KOTA BAHARU: Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskan ahli perniagaan Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff daripada pertuduhan menyembur bahan pemedih mata ke arah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2006.
Hakim Datuk Mariana Yahya membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Nik Sapeia terhadap keputusan Mahkamah Majistret Kota Baharu yang menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadapnya pada 14 Januari 2010.
Dalam penghakimannya, Mariana berkata Majistret Azman Mustafa telah khilaf daripada segi fakta dan undang-undang apabila mensabitkan Nik Sapeia dengan pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
"Tugas perayu adalah menimbulkan keraguan terhadap kes dan perayu telah mewujudkan keraguan tersebut," katanya.
Sejurus keputusan itu dibacakan, Nik Sapeia dilihat mengalirkan air mata dan memeluk panel peguamnya yang diketuai Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah, anggota keluarga dan penyokong yang memenuhi galeri awam mahkamah.
Mengikut pertuduhan, selain Dr Mahathir, Nik Sapeia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Datuk Ibrahim Ali, 60, Mohd Nasir Muda, 50, dan Suberi Sahidan, 52, di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, pada 11 pagi, 28 Julai 2006.
Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun, atau denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Nik Sapeia turut diwakili peguam Datuk Ramli Yusoff, Badrul Munir Bukhari, Y.Sheelan Samugam dan Zainul Abidin Mustaffa manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abdul Ghani dan Lailawati Ali.
Ditemui selepas itu, ahli perniagaan tersebut bersyukur kerana berjaya dalam rayuannya dan berjanji akan terus memperjuangkan hak rakyat Kelantan selepas ini melalui penyertaan dalam politik.
Bagaimanapun, Nik Sapeia, yang juga Naib Presiden PPP, tidak berhasrat mendakwa pihak yang dikatakan menganiaya dirinya.
"Saya tidak akan mendakwa mana-mana pihak itu, sebaliknya akan bertemu di akhirat kelak," katanya. BERNAMA
Ahad, 29 Januari 2012
Khamis, 26 Januari 2012
Akhbar Israel mahu Obama dibunuh
"Israel perlu menghantar ejen Mossad untuk membunuh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama kerana mengamalkan dasar anti Israel," kata pemilik sebuah akhbar Yahudi Amerika, kelmarin.
Penerbit akhbar The Atlanta Jewish Times, Andrew Adler dalam kolumnya di akhbar itu pada 13 Januari lalu memberi alasan tindakan itu wajar kerana Obama mengancam negara Yahudi itu.
"Beri arahan bunuh Presiden Amerika supaya Israel terus wujud jika beliau mengambil tindakan demi kepentingan Israel," kata Adler.
Malah, dia juga percaya idea itu walaupun sukar difahami, tentu sudah dibincangkan pemimpin tertinggi Israel.
"Sejauh mana anda sanggup bertindak untuk menyelamatkan tujuh juta nyawa Yahudi, Kristian dan Arab? Anda perlu yakin, seperti juga saya sendiri bahawa setiap tindakan perlu dipertimbangkan," kata Adler lagi.
Berita mengenai gesaan Adler itu dimuatnaik ke internet oleh laman web Gawker dan segera mendapat tumpuan media Amerika dan antarabangsa.
Ia disusuli laporan yang memetik Speaker Dewan Undangan Negeri Kansas, Mike O’ Neal berharap Obama akan pendek umur.
Adler kemudian menyuarakan rasa kesal selepas menerima banyak kecaman.
"Saya amat kesal atas pandangan itu. Saya tidak sepatutnya memberi pandangan itu," katanya sambil berjanji menyiarkan permintaan maaf dalam edisi akhbar seterusnya.
Adler juga memberitahu Gawker bahawa dia menyiarkan pandangan itu untuk melihat reaksi pembaca, tetapi tidak sama sekali menyokong tindakan terhadap Obama atau mengetahui sekiranya Israel menimbangkannya. – Agensi

Rabu, 25 Januari 2012
Titik Tengah Semenanjung
PERNAHKAH anda terfikir di manakah kedudukan sebenar titik tengah Semenanjung Malaysia serta apakah kepentingannya kepada negara dan penduduk setempat? Sebelum ini, ada dua pendapat popular mengenai kedudukan sebenar titik tengah Semenanjung Malaysia iaitu di daerah Lipis dan Kampung Kertau, Maran di Pahang.
Kampung Belimbing yang terletak di Lipis dianggap titik tengah Semenanjung Malaysia sejak pemerintahan Inggeris lagi. Malah, jika berkunjung ke lokasi ini, anda boleh menemui batu penanda `0' kilometer yang menjadi rujukan jarak ke seluruh negeri di Semenanjung.
Bagaimanapun, penentuan titik tengah pada era itu dikatakan tidak begitu tepat. Ini kerana ia sekadar menjadi titik rujukan pemerintah Inggeris dan bukannya titik sebenar.
Pada masa sama, Kampung Kertau di Maran pula dikatakan sebagai titik tengah sehingga menimbulkan pertikaian di kalangan ahli akademik yang gagal mencapai kata putus mengenai kedudukan sebenar titik istimewa ini.
Namun, sehingga 2009, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) melakukan kajian komprehensif untuk menentukan titik tengah sebenar Semenanjung Malaysia dengan menggunakan beberapa kaedah.
Bekas Pegawai Daerah Temerloh, Datuk Sallehuddin Ishak berkata, JUPEM menggunakan tiga kaedah untuk menentukan lokasi sebenar titik tengah Semenanjung Malaysia iaitu berdasarkan rupa bentuk muka bumi tanah Semenanjung, pengiraan jisim dan kaedah matematik.
Sallehuddin berkata, mengikut kaedah pengukuran rupa bentuk muka bumi, JUPEM melakukan pengiraan dengan menghubungkan titik-titik pada bahagian paling hujung Semenanjung menggunakan garisan di mana titik tengah Semenanjung Malaysia dikenal pasti berdasarkan pertemuan garisan berkenaan.
Sallehuddin yang kini Timbalan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan (Kemajuan Pengurusan Dan Perundangan Tanah), Ibu Pejabat Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian berkata, mengikut kaedah itu, titik pertemuannya ialah pada kedudukan x bersamaan 469053.344 dan y (464283.582) iaitu di Hutan Simpan Ulu Cheka, Lipis.
“Mengikut kaedah kedua pula, pengiraan jisim secara abstrak dengan mengandaikan kedudukannya pada x bersamaan 63626.711462 dan y (446971.55564) iaitu di Jerangsang, Benta, Lipis,” katanya kepada sisipan Rona baru-baru ini.
Sallehuddin berkata, kaedah ketiga melalui pengiraan matematik iaitu menghubungkan titik paling jauh dengan titik paling dekat menggunakan 37,371 titik.
Menurutnya, pada akhir pengiraan, titik tengah dikenal pasti pada kedudukan x bersamaan 469519.6934 dan y (386338.7621) iaitu di Kampung Paya Siput, Lanchang, Temerloh.
"Berdasarkan tiga kaedah itu, JUPEM menyerahkannya kepada kerajaan negeri untuk pertimbangan selanjutnya.
"Sehubungan itu, kerajaan negeri memutuskan cara terbaik menentukan titik tengah ialah berasaskan kepada keputusan yang boleh dicabar secara saintifik supaya ia dapat dibuktikan dan lebih praktikal," katanya.
Beliau berkata, penentuan itu juga dibuat dengan mengambil kira kedua-dua lokasi terdahulu yang menggunakan kaedah rupa bentuk muka bumi dan pengiraan jisim terletak di kawasan hutan dan sukar dikunjungi.
Malah, dari segi `common sense', kedudukan Lanchang, Temerloh memang terletak di antara Lipis dan Maran.
Selain itu, mengambil kira kedudukan stesen Pusat Remote Sensing Negara (MACRES) dan PULARES yang secara strategiknya terletak di Temerloh, ia bagai sokongan kuat membuktikan lokasi ini terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia.
Dari segi jarak perjalanan, Temerloh terletak tengah-tengah iaitu antara Kuantan dan Kuala Lumpur atau antara pantai barat dan timur.
Sehubungan itu, daerah Temerloh yang sebelum ini popular sebagai `bandar ikan patin' juga bakal dikenali sebagai bandar `titik tengah Semenanjung Malaysia' serta dapat membawa banyak manfaat kepada penduduk tempatan.
Sementara itu, pengiktirafan Temerloh sebagai daerah titik tengah Semenanjung Malaysia bukan saja menamatkan perdebatan di kalangan ahli akademik, malah secara langsung memberi kelebihan kepada daerah ini dalam menarik pelancong.
Bandar Temerloh yang sekian lama terkenal dengan jolokan `bandar ikan patin' sudah cukup membuatkan penggemar ikan sungai berkunjung ke bandar ini untuk menikmati keenakan masakan spesies ikan ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Sharkar Shamsuddin, berkata titik tengah Semenanjung Malaysia yang dikenal pasti terletak di Kampung Paya Siput, Lanchang sudah tentu menjadi tarikan untuk pengunjung melawat Temerloh yang sebelum ini terkenal dengan produk pelancongan alam sekitar.
"Tarikan terbaru ini boleh menjadi pelengkap kepada destinasi pelancongan sedia ada seperti Gunung Senyum; Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah; Santuari Rusa di Bukit Rengit dan Lembah Harimau," katanya.
Sharkar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri berkata, kedudukan Kampung Paya Siput terletak di antara Sungai Kepong dan Kampung Bongsu.
"Ia dikenal pasti sebagai titik tengah Semenanjung Malaysia berdasarkan pengiraan matematik oleh JUPEM," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, pengisytiharan Kampung Paya Siput, Lanchang sebagai lokasi titik tengah Semenanjung Malaysia mempunyai signifikan tersendiri.
"Bagaimanapun, apa yang lebih penting ialah penduduk setempat perlu merebut peluang yang ada dengan bertindak secara proaktif membabitkan diri mempromosikan kawasan mereka.
"Mereka tidak boleh mengharapkan kerajaan semata-mata untuk menyediakan prasarana sebaliknya memanfaatkan peluang seperti menjual cenderahati bermotifkan titik tengah kepada pelancong," katanya.
Shafik berkata, kerajaan boleh membangunkan Temerloh tetapi akhirnya penduduk setempat perlu mempunyai kesedaran dan tanggungjawab memeliharanya.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Datuk Tarif Abdul Rahman berkata, pihaknya merancang membangunkan beberapa kemudahan di kawasan istimewa itu.
"Sudah tentu kita mahu kawasan itu mempunyai kemudahan untuk pelancong termasuk aktiviti penjualan cenderahati dan rekreasi bagi menjadikannya menarik.
"Kita juga merancang mendirikan monumen atau mercu tanda yang boleh meninggalkan kenangan kepada pelancong," katanya.
Tarif berkata, kedudukannya di kawasan Kampung Paya Siput cukup menarik kerana ia mempunyai penempatan kampung tradisional dan kemudahan asas yang lengkap.
Penduduk tempatan nanti limpahan
PENDUDUK Kampung Paya Siput, Lanchang, yakin pengiktirafan kawasan perkampungan itu sebagai titik tengah Semenanjung sudah tentu memberi makna yang mendalam kepada mereka.
Walaupun ia tidak merubah wajah kampung itu dalam sekelip mata, mereka percaya kawasan itu akan lebih dikenali dan menjadi sebutan kerana kedudukannya yang begitu unik berbanding tempat lain di negara ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Rantau Panjang, Zainal Abidin Mat Taha berkata, Kampung Paya Siput adalah antara tiga kampung yang terletak di bawah pentadbiran JKKK Kampung Rantau Panjang selain Kampung Bukit Wau dan kampung Orang Asli Bukit Licin.
"Lebih menarik, titik tengah sebenarnya terletak betul-betul di bawah sebuah pondok di pusat pengajian agama, Madrasah Darul Ulum yang diusahakan Sabaruddin Othman sejak lima tahun lalu.
"Sehubungan itu, kami berharap pihak Pejabat Daerah dan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) akan membangunkan kawasan terbabit untuk menjadikannya sebagai tarikan pelancongan ke negeri ini," katanya.
Zainal Abidin berpendapat, suatu mercu tanda perlu dibangunkan di kawasan itu bagi membolehkan orang ramai sama ada penduduk setempat atau pelancong luar tahu kedudukan sebenar titik tengah berkenaan.
Selain itu, beliau berkata, beberapa kemudahan lain juga boleh disediakan di kawasan terbabit seperti jalan masuk, tempat jualan cenderahati dan ruang perniagaan yang boleh dimanfaatkan penduduk setempat.
Bagi Sabaruddin, 43, beliau tidak keberatan membenarkan sebahagian tanahnya dibangunkan untuk kepentingan awam kerana percaya pemilihan kawasan itu ada hikmah tersendiri.
"Saya tidak mahu mengambil kesempatan di atas perkembangan ini, sebaliknya menerima apa juga keputusan pihak berkuasa tempatan.
"Saya difahamkan, titik tengah yang dimaksudkan itu terletak betul-betul di bawah satu daripada pondok yang digunakan sebagai asrama oleh penghuni madrasah ini. Apa yang saya tahu, pihak berkuasa bercadang mewartakannya untuk dibangunkan dengan prasarana.
"Cuma, saya berharap beberapa pondok yang berada dalam lingkaran titik itu dapat dialihkan ke tempat lain yang lebih sesuai," katanya.
Madrasah Darul Ulum kini mempunyai kira-kira 100 penghuni termasuk dari kalangan remaja, anak yatim dan pasangan warga tua yang ingin mendalami ilmu agama secara percuma.

Selasa, 24 Januari 2012
Berhenti sokong Anwar selepas tonton video seks
KUALA LUMPUR: Osman Ishak, bapa bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhenti daripada menyokong Ketua Pembangkang itu selepas menonton video seks yang didakwa mirip penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkenaan dengan membuat kesimpulan bahawa ada asas individu terbabit boleh melakukan perkara yang lebih menjijikkan.
Penyokong tegar Anwar sejak di bangku sekolah dan pernah menjadi Ketua Perhubungan PKR Pahang, manakala anaknya, Rahimi pernah bertugas dengan Anwar itu berkata, video seks yang didedahkan oleh 'Datuk T' dan kemudian disiarkan menerusi blog juga menukar pendiriannya terhadap Anwar.
"Akal saya tidak dapat mencari satu ciri pun si pelaku itu bukan orang yang diperkatakan. Semua yang saya saksikan, dari segi fizikal dan gerak gerinya semua sangat menyamai seorang individu... itulah kesimpulan saya,” katanya dalam temuramah yang disiarkan sebuah akhbar Mingguan Malaysia, kelmarin.
“Tambahan pula apabila melihat dolak-dalih mereka sekeluarga dalam isu jam tangan yang tidak meyakinkan, kelihatan mereka sangat gelabah. Rasa kemungkinan besar betul, mungkin ada merit untuk kes terdahulu. Video itu mendorong saya tinggalkan PKR dan hilang kepercayaan terhadap ketuanya. Saya boleh tengok sendiri berbanding sebelum ini yang hanya mendengar dari cerita orang saja,” katanya yang dipetik oleh akhbar berkenaan.
Osman berkata, taksub terhadap Anwar menyebabkan beliau pernah berbalah dengan anaknya, Rahimi, yang pernah menjadi Setiausaha Sulit Anwar selepas anaknya menceritakan perilaku ketuanya.
“Bila Rahimi beritahu dia meninggalkan Anwar (meletakkan jawatan), saya sangat terkejut, apatah lagi alasannya adalah sama seperti apa yang berlaku kira-kira 10 tahun lalu yang saya anggap konspirasi dan perbuatan zalim, kini kena pula kepada kawan Rahimi.
“Kebetulan selepas Rahimi menceritakan sebab (mengapa dia berhenti), dia membawa ke satu perjumpaan yang mendedahkan banyak cerita mengenai individu sama. Dari detik itu, hati saya berubah 99 peratus dan meninggalkan PKR serta pembangkang.
“Keputusan mahkamah, baru-baru ini semakin melegakan saya kerana kini kesimpulan yang saya buat adalah betul. Ini kerana sejak hari pertama hingga penghujung kes, teori konspirasi ini dicanangkan bagi mengaburi mata rakyat, tetapi keputusan mahkamah sebaliknya.
“Bagi orang yang berfikir, sudah tentu mereka memahami apa yang sebenarnya berlaku dan siapa yang sebenarnya berkonspirasi. Ini persepsi saya, tapi selepas keputusan mahkamah, saya menolak 100 peratus PKR dan pembangkang,” katanya.
Rahimi sebelum ini turut menggemparkan PKR apabila mendedahkan dia dipaksa untuk memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam konspirasi terhadap Anwar berhubung kes liwat.

Isnin, 23 Januari 2012
Ehem hemm Adam... ada apa apa ke ni?
“Kecik-kecik dulu tak nak mampus… bila dah besar, menyusahkan orang…” demikian dialog si Benggali dalam sebuah filem lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
Kata-kata itu, walau bunyinya agak kasar dan keras, jika dihayati, ia mempunyai makna yang mendalam. Anak-anak sedemikian adalah jenis yang gagal dididik dan diasuh sejak kecil. Apabila dewasa, lagilah tidak berguna. Kehidupan sehariannya asyik menyusahkan ibu bapa dan masyarakat sekeliling sahaja.
Itulah yang penulis nak paparkan kali ini. Mengenai seorang budak hingusan bernama Adam. Budak ini apabila meningkat remaja dan dihantar ke pusat pengajian tinggi, kerjanya bukan nak belajar sungguh-sungguh sebagaimana harapan kedua ibu bapanya.
Sebaliknya, nak cuba jadi hero atau jaguh dengan melawan pemimpin dan kerajaan. Tugasan seharian di pusat pengajian tinggi ialah memikirkan bagaimana nak bantu parti pembangkang melawan kerajaan.
Ketika usia penulis masuk tujuh tahun kira-kira lebih 40 tahun lalu, mak ayah penulis selalu berpesan, “kalau kau mahu jadi manusia berguna, sempurna dan dihormati, kau belajarlah rajin-rajin dan manfaatkan sepenuhnya masa belajar untuk menimba ilmu.”
Mak ayah juga selalu berkata, “anak yang baik tidak tinggalkan solat, tidak derhaka kepada orang tua dan pemimpin negara serta rajin menuntut ilmu.” Katanya, jika penulis patuh kepada empat perkara itu, insya-Allah penulis akan menjadi manusia berguna dan hidup penulis diberkati Allah.
Setelah tempoh belajar selama 15 tahun habis, penulis tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan. Ini kerana rekod pencapaian akademik penulis dan keperibadian penulis sangat baik dan cemerlang.
Ketika menuntut di universiti selama empat tahun pun, penulis tidak terlibat dalam politik kampus dan parti, walaupun penulis boleh sangat untuk terlibat dan menjadi ketua pemimpin pelajar ketika itu. Tetapi kerana berpegang teguh kepada pesanan orang tua, penulis lupakan.
Kata-kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bahawa, “masa belajar sangat singkat di universiti iaitu tiga hingga empat tahun. Selepas itu mereka ada 50 tahun berpolitik…” bukan benda baru. Ia sudah diberi peringatan oleh mak ayah penulis sejak lebih 40 tahun dulu lagi.
Penulis sekadar mendengar nasihat itu dan simpan dalam hati sebagai persediaan untuk dijadikan panduan dan pedoman. Dan setelah empat tahun melalui pengalaman sebagai pelajar di universiti, barulah penulis tahu, kata-kata @ nasihat mak ayah itu adalah tepat dan benar.
Bayangkan, dalam tempoh itu penulis menghadapi seribu satu dugaan dan ujian yang berbentuk ajakan menyertai politik pembangkang, hasutan supaya membenci kerajaan, kata-kata nista dan dusta terhadap pemimpin negara serta bermacam-macam lagi.
Ketika itu, kalaulah penulis jenis lemah semangat dan mengabaikan nasihat mak ayah, sudah tentu penulis tidak akan jadi penulis seperti sekarang. Dah tentu penulis jadi seperti Adam, seperti bekas-bekas pelajar yang seotak dengan Adam.
Tapi syukur Alhamdulillah, penulis tidak terjerumus ke lembah ajakan syaitan. Penulis lupakan ajakan iblis-iblis supaya menyertai politik pembangkang. Politik yang melalaikan. Penulis kuatkan semangat dan tumpu kepada pelajaran.
Lagipun, mak ayah selalu kata… “masa belajar empat dan lima tahun saja. Lepas belajar, dah dapat ijazah nanti, kau nak terlibat dalam politik sehingga mati pun terlibatlah… tak ada orang nak larang, tak ada orang nak tegah.”
Jadi, kata-kata Tun Mahathir itu bukan lagi nasihat baru. Beliau hanya cuba mengulangi dan memperbaharuinya sepanjang masa memandangkan ramai ibu bapa lalai dan cuai mendidik anak-anak mereka yang sedang menuntut di universiti.
Penulis ketika ini tertanya-tanya akan reaksi ibu bapa Adam apabila mendapat tahu anak lelakinya terlibat dalam politik bodoh di kampus. Terdahulu penulis nak minta maaf kepada mak ayah Adam kerana melibatkan mereka dalam tulisan ini.
Sebenarnya, tujuan penulis tertanya-tanya mengenai reaksi mak ayah Adam itu kerana penulis tak dapat bayangkan akan reaksi dan hukuman yang bakal penulis terima daripada mak ayah penulis kalau Adam itu adalah penulis.
Yang penulis tahu, pertamanya, sudah tentu mereka terkejut dan menangis. Kedua, mereka akan berasa malu kepada jiran-jiran yang melihat tingkah laku anaknya (penulis) dipaparkan di media-media. Ketiga, tak cukup tanah penulis dimarahinya kerana ingkar pada nasihat dan peringatan mereka.
Keempat, sudah tentu mereka kecewa kerana banyak wang dihabiskan untuk perbelanjaan penulis, telah penulis sia-siakan begitu saja. Kelima, mereka sedih akan nasib dan masa depan penulis.
Adakah reaksi mak ayah Adam sama seperti reaksi mak ayah penulis? Dan adakah mak ayah Adam seperti mak ayah penulis yang selalu memberi peringatan, teguran dan nasihat kepada penulis supaya apabila masuk universiti nanti beri tumpuan kepada pelajaran, bukan main-main benda yang tak berfaedah?
Adakah mak ayah Adam seperti mak ayah penulis? Dan adakah Adam sendiri sama seperti penulis? Dah tentu jauh api dari panggang. Mentaliti penulis bukan seperti mentaliti Adam.
Mentaliti penulis ketika lebih 40 tahun lalu adalah belajar, memikirkan bagaimana nak jaga nama baik diri dan keluarga serta bercita-cita mahu menjadi manusia berguna kepada keluarga, diri sendiri, masyarakat dan negara.
Mentaliti manusia seperti Adam mungkin tidak ‘sekolot’ pemikiran penulis. Sebab itu, mereka gagal di tengah jalan. Keluar universiti bukan dengan segulung ijazah atau Sarjana Muda tetapi dengan sekeping surat amaran, surat teguran atau notis pembuangan dari universiti.
Sebab itu, kalau nak dibandingkan kualiti mahasiswa keluaran lebih 40 tahun lalu jauh lebih bermutu berbanding siswazah keluaran masa kini. Macam mana kualitinya, fikir-fikir sendirilah. Adam adalah klunya.

Sabtu, 21 Januari 2012
Anwar bebas? Oh belum tentu!!!
NOTE: Anwar Ibrahim sedang berseronok di luar sana. Merata-rata tempat dan ceruk beliau pergi, beliau memberitahu kepada penyokong dan pengikut tegarnya yang beliau tidak bersalah.
Katanya, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan bahawa tidak ada bukti kukuh untuk mensabitkan beliau atas tuduhan meliwat. Dengan itu, beliau dilepas dan dibebaskan.
Dalam ceramah-ceramah politiknya, Anwar masih dan tetap menganggap kononnya kes dia main sama sejenis itu adalah konspirasi kerajaan BN yang antara lain nak membunuh karier politiknya.
Beliau langsung tidak memberitahu kepada pengikut dan penyokong tegarnya bahawa kejadian liwat antara dia dengan Mohd Saiful sebenarnya tidak ada yang tidak benar, melainkan benar-benar berlaku. Cuma keputusan mahkamah adalah kesilapan teknikal.
Hari ini, Pejabat Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan beliau. Maknanya, beliau akan berulang alik lagi ke mahkamah untuk proses yang lebih adil.
KUALA LUMPUR 20 Jan. – Pejabat Peguam Negara hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Pendaftar, Halilah Suboh ketika dihubungi pihak media, yang turut menyatakan notis tersebut difailkan di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi, Bahagian Jenayah kira-kira pukul 4.30 petang ini.
Notis rayuan tersebut difailkan oleh Ketua Unit Rayuan, Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Manoj Kurup.
Difahamkan notis tersebut ditandatangani oleh Peguam Cara Negara, Datuk Idrus Harun yang pernah mengetuai pasukan pendakwaan kes liwat tersebut semasa Anwar pertama kali didakwa di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008.
Akta Mahkamah Kehakiman 1964 menetapkan bahawa notis rayuan perlu difailkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan, dan dalam kes ini keputusan dibuat pada 9 Januari lalu.
Mengikut Seksyen 52(1) akta tersebut, apabila notis rayuan difailkan, hakim yang membuat keputusan itu hendaklah, jika belum menulis penghakimannya, merekodkan secara bertulis alasan keputusannya, dan penghakiman bertulis atau alasan keputusan itu hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod prosiding itu.
Pada 9 Januari lalu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan untuk melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan yang dihadapinya selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari.
Beliau menetapkan demikian setelah berpendapat bahawa adalah tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).
Ketika membaca penghakimannya, hakim itu menyatakan, selepas meneliti bahan bukti, mahkamah tidak boleh seratus peratus pasti bahawa integriti sampel DNA yang diambil daripada saksi pendakwa pertama, iaitu Mohd. Saiful Bukhari tidak terjejas.
Ini, menurut Hakim Mohamad Zabidin, menyebabkan mahkamah hanya mempunyai keterangan Mohd. Saiful Bukhari.
Namun beliau berkata, di peringkat pembelaan bagi kesalahan seksual, mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan Mohd. Saiful Bukhari tanpa bukti sokongan lain.
Anwar, 64, dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan sekiranya disabitkan bersalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.
Beliau pernah dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 2000 setelah didapati bersalah meliwat bekas pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar tetapi empat tahun kemudian, hukuman dan sabitan tersebut berjaya diketepikan di Mahkamah Persekutuan pada 5 September 2004.

Selasa, 17 Januari 2012
Parasit oh PASrahSit
NOTE: Seperti yang saya katakan sebelum ini, dalam barisan kepimpinan Pas hari ini ada sekurang-kurangnya 80 peratus orang-orang yang berkefahaman ideologi Anwarise. Mereka ini masuk ke dalam Pas bukan kerana tertarik dengan perjuangan parti itu, tetapi berasakan itulah parti yang terbaik untuk mereka takluk dan jajah secara senyap.
Sekarang mereka berjaya menawan Pas dan mengemudi parti yang sebelum ini memperjuangkan Islam itu mengikut acuan mereka. Ada yang bertanya, Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi Awang tidak tahukah parti yang mereka perintah selama ini itu telah dijajah oleh puak-puak berkefahaman Anwarise?
Jawapannya, Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi Awang memang tahu. Mereka berdua memang tahu dan sedar pun majoriti barisan kepimpinan Pas terdiri daripada puak-puak parasit yang berkefahaman Anwarise.
Tetapi kenapa Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi Awang tidak bertindak menyelamat Pas daripada serangan parasit ini? Mana mungkin kedua-dua pemimpin itu nak bertindak, sebab inilah masa dan peluangnya untuk Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi Awang nak membalas dendam ke atas Umno.
Selama ini 'Dua Abdul' ini memendam rasa. Nak balas dendam tak kesampaian sebab tidak ada kemampuan dan keupayaan. Sekarang dengan membawa masuk parasit Anwarise ini, segala impian, hasrat dan cita-citanya hendak menjatuhkan Umno akan tercapai.
'Dua Abdul' ini tidak perlu memerah otak untuk merancang strategi memusnahkan Umno. Cukup dengan mereka hanya mengeluarkan arahan atau perintah memecat atau menyingkirkan mana-mana pemimpin Pas yang dilihat mengganggu usaha puak-puak Anwarise hendak menghancurkan parti Melayu itu.
Inilah yang kita lihat sekarang. Kenapa Datuk Dr Hassan Ali dipecat? Kerana bekas Exco dan ADUN Sri Gombak ini menunjukkan sikap tidak minat kepada Anwar. Siapa yang memecatnya? Sudah tentulah datang daripada arahan Dua Abdul ini.
Ikuti temubual pihak media dengan Datuk Dr Hassan Ali:-
SEPERTI yang telah saya nyatakan sebelum ini, saya terperanjat dan bersedih dengan keputusan drastik yang dibuat oleh pimpinan tertinggi parti. Setahu saya, apa juga perbezaan pendapat di antara saya dengan parti telah pun diharmonikan dan dianggap selesai.
Saya telah dijemput menemui ketiga-tiga pimpinan tertinggi parti itu Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr.Haron Din dan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Pertemuan yang penuh kemesraan itu berlangsung di Kota Bharu pada 27 Disember 2011.
Tuan Guru Mursyidul Am menyatakan rasa terharu beliau dengan tindakan memohon maaf saya kerana menarik balik kenyataan yang boleh menyinggung ahli dan penyokong Pas. Atas nama Pertemuan Mahabbah, beliau telah mencadangkan diadakan kenduri besar di peringkat Pas pusat dengan ahli-ahli menyumbang untuk menyatakan kenduri tersebut. Di pihak beliau sendiri, kenduri kecil telah diadakan di JKR 10 sempena Pertemuan Mahabbah tersebut.
Kes melibatkan saya dengan parti telah diharmonikan dengan sepenuhnya. Bagi saya pemecatan saya sebagai ahli Pas adalah kerana saya menyentuh kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Himpunan 901.
Saya telah menasihatkan ahli-ahli Pas khususnya mahasiswa dan mahasiswi supaya tidak menghadiri himpunan tersebut. Kes tersebut adalah kes peribadi melibatkan seorang pemimpin. Bagi saya mahasiswa dan mahasiswi sepatutnya menumpukan perhatian kepada pengajian berikutan dengan minggu peperiksaan yang sedang berjalan ketika itu.
Perlu disebutkan kenyataan saya dilihat selari dengan kehendak Presiden Pas sendiri yang tidak menggalak dan tidak juga melarang ahli menyertai perhimpunan tersebut.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali melenting dengan kenyataan tersebut dan meminta pucuk pimpinan Pas segera memecat saya. Keesokan harinya Jawatankuasa Pas Pusat bersidang dan memutuskan secara drastik bahawa saya telah dipecat daripada menjadi ahli Pas tanpa memberi peluang kepada saya membela diri terhadap tuduhan-tuduhan yang saya sendiripun tidak dimaklumkan sehingga hari ini.
Pemecatan saya itu tidak menggunakan prosedur yang biasa diamalkan oleh mana-mana pertubuhan termasuk pertubuhan politik. Lazimnya tertuduh diberi peluang untuk membela diri terhadap tuduhan-tuduhan bertulis yang dikenakan kepada pihak tertuduh.
Bagi saya, Pas pusat yang sepatutnya mengamalkan prinsip-prinsip Islam dalam berorganisasi telah tidak mematuhi prinsip-prinsip tersebut di atas. Jelas keputusan itu dibuat secara autokratik dan menyimpang daripada asas-asas mengurus manusia dalam organisasi mengikut prinsip-prinsip Islam.
Saya yakin Presiden Pas dan lain-lain pimpinan ulama faham tentang asas-asas disiplin melibatkan manusia dalam organisasi berpandukan kepada Islam tetapi pengaruh golongan parasit dalam Pas begitu kuat sehingga pucuk pimpinan terpaksa tunduk kepada mereka.
Inilah yang sedang berlaku dalam Pas. Golongan parasit dengan jumlah yang lebih besar dan menggunakan strategi yang licik telah berjaya mengubah arah tuju Pas termasuk dalam kes pemecatan saya ini.
Saya hairan dan cuba mencari hujah yang digunakan oleh pimpinan Pas waktu membuat keputusan memecat saya. Pemecatan saya bukan atas dasar kesilapan yang saya lakukan yang telah pun diharmonikan tetapi semata-mata menegur pimpinan PKR yang menghadapi kes mahkamah yang saya katakan bersifat peribadi. Saya juga hairan bagaimana Pas boleh tunduk dengan tekanan dari PKR yang meminta saya dipecat. Apakah Pas sudah hilang maruah?
Saya dihujani dengan panggilan telefon, pesanan ringkas dan kunjungan bertali arus untuk menanyakan sama ada saya akan membuat rayuan terhadap pemecatan saya itu. Saya masih memerlukan masa untuk mendengar berbagai pendapat daripada sahabat-sahabat khususnya teman-teman ulama saya.
Saya masih sayangkan Pas terutama perjuangan Pas yang asal. Tetapi saya perlu membuat keputusan yang adil untuk diri saya, adil untuk keluarga saya, adil untuk masyarakat dan adil untuk umat seluruhnya. Lebih daripada itu, saya mahukan keputusan saya itu membantu saya mengagungkan Islam, mengangkat martabat bangsa Melayu dan mendaulatkan institusi Raja.
Dalam apa keadaan pun saya telah dan akan terus berjuang baik di dalam mahu pun di luar Pas. Peluang dan ruang terbuka untuk saya, tidak sesempit seperti yang dijangkakan oleh sesetengah pihak, akan saya gunakan sepenuhnya. Saya gembira hidup untuk Islam dan saya reda mati untuk Islam.
Pagi ini saya menerima surat dari Istana memaklumkan tentang pengguguran saya sebagai ahli Exco berkuat kuasa mulai 16 Januari 2012. Di peringkat ini, saya merasakan bahawa tarikh pengguguran itu sebenarnya bercanggah dengan kuatkuasa keahlian saya sebagai ahli Pas yang sepatutnya tamat pada hari akhir tempoh rayuan. Saya tidak ada masalah atas pengguguran sebagai ahli Exco ini.
Sebenarnya saya telah menulis surat kepada Menteri Besar untuk memohon bercuti sehingga hari tamat tempoh rayuan dan Menteri Besar telah pun meluluskan cuti saya itu. Ini bermakna pelucutan saya sebagai ahli Exco berlaku dalam keadaan secara teknikalnya jangka hayat keahlian saya masih berjalan sehingga minggu pertama bulan Februari 2012. Mungkin Menteri Besar terlepas pandang menasihatkan Sultan Selangor mengenai perkara ini.
Seperti saya sebutkan, saya tidak ada masalah di atas pengguguran ini. Malah saya telah bersedia secara mental dan fizikal untuk menghadapinya. Bagi saya, ini adalah asam garam perjuangan. Perkara ini tidak sedikitpun menganggu hasrat saya untuk memperjuangkan sesuatu yang paling murni dalam hidup seorang insan iaitu mengagungkan Islam.
Hanya saya tertanya-tanya apa di sebalik tindakan yang begitu tergesa-gesa untuk memecat dan menggugurkan saya. Tindakan tergesa-gesa ini seolah-olah menampakkan ada pihak yang begitu tidak sabar-sabar untuk mengeluarkan dan menggantikan tempat saya. Walhal dari segi pengguguran ahli Exco saya sepatutnya masih ada tiga minggu lagi tempoh bertenang untuk membuat keputusan yang terbaik.
Kepada rakan-rakan Exco yang lama dan baru ingin mencoretkan satu pesanan supaya berhati-hati memegang mentadbir negeri Selangor. Dalam pembangunan yang begitu pesat jangan sekali-kali keagungan Islam, martabat bangsa Melayu dan kedaulatan institusi Raja serta Perlembagaan dikesampingkan.
Itulah amanah pertama dan utama. Menyisihkan bererti saudara sekalian sudah mengkhianati kuasa dan tanggungjawab yang diamanahkan.
Akhirnya, kepada ahli dan penyokong Pas, kembalikanlah Pas ke landasan asalnya iaitu membangunkan masyarakat berlandaskan al-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qias. Ahli dan penyokong Pas mesti berani mengambil langkah positif dan tegas untuk membebaskan Pas daripada cengkaman golongan parasit yang mempunyai agenda tersendiri untuk kepentingan peribadi dan kelompok mereka.
SIAPA ketua parasit?
DR. HASAN ALI: Saya diberitahu Pesuruhjaya Pas Selangor dan timbalannya mencabar saya menamakan siapakah parasit yang dimaksudkan. Soal parasit ini pernah saya sebut dalam satu program, sebelum ini. Saya dan teman-teman sebenarnya bercadang untuk mengadakan ceramah-ceramah luar yang berbentuk road show. Saya telah menerima jemputan hampir seluruh Malaysia termasuk Sabah. Tujuan road show ini adalah untuk menerangkan kedudukan sebenar. Pertama, mengenai pemecatan saya daripada Pas dan keduanya, pengguguran saya sebagai Exco kerajaan Selangor. Jadi ketuanya saya tidak umumkan hari ini, pengikutnya juga saya tidak umumkan hari ini. Marilah bersama-sama dalam road show saya akan datang dan saya akan maklumkan kepada tuan-tuan.
Bagaimanakah caranya ahli Pas yang mendukung perjuangan asal Pas mahu mengatasi masalah penguasaan golongan parasit itu?
HASAN: Itulah sebabnya kita memerlukan orang seperti saya. Jika dari dalam (parti) kita hendak hindarkan daripada parasit agak sukar sebab dipandu oleh peraturan-peraturan yang menyekat kita daripada menghuraikan masalah ini. Ia juga tidak boleh diselesaikan melalui mesyuarat-mesyuarat sahaja sebab masalah ini mengaitkan hampir satu juta ahli-ahli Pas. Mereka berhak mengetahui isu ini.
Untuk pengetahuan, hikmah daripada apa yang berlaku, pertama apabila cawangan bermesyuarat mereka telah membincangkan perkara ini yang mana dulu tidak pernah. Mesyuarat di peringkat kawasan pun serupa dan begitu juga mesyuarat di peringkat negeri dan pusat. Mungkin kita boleh katakan Hasan Ali jolok sarang tebuan, tetapi tebuan yang dijolok Alhamdulillah bukan tebuan yang menyengat sebarangan, tetapi semata-mata tujuan untuk memandu manusia ke jalan Allah SWT. Inilah yang saya lakukan. Daripada dalam pula apa yang boleh kita lakukan Insya-Allah, saya amat mengharapkan golongan ulama terutamanya. Begitu juga dengan Dewan Pemuda Pas yang nampaknya orientasi mereka seiring dengan orientasi saya. Saya amat berharap Insya-Allah supaya jalinan terus dapat dilakukan bersama teman-teman di dalam walaupun saya berada di luar (parti).
Saya terlalu yakin dan mereka sebahagiannya telah bertemu untuk merundingkan bagaimana jalinan dapat dibuat, kita tentukan parasit-parasit ini dalam waktu terdekat dapat dibebaskan daripada organisasi Pas. Maksudnya luar pun bergerak dalam pun bergerak. Di luar ini memanglah lebih lantang dan garis sempadannya tidak terikat dengan panduan dan Perlembagaan parti. Insya-Allah saya akan lakukan dengan penuh hikmah, bijaksana dan keintelektualan untuk kita bersama-sama menggerakkan supaya Pas kembali berada seperti mana di zaman kepimpinan Allahyarham Datuk Fadzil Noor.
Saya yakin Datuk Seri Abdul Hadi Awang menginginkan Pas menjadi tonggak pertama untuk mempertahankan Islam di bumi Malaysia ini.
Apakah ciri-ciri parasit dan adakah ia berada di dalam Pas atau mana-mana organisasi?
HASAN: Parasit ini mempunyai kumpulan, ada pertemuan-pertemuan, ada gagasan, ada matlamat, ada misi dan visinya. Sebahagian daripada mereka telah bergerak cergas semasa menuntut di luar negara. Sebahagiannya bergerak cergas ketika berada di peringkat awal pekerjaan mereka dan menyusup di mana-mana. Penyusupan ini akhirnya berlaku dan bergerak aktif di dalam Pas. Mereka kemudian memegang jawatan-jawatan penting dan strategik di dalam Pas. Memang mereka minta untuk memegang jawatan-jawatan strategik ini. Kita melihat sekarang apa yang telah berlaku.
Insya-Allah, selepas ini saya akan memberi komen-komen lebih terperinci lagi kerana saya juga telah diminta untuk menghuraikan soal parasit ini, apa yang mesti dilakukan dan bagaimana mereka bercambah dan bergerak. Sebenarnya parasit ini telah wujud 30 hingga 40 tahun lalu. Ia bukan fenomena baru sebaliknya fenomena lama, namun isu parasit ini terus berlanjutan. Saya tahu jaringan kerjasama mereka di peringkat negeri, daerah, pertubuhan-pertubuhan Islam mahupun antarabangsa. Insya-Allah saya dan teman-teman akan menganalisis perkara ini dan akan membentangkannya satu persatu pada masa akan datang.
Adakah golongan parasit ini pro Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ?
HASAN: Saya tidak mahu jawab setakat ini. Biar saya jawab pada situasi yang lain. Lagipun program road show saya akan diadakan tidak lama lagi. Oleh itu saya amat berharap rakyat mengikuti road show ini kerana ada maklumat-maklumat yang boleh dikongsi bersama. Insya-Allah sebahagian daripada isi ceramah saya berkaitan dengan parasit-parasit ini.
Siapakah penganjur road show ini?
HASAN : Pejabat saya sendiri dan dalam masa sama teman-teman lama juga telah bersetuju bersama-sama saya menjayakan road show ini. Ada yang menawarkan kereta, ada yang menawarkan tenaga dan ada yang menawarkan masa. Ingin saya tegaskan di sini apa yang saya lakukan ini tidak ada kepentingan apa-apa, tetapi semata-mata untuk mempertahankan kesucian Islam kepentingan orang Melayu dan kepentingan raja-raja Melayu. Inilah tiga perkara penting yang saya perjuangkan.
Apa pandangan Datuk berhubung kenyataan Anwar yang mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini?
HASAN: Inilah salah satu sebab saya tidak boleh bersekongkol dengan Anwar Ibrahim. Inilah sebabnya rakyat Malaysia mesti menolak perjuangan Anwar Ibrahim. Kalau kegiatan gay, lesbian, homoseksual dan transgender, itu hendak dihalalkan di Malaysia, saya rasa masyarakat akan bergolak dan berpecah. Saya nampak kekacauan akan berlaku. Ini pandangan saya. Sebenarnya, pandangan Anwar Ibrahim bukan hanya di Mumbai melalui BBC itu sahaja. Kalau tidak salah, itulah pandangan peribadi dan pandangan asasi yang dipegang oleh Anwar Ibrahim dan itu sebab utama saya tidak boleh bersama Anwar Ibrahim, saya yakin pendirian saya adalah tepat.
Adakah objektif road show Datuk untuk bersihkan Pas daripada parasit-parasit itu?
HASAN: Tugas saya bukan untuk membersihkan Pas sahaja. Tugas saya adalah untuk memikul tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi. Jika hendak bersihkan Pas, carilah mana-mana orang Pas untuk bersihkan. Lagi pun saya telah terkeluar daripada Pas. Namun tugas saya lebih besar dan hanya Allah sahaja Maha Mengetahui. Sebab itu di dalam road show itu nanti, pertama saya akan menerangkan kepada masyarakat bagaimana institusi dan pertubuhan yang ada tidak mampu mengangkat ketiga-tiga martabat itu (Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu). Kedua, saya akan terangkan Pas yang sepatutnya menjadi juara untuk mengangkat martabat itu, saya masukkan dalam kategori gagal kerana pengaruh daripada parasit. Ketiga, saya hendak menerangkan, apa pengaruh DAP dan apa pengaruh PKR dalam Pas. Ada teman-teman hendak menulis tentang Anwarisasi dalam Pas maknanya proses ‘menganwarkan’ Pas. Ada pula teman-teman hendak menulis di bawah tajuk Pas kuda tunggangan DAP. Saya objektif dan bersandarkan kepada fakta. Sebab itu di dalam road show saya nanti apa yang kita akan bentangkan kepada masyarakat adalah berdasarkan kepada hasil kajian serta analisis yang kita jalankan. Sebab apa saya hendak adakan road show? Sebab ia membolehkan saya bersemuka dengan rakyat pelbagai lapisan. Di Bangi saya bertemu dengan golongan intelek. Saya boleh bertemu dengan golongan pertengahan di Kuala Selangor. Saya boleh bertemu dengan penduduk kampung di Tanjung Karang. Ini satu tugas yang berat dan bersama-sama saya sudah ada antara 20 hingga 30 orang.
Menyentuh kenyataan Anwar mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini, saya minta penjelasan sekali lagi?
HASAN: Saya tidak akan bersetuju apa-apa cadangan untuk membenarkan kegiatan homoseksual, lesbian atau apa jua bentuk kegiatan tidak bermoral. Dalam isu ini saya juga akan rujuk kepada ulama kerana pendirian ulama bersandarkan hukum-hukum terdapat di al-Quran, al-hadis, qias dan ijmak. Ini bukan persoalan moral yang terasing dan kita harus ingat isu moral berkaitan dengan agama. Walau apa pun saya akan akur dengan pandangan ulama sama ada ulama di dalam Pas mahu pun di luar Pas berhubung isu yang diperjuangkan oleh Anwar Ibrahim bersama teman-temannya yang lain.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Nik Aziz) meminta Datuk tutup mulut. Apa komen Datuk?
HASAN: Saya hormati pandangan beliau. Saya asalkan ulama memanglah saya hormati. Saya hormati Datuk Nik Aziz sebagai tok guru, saya hormati Nik Aziz sebagai ulama besar. Nik Aziz pada masa dahulu adalah pemimpin saya. Dia suruh tutup mulut semua orang kena tutup mulut. Semua orang kena tutup mulut termasuk orang yang bercakap kena tutup mulut. Bagaimanapun saya tetap menghormatinya dan Insya-Allah saya akan jadikan nasihat ini sebagai panduan utama di dalam perjuangan saya.
Anwar ketika mengulas pemecatan Datuk telah menyatakan bahawa adalah lebih baik bersihkan pakatan pembangkang daripada individu-individu yang gila kuasa dan duit?
HASAN: Siapa yang gila kuasa? Cuba tuan-tuan fikir saya atau Anwar Ibrahim. Saya telah diberikan kuasa sebagai Exco kerajaan negeri. Bayangkan exco ini selesa, hidup separuh mewah, semuanya dibayar, kuasanya besar, Alhamdulillah. Orang sanggup berbunuh-bunuh untuk menjadi exco. Namun saya korbankan jawatan itu kerana satu idealisme. Bayangkan seorang ini, kumpulkan orang di Sabah, kumpulkan orang di Sarawak untuk menawan Putrajaya pada 16 September. Dia gila kuasa ke atau saya gila kuasa? Bayangkan atas nama gila kuasa, dia kata dalam penjara pun akan menjadi Perdana Menteri. Hasan tidak pernah sebut. Saudara-saudara timbangkanlah. Mengenai gila duit. Masya-Allah jika hendak kata saya gila duit ini, saya dulu perunding pengurusan dan latihan. Tanya isteri saya berapa pendapatan saya pada masa itu sebulan. Saya menyertai Pas semata-mata kerana perjuangan. Jangan tanya saya berapa kerugian saya apabila menyertai Pas setelah hampir 15 tahun. Isteri saya faham, anak-anak saya faham. Saya merupakan exco yang bertanggungjawab infrastruktur dan kemudahan awam. Projek-projek JKR dan JPS. Saya ingat saya tidak ambil satu sen pun. Rekod saya bersih. Hendak disogok-sogok ini saya tidak biasa. Saya pun tidak pernah duduk dengan penyogok, disogok, penyogokan, kesogokan tidak ada, yang ada ialah agaknya teman-teman yang lain. Dari segi psikologinya kadang-kadang kita hendak menafikan yang kita buat kita tuduh orang buat.
Adakah sebab-sebab lain Datuk dipecat sebagai ahli Pas?
HASAN: Saya tidak tahu sebab-sebab lain, tetapi saya yakin apa yang berlaku ini satu sejarah buat Malaysia dan saya juga yakin akan ada pelajar ijazah, sarjana atau doktor falsafah buat kajian mengenai peristiwa ini dan pada masa itu baru kita tahu sebab-sebab lain. Di pihak saya, saya tidak tahu kerana kertas pertuduhan itu tidak ada. Saya tidak pernah lihat kertas pertuduhan. Sepatutnya ada kertas pertuduhan dalam bentuk tulisan. Melalui kertas pertuduhan ini jawatankuasa disiplin akan bersidang. Daripada situ mereka akan membuat cadangan kepada Jawatankuasa Pusat. Itu yang biasa, tetapi sehingga hari ini satu calit pertuduhan saya tidak terima dan saya tidak tengok. Saya tidak tahu apa kesalahan saya. Mereka tuduh saya merugikan parti. Adakah saya ditemubual di dalam rancangan soal jawab terbitan TV3 merugikan parti. Menurut teman-teman yang menonton soal jawab, mereka berkata daripada Januari sehingga November itu jumlah penonton program itu dikatakan tertinggi. Bukankah bagus untuk Pas? Pemimpin Pas duduk ditemubual dalam rancangan TV3.
Bagaimana pula tuduhan bahawa Datuk alat dan agenda UMNO?
HASAN: Saya mahu membuat pendedahan ketika berlakunya pertemuan di JKR 10 di Kota Bharu, Kelantan pada 27 Disember lalu. Presiden beritahu kami tidak ada dalam Pas, tidak ada dalam undang-undang dan dasar Pas yang melarang orang Pas bertemu dengan UMNO. Jika ada bagaimana gerakan dakwah hendak dilaksanakan. Cukup setakat ini. Di sini saya juga ingin tegaskan bahawa saya tidak akan menyertai UMNO.
Adakah Datuk masih sayangkan Pas dan masih menganggap sebagai ahli Pas?
HASAN: Sehingga hari ini saya masih menganggap Abdul Hadi sebagai presiden saya dan walaupun saya berada di luar Pas, Nik Aziz masih Mursyidul Am Pas, kekanda saya. Hati besar saya, hati kecil saya masih bersama Pas. Andai ditakdirkan ada jodoh pertemuan saya dengan Pas iaitu apabila parasit-parasit ini sudah tidak ada, bila Pas kembali ke pangkalan asalnya, Hasan Ali akan mengisi borang baru untuk menjadi ahli Pas.
Apa akan berlaku sekiranya parasit-parasit ini masih berada di dalam Pas. Adakah akan berlaku kemusnahan di dalam Pas?
HASAN: Apa yang pasti selagi mereka berada di dalam Pas maka perjuangan Pas akan terkeluar daripada perjuangan asal.

Isnin, 16 Januari 2012
Anwar tidak boleh dipercayai
NOTE: Anwar Ibrahim tak boleh dipercayai? Demikian lapor surat khabar orang putih - The Economist - mengenai ketua pembangkang Malaysia yang disanjung dan dipuja-puja oleh pemimpin kanan PAS.
Malang bagi pengarang dan pembaca surat khabar itu, kerana hanya baru hari ni mereka tahu Anwar seorang yang pembohong dan tidak boleh dipercayai. Sedangkan majoriti rakyat Malaysia sudah lama tidak mempercayainya - seorang pemimpin yang sudah hilang seri dan bersikap talam dua muka.
Siapa Anwar Ibrahim sehingga dipuja dan disanjung oleh pemimpin dari negara barat? Adakah kerana beliau seorang yang berwawasan dan berwibawa? Atau hanya kerana beliau suka kepada amalan songsang makanya beliau disanjung sedemikian rupa?
KUALA LUMPUR 15 Jan. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya dianggap sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai walaupun beliau terselamat daripada hukuman penjara.
Menariknya, label itu diberikan majalah antarabangsa, The Economist dan bukan datang daripada pemimpin UMNO mahu pun Barisan Nasional (BN) yang selama ini sering dituduh sebagai pihak yang berkonspirasi ke atas pertuduhan liwat tersebut.
Menurut The Economist, walaupun Anwar seorang pemimpin yang berkarisma dan memiliki kehebatan sebagai pemidato, tetapi imej serta reputasinya sebagai ketua pembangkang tercemar khususnya dalam kalangan generasi muda di negara ini.
"Bagaimana keputusan (mahkamah) itu akan memberi kesan kepada politik Malaysia? Dalam jangka pendek, kemenangan (pembebasan) Anwar sudah tentu memberi rangsangan sangat diperlukan kepada pakatan pembangkang yang diketuainya.
"Namun, untuk jangka masa panjang belum jelas. Reputasinya tercemar dan beliau seorang pemimpin yang tidak boleh dipercayai khususnya bagi generasi muda Malaysia," kata majalah tersebut sebagaimana dipetik dari laman webnya, http://www.economist.com hari ini.
Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar selepas Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari Azlan selain tidak selamat untuk bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).
Pembebasan itu disambut baik oleh beberapa pihak yang cenderung menyokong kebebasan hak kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) termasuk sebuah pertubuhan homoseksual dari Filipina, Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay).
Malah, Anwar sendiri tidak terkecuali bercakap mengenai homoseksual apabila mempertikai undang-undang berkaitan perkara itu di Malaysia yang disifatkannya sebagai sudah lapuk dan tidak relevan ketika menjawab soalan wartawan agensi berita antarabangsa, BBC.
Dalam pada itu, The Economist menambah, ketua pembangkang itu juga gagal membawa pemodenan dalam politik apabila PKR yang diterajuinya dipenuhi ahli keluarga sendiri selain pelbagai masalah dalaman meskipun beliau sering kali melaungkan reformasi.
"Pembangkang di Malaysia kini terperangkap dengan (moral) Anwar sebagai pemimpin (selepas dibebaskan mahkamah). Anwar mungkin masih popular bagi sesetengah pihak, tetapi dia juga kini terlalu lemah untuk menumbangkan BN," dakwa majalah itu lagi.

Ahad, 15 Januari 2012
Hidup gay, hidup homoseksual !!!! Ini yang dia mahukan
NOTE: Kita janganlah terkejut kalau 'perdana menteri' kita yang baru mahu membubarkan undang-undang berkaitan dengan kegiatan homoseksual selepas PRU 13 ini mengikut citarasa dan seleranya.
Dan janganlah pula kita terkejut kalau-kalau kita berjalan-jalan di sekitar kompleks beli belah di Kuala Lumpur dan pusat-pusat bandar di negeri-negeri dalam negara ini, kita terserempak dengan perbuatan dan tingkah laku pasangan lelaki sama lelaki bercumbu-cumbuan, dan pasangan perempuan dengan perempuan berpeluk-pelukan sesama sendiri tanpa rasa malu di khalayak ramai.
Sebab itu yang kita mahu apabila kita memilih Anwar Ibrahim dan pembangkang menang dalam PRU 13 ini.
Perubahan anutan dan budaya ini tentu sekali menggembirakan Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi Awang kerana sekurang-kurangnya hasrat, impian dan cita-cita mereka untuk menjatuhkan BN dan menaikkan Anwar sebagai perdana menteri yang baru telah tercapai.
Dan ke mana pula orang-orang yang soleh dan beriman kepada Allah hendak menyembunyikan diri daripada terperangkap dalam kelompok manusia yang dilaknat Allah ini? Perlukah rakyat Malaysia yang beriman membina sebuah lagi bahtera untuk melarikan diri dari kumpulan yang menyekutukan Allah ini? wallahu a'lam.
KUALA LUMPUR 14 Jan. – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.
Sambil menyifatkan undang-undang tertentu sebagai lapuk, Anwar juga berkata, ia tidak boleh diterima sebagai sesuatu yang relevan.
"Kita tidak mempromosikan aktiviti homoseksual ini secara terbuka tapi untuk menggunakan undang-undang ini bagi menghukum mereka yang tidak bersalah adalah sesuatu yang tidak boleh diterima," katanya.
Kata beliau lagi: "Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan."
Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan daripada wartawan BBC mengenai sokongan yang diterima beliau daripada golongan gay di negara ini ekoran pembebasan daripada tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 9 Januari lalu.
Rakaman temu bual selama kira-kira empat minit itu berlangsung pada 12 Januari lalu dan boleh ditonton menerusi laman web BBC Asia di http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-16531714.
Anwar dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada pertuduhan itu selepas hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari dan tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).
Pembebasan Anwar disambut baik oleh beberapa pihak yang cenderung menyokong kebebasan hak kumpulan lesbian, gay, bisesksual dan transeksual (LGBT) termasuk sebuah pertubuhan homoseksual di Filipina.
Dalam sokongan kepada Anwar, pertubuhan yang dikenali sebagai Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay) menerusi sebuah portal berita di http://www.tempo.com.ph membuat kenyataan, sudah tiba masanya undang-undang berkenaan liwat yang merupakan sebahagian daripada legasi kolonial British itu dihapuskan.
Di dalam negara pula, beberapa pihak turut menyatakan sokongan pembebasan Anwar itu termasuk Majlis Peguam yang menyifatkan dakwaan terhadap Ketua Pembangkang yang berasaskan kepada peruntukan lapuk Kanun Keseksaan iaitu memperuntukkan hubungan seks suka sama suka antara orang dewasa suatu jenayah, tidak harus sesekali dibawa ke mahkamah.
Malah Presidennya, Lim Chee Wee turut berharap Peguam Negara tidak akan mengemukakan sebarang rayuan berhubung kes itu dan sebaliknya menumpukan sumber-sumber penting Jabatan Peguam Negara menangani jenayah lebih serius.

Jumaat, 13 Januari 2012
Dr Hassan, Nasha dibenci kerana dakwahnya betul
Sebelum ini saya ada menulis mengenai beberapa pemimpin pembangkang meninggalkan yang parti mereka sertai sebelum ini, untuk sama ada menyertai Umno atau Bebas atau parti lusuh yang diberi nafas baru.
Ulasan saya ialah mengenai sikap pemimpin pembangkang yang tegar kepada parti mereka terhadap rakan seperjuangan yang berhasrat hendak meninggalkan parti itu atau dipecat oleh parti.
Contohnya, seperti Senator Ezam Mohd Noor, Anwar Shaari, Zulkifli Nordin, Datuk Mohd Zahrain, Datuk Zaid Ibrahim dan ramai lagi, termasuk yang dalam senarai terkini bakal disingkirkan, Datuk Dr Hassan Ali dan Nasharudin Mat Isa.
Ketika nama-nama di atas ini berada dalam pembangkang, sama ada DAP, PKR atau PAS, mereka disanjung, dipuja dan dipuji oleh barisan kepimpinan, oleh rakan gabungan dan oleh penyokong ketiga-tiga parti itu.
Setiap kenyataan mereka ini, jika berbentuk mengecam dan memfitnah pihak lawan, akan sentiasa mendapat liputan meluas media-media lidah rasmi pembangkang seperti Roket (DAP), Suara Keadilan (PKR) dan Harakah (PAS).
Suara-suara mereka ini, pandangan-pandangan dan fitnah-fitnah yang dilemparkan ketika berceramah di pentas politik, akan menerima tepukan gemuruh dan pekikan kurang enak daripada para penyokong tiga parti ini kononnya bersetuju dan membenarkan apa yang diperkatakan pemimpin mereka itu.
Ini yang dikatakan taksub. Apabila penyokong taksub kepada seseorang pemimpin, apa saja yang pemimpin itu kata termasuk berbentuk fitnah besar sekali pun, semuanya dianggap benar belaka.
Sekarang apabila pemimpin berkenaan sudah menerima hidayah dan petunjuk daripada Allah bahawa parti yang mereka dokong selama ini itu adalah tidak benar dan perjuangannya songsang, ketaksuban para penyokong dan rakan-rakan seperjuangan terhadap mereka mula menurun.
Sikap dan sifat yang ditanam oleh pemimpin pembangkang ke atas penyokong mereka ialah melalaikan mereka ini dengan hiburan berita fitnah dan dusta. Kata-kata berbentuk nista, caci maki dan kata-kata hamun terhadap pihak lawan iaitu Umno dan parti-parti gabungan BN.
Sebab itu, kalau ada pemimpin pembangkang yang sebelum ini terkenal dengan sifatnya suka mencaci maki pihak lawan, kemudian tiba-tiba menunjukkan perubahan sikap condong kepada Umno, mereka akan disisihkan.
Mana-mana ketua yangada pengaruh besar dalam parti seperti Kit Siang/Karpal (DAP), Anwar/Azmin (PKR) dan Nik Aziz/Hadi Awang sama sekali tidak akan mengizinkan pemimpin kanan mereka mengecam perjuangan sendiri.
Mereka tidak rela pemimpin mereka memburuk-burukkan kepemimpinan parti. Golongan ini akan dianggapkan sebagai virus yang boleh merosakkan keseluruhan struktur parti jika tidak disingkirkan.
Cara menyingkirkan mereka ini ialah dengan memilih mana-mana pemimpin kanan yang lain mencetuskan isu memburuk-burukkan keperibadian pemimpin berkenaan dengan harapan ahli, penyokong dan orang ramai tahu bahawa pemimpin berkenaan memang mempunyai perangai tidak elok dan wajar dipecat bagi mengelak parti rosak.
Dengan itu mudahlah parti memecat pemimpin berkenaan dengan alasan kukuh iaitu derhaka kepada parti, menjadi gunting dalam lipatan, duri dalam daging dan kacang lupakan kulit.
Sejak Pas bergabung dengan PKR dan DAP yang dibentuk melalui Pakatan Rakyat (PR), ramai pemimpin kanan, kiri dan bawahan parti itu keluar parti. Mereka keluar bukan kerana tidak mendapat perhatian pucuk pimpinan, tetapi kerana kecewa.
Kecewa kerana penyertaan Pas dalam PR bukan untuk menguatkan pembangkang, tetapi dijadikan alat dan boneka untuk menghancurkan syiar Islam di negara ini. PKR dan DAP menggunakan Pas dengan tujuan menghapuskan ajaran dan perjuangan Islam.
Contoh paling nyata berhubung slogan Pas. Selama ini Pas berslogankan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM. Merancang hendak melaksanakan hudud, menguar-uarkan perjuangan parti itu berlandaskan al-Quran dan Hadis.
Namun, apa sudah jadi sejak Pas bergabung dengan PKR dan DAP? Slogan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM diubah kepada NEGARA BERKEBAJIKAN. Perancangan pelaksanaan hudud terhenti setelah menerima amaran daripada DAP, manakala perjuangan berlandaskan al-Quran dan Hadis telah jauh terpesong.
Ini yang dapat dikesan oleh Datuk Dr Hassan Ali dan dihidu oleh Nasruddin Mat Isa. Mereka berdua cuba untuk menyedarkan pucuk kepimpinan supaya menghentikan segera perjalanan bersama PR dan berpatah balik ke perjuangan asal.
Bagaimanapun, teguran, pandangan dan nasihat mereka ini disalah erti oleh pucuk pimpinan, yang kemudian mengecopkan mereka berfahaman Umno. Ada yang mendakwa, Dr Hassan dan Nasaruddin dibeli oleh Umno. Dihasut oleh Umno dan dijanjikan pelbagai habuan oleh Umno.
Itulah alasan yang diberikan oleh pucuk pimpinan Pas terhadap Dr Hassan dan Nasaruddin. Walaupun teguran, nasihat dan pandangan kedua-dua mereka ini betul dan tepat, tetapi oleh kerana pucuk pimpinan Pas sudah mabuk kepayang, hanyut dan jatuh cinta kepada Anwar, mereka sanggup membuang dua daripada pemimpin parti itu.
Sekarang Dr Hassan dan Nasharuddin menunggu masa untuk meninggalkan Pas. Mereka berdua menerima kecaman hebat daripada rakan-rakan seperjuangan, yang masing-masing menunjukkan ketaksuban mereka kepada perjuangan Anwar Ibrahim.
Bagi penulis, jika Dr Hassan dan Nasharuddin memilih meninggalkan perjuangan Pas dan PR, samalah seperti mereka memilih jalan ke syurga setelah terseksa berada dalam neraka. Pada penulis, pembangkang adalah neraka. Tempat golongan yang hobinya membuat fitnah, seks songsang dan menipu rakyat.

Rabu, 11 Januari 2012
Anwar dah 'perit' kenangan lalu?
** Baguslah kalau sudah 'insaf' untuk melupakan kisah-kisah hitam. Tapi selama mana insaf itu bertapak dalam diri? Umpama anjing, 'tahi tak mahu makan dah, tapi hidu tetap hidu'.
Cumanya, kalau diri sendiri melakukan kesalahan, janganlah pula menyalahkan orang lain dengan menuduh kebiadaban gerombolan kecil termasuk media menaruh dendam kesumat dan terus memfitnahnya.
Selama ini tidak ada sesiapa pun yang menaruh dendam terhadapnya. Beliau yang minat ke arah songsang, kenalah tanggung sendiri. Ingatlah pada Allah. Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.
Patutnya bersyukurlah kerana Allah masih memberi dua peluang untuk kamu sedar dan benar-benar insaf, bukan sekadar 'insaf' sekejap sahaja, kemudian bila gian datang, cari mangsa lain pula.
Kepada pendokong parti yang mendakwa memperjuangkan Islam, cuba-cubalah beranikan diri mendekati orang yang disayangi ini. Cuba-cubalah nasihatkan dan tazkirahkannya agar tidak lagi mengulangi tabiat lama.
Sedarlah, tidak ada seorang musuh pun nak ciptakan konspirasi liwat terhadapnya, melainkan dia yang cari bala sendiri.
Kepada Kak Wan, jaga-jagalah suami tu. Selalu-selalulah ingatkan dia, "awak tu dah tua... rumah dah kata pergi, kubur dah kata mari. Nanti tak sempat nak taubat, tak cium bau syurga."
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang kini sedang berada di India berkata beliau ingin melupakan episod hitam yang telah melanda dirinya dan tidak berhasrat untuk menyingkap kembali permasalahan lalu.
Beliau juga enggan lagi memberikan sebarang tafsiran mengapakah penghakiman mengejutkan ini (keputusan yang mendapati beliau tidak bersalah dan dibebaskan) berlaku.
"Saya dan Azizah tiba di Mumbai dan menuju Panchgani sebagai tetamu kepada sahabat lama, Rajmohan Gandhi, penyala obor perjuangan datuknya, pejuang besar India Mahatma Gandhi.
"Lebih tiga bulan lalu saya berjanji untuk bersama beliau menyemarakkan semangat perjuangan Gandhi bagi menegakkan demokrasi yang mempedulikan nasib rakyat serta menolak kezaliman dan rasuah.
"Sepanjang dalam perjalanan selama tiga jam, saya menerima ribuan panggilan telefon, mesej dari Twitter dan Facebook, komen di blog serta SMS dari pelbagai lapisan masyarakat Malaysia dan dunia yang menyatakan kesyukuran dan rasa gembira (dengan keputusan mahkamah)," katanya dalam tulisan yang disiarkan dalam portal berita Malaysian Insider pada Selasa.
Pada Isnin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membebaskan Anwar daripada sebarang pertuduhan liwat setelah mendapati, bukti DNA yang dikemukakan tidak cukup untuk mensabitkan beliau dan tidak dapat dipastikan bahawa DNA itu tidak dicemari.
Kata Anwar, beliau bersyukur kerana setelah sekian lama difitnah dan diaibkan, Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah memutuskan — berlandaskan undang-undang dan fakta — bahawa dakwaan seseorang tanpa saksi dan sebarang bukti sokongan adalah tidak dapat diterima.
"Saya tidak berhasrat menyingkap permasalahan lalu atau memberikan sebarang tafsiran mengapa penghakiman mengejutkan ini berlaku. Walaubagaimanapun, saya bersyukur ke hadrat Allah Azzawajalla kerana saya bebas dari fitnah," ujarnya.
Anwar juga berkata, seperti lazimnya beliau tidak cenderung untuk merintih kisah derita silam malah sedia memaafkan sesiapa sahaja.
"Hanya yang dimasygulkan ialah kebiadaban gerombolan kecil termasuk media yang berdendam kesumat dan terus memfitnah saya," katanya lagi.

Ahad, 8 Januari 2012
Safwan, klon Anwar, Mat Sabu
Ini dia klon terbaru Anwar Ibrahim dan Mat Sabu. Menggunakan kerusi roda adalah taktik terbaik untuk menarik simpati orang ramai berhubung 'kemalangan' kecil yang menimpanya.
Syabas dan tahniah kepada Safwan kerana sanggup berlakun duduk atas kerusi roda untuk seketika, kerana bukan calang-calang orang layak merasai kerusi yang digerakkan dengan tangan itu.
Safwan sanggup melakukannya. Syabaslah. Kata perumpamaan, 'ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk'. Tapi Safwan ikut resmi ketuanya, 'sakit sikit guna kerusi roda'.
Agak-agaknya berapa ringgit dia dapat ya? Dan kepada mak ayahnya, tentu bangga dapat seorang anak yang suka buat kacau dan huru hara di IPT. Calang-calang anak macam mamat ni.
Satu perkara lagi, mampu ke mak bapak Safwan bayar kos guaman untuk anaknya? Bukan seorang peguam, tapi lebih daripada dua peguam. Bayangkan, nak guna khidmat peguam, bayar buka fail sahaja lebih RM5,000 seorang.
Itu baru bayar buka fail, belum kos keseluruhan perkhidmatan peguam tu lagi. Agak-agak di mana mak bapak Safwan atau Safwan sendiri dapat duit ya? Ada siapa-siapa cuba support yaaaa???... Awas ya!!!!
Dewan Pemuda Pas kecam Azmin Ali
PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Pusat membidas sikap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali kerana cuba mencampuri urusan dalaman PAS apabila mendesak parti itu mengambil tindakan terhadap Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.
Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, Mohamed Azmin sepatutnya menghormati PAS sebagai rakan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat dengan tidak membuat desakan dan kritikan terbuka terhadap Dr Hasan yang masih sebagai ahli PAS.
"Dewan Pemuda PAS amat kesal dengan kenyataan desakan daripada Azmin yang mahukan agar Datuk Dr Hasan dikenakan tindakan.
"Kami ingin jelaskan bahawa Datuk Dr Hasan masih sebagai ahli PAS dan Azmin perlu menghormati keadaan itu.
"Kami di dalam PAS juga kurang selesa dengan apa yang cuba Azmin nyatakan seolah-olah tidak menghormati PAS di dalam Pakatan Rakyat itu sendiri. Dengan suasana ini, ianya seperti usaha campur tangan pihak luar di dalam PAS," katanya menerusi satu kenyataan di sini, Sabtu.
Jumaat lalu, Mohamed Azmin dengan lantang mendesak PAS mengambil tindakan tegas ke atas Dr Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang sebelum ini menyeru agar rakyat tidak menyertai perhimpunan 'Bebaskan Anwar 901'.
Desakan Mohamed Azmin itu dibuat sebagai reaksi terhadap kenyataan Dr Hasan yang turut menyifatkan demonstrasi 901 anjuran PKR sebagai sesuatu yang sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.
Selain itu Raja Ahmad turut mengingatkan Mohamed Azmin supaya memelihara suasana persefahaman antara kedua-dua parti itu demi Pakatan Rakyat.
Menurut beliau suasana begini tidak sepatutnya berlaku kerana setiap parti di dalam Pakatan Rakyat perlu memelihara ahli parti masing-masing, bukan membuat kenyataan seumpama itu.
"Jika perkara yang pernah berlaku dahulu ketika dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR keluar parti di Perak dahulu, adakah PAS membuat kenyataan seumpama itu?
"Ini termasuk beberapa ADUN dan Ahli Parlimen PKR yang keluar parti. Adakah PAS menuding jari kepada PKR dalam isu ini?
"Justeru, kami berharap Azmin dapat menggunakan saluran yang ada di dalam Pakatan Rakyat kerana isu seumpama ini amat sensitif," katanya.

Khamis, 5 Januari 2012
Anwar oh Anwar, dah bersedia rupanya dia...
AKHBAR Sinchew Daily bertarikh 4 Januari 2012 melalui ruangan dalam negerinya memaparkan wawancara khas bersama Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengakui sudah bersedia untuk situasi terburuk.
Anwar berkata, beliau bersedia jika didapati bersalah di mahkamah dan pakatan pembangkang juga telah membuat persediaan, termasuk jika beliau dipenjarakan dengan pengumuman siapa penggantinya memimpin pakatan pembangkang.
“Kita telah bincangkan beberapa kemungkinan yang akan berlaku. Jika saya dipenjarakan, pemimpin pakatan pembangkang yang lain akan umumkan siapa pemimpin mereka,” katanya.
Beliau menegaskan, pakatan pembangkang bukan dipimpin oleh satu parti, ia dipimpin secara bergabung dan polisi pakatan juga bukan ditentukan oleh satu parti tetapi perlu mendapat persetujuan dari PKR, DAP dan Pas.
“Ada sesetengah orang kata Anwar memimpin pakatan pembangkang, sebenarnya tidak. Kita adalah satu pasukan yang bekerjasama, apa-apa keputusan yang kita buat perlu mendapat persetujuan dari Lim Kit Siang dari DAP dan Hadi Awang dari Pas,” jelasnya.
Beliau berkata, PKR tidak akan bermasalah kerana beliau dipenjarakan kerana Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah dan Naib Presiden, Azmin Ali akan terus memimpin dan memperjuangkan parti.
“Tidak kira apa yang akan berlaku, tugas-tugas sepatutnya diteruskan. Perjalanan demokrasi dan perubahan undang-undang perlu diteruskan dan dimajukan. Saya percaya perubahan itu akan berlaku,” ujarnya.
Beliau juga terharu dengan sokongan dan semangat ahli keluarga, terutama sekali sokongan secara senyap isterinya, Wan Azizah.
NEGARA KELAS KETIGA KERANA AHLI POLITIK
AKHBAR Sinchew Daily bertarikh 3 Januari 2012 melalui ruangan pendapatnya pula memaparkan tulisan timbalan editor akhbar, Lim Sui Guan mengenai tindakan polis terhadap penunjuk perasaaan.
Wakil rakyat dari pakatan pembangkang sebelum ini membantah secara besar-besaran projek pembinaan pencawang elektrik di Rawang ketika kerajaan negeri Selangor meluluskan pembinaan semula projek pencawang kabel talian elektrik di Cheras yang tertangguh sejak tahun 2009.
Pada bulan Januari ia diluluskan semula. Tidak kira sama ada cadangan laluan kabel itu dialihkan ke tempat lain ataupun berkaitan kerja-kerja teknikal, tindakan itu pasti dibantah kuat oleh orang ramai termasuk parti-parti politik di kawasan berkenaan.
Memang tepat jangkaan itu apabila MCA membantah kuat Menteri Besar Selangor berkaitan pemasangan kabel di Kampung Baru Rawang sebaliknya mereka membenarkan dan mengizinkan TNB mendirikan tiang kabel elektrik di kawasan Bandar Tun Razak.
Kedua-dua tempat mempunyai unsur-unsur politik double standard. Jika mereka berpegang kepada membantah, mereka akan membantah habis-habisan. Ini bukan bermakna mereka perjuangkan kepentingan untuk rakyat, ini hanya mementingkan politik mereka sendiri.
Dalam menangani isu rasuah juga mempunyai double standard yang sangat hebat apabila ahli BN menghentam bekas Exco Kerajaan Negeri Perak, Nga Kor Ming kerana semasa beliau memegang jawatan tersebut, isterinya yang juga pengarah dalam sebuah syarikat jahitan mendapat tender kontrak tempahan baju kot untuk pakaian Ahli Majlis Bandaraya Ipoh.
Isu rasuah di Iskandar Malaysia juga sangat serius, namun tidak nampak parti pemerintah menunjukkan reaksi dan membuat sebarang kenyataan.
Perkara yang sama jika isteri-isteri wakil rakyat dari kalangan pakatan pembangkang mendapat kontrak-kontrak kerajaan, pakatan juga sepatutnya elakkan rasuah dan salah guna kuasa.
Mereka sepatutnya beri hukuman yang sama dan setimpal kepada orang-orang sendiri. Jika tidak, apabila memerintah Kerajaan Pusat nanti, kita semua amat bernasib malang!
Perhimpunan secara aman 70 pelajar-pelajar di depan pintu gerbang di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) disuraikan oleh pihak polis dan ada membuat penangkapan. Timbalan Canselor UPSI berkata, pelajar-pelajar yang berhimpun itu mencabar dengan kata-kata kesat marahkan kerajaan.
Dalam perhimpunan di Komtar yang dipimpin oleh Mohamed Carney, beliau berkali-kali mengadakan perhimpunan tunjuk perasaan di Komtar, menyerahkan kek berbentuk tahi kepada Lim Guan Eng, marahkan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan kata-kata yang tidak kurang hebatnya.
Bukankah kesalahan itu amat serius? Adakah perbuatan pelajar-pelajar universiti itu lebih teruk daripada perbuatan mereka itu?
Double standard untuk ahli-ahli politik, menyebabkan ada undang-undang tetapi tidak dapat dilaksanakan dengan baik disebabkan akan wujud pelbagai masalah. Dengan itu, negara kita hanya mampu menjadi negara third class.
POLIS SENTIASA SALAH?
Akhbar China Press bertarikh 3 Januari 2012 melalui ruangan Kedai Kopi Orang Ramai memparkan tulisan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching berkenaan perhimpunan dan tindakan polis.
Pada 1998, satu drama yang menggegarkan negara kita apabila Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan dimasukkan ke dalam penjara.
Ketika soal siasat ke atas Anwar dijalankan, tiba-tiba biji matanya lebam dan apabila keluar di depan orang ramai, ia menggemparkan dunia antarabangsa. Pihak polis dengan tegas menafikan sekeras-kerasnya yang mereka telah mencederakan dan menyeksa Anwar.
Apakah itu sebenarnya yang berlaku? Apabila Anwar memberi keterangan, beliau dipukul oleh Ketua Polis Negara, Rahim Nor sehingga cedera teruk semasa beliau di dalam tahanan.
Pada perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011, pihak polis yang mahu suraikan orang ramai menyembur air dan gas pemedih mata ke perkarangan Hospital Tong Shin.
Walaupun bukti dan saksi lengkap, pihak polis menafikan tuduhan itu dengan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata klip video tidak cukup sebagai bukti kerana itu tidak menggambarkan sudut-sudut tertentu dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai juga bersuara membantu pihak polis.
Selepas penyiasatan selama tiga bulan, laporan siasatan dari Kementerian Kesihatan akhirnya membuktikan memang benar polis telah melakukan semburan air di Hospital Tong Shin.
Pada malam melangkah tahun baru, pihak polis menekan pelajar-pelajar yang duduk berdiam diri di UPSI Tanjung Malim, Perak untuk ‘menuntut kebebasan pelajar’. Pengerusinya, Safwan Anang cedera dan dimasukkan ke hospital menyebabkan masyarakat terperanjat besar.
Kali ini, anda boleh percaya cakap siapa?

ZAINI HASSAN dengan Al-kisah Saiful Bukhari, Anwar, Azlan dan Raja Petra...
SAIFUL Bukhari Azlan tidak gelabah menantikan detik-detik 9 Januari 2012 ini. Tarikh itu sebenarnya dipopularkan oleh propagandis Anwar Ibrahim dengan panggilan 901, lebih kurang sama seperti hari keruntuhan Pusat Dagangan Dunia New York di Amerika Syarikat iaitu pada 911.
Saiful, 27, (gambar - kiri) menjalani kehidupannya seperti orang muda yang lain. Beliau tenang. Beliau keluar berjumpa orang. Beliau tidak gelabah. Beliau bukan pemarah. Beliau kini menyerahkan kepada Allah Taala sebarang keputusan yang akan didengarinya pada pagi Isnin depan, 901.
Beliau sudah bersumpah laknat di masjid. Pendek kata beliau tiada apa-apa lagi tekanan. Beliau akan terus berdoa, beristiqamah dan bersabar. Sebagai mangsa, beliau menyerah kepada qada dan qadar Allah SWT.
Sebaliknya bagi Anwar bin Ibrahim, 901 yang akan dihadapinya itu bukanlah kali pertama, tapi sudah kali kedua. Pertuduhan kali kedua yang dihadapinya juga membabitkan kes liwat, sama seperti pertuduhan kali pertamanya membabitkan bekas pemandu isterinya.
Bagi masyarakat Barat, kes liwat ini bukanlah satu jenayah. Ia bukan sesuatu yang menjelekkan. Ia juga bukan suatu taboo atau sesuatu yang orang mahu sembunyikan.
Di Barat, liwat-meliwat atau kehidupan gay adalah sebahagian daripada cara hidup. Lelaki boleh bernikah dengan lelaki. Mereka boleh menjalinkan hubungan seks sama jenis.
Mungkin kerana itulah para propagandis Anwar mahu menjadikan hari 901 itu sebagai Rakyat Hakim Negara. Mereka mahu menjadikan undang-undang di tangan mereka.
Tapi di Malaysia, undang-undang tidak membenarkan liwat. Jika ada kes, ia harus dibicarakan. Biar mahkamah yang menentukan salah atau tidak. Agama Islam lebih-lebih lagi tidak membenarkan langsung amalan liwat. Anak-anak kita diajar mengenai kisah Nabi Lut a.s. sejak dari kecil lagi.
Gay atau homoseksual dikenal dengan istilah liwat. Imam Ibnu Qudamah mengatakan bahawa, telah sepakat (ijma’) seluruh ulama mengenai haramnya homoseksual (ajma’a ahlul ‘ilmi ‘ala tahrim al-liwat) [Ibnu Qudamah, Al-Mughni, 12/348].
Sabda Rasulullah SAW: “Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut, Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut, Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut” (Hadis riwayat Ahmad).
Hukuman untuk gay adalah hukuman mati dan tidak ada khilafiyah di antara para fuqaha’ termasuklah di antara para sahabat Nabi Muhammad SAW mengenainya. Ini seperti dinyatakan oleh Qadhi Iyadh dalam kitabnya Al-Syifa’.
Sabda Rasulullah SAW: “Siapa sahaja yang kalian dapati melakukan perbuatan kaum Nabi Lut (liwat), maka bunuhlah kedua-duanya (peliwat dan yang diliwat).” [HR Al-Khamsah, kecuali an-Nasa’i].
Namun, dalam pelaksanaan hukuman bunuh tersebut, para sahabat Rasulullah SAW berbeza pendapat mengenai tatacara (uslub) hukuman mati ke atas golongan gay ini.
Menurut Ali bin Thalib ra, kaum gay mesti dibakar dengan api hingga mati. Menurut Ibnu Abbas ra, mesti dicari bangunan yang paling tinggi di suatu tempat, lalu dihumbankan si gay tadi dengan kepala ke bawah dan setelah jatuh ke tanah, dilempari dengan batu.
Menurut Umar bin Al-Khattab r.a dan Usman bin Affan r.a, golongan gay dihukum mati dengan cara dihempapkan dinding tembok kepadanya hingga mati.
Meskipun para sahabat Rasulullah SAW berbeza pendapat tentang uslub pelaksanaan hukuman, namun semuanya sepakat bahawa golongan gay ini wajib dihukum mati. [Abdurrahman Al-Maliki, Nidzamul Uqubat, hal. 21].
Begitu seriusnya kes liwat ini. Oleh sebab itulah Islam melarang perbuatan itu. Banyak kemudaratan daripada amalan gay dan liwat ini. Ia boleh menghancurkan manusia sebagaimana yang berlaku di zaman kaum Nabi Lut a.s. Tidak mustahil ia boleh berlaku lagi sekarang.
Berbalik kepada Saiful dan Anwar, Anwar nampaknya begitu gelabah. Kita tidak pasti mengapa beliau gelabah. Apakah Anwar terlalu merasakan dirinya bersalah?
Apa yang kita tahu, para propagandisnya sedang rancak merangka rancangan siang dan malam untuk memastikan kempen Bebaskan Anwar 901 dilaksanakan. Anwar mahu mengembalikan zaman reformasi. Mereka mahu berhimpun dan membuat bising.
Bagi Saiful pula sebaliknya. Apa yang dihadapinya itu ialah masalah peribadi. Bukan soal politik. Anwar pula sebaliknya mahu menjadikannya sebagai isu politik.
Anwar mendakwa dia difitnah oleh kepimpinan Perdana Menteri Najib Tun Razak. Tapi apa kena mengena Najib dengan Anwar? Kes liwat dengan Saiful ini bermula semasa zaman Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi. Pada zaman Abdullah juga Anwar dibebaskan.
Jadi siapa fitnah siapa? Nampaknya Anwar dan pengikut-pengikutnya sudah keliru.
Bapa Saiful, Azlan memberitahu saya, keluarganya menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan keputusannya. Rakyat boleh menilai siapa benar, siapa salah.
"Jika anak saya salah, kami reda. Saya berdoa kes ini berjalan lancar tanpa ada huru-hara. Bukan saya tidak mengenali Anwar secara peribadi.
"Malah saya pernah menjadi penyokong tegar Anwar semasa zaman reformasi dulu. Perhimpunan reformasi di Masjid Negara dulu saya adalah salah seorang daripada ribuan penyokong Anwar Ibrahim."
"Malah saya juga pernah berterima kasih kepada Datuk Seri Anwar kerana mengambil anak saya sebagai pegawai khasnya. Dan Datuk Seri menjawab dengan suara bergurau, jangan risau kalau dia (Saiful) nakal saya pukul dia..." kata Azlan kepada saya semalam.
Jika bapa Saiful, Azlan pernah menjadi pengikut tegar Anwar, begitu juga dengan Raja Petra Kamarudin, atau dikenali sebagai RPK.
RPK juga pastinya bersama-sama dengan bapa Saiful, Azlan berada di Masjid Negara semasa zaman reformasi dulu.
Kini, bersama-sama dengan bekas-bekas pemimpin PKR – termasuk dengan bekas-bekas setiausaha sulit Anwar – semua mereka telah lari meninggalkan Anwar. Mengapa? Sebabnya, mereka tahu siapa itu Anwar.
RPK dalam reaksinya kepada New Straits Times semalam, hasil wawancaranya yang disiarkan oleh akhbar Ahad lepas, berkata: "Bukan semua boleh menerima kenyataan."
(RPK - berdiri, belakang) "Sudah tentu, saya menjangka akan dihentam. Mereka hanya mahu saya bercakap apa yang baik untuk telinga mereka saja, walaupun benda itu tidak betul," katanya ketika mengulas asakan yang diterima daripada penyokong Anwar ekoran wawancara Ahad lepas.
Akhir sekali, Anwar kena percaya kepada takdir qada dan qadar Allah SWT. Beliau mungkin menganggap dirinya hebat. Beliau mungkin boleh bercakap mengenai ketamadunan, peradaban, pemikiran, ilmu dan intelektualisme manusia.
Beliau mungkin the custodian of knowledge atau pun the Renaissance Man seperti Leonardo da Vinci. Tapi sedarlah, orang yang bijak pun boleh jatuh. Personaliti mereka juga boleh runtuh.
Kejatuhan mereka hanyalah kerana beberapa kesalahan kecil. Begitu juga Anwar.

Ahad, 1 Januari 2012
2012
SALAM PENUH KEIKHLASAN DARIPADA PEMUNYA LAMAN BLOG INI.
SEMOGA TAHUN BARU 2012 YANG MENJENGAH KITA TEPAT JAM 12.00 TENGAH MALAM TADI DIIRINGI DENGAN AZAM YANG BARU DAN LEBIH BERSEMANGAT BERBANDING TAHUN 2011 YANG MENINGGALKAN KITA PADA JAM 11.59 MALAM TADI.
BERSYUKUR KITA KEPADA ALLAH SWT KERANA DENGAN IZIN DAN HIDAYAHNYA, TELAH MENGURNIAKAN NEGARA INI DENGAN SUASANA AMAN, HARMONI, TENANG, SEJAHTERA DAN DAMAI SEKALI SEHINGGA MEMBOLEHKAN KITA MENCARI REZEKI SIANG DAN MALAM TANPA RASA TAKUT DAN TERASING TIDAK SEPERTIMANA DIALAMI RAKYAT DI NEGARA-NEGARA LAIN YANG SENTIASA DIGANGGU GUGAT OLEH ANASIR JAHAT.
UNTUK SEPANJANG TAHUN 2012 INI, TIDAK SALAH UNTUK KITA KETEPIKAN SEGALA PERSENGKETAAN BAGI MENCAPAI KESEJAHTERAAN DAN KEHARMONIAN YANG DIKECAPI SELAMA INI. LAGI PUN TIDAK ADA MASALAH YANG TIDAK BOLEH DISELESAIKAN, YANG PENTING TANYA HATI KITA TU, BOLEH ATAU TIDAK....???

Langgan:
Catatan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...