Khamis, 17 Mei 2012

Siapa Nik Aziz???

Mujurlah ada beberapa kerat mufti berani tampil menegur dan mengkritik Nik Abdul Aziz. Ada juga mufti tak berani buka mulut mempersoalkan kewibawaan Mursyidul Am Pas itu, takut jadi 'tulah'.
Nik Aziz bukan seorang yang alim, jauh sekali nak anggap dia itu wali. Nik Aziz hanya seorang manusia yang terlibat dalam dunia politik.

Dalam politik, beliau telah membawa dan menyerapkan fahamannya sendiri sehingga rakyat kelabu mata dan menganggap beliau seorang wali, tok alim, ulamak, tok guru dan paling teruk ada yang mengangkatnya sebagai 'nabi'. Anehnya, Nik aziz tidak pernah tegur. Nauzubillah....

Saya seorang daripada 1,459,994 juta rakyat Kelantan, sejak mengenali politik, tidak pernah terbit dalam hati, tidak pernah ada hasrat atau impian hendak mengagung-agungkan Nik Aziz.

Apatah lagi beliau seorang politik yang banyak kali mengelirukan umat Islam dengan kenyataan demi kenyataan yang jauh berbeza dengan ajaran dan didikan Islam dibawa Nabi Muhammad SAW.

Paling menyedihkan, beliau tanpa rasa ragu atau bersalah menegur dan mengkritik para mufti yang mengeluarkan kenyataan atau fatwa yang tidak berpihak kepada perjuangan partinya, Pas.

Malah, lebih mengagungkan pula pemimpin bukan Islam dalam DAP dan PAP berbanding pemimpin Islam dalam UMNO. Beginikah seorang pemimpin politik yang mendakwa memperjuangkan Islam?

Sikapnya yang suka bersengkokol dengan manusia kafir seperti Karpal Singh, Kit Siang, Guan Eng dan Lee Kuan Yew iaitu bapak kepada DAP amat mengecewakan.

Sikapnya yang membenci semua Perdana Menteri Islam, menteri-menteri beragama Islam, pemimpin dan ahli UMNO yang mengikut ajaran Nabi Muhammad SAW cukup menyedihkan. Jadi, inikah pemimpin yang nak saya sanjung dan agung-agungkan? Sudah tentu tidak sama sekali.

Beliau bukan pejuang Islam. Beliau bukan alim ulamak dan tok guru. Beliau adalah seorang ahli politik yang masuk politik kerana mengejar kekayaan dunia sehingga melupakan akhirat.

Beliau dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan atau berfatwa haram jika rakyat menerima bantuan daripada pemimpin UMNO/BN. Beliau menghasut rakyat supaya tidak menerima setiap pembangunan yang dibawa masuk oleh kerajaan BN, sehinggakan semua yang BN/UMNO lakukan dikatakannya sebagai rasuah.
Tetapi beliau hulurkan duit yang dilipat kecil kepada penduduk kampung dikatakan sedekah dan amal jariah. Beginikah sikap pemimpin yang mahu saya sanjung? Harap maaf. Sama sekali tidak akan terbuka pintu hati untuk menyanjunginya.

Cukuplah para pemimpin, ahli dan penyokong tegarnya memberi sokongan taasub kepada beliau. Bagi saya untuk berbuat demikian, jauh sama sekali. Hatta, mati hidup semula pun saya tidak akan memuja muji atau meminta maaf daripadanya.

Nik Aziz terlalu taksub dunia politik

KUALA LUMPUR 15 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak tahu membezakan antara pandangan seorang pejuang Islam dengan pandangan orang politik apabila menyamakan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai pandangan berbaur politik.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad berkata, Nik Aziz merupakan seorang ahli politik, meskipun beliau dan partinya mahu memperjuangkan Islam, tetapi matlamat parti itu tetap bercirikan politik justeru apa sahaja isu berkaitan Islam, Nik Aziz masih melihatnya sebagai politik.

"Cara orang politik menegakkan Islam berbeza dengan pejuang Islam sejati. Terutama mereka yang terbuka menerima sesiapa sahaja untuk menyertai perjuangan Islam termasuk orang yang bukan Islam. Maka, matlamat perjuangan mereka kebarangkalian mudah tersasar.

"Seorang pendakwah Islam yang baik, dia akan berusaha memperkasakan Islam itu dengan cara yang boleh memelihara kehormatan Islam. Jika dia tidak mampu berjuang seorang diri, dia akan mencari rakan Islam yang lain tetapi bukan rakan yang bukan Islam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Nik Aziz menempelak pandangan Harussani terhadap Pas dengan menganggap kenyataan Mufti Perak bahawa Pas sudah menyeleweng dan menyalahgunakan agama Islam sebagai pandangan lapuk seorang mufti.

Sementara itu, Bendahari Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Malaysia (BNBBC) Mohamed Aziz berkata, Nik Aziz tidak layak bergelar Mursyidul Am Pas kerana beliau sendiri tidak tahu sejarah Pas atau sebenarnya sengaja memesongkan sejarah Pas itu.

Katanya, Pas tertubuh kerana Pengasasnya, Ahmad Fuad atau yang ketika itu Biro Agama UMNO kecewa dengan UMNO setelah gagal merebut kerusi Yang Dipertua UMNO atau kini Presiden UMNO daripada Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman.

"Lalu, Ahmad yang merajuk terus menubuhkan Pas. Persoalannya, adakah Nik Aziz tidak tahu perkara ini atau sengaja buat-buat tidak tahu kerana orang Pas ini suka memutar belit fakta. Nik Aziz yang buta sejarah, bukannya Harussani.

"Nik Aziz tidak perlu menipu rakyat, rakyat juga tahu bahawa sebelum Pas wujud, UMNO lebih awal telah memperjuangkan agama Islam. Mursyidul Am Pas itu jangan terlalu asyik berpolitik hingga lupa soal dunia akhirat," katanya.

Mohamed seterusnya mempersoalkan, kenapakah Pas seringkali mempertikaikan kenyataan-kenyataan daripada pihak mufti dalam pelbagai isu dan adakah Pas merasakan mereka itu lebih hebat daripada golongan mufti di negara ini.

"Saya tidak fikir Nik Aziz layak menjadi mufti, meskipun dia itu seorang tok guru di Kelantan tetapi dia memang tidak layak dipilih sebagai mufti," katanya.

Tiada ulasan: