap ia sebagai satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik.

Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.

Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik menghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api.

Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak kemungkaran untuk diberikan balasan setimpal di akhirat. Tontonlah filem atau drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri.

Jika anda buruk, setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah SAW: "Wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandangan Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan Allah.

Barangkali juga yang buruk, tetapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.

Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargailah diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan Allah!

Jadual tugasan minggu ini

15 DISEMBER 2008 / (Isnin)
11 pg – 1 tgh hari
Wartawan baru
Taklimat Pengenalan SH – En Jalil Ali

2 ptg – 6 ptg
Bengkel ICT – Pn Erni

16 DISEMBER 2008 / (Selasa)
9 pg – 1 tgh hari
Wartawan baru & skuad
Bengkel Gaya Penulisan I SH – En Manzaidi


2 ptg – 6 ptg
Bengkel Gaya Penulisan II SH – En Shahruddin

17 DISEMBER 2008 / (Rabu)
9 pg – 1 tgh hari
Wartawan baru & skuad
Bengkel Penulisan I – En Jalil Ali

2 ptg – 6 ptg
Bengkel Penulisan II – Pn Sri Diah

18 DISEMBER 2008 / (Khamis)
9 pg – 1 tgh hari
Wartawan baru & skuad
Media dan Undang-undang – Pn Zuwita

2 ptg – 6 ptg
People Turn Around – En Azam / En Aslam

19 DISEMBER 2008 / (Jumaat)
9 pg – 12.45 t/hari

Wartawan baru
Program ‘The Road, the car and you’ (1) – En Aslam

2 ptg – 6 ptg
Program ‘The Road, the car and you’ (2) – En Syed

22 DISEMBER 2008 / (Isnin)
9 pg – 6 ptg
Wartawan baru
Bengkel Fotografi – En Izahar

23 DISEMBER 2008 / (Selasa)
9 pg – 1 ptg
Wartawan baru
Bengkel Penulisan 3 – Datuk Hafifi

Jumaat, 12 Disember 2008

Sekilas Pandang

Saya tidak takut jika digantung... gantunglah

"SAYA tidak risau kerana tidak bersalah, sebaliknya saya bercakap benar dan tetap menjadi ahli UMNO yang masih mendapat sokongan bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri yang percayakan kepemimpinan saya. Jangan menganggap kerana hanya satu amaran, saya boleh menerimanya. Saya tidak takut jika akan digantung... gantunglah!”

Itu adalah kenyataan Datuk Zaid Ibrahim kepada wartawan dalam sidang media di Kota Bharu pada 13 April 2005. Saya kemukakan soalan itu berhubung amaran diterimanya daripada Lembaga Disiplin UMNO kerana terlibat politik wang pada pemilihan peringkat bahagian parti itu tahun 2004.

Saya bertanyakan soalan itu kerana beberapa hari sebelum itu beliau membuat kenyataan hendak bersara daripada politik. Tetapi selang sehari kemudian, dia menarik balik. Hari ini, setelah tiga tahun lapan bulan berlalu, hasrat itu menjadi kenyataan. Dia bukan lagi digantung, tetapi sudah dipecat daripada UMNO.

Penglibatan Zaid dalam politik sudah lengkap. Dia hanya mengambil masa lapan tahun untuk memegang semua jawatan dalam parti. Dari memegang jawatan Ketua Bahagian (Kota Bharu) pada tahun 2001, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan tahun 2003, Ahli Parlimen Kota Bharu tahun 2004 dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mac 2008.

Walaupun hanya memegang jawatan menteri selama empat bulan 28 hari, tetapi cukup untuk menyatakan Zaid sebagai pemimpin yang berjaya dalam karier politiknya, berbanding pemimpin lain yang masih kekal di peringkat cawangan atau bahagian. Tidak naik-naik.

Bagaimanapun, dari awal terlibat secara langsung dalam politik, Zaid sudah berhadapan dengan pelbagai isu dan kes. Antaranya, ketika menjadi Ketua UMNO Bahagian, Timbalan Pengerusi UMNO dan Ahli Parlimen, dia telah diberi amaran oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana didapati bersalah mengikut Perkara 2.2 Tata Etika Ahli UMNO iaitu membenarkan agennya memberi wang bagi pihaknya ketika pemilihan peringkat bahagian.

Berikutan itu, jawatan ketua bahagian di pangku oleh Datuk Mohd Fatmi Che Salleh (sekarang memang jawatan itu tanpa bertanding), manakala jawatan timbalan pengerusi diberikan kepada Datuk Dr Awang Adek Husin (dilantik oleh Pak Lah). Namun, statusnya sebagai Ahli Parlimen dikekalkan.

Inilah sikap tidak berhati-hati pemimpin bernama Zaid. Dia tidak menggunakan jawatan-jawatan yang diimpikannya sejak sekian lama itu sebaik mungkin. Dia lupa, ketika mula melangkahkan kaki kali pertama di Kota Bharu pada tahun 1994 adalah untuk merebut jawatan ketua bahagian, tetapi setelah mendapatnya, dia mengabaikannya.

Saya wartawan pertama dipilih oleh Zaid menerusi konconya untuk membantu beliau mempromosi kehadirannya di Kota Bharu dan hasratnya hendak terlibat dalam politik. Hasil daripada artikel dua muka surat itu (disiarkan pada tahun 1994), media cetak dan elektronik mula buka mata dan mendekati beliau.

Saya juga wartawan pertama yang banyak membantunya di Kota Bharu dan kemudian ke Tumpat ketika beliau menaruh keyakinan besar dipilih oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sebagai calon pilihan raya pada tahun 1999 (tetapi sehari sebelum nama calon diumumkan, namanya tiba-tiba dipadamkan daripada senarai itu) oleh pihak tertentu.

Ketika memegang jawatan timbalan pengerusi, beliau meminta pandangan saya mengenai bentuk program untuk dilakukannya. Saya kemudian mencadangkan agar dia membela nasib 500 peneroka di Ulu Kelantan yang ketika itu berhadapan masalah dengan kerajaan negeri. Akhirnya, usaha itu berjaya dan peneroka mendapat semula hak mereka menerusi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Ini semua adalah perjuangan murni Zaid, tetapi malangnya, dia gagal mengawal sikap gelojohnya menyebabkan dia kecundang di separuh jalan dan akhirnya meletak jawatan sebagai menteri pada 15 September lalu serta dipecat sebagai ahli UMNO oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 3 Disember lalu iaitu selepas 22 hari menerima surat tunjuk sebab dari UMNO berkaitan surat terbukanya kepada Pak Lah dan perjumpaannya dengan
Ahli-Ahli Parlimen berhubung desakan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pemecatan itu juga ada kaitan dengan beberapa tindakan beliau, termasuk menghadiri majlis perasmian Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Stadium Melawati, Shah Alam dan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Pulau Pinang yang turut dihadiri anggota Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang. (Siaran 7hb Disember 2008)

Sabtu, 6 Disember 2008

Jadual tugasan bulan ini

Berikut adalah tentatif jadual program latihan yang akan dijalankan sepanjang minggu ini untuk wartawan-wartawan baru Sinar Harian yang telah melapor diri pada hari ini (01/12/2008) sebagai rujukan semua.


ISNIN / 01 DEC 2008 / 11 am - 10 pm
Taklimat Pengenalan Kepada Sinar Harian
2 pm - 5 pm
Media dan Undang-undang: Pn Zuwita

SELASA / 02 DEC 2008 / 9 am - 1 pm
Bengkel Penulisan 1: En Jalil Ali

2 pm - 6 pm
Bengkel Penulisan 2: Pn Sri Diah

RABU / 03 DEC 2008 / 9 am - 6 pm
Bengkel Fotografi: En Izahar Atan

KHAMIS / 04 DEC 2008 / 9 am - 1 pm
Program ‘The road, the car and you’ (1): En Aslam

2 pm - 6 pm
Program ‘The road, the car and you ‘(2): En Syed

JUMAAT / 05 DEC 2008 / 9 am – 6 pm
Induksi

SELASA / 09 DEC 2008 / 9 am – 1 pm
Bengkel Gaya Penulisan SH 1: En Manzaidi


2 pm – 6 pm
Bengkel Gaya Penulisan SH 2: En Shahrudin

RABU / 10 DEC 2008 / 9 am - 12.45 pm
Bengkel Penulisan 3: Datuk Hafifi

2.30 pm - 6.00 pm
Bengkel ICT: Pn Erni

Azam oh azam

TAHUN 2008 ada dalam tiga minggu lebih saja lagi. Macam biasalah dalam edah ini saya terima banyak SMS dan emel dari kawan-kawan bertanyakan apakah azam baru untuk tahun 2009.

Saya termenung lama memikirkannya. Pernahkah selama ini saya ada azam? Menanam azam? Dan berazam? Setahu saya rasanya tak pernah. Sebab saya tidak tahu apa itu erti dan makna azam serta bagaimana hendak melaksanakannya.

Kawan saya kata, kalau seseorang itu tidak ada azam, maknanya dia tidak ada pendirian, haluan atau pegangan hidup. Betul ke? Itu yang bermain dalam kotak fikiran saya, dari dulu hingga kini.

Benarkah orang yang tidak ada azam seperti saya akan melalui kehidupan tidak bermakna? Bila difikir-fikirkan ada juga kebenaran itu, tetapi sedikit la, tidak banyak.

Bagaimanapun, saya bersyukur kerana dapat menghabiskan kehidupan saya dari setahun ke setahun dengan lengkap 365 hari. Tidak lebih, tidak kurang. Tahun berikutnya pun lengkap 365 hari. Begitulah untuk 365 hari dan 365 hari seterusnya sehingga menunggu genap 365 hari menjelang malam 31 Disember ini. Dan insya-Allah jika dipanjangkan umur, saya berhadapan lagi dengan 365 hari sepanjang 2009.

Kehidupan lengkap yang saya maksudkan ialah sepanjang melalui hidup ini saya pernah alami kekecewaan, hadapi penderitaan, melalui hari-hari gembira dan duka, sedih dan pilu, tempuhi setiap ujian, dugaan dan godaan. Semuanya ada pro dan kontra. Baik dan buruk.

Jadi, hari-hari yang dilalui itu mendorong saya untuk tidak menyimpan azam atau berazam. Saya bukan ego atau sombong kalau saya katakan, saya tidak ada azam setiap tahun. Saya akan laluan dan tempuhi apa yang berlaku pada hari-hari berkenaan.

Saya tidak pernah berazam untuk meningkatkan mutu kerja, sebab saya sentiasa melakukannya pada hari bekerja. Saya tidak pernah berazam untuk memiliki kekasih kerana ia datang dan pergi dengan sendiri, walaupun saya cuba mempertahankannya.

Saya juga tidak pernah berazam untuk menyambung azam tahun lalu, kerana saya sendiri tidak tahu apa azam saya tahun lalu. Jadi, saya seperti terkapai-kapai mencari erti dan makna azam. Apa itu azam sebenarnya dan apakah fungsi serta peranan azam.

Walaupun saya kurang arif mengenai azam, saya tidak pernah mentertawakan rakan-rakan yang menyatakan azam masing-masing. Malah, saya seronok setiap kali mendengar rakan-rakan berceritakan azam masing-masing. Sungguhpun begitu, saya masih kurang faham makna azam dan fungsinya pada setiap manusia.

Saya mula didedahkan dengan perkataan azam ini ketika memasuki alam persekolahan kira-kira 38 tahun lalu. Mulanya saya sangkakan azam itu sama seperti saya mengisi borang yang tertera: cita-cita anda. Saya pun tulislah askar (tentera) sebagai kerjaya pilihan saya bila besar nanti.

Tetapi setelah dewasa dan akil baligh, saya tidak jadi askar yang dapat pegang senapang, sebaliknya jadi heripoter (reporter) pegang pen. Apakah azam itu sama dengan cita-cita?

Ada kawan saya kata, apabila saya tanyanya. Dia jawab, dia berazam hendak menjadi orang yang baik dan dermawan. Tetapi sepanjang tahun yang dia nekad berazam itu, rasanya 15 peratus saja dia jadi baik, selebihnya hanya Tuhan saja yang tahu. Dia juga tidak pernah menunaikan azamnya hendak menderma. Pinjam duit saya adalah.

Azam apa itu sih?? Sampuk seorang rakan dari Indonesia. Sebab itulah saya tidak ada azam dan tidak pernah berazam.

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua rakan-rakan yang mengunjungi blog ini. Dan saya ingin sekali memohon berbanyak maaf kepada anak-anak ku di rumah kerana sepatutnya ayah mu pulang ke kampung untuk menyambut hari raya bersama mu, tetapi hasrat itu terpaksa dibatalkan kerana ayahmu baru menerima jadual kerja daripada pihak pengurusan syarikat minta ayahmu kendalikan bengkel gaya penulisan kepada wartawan baru pada 9hb Disember ini. Maafkan ayah ya sayang... Insya-Allah ayahmu janji akan pulang.

Khamis, 4 Disember 2008

Bengkel Gaya Penulisan Sinar Harian















Saya mengendalikan bengkel ini selama empat hari. Antara peserta ialah Editor, Penolong Editor, Senior Sub-Editor, Sub-sub Editor, Wartawan Kanan, Penolong Wartawan Kanan dan group grafik.

Rabu, 3 Disember 2008

Zaid Ibrahim dipecat?

SAYA langsung tidak terkejut apabila mendapat tahu Datuk Zaid Ibrahim dipecat daripada UMNO. Malah saya ketawa dan menganggap ahli UMNO di negara ini telah ditipu bulat-bulat oleh... sebenarnya saya tak tahu oleh siapa - sama ada oleh Zaid atau oleh pucuk kepemimpinan parti.

Kenapa saya tidak terkejut? Sebab Zaid sebenarnya bukan ahli UMNO. Mustahil rakyat tidak tahu kes yang dikenakan kepada Zaid selepas pemilihan parti tahun 2004? Zaid kan dikenakan tindakan gantung keahlian oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana didapati bersalah mengamalkan politik wang.

Sejak itu, jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu dipangku oleh timbalannya, Datuk Fatmi Che Salleh. Pada pertengahan tahun 2006, Zaid menerima surat jawapan daripada Lembaga Disiplin UMNO berhubung rayuan yang dibuat beliau. Keputusannya ialah Lembaga Disiplin UMNO tetap mengekalkan hukuman penggantungan keahliannya.

Jadi, sehingga kini Zaid Ibrahim BUKAN AHLI UMNO. Tidak ada bukti Zaid Ibrahim ahli UMNO. Tetapi yang peliknya kenapa Pak Lah tiba-tiba melantik Zaid sebagai Senator dan kemudian memberi jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri?

Kalau ditafsirkan, Zaid adalah seorang menteri yang bukan dalam kalangan ahli UMNO. Sama ada pucuk kepemimpinan sedar atau tidak atau pucuk kepemimpinan sedar, tetapi buat dono mengenai status Zaid.

Pada saya, tetap mengatakan Zaid BUKAN AHLI UMNO dan pemecatannya sebagai ahli UMNO langsung tidak mengejutkan saya kerana dia BUKAN AHLI UMNO.

Berikut dipaparkan berita hari ini mengenai tindakan ke atas Zaid:

UMNO pecat Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR 2 Dis. – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dipecat daripada UMNO berkuat kuasa serta merta ekoran beberapa tindakan beliau yang bertentangan dengan etika parti termasuk menghadiri perhimpunan parti pembangkang.

Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat malam ini juga turut menggantung keanggotaan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim selama tiga tahun kerana membuat kenyataan mengkritik parti.

Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini berkata, Zaid dipecat kerana menghadiri Perhimpunan Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ahad lalu selain tindakannya menghadiri beberapa program anjuran parti pembangkang.

“Pemecatan ini adalah muktamad dan tidak boleh merayu,” tegasnya.

Beliau memberitahu, Zahar pula digantung kerana beberapa tindakannya yang menimbulkan perkara sensitif dan boleh mencetuskan perbalahan dalaman.

Difahamkan antara sebab Zahar dipecat ialah kerana menyertai laman-laman web propembangkang dan melontarkan idea-idea yang bertentangan dengan prinsip parti.

Ditanya mengenai tindakan pemecatan terhadap Zaid, Abdullah berkata, tindakan tersebut adalah satu keperluan berdasarkan pada apa yang dilakukan oleh Zaid.

“Dalam UMNO kita tidak amal double standard. Lain orang, lain keputusan. Tindakan Zaid dengan kehadiran beliau di kalangan pemimpin parti pembangkang dalam majlis-majlis yang diadakan pembangkang dilihat sebagai menyalahi etika parti,” katanya.

Dalam pada itu, Abdullah menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah akan keluar daripada Barisan Nasional (BN) untuk menyertai pakatan pembangkang.

Menurutnya, pada pertemuan semalam Arif Shah menyatakan akan tetap setia bersama BN dan tidak berminat menyertai parti lain.

Mengenai pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Abdullah berkata, MT memutuskan supaya persiapan disegerakan dan badan-badan perhubungan UMNO negeri turut disaran membantu jentera pilihan raya parti.

Katanya, calon BN belum dapat ditentukan lagi dan tarikh pilihan raya kecil itu akan ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Isnin, 1 Disember 2008

Al-Fatihah
















Redha pemergian empat anak saya’- bekas KP Harakah

"Masuk yang ini (arwah Sajaratudul), sudah empat orang anak saya meninggal dunia. Mereka semua (pergi) mendahului saya dan kini hanya tinggal seorang (anak) sahaja... namun saya redha atas ketentuan Illahi.

Demikian ungkapan penuh pilu bekas Ketua Pengarang Harakah, Shuhaimi Mokhtar sebaik sahaja selesai menunaikan solat jenazah anak perempuannya, Sajaratudul, 29, di Masjid Damansara petang tadi.

Beliau memberitahu, anaknya itu meninggal dunia pada jam 5.35 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), akibat lemah jantung dan berada di sisi Sajaratudul sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir.

“Semalam dia sempat menunaikan solat Maghrib dan Isyak. Sepanjang tinggal di wad, dia tidak pernah meninggalkan solat, sampailah ajalnya ketika masuk waktu Subuh tadi,” katanya.

Kira-kira 150 orang menunaikan solat jenazah anak bekas Timbalan Pengarang Utusan itu dan jenazah Allahyarhamah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Ketika van jenazah berangkat ke perkuburan, Shuhaimi kelihatan tidak dapat menahan sebak dan menangis.

Sekilas Pandang

Tidak adil tuduh saya tidak adil

SAYA menerima beberapa panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada orang-orang yang saya percaya penyokong kuat dua gergasi Wanita UMNO.

Selama 24 tahun bekerja dengan surat khabar, saya tidak pernah menerima cacian, kecaman dan herdikan sehebat ini daripada orang UMNO, hanya semata-mata saya pertikaikan pemimpin sayap kanan parti itu minggu lalu.

Saya tidak melenting apabila seorang pemanggil menuduh saya ‘kurang cerdik’ apabila saya mempersoalkan sikap tidak sabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menunggu peralihan kuasa Jun tahun hadapan.

Saya juga tidak sakit hati, apabila seseorang mengirim SMS menyatakan saya tidak adil dalam menganalisis politik berhubung dua pemimpin itu. “Cetek benar minda saudara”, demikian ungkapan akhir SMS yang menggunakan talian Celcom dari negeri utara itu.

Nampak sangat mereka tidak berpuas hati dengan tulisan saya dalam Sekilas Pandang bertarikh 23 November lalu itu. Semua ini asam garam yang harus diterima dan dipikul oleh seseorang wartawan. Bukan mudah kita nak memuaskan hati semua pihak.

Apabila kita menulis mengenai kelemahan parti U, parti P bertepuk tangan, bersorak girang. Apabila kita memperkatakan kegagalan parti P, parti U pula melompat gembira. Masing-masing seronok mentertawakan orang.

Tetapi apabila terkena pada pada diri sendiri, merah padam muka dibuatnya. Melenting tak tentu pasal sehingga terkeluar segala sumpah seranah, yang sebelum ini tidak pernah dijangka. Pecahlah tembelang selama ini.

Saya langsung tidak berniat selekehkan mereka. Apa yang saya tulis itu berdasarkan logik akal, pemerhatian dan penelitian saya mengenai krisis yang berlaku dalam UMNO terutama Pergerakan Wanita.

Pada awal cerita, dua-duanya sudah capai kata sepakat, tetapi di pertengahan cerita, seorang daripadanya menafikan kata sepakat itu.

Kenapa? Itu yang bermain dalam fikiran dan saya terjemahkan dalam Sekilas Pandang Ahad lalu. Elok-elok kapal berlayar pada laluan betul, tidak semena-mena gatal tangan mengalih haluan. Bergeloralah jadinya.

Itu yang saya terjemahkan. Sekurang-kurangnya saya mengharapkan maklum balas, sama ada dalam bentuk negatif atau positif, pandangan atau cadangan, tetapi lain diharap, lain pula diterima. Cacian, maki hamun, celaan, herdikan dan kutukan yang saya dapat.

Tidak mengapa. Saya menerimanya dengan hati terbuka dan dada yang lapang. Ia sedikit pun tidak menjadi kudis gatal atau meninggalkan kesan parut pada saya. Yang bakal menerima musibah daripada perpecahan ialah parti dan ahli, bukan pemimpin dan bukan juga saya.

Bagi saya, segala cacian itu ada hikmah tersendiri kerana ia akan menambahkan lagi ilmu atau pengetahuan saya mengenai tabiat manusia terutama dalam kelompok politik.
Orang politik selalunya tidak boleh ditegur.

Mereka anggap apa yang mereka buat semuanya betul. Hulur duit supaya undi seseorang pun dianggap amal jariah, bukan politik wang. Mencetuskan pertandingan pun dianggap demokrasi, walaupun akan menggalakkan perpecahan.

Ramai tidak mahu menerima teguran , walaupun ada yang buat-buat tidak faham. Mereka tuduh saya membantu Rafidah. Siapalah saya hendak membantu pemimpin itu. Beliau tidak pernah kenal saya dan saya pun tidak pernah bersua muka dengannya, kecuali kali pertama dan terakhir di pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) pada tahun 1995.

Begitu juga Shahrizat. Kali pertama dan terakhir saya bersua dengannya Disember 2005. Ketika itu beliau berkempen membantu calon BN, Hanapi Mamat dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir, Kelantan. Kami tidak pernah pun berkomunikasi. Jadi, dua-duanya bukan pemimpin idola saya. (Siaran 01hb Dis 2008)