Isnin, 28 Mei 2012

Wow!!! hebatnya himpunan dan konvensyen belia Selangor

Beginilah kalau hati dah busuk. Tak habis-habis dengan hasad dengki dan niat buruk hendak menggagalkan usaha murni orang lain. Allah Maha Adil. Allah tidak akan selama-lamanya membiarkan atau mengizinkan manusia jahat seperti kerajaan PKR Selangor berterusan berbuat keburukan kepada orang lain.

Walaupun Allah memberi peringatan, namun kerajaan negeri yang jahat tetap tidak mengambil atau menjadikannya sebagai iktibar. Namun, begitulah pembalasan yang diterima oleh manusia yang mungkar.

Program Himpunan dan Konvensyen Belia Selangor yang diadakan pada 26 Mei lalu iaitu serentak dengan Perhimpunan Sejuta Belia anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya hampir-hampir tidak mendapat sambutan.

Belia tahu yang mana baik, mana buruk. Mana janji palsu, mana janji dikotakan. Dengan pilihan yang betul itu, belia Selangor membuat langkahan yang tepat dengan menuju ke Putrajaya untuk mendengar amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, daripada mendengar bebelan tak berguna Anwar Ibrahim.
Akhirnya, Himpunan Belia dan Konvensyen Selangor itu dihadiri tidak sampai pun 100 belia. Mengikut pemerhati, bukan belia yang hadir, sebaliknya pelajar-pelajar yang kurang cerdik dan rakan-rakannya yang berketuakan Adam Adli.

Puak-puak inilah yang 'memenuhi' berpuluh-puluh ribu kerusi kosong yang diatur pihak penganjur di dalam dan di luar dewan Komplek Belia dan Sukan Selangor, Seksyen 7 Shah Alam iaitu tempat kononnya dijangka meriah dan gah dengan himpunan serta konvensyen belia Selangor itu.

Apa dah jadi? Malu besarlah jawabnya. Dan itulah kata-kata yang paling afdal untuk menggambarkan program anjuran puak munafik ini. Nawaitu jahat mereka ialah hendak lawan dengan Himpunan Jutaan Belia yang sedang berlangsung dengan meriah dan jayanya di Putrajaya.

Ke mana perginya Anwar dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang disebut-sebut akan merasmikan himpunan sejuta belia Selangor itu? Kalangan wartawan yang ditugaskan membuat liputan pun terpinga-pinga melihat keadaan dan suasananya.

Lengang dan sepi dari pagi hingga ke petang. Sedangkan mengikut jadual, sepatutnnya Anwar selaku Penasihat Ekonomi Selangor akan beri ucaptama dan tetamu kehormat lain adalah Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Namun tunggu punya tunggu, tidak ada sesiapapun daripada penama hebat dalam politik murahan ini hadir. Sebab apa ya? Takkan malu dengan himpunan yang tidak dapat sambutan langsung itu.

Ini jauh beza dengan kemeriahan di Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya, yang berlangsung dari 23 hingga 27 Mei. Ada lebih 500 program, 22 pentas dan ratusan acara dengan kehadiran belia dari seluruh negara.

Tinjauan portal berita Agendadaily di Komplek Belia dan Sukan Shah Alam pada jam 3 petang mendapati yang ada hanya petugasnya sahaja.

Program forum yang melibatkan 'ikon belia PR' iaitu aktivis mahasiswa, si Adam Adli tidak ada pengunjung, kecuali petugas dan unit amal yang tidak sampai 20 orang itu cuba mengisi kerusi kosong di depan pentas.

Ribuan kerusi kosong lagi berselerak bukan sahaja dalam dewan, malah di luar dewan. Suasana lebih menyayat hati kepada peniaga-peniaga, tak ada orang datang membeli atau meninjau-ninjau barangan jualan mereka. Dalam erti kata lain, rugi besar.
Difahamkan pada sebelah pagi, program yang seharusnya bermula pada awal pagi, terpaksa ditunda kerana ketiadaan peserta.

Jumlah yang hadir pada jam 10.24 pagi tidak sampai pun 100 orang. Walaupun Pesuruhjaya PAS, Dr Rani Osman dan Exco Adat Resam Melayu, Dr Ahmad Yunus Hairi telah sampai awal dan mundar-mandir melihat jumlah peserta yang berapa kerat sahaja itu.

Walaupun majlis dijadualkan bermula seawal jam 9 pagi, namum sehingga jam 10.24 pagi majlis tetap tidak dapat dimulakan, kerana penceramahnya nak berceramah kepada siapa? Takkan nak berceramah pada kerusi kosong dan petugas penganjur. Dah hilang akal apa...

Kalau dilihat kepada persediaan, memang gempak habis, ada empat kaunter pendaftaran disediakan mengikut kategori iaitu NGO, Orang Awam, Mahasiswa dan Penggerak Belia Tempatan (PeBT).

Jika bilangan kerusi yang diatur diambil kira, sepatutnya kehadiran peserta adalah paling kurang 1,000 orang. Sebanyak 50 meja makan untuk 500 orang dan dua skrin putih besar turut disediakan untuk peserta yang berada di luar dewan. 'Peserta' ini terpaksa berada di luar dewan kerana di dalam dewan telah penuh.

Berdasarkan aturcara, Anwar hadir pada majlis itu pada jam 9 pagi. Ketika Exco PAS Selangor, Dr Yunus Hairi berucap pada jam 10.15 pagi, bayang-bayang Anwar Ibrahim belum nampak. Ketika itu 'belia' yang hadir sekitar 100 orang.
Penganjur turut menayangkan video debat PTPTN antara Khairy Jamaluddin dan Rafizi Ramli pada 23 Mei 2012 lalu. Video ini terpaksa ditayangkan sementara menunggu kehadiran lebih ramai hadirin.

Lebih malangnya, pada ketika itulah lebih kurang 40 belia dari Kedah bertindak keluar dari dewan kerana mendakwa tertipu dengan program berkenaan.

Mereka pada mulanya telah dijanjikan untuk dibawa ke Program Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya, sebaliknya dibawa ke Program Himpunan dan Konvensyen Belia Negeri Selangor 2012.

Exco PKR Selangor Yaakob Sapari, yang mewakili Menteri Besar Selangor ketika berucap akhirnya mengesahkan Anwar tidak dapat hadir kerana terlibat dengan program lain kononnya.
Keseluruhan program berkenaan tidak mendapat sambutan berikutan kehadiran yang sangat tidak memuaskan iaitu tidak sampai 150 orang.

Walaupun penganjur membuat hebahan awal dengan memasang kain-kain rentang dan membuat penyebaran SMS kepada seramai 33,000 orang belia di Selangor, namun usaha tersebut masih gagal menarik kehadiran golongan belia ke majlis berkenaan.

Terdengar ada kalangan yang hadir berbisik ini satu pengajaran kepada kerajaan Selangor pimpinan PKR, jangan nak dakwa 'rakyat' sentiasa menyokong mereka.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

http://suarapakatanrakyat.com/2012/05/siapa-sabotaj-himpunan-dan-konvensyen-belia-negeri-selangor-2012/

komen dari blog mereka sendiri