Isnin, 31 Mac 2014

Isu Memali.. Musa Hitam terkedu...Ada 8 bukti dia fitnah Tun M


Pada 27 Mac 2014, Tun Musa mendakwa Tun Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika berlakunya peristiwa Memali dalam satu forum politik di Kota Bharu.

Apakah benar dakwaan Tun Musa Hitam tersebut? Mengapa sekarang dakwaan itu dibuat? Mengapa dakwaan itu dibuat sehari sebelum Anwar Ibrahim datang ke Kota Bharu untuk membuat jelajah Reformasi 2.0 dan berjumpa dengan Nik Aziz?

Berikut adalah lapan bukti jelas di mana Tun Mahathir berada pada 20-28 November 1985.

Bukti Pertama : Kit Siang Tahu Mahathir Ke China

 

Ucapan Kit Siang pada 19 November 1985

Jumaat, 28 Mac 2014

Russia dakwa MH370 dirampas Tentera Laut Amerika

 

Satu laporan yang diedarkan di Kremlin yang disediakan oleh Main Intelligence Directorate of the General Staff of the Armed Forces (GRU) menyatakan bahawa ibu pejabat Aerospace Defence Forces (VKO) "hairan"mengenai  situasi di mana Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) "menangkap dan kemudian mengalihkan" sebuah kapal terbang komersial milik Malaysia Airlines (MAS) ke satu kem rahsia dipercayai terletak di Atol Diego Garcia dalam kawasan Lautan Hindi.

Menurut laporan itu, pesawat MH370 (juga dikenali dengan 748 melalui perkongsian kod dengan penerbangan China Southern Airlines) merupakan penerbangan komersial dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China, apabila pada 8 Mac pesawat Boeing 777-200ER ini secara tiba-tiba "ghaib" dalam penerbangan beserta 227 penumpang dari 15 buah negara yang kebanyakkannya daripada negara China, beserta 12 anak kapal.

Sesuatu yang menarik utk diberi perhatian, laporan ini menyebut, sebenarnya penerbangan MH370 sudah berada di bawah pengawasan GRU sebaik sahaja ia menerima maklumat terdapat kargo “sangat mencurigakan” yang dikesan mempunyai kaitan dengan Republik Seyschelles yang sebelum itu kargo berkenaan berada dalam kapal kontena MV Maersk Alabama.

Antara perkara pertama yang membangkitkan wasangka GRU ialah apabila dalam tempoh 24 jam kerja pemunggahan kargo “sangat mencurigakan” itu dilakukan dan sebelum dimasukkan ke dalam MH370, dua anggota Tentera Laut Amerika Syarikat yang terlatih iaitu Mark Daniel Kennedy, 43, dan Jeffrey Keith Reynolds, 44, dijumpai mati dalam "keadaan yang mencurigakan"

Rabu, 26 Mac 2014

Kassim Ahmad ditahan Jakim berhubung kenyataan kontroversi

Bekas aktivis politik dan sosial, Dr. Kassim Ahmad yang mencetuskan kontroversi berhubung kenyataannya berunsur anti-hadis baru-baru ini, ditahan penguatkuasa Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) di rumahnya, di Taman Kulim Perdana, Kelab Golf Kulim, di sini hari ini.

Kassim, yang baharu keluar dari hospital lebih seminggu lalu ditahan oleh sepasukan pegawai Jakim dengan bantuan polis serta penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim kira-kira pukul 12.30 tengah hari

Penahanan itu dibuat selepas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengeluarkan waran tangkap terhadapnya atas kesalahan mengikut Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 iaitu menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama.

Kadi Daerah Kulim, Sheikh Yusof Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut. - UTUSAN ONLINE

MH370: Amerika hantar drone dasar laut di Lautan Hindi

Post Pic

Amerika Syarikat (AS) menghantar drone dasar laut tentera lautnya yang berkemampuan meneroka dasar laut sejauh 15,000 kaki ke bawah paras laut bagi mencari bangkai pesawat MH370 yang tenggelam di Lautan Hindi.
 
Jurucakap Pentagon, Laksamana John Kirby ketika mengumumkan perkara itu berkata, drone tersebut yang berukuran lima meter panjang dan seberat 800 kilogram mampu beroperasi lebih sehari dalam kelajuan perlahan. 
   
Menurutnya, drone tersebut yang turut dilengkapi dengan teknologi canggih kemudahan sonar, juga berkeupayaan menjejaki kotak hitam dalam dasar laut.
 
Katanya, kemudahan tersebut diterbangkan dari Lapangan Terbang New York semalam dan dijangka tiba di Perth Australia hari ini.

Ahmad Jauhari ditanya adakah akan melepaskan jawatan

Post Pic
 
Wartawan yang menghadiri persidangan media mengenai tragedi pesawat MH370 hari ini, tersentak apabila seorang wartawan daripada South China Post bertanya, apakah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya akan melepaskan jawatannya berikutan tragedi yang menimpa pesawat tersebut.
 
Ahmad Jauhari yang tenang mendengar soalan daripada wartawan luar negara berkenaan berkata, soal sama ada beliau meletakkan jawatan atau tidak, tidak akan dijawabnya pada hari ini.
 
"Soalan ini saya sifatkan sebagai soalan peribadi. Saya tidak akan menjawabnya pada sidang akhbar hari ini," katanya pada sidangh media di Anjung Tinjau, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
 
Soalan tersebut ternyata tidak begitu disenangi oleh wartawan-wartawan lain khususnya daripada media tempatan kerana seolah-olah menambah tekanan kerja kepada Ahmad Jauhari yang dilihat bertungkus lumus sejak hari pertama kejadian kehilangan pesawat itu.

MH370: Kesimpulan berdasarkan petunjuk sahih, tiada serpihan ditemui

MH370: Kesimpulan berdasarkan petunjuk sahih, tiada serpihan ditemui

Di sebalik berita yang mendukacitakan mengenai pesawat MH370 semalam, Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini memaklumkan bahawa tiada serpihan milik pesawat berkenaan ditemui setakat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata ianya adalah berdasarkan peningkatan petunjuk sahih yang diperolehi.

"Adalah mustahil untuk meramalkan berapa lama masa siasatan yang akan diambil. Tetapi selepas 17 hari, pengumuman yang dikongsi semalam adalah realiti yang kita perlu terima” katanya di dalam sidang akhbar di KLIA hari ini.

Apabila ditanya bagaimana pihak berkuasa mengesahkan bahawa pesawat terhempas walaupun tiada serpihan ditemui, Ahmad Jauhari menjawab, mereka membuat kesimpulan tersebut dari petunjuk yang boleh dipercayai.

Tracking down MH370 black boxes a Herculean challenge AFP News

Recovering the black boxes from the Malaysia Airlines jet that crashed into the southern Indian Ocean is a Herculean task, even with the wealth of sophisticated equipment being deployed.

Any hope of finding survivors from the missing plane was extinguished on Monday when Malaysia's prime minister announced satellite data showed MH370's journey had "ended in the southern Indian Ocean" off the west coast of Australia.

Seventeen days after the Boeing 777 disappeared, distraught relatives were forced to accept what they had long feared -- that the 239 passengers and crew on board were never coming home.

The plane's two black boxes are key to solving the mystery of why the plane veered so far off course and its final fate, but experts say that the search for them will be long and difficult.

MH370 Live Report: Search operations in Northern Corridor called off

 
In this Monday, March 24, 2014 photo, crew members of an RAAF AP-3C Orion aircraft search for missing Malaysia …
 DAY 18:
[6:20pm]: Highlights from this evening’s press conference:

- Search operations in northern corridor and area near Indonesia called off. Current search area is 469,407 sq nautical miles from the initial 2.24 million sq nautical miles. 

 - MAS will take the lead in communicating with families.
-The aircraft wreckage, if found, may be brought to Australian soil for further investigation.
- Minister Hishammuddin Hussein said new analysis was convincing enough for the UK’s AAIB to brief PM Najib Razak that the plane’s last position was in the southern Indian ocean. The message was then conveyed to the families and announced to the public.
- IGP says investigation will continue on the four areas: sabotage, hijacking and psychological and personal problems.
- The US Navy’s Towed Pinger Locator - which can detect the aircraft’s black box - is en route to Perth.
- High level team from Malaysia will leave to Beijing today. Lack of details yesterday caused speculations that Malaysia was not revealing information. Team to address all questions from family members.
- Malaysian air force is conducting its own inquiry into the incident and Transport Ministry is looking at members to form its own inquiry board.

Selasa, 25 Mac 2014

Saudagar spekulasi meraih laba politik daripada musibah MH370

Post Pic

Jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memilih tidak segera mengumumkan rumusan cerapan satelit Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) sudah pasti ramai yang menuduh kerajaan Malaysia cuba menyorokkan maklumat tragedi MH370.
 
Kecenderungan untuk mempercayai teori ada konspirasi dalam tragedi MH370 sudah bertebaran ke seluruh pelosok dunia dan bukan terhad pada persekitaran Kajang, Selangor, yang baru menghadapi pilihanraya kecil Ahad lalu. 
 
Tidak kira agensi berita dan media asing mahupun media yang tidak mesra kerajaan di Malaysia serta halaman media sosial yang tiada kekangan etika, masing-masing menebarkan teori dan rumusan apa yang terjadi pada MH370 itu. 
 
Pusat segala spekulasi itu menyasarkan persoalan berhubung maruah, kecekapan dan jatidiri Malaysia, khususnya kerajaan menangani musibah ini. 
 
Tohmahan, ramalan dan juga sikap permusuhan tanpa asas ini dihimpunkan oleh bukan sahaja pihak luar negara tetapi dari kalangan sinis dan pembenci kerajaan. 
 
Namun kerajaan mempertahankan kerangka dan tatacara kerja menangani musibah yang tidak pernah terjadi dalam sejarah penerbangan moden di mana ada pesawat terbang tiba-tiba terputus daripada cerapan radar pihak  berkuasa beberapa buah negara.
 
Majlis teknikal mencari dan menyelamat (SAR) yang diketuai Jabatan Penerangan bertungkus lumus menyiasat segala kemungkinan dan petunjuk yang boleh memberi pencerahan kepada musibah luar biasa ini. 
 
Protokol yang dipatuhi oleh majlis ini ialah setiap maklumat atau data teknikal diselidiki kesahihanya dan harus tidak bercanggah dengan informasi yang sudah ditemui sebelum ini. Selepas dapat kepastian barulah ia diumumkan.
 
Justeru kerajaan tidak boleh melayan spekulasi dan tidak mahu menjadi punca yang menghebahkan spekulasi. Maklumat yang dikeluarkan mestilah tepat dan sahih. Sudah tentu proses ini mengambil sedikit masa. 
 
Sensitiviti ahli keluarga penumpang dan anak kapal MH370 amat ditatang supaya mereka tidak dilamun maklumat yang tidak betul dan spekulatif.
 
Maka Datuk Seri Najib mengambil keputusan mengumumkan dapatan rumusan yang dianggap tuntas oleh Inmarsat dan AAIB supaya ia tidak kemudian menjadi tempelak umum kononnya kerajaan masih menyorok maklumat.
 
Namun seperti dijangka, pihak yang tidak mesra kerajaan memulas tindakan Perdana Menteri itu sebagai langkah yang tergesa-gesa pula. Kononnya rumusan Imarsat dan AAIB itu tidak muktamad. 
 
Ada yang begitu galak hingga mempertikaikan dapatan dan rumusan institusi pakar berkenaan. Soalnya, jika cerapan teknologi paling canggih itu hendak disanggah apakah pilihan yang ada pada kerajaan Malaysia?
 
Jika tidak diumum, ia dituduh menyorok maklumat. Namun setelah dihebahkan ia dianggap tidak tuntas dan bukan muktamad. Kedua-dua keadaan adalah bahan politik yang amat “enak dan lazat” bagi pembangkang yang kurang sensitif terhadap kebenaran.
 
Sebagai langkah yang berhemah, kerajaan memutuskan tidak mahu mengibarkan bendera separuh tiang sehingga bukti fizikal yang kukuh diperolehi dari gerakan SAR diumum tamat. 
 
Ini sekaligus bagi membuktikan sikap tidak berputus asa kerajaan di samping tidak mahu menyanggah rumusan teknologi. 
 
Sementara itu, pihak kurang peka, tidak sensitif yang tidak beradab ini akan terus dengan aktiviti songsang mereka untuk menekan kebenaran dengan harapan ia akan melemahkan kerajaan yang dianggap musuh politik abadi mereka. 
 
Rasa kemanusiaan dan akhlak yang luhur bukan citra sanubari mereka. Dukacita dan kehibaan insan lain tergamak dijadikan modal untuk memerah seberapa banyak “keuntungan” politik dalam percaturan politik mereka. 
 
Bagi saudagar-saudagar yang memperdagangkan dukacita insan lain ini, ia adalah peluang terbaik untuk mensudutkan kerajaan dalam keadaan “ditelan mati emak, diluah mati bapak”. 
 
Bila kerajaan dalam keadaan serba salah, ia akan dijaja sebagai satu kelemahan. Lantas ada pemimpin pembangkang yang tidak malu menghebahkan beliau lebih layak menjadi perdana menteri kerana “lebih bijak melayani media barat”.

Kenyataan penuh sidang media Perdana Menteri

MH370

Petang ini saya telah diberikan taklimat oleh wakil daripada Badan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB). Mereka memaklumkan kepada saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan, telah menjalankan perkiraan lanjut ke atas data berkenaan.

Menggunakan satu bentuk analisis yang belum pernah digunakan dalam siasatan seperti ini, mereka mampu memberikan beberapa petunjuk yang lebih jelas mengenai laluan penerbangan pesawat  MH370.

Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB merumuskan bahawa pesawat MH370 telah terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

Kawasan ini merupakan lokasi terpencil, jauh daripada sebarang lokasi pendaratan. Oleh itu dengan perasaan yang amat sedih dan terharu, menurut data terkini yang diperolehi, saya ingin memaklumkan bahawa penerbangan pesawat MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi.

Kami akan mengadakan satu sidang media esok (Selasa) bagi memberikan butiran lanjut. Buat masa ini, kami akan terus memaklumkan tentang perkembangan baru ini secepat yang mungkin. Kami berkongsi maklumat ini kerana kami komited kepada keterbukaan dan menghormati ahli keluarga yang terlibat, dua prinsip yang sentiasa menjadi panduan dalam siasatan ini.

Malaysia Airlines sudah berhubung dengan ahli keluarga penumpang dan anak kapal untuk memaklumkan kepada mereka perkembangan terbaru ini. Buat mereka, beberapa minggu lepas merupakan masa yang amat memilukan;  saya sedar berita ini akan lebih menyedihkan lagi. Saya menggesa pihak media agar menghormati privasi mereka dan memberikan mereka sedikit ruang yang amat diperlukan di saat-saat sukar seperti ini.

Kenyataan penuh MAS


Kenyataan penuh MAS
Malaysia Airlines dengan penuh rasa kesal ingin memaklumkan bahawa kami terpaksa menganggap bahawa MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Seperti yang akan anda dengar tidak lama lagi daripada Perdana Menteri Malaysia, analisis baru data satelit membayangkan pesawat itu jatuh di selatan Lautan Hindi.

Bagi pihak semua kami di Malaysia Airlines dan seluruh rakyat Malaysia, doa kami kepada semua insan tersayang kepada 227 penumpang dan 12 sahabat serta rakan kerja kami pada saat-saat yang sukar ini.

Kami tahu tidak ada kata-kata yang boleh kami atau sesiapa pun ucapkan untuk meringankan kepedihan itu. Kami akan terus memberikan bantuan dan sokongan kepada anda, seperti yang telah kami lakukan sejak MH370 mula-mula hilang pada awal pagi 8 Mac lalu semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Operasi mencari yang sedang dijalankan oleh pelbagai negara akan diteruskan sementara kita mencari jawapan kepada persoalan yang masih belum berjawab. Di samping usaha mengesan MH370, ada juga satu siasatan menyeluruh yang kami harapkan akan memberikan jawapan itu.

Kami juga ingin memberi jaminan bahawa Malaysia Airlines akan terus memberikan anda sokongan penuh untuk mengharungi minggu-minggu dan bulan-bulan yang akan datang.

Sekali lagi, dengan penuh rendah hati kami panjangkan ingatan, doa dan takziah yang penuh ikhlas kepada semua yang terjejas dengan tragedi itu.

Cuaca buruk, misi pencarian MH370 ditangguh

By AFP
 
 
Australian Maritime Safety Authority (AMSA) mengesahkan misi pencarian pesawat MH370 yang terhempas di Lautan Hindi ditangguhkan kerana keadaan cuaca buruk.
 
"Operasi mencari MH370 ditangguhkan kerana cuaca buruk dan akan dimulakan semula apabila cuaca kembali pulih," katanya dalam twitter rasminya pagi ini.
 
Pesawat milik syarikat penerbangan nasional,  Malaysia Airlines Bhd. (MAS) disahkan terhempas di satu kawasan terpencil di tengah-tengah Lautan Hindi di barat daya Perth, Australia. 
 
Semua penumpang dan anak kapal dipercayai terkorban namun pihak berkuasa Malaysia masih mahu operasi mencari terutamanya kotak hitam diteruskan.
 
Pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur ke Beijing itu terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara pada jam 1.19 pagi, 8 Mac lalu.
 
Menurut data-data dan analisis pakar, pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu telah sengaja dilencongkan dari laluan asalnya namun motif utama tindakan tersebut masih lagi misteri.
 
Sebanyak 26 buah negara telah menyertai misi pencarian dan penyelamat (SAR) yang digerakkan pada hari yang sama ia disahkan hilang.

Tiada perkataan gambarkan apa saya rasa - Hishammuddin

ByNorlaile Abd Rahman
 
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berbincang sesuatu dengan Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum sidang akhbar dimulakan di PWTC. Gambar SAFWAN MANSOR, 24 MAC 2014.
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berbincang sesuatu dengan Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum sidang akhbar dimulakan di PWTC. Gambar SAFWAN MANSOR, 24 MAC 2014.

Sejak pesawat MH370 yang berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur ke Beijing disahkan hilang pada awal pagi 8 Mac lalu, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak pernah gagal menjalankan tanggungjawabnya memaklumkan semua maklumat terbaharu mengenai insiden tersebut.

Meskipun setiap hari diasak dengan pelbagai soalan dan spekulasi oleh media terutamanya media asing, beliau tetap tenang dan yakin dalam setiap tutur katanya.

Kini selepas 17 hari insiden tersebut berlaku, lebih 404 jam misi pencari dan penyelamat (SAR) dijalankan oleh 26 negara menggunakan pelbagai aset tercanggih di dunia akhirnya pesawat MH370 disahkan terhempas di tengah Lautan Hindi.

Namun bagi Hishammuddin usaha mencari tidak akan terhenti di sini walaupun usaha menyelamat pastinya sudah menemui titik penamat.

“Tiada perkataan yang boleh menggambarkan apa yang saya rasai ketika ini tetapi saya berjanji pada anda terutamanya ahli keluarga semua penumpang dan krew, misi pencarian tetap diteruskan,” katanya dalam twitternya kira-kira setengah jam selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pesawat malang tersebut mengakhiri perjalanannya di satu kawasan terpencil di tengah Lautan Hindi di mana tiada sebarang kawasan yang mungkin boleh dijadikan landasan untuk mendarat.

Tragedi malang ini adalah berita yang paling sedih diterima oleh rakyat Malaysia dan dunia amnya. Warga media sosial tidak henti-henti mengirimkan doa dan ucapan semoga semua roh penumpang dan pesawat berada dalam keadaan aman. Manakala  bagi umat Islam hanya kiriman Al-Fatihah yang mampu dilafazkan ketika ini.

MH370 terhempas di Lautan Hindi

By Sarah Nadlin Rohim
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sangat sugul ketika mengumumkan berita terbaru pesawat MH370 disahkan terhempas di Lautan Hindi bersama 239 penumpang dalam sidang media di PWTC. Gambar SAFWAN MANSOR, 14 MAC 2014.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sangat sugul ketika mengumumkan berita terbaru pesawat MH370 disahkan terhempas di Lautan Hindi bersama 239 penumpang dalam sidang media di PWTC. Gambar SAFWAN MANSOR, 14 MAC 2014.

PENERBANGAN MH370 yang membawa 239 penumpang yang hilang pada Sabtu, 8 Mac lalu, malam ini disahkan terhempas di satu lokasi paling terpencil di Lautan Hindi di barat daya Perth, Australia.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media di PWTC.
 
"Dengan dukacitanya saya terpaksa memberitahu anda semua, menurut data terbaru yang diterima pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
 
"Lokasi ini adalah terpencil, jauh dari sebarang tempat pendaratan dan itu merupakan lokasi terakhir MH370," katanya .
 
Perdana Menteri berkata, petang tadi beliau telah diberi taklimat oleh wakil Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) mengenai Inmarsat, syarikat yang menyediakan data satelit di koridor utara dan selatan telah melakukan pengiraan data lanjutan.
 
"Mereka menggunakan analisis yang tidak pernah dilakukan sebelum ini dalam penyiasatan seperti ini, mereka telah mampu memberikan petunjuk baru mengenai laluan diambil MH370.
 
"Berdasarkan analisis baru ini, Inmarsat dan AAIB telah merumuskan bahawa MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth," jelasnya.
 
Najib berkata, satu sidang media akan diadakan esok untuk memberikan penjelasan lanjut.
 
Sementara itu, Perdana Menteri berkata, pengumuman ini dibuat seawal mungkin bagi menunjukkan komitmen Malaysia terhadap keterbukaan dan atas rasa hormat kepada keluarga mangsa yang merupakan asas kepada penyiasatan.
 
"Malaysia Airline System Berhad (MAS) telah bertemu dengan ahli keluarga penumpang dan anak-anak kapal untuk memberitahu perkembangan terbaru ini.
 
"Bagi mereka, dua minggu ini adalah merupakan masa sangat mendukacitakan dan berita ini juga akan menambah duka itu.
 
"Saya memohon media menghormati hak peribadi merela dan memberikan ruang untuk mereka berhadapan situasi sukar ini," katanya.
 
Penerbangan MH370 MAS hilang pada hari Sabtu 8 Mac lalu dengan komunikasi terakhirnya dengan menara kawalan di KLIA ialah pada pukul 1.20 pagi. Pesawat yang dalam penerbangan ke Beijing itu hilang kira-kira satu jam selepas melakukan penerbangan.
 
Pesawat itu kemudian di kesan berpatah balik dari laluan asal menghala ke Selat Melaka dan analisis imej radar dan setelit akhirnya menunjukkan ia menuju ke arah koridor selatan di Lautan Hindi.
 
Ekoran itu, usaha mencari dan menyelamat telah digerakkan secara intensif membabitkan 26 negara termasuk melibatkan penggunaan teknologi terkini dalam merungkai misteri kehilangan pesawat itu.
 
Akhirnya, selepas 17 hari, pasukan penyiasat dengan bersandar kepada bukti dari cerapan setelit dan radar membuat ketetapan bahawa perjalanan MH370 berakhir di satu kawasa terpencil di Lautan Hindi di barat daya Perth.
 
Pengumuman itu juga bermakna semua 239 orang di dalamnya iaitu 227 penumpang bersama 12 anak kapal turut terkorban.

Jumaat, 21 Mac 2014

Bunuh dan disimen

Mangsa dilaporkan hilang di Batu 9, Cheras tiga bulan lalu dipercayai diculik. Dia dipercayai ditembak sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam tong dan disimen kemudian ditanam di Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan. 

Akhbar utama di Malaysia telah melaporkan tentang bagaimana penahanan enam suspek berhubung kes samun dan bunuh di Cheras baru-baru ini membawa kepada penemuan mayat seorang ahli perniagaan. 

Mayat ahli perniagaan yang dibunuh dengan cara ditembak itu telah disimen ke dalam tong sebelum di tanam di sebuah lokasi di Bukit Pelandok, Lukut, Negeri Sembilan.

Difahamkan, dua daripada enam suspek telah mengaku bertanggung jawab membunuh ahli perniagaan tersebut yang dilaporkan hilang di Batu 9, Cheras sejak tiga bulan lalu.

Sumber polis berkata, pemeriksaan forensik akhirnya menemui tong berisi simen di tepi jalan ke Bukit Pelandok.

Berikut adalah gambar-gambar yang dikongsikan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia ketika usaha memecahkan simen bagi mengeluarkan mayat mangsa dijalankan. 

Bagi yang tidak tahu, ini merupakan sebahagian daripada tugas bomba selain memadam kebakaran dan menangkap binatang yang mengancam keselamatan masyarakat.

Kenyataan Pemangku Menteri Pengangkutan Mengenai Kehilangan Pesawat MAS (20 Mac)


Berikut adalah kenyataan Menteri Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada taklimat media di Sepang, Selangor pada Khamis 20 Mac mengenai gerakan mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang:

Imej Satelit Australia
"Pada pukul 10 pagi ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) menerima panggilan daripada Perdana Menteri Australia (Tony Abbot), yang memaklumkan kepada beliau bahawa 'dua objek yang mungkin mempunyai kaitan dengan gerakan mencari' MH370 telah dikenal pasti di selatan Lautan Hindi.

"Pihak berkuasa Australia di Kuala Lumpur juga telah memberi taklimat kepada saya mengenai perkara itu, manakala Menteri Luar Australia pula telah berhubung dengan Menteri Luar Malaysia.

"Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) terus menyelaras usaha mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang di kawasan mencari dan menyelamat negara itu, dengan bantuan Angkatan Pertahanan Australia, Tentera Udara New Zealand dan Tentera Laut Amerika.

"Pusat Penyelarasan Menyelamat (RCC) Australia AMSA menerima imej satelit yang berkemungkinan mempunyai kaitan dengan gerakan mencari MH370.

"RCC Australia mendapatkan penilaian pakar mengenai imej satelit komersial itu hari ini. Imej berkenaan dirakam oleh satelit. Ia mungkin tidak mempunyai kaitan dengan pesawat terbabit.

"Penilaian mengenai imej ini dibuat oleh Pertubuhan Risikan Geopastial Australia yang mendapati ia mungkin merupakan petunjuk mengenai serpihan yang terdapat di barat daya Perth.

"Berikutan maklumat ini, empat pesawat dikerah semula ke satu kawasan 2,500 kilometer di barat daya Perth.

"Sebuah pesawat P-3 Orion Tentera Udara Diraja Australia tiba di kawasan itu pada kira-kira pukul 10.50 pagi. Tiga lagi pesawat dikerah oleh RCC Australia ke kawasan berkenaan, termasuk Orion kedua RAAF, sebuah Orion tentera Udara Diraja New Zealand dan sebuah P-8 Poseidon Tentera Laut Amerika.

"Pesawat Poseidon itu dijangka sampai awal tengah hari ini. Orion kedua RAAF Orion dijangka berlepas dari Pangkalan RAAF Pearce, Perth, pada lewat tengah hari. Orion Zealand pula dijadualkan berlepas tengah hari ini.

"Sebuah pesawat C-130 Hercules RAAF telah ditugaskan oleh RCC Australia untuk melepaskan boya penanda datum bagi membantu dalam 'drift modelling' (pemodelan hanyut).

"Ia akan memberi maklumat mengenai titik rujukan sekiranya tugas mengesan objek berkenaan menjadi berlarutan.

"Sebuah kapal dagang yang memberi respons kepada siaran perkapalan yang dikeluarkan RCC Australia pada Isnin juga dijangka tiba di kawasan itu tengah hari ini.

"Kapal Tentera Laut Diraja Australia HMAS Success kini dalam perjalanan ke kawasan itu dan dijangka tiba di sana beberapa hari lagi. Kapal ini memiliki kelengkapan lengkap untuk menaikkan sebarang objek yang dikesan dan dibuktikan berasal daripada MH370.

"Segala usaha sedang dilakukan untuk mengesan objek yang terdapat di dalam imej satelit berkenaan. Perlu ditegaskan bahawa apa yang kelihatan itu, walaupun boleh dipercayai, tetapi masih belum disahkan.

Aset yang digunakan
"Pencarian MH370 merupakan usaha yang melibatkan pelbagai negara. Berikut saya berikan kepada anda maklumat terkini mengenai aset yang digunakan.

"Dalam tempoh operasi ini dijalankan, Panglima Angkatan Tentera telah menghubungi rakan sejawatan beliau dari pelbagai negara, termasuk:
•         Australia
•         China
•         India
•         Indonesia
•         Jepun
•         Maldives
•         Nepal
•         New Zealand
•         Singapura
•         Thailand
•         Vietnam
•         UK
•         dan Amerika.

"Kesemua mereka memberi sokongan penuh dan menawarkan bantuan. Oleh kerana fokus pencarian ini telah beralih daripada Laut China Selatan dan Selat Melaka ke koridor utara dan selatan, maka rakan antarabangsa kami terus menghulurkan segala bentuk sokongan yang termampu oleh mereka.

"Sejumlah aset telah digunakan dalam fasa tertentu dalam operasi mencari dan menyelamat ini.

"Kini, 18 kapal, 29 pesawat dan enam helikopter daripada kapal digunakan di
sepanjang koridor utara dan selatan, seperti berikut:

Pesawat
Di koridor utara, terdapat empat pesawat:
•         dua dari Malaysia
•         satu dari Jepun
•         dan satu dari Amerika

Di koridor selatan, terdapat 25 pesawat:
•         dua dari Malaysia
•         lima dari Australia
•         tiga dari China
•         empat dari Indonesia
•         dua dari India
•         empat dari Jepun
•         satu dari New Zealand
•         dua dari Korea Selatan
•         satu dari UAE
•         dan satu dari Amerika

Kapal
Kesemua 18 kapal digunakan di koridor selatan:
•         enam dari Malaysia
•         satu dari Australia
•         lima dari China
•         dan enam dari Indonesia

Operasi ini juga melibatkan enam helikopter:
•         tiga dari Malaysia dan tiga dari China.

"Selagi kami tidak pasti bahawa kami sudah menemui MH370, operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan di kedua-dua koridor berkenaan.

"Saya ingin mengesahkan bahawa Malaysia menghantar dua pesawat ke Kazakhstan, manakala UK pula merancang menghantar sebuah kapal ke koridor selatan.

"Di samping aset yang saya senaraikan tadi, beberapa negara di koridor utara juga menjalankan operasi mencari dan menyelamat di wilayah masing-masing:

•             China menggunakan semua cara yang ada, termasuk 21 satelit untuk membuat carian di wilayahnya dan bersedia menghantar lebih banyak kapal serta pesawat apabila diperlukan.
•             Di Kemboja, empat helikopter menjalankan operasi mencari di wilayahnya.
•             Tentera Udara Laos menjalankan operasi mencari di wilayah Laos.
•             Singapura menggunakan Pusat Gabungan Maklumat Antarabangsanya, yang
Malaysia juga mempunyai wakilnya, untuk memaklumkan kepada pelaut dan membantu dalam kerja mencari.
•             Tentera Thailand menjalankan operasi mencari di bahagian utara Thailand dengan menggunakan semua pesawat yang ada.
•             Dan Vietnam menjalankan operasi mencari di wilayahnya dengan menggunakan sejumlah pesawat yang tidak dinyatakan.
Secara keseluruhannya, ini merupakan suatu kerahan pasukan antarabangsa secara besar-besaran. Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan kami yang memberi kerjasama dalam fokus kami untuk terus mencari MH370.

Penjagaan keluarga
"Pasukan peringkat tinggi yang saya umumkan semalam berlepas ke Beijing petang ini.

"Saya juga ingin mengesahkan bahawa para wakil kerajaan Malaysia telah bercakap dengan keluarga yang hadir di sini semalam.


"Di samping itu, Duta Khas Perdana Menteri ke China, dan Duta Besar China di Malaysia, akan mengetuai satu taklimat hari ini untuk keluarga dari China yang kini berada di Kuala Lumpur.

"Ia akan turut dihadiri Jabatan Penerbangan Awam, Angkatan Tentera, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Luar Negeri dan MAS. Taklimat serupa juga akan diadakan untuk keluarga lain.

Kata penutup
"Kepada keluarga dari seluruh dunia, satu-satunya maklumat yang amat mereka mahukan adalah maklumat yang belum kami ada ketika ini: lokasi MH370.

"Perkara yang menjadi fokus utama kami pada setiap masa ialah untuk mencari pesawat berkenaan. Dan pada setiap hari yang berlalu, kami telah melipatgandakan usaha kami.

"Semalam, saya berkata kami ingin mengurangkan kawasan mencari. Sekarang, kami sudah mendapat petunjuk yang boleh dipercayai. Banyak lagi usaha yang perlu dilakukan dari segi kerahan aset. Usaha ini akan diteruskan dalam tempoh semalaman."

Dakwaan Malaysia Sembunyi Maklumat MH370 Tuduhan Tidak Waras


Misi mencari MH370 terus menjadi keutamaan bukan sahaja bagi Malaysia tetapi bagi seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat sepertimana yang diakui sendiri oleh Presiden Barrack Obama.

Seluruh dunia gempar dengan kehilangan pesawat paling canggih tanpa sebarang petunjuk langsung walaupun pencarian telah memakan masa sehingga 2 minggu.

Dalam keadaan tegang ini, kemungkinan pesawat dirampas dianggap sebagai ‘berita baik’ berbanding ‘terhempas’. Justeru, ramai yang ingin percaya ‘berita baik’ ini dan inginkan kepastian mengenainya.

Oleh kerana berita ini tidak dapat disahkan, maka mereka mencari pihak yang boleh dipersalahkan sebagai cara ‘memujuk diri sendiri’. Pastinya, sasaran paling mudah untuk dihamburkan segala kerisauan, kesedihan dan kemarahan ialah Malaysia yang menjadi ‘tuan rumah’ kepada pesawat MH370.

cnn-anwar-tuduh-kerajaan-sorok-sembunyi-maklumat-mh370-hilang

Dalam keadaan emosi yang berbaur, ramai yang terlupa bahawa walaupun misi pencarian MH370 terletak di bawah tanggungjawab Malaysia, tetapi misi ini kini merupakan usaha berpasukan dengan 26 buah negara lain.

Segala peralatan canggih dan juga kepakaran paling hebat di peringkat antarabangsa telah digerakkan ke rantau ini demi mencari MH370.

Namun, kesemua pakar yang terlibat turut mengakui bahawa kehilangan MH370 merupakan kes yang paling misteri dalam sejarah penerbangan dunia selepas misteri kehilangan ‘Emilia Earheart’ ‘di udara’ pada 1937.
Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan Malaysia sejak dari awal lagi akur dengan kepakaran dan peralatan negara yang terhad atau tidak sesuai dalam misi seperti ini. Justeru, sejak dari awal lagi, kerajaan menerima dengan tangan terbuka semua bentuk pertolongan yang ditawarkan oleh sesiapa jua.

Setiap taklimat yang diberikan oleh kerajaan dari masa ke semasa adalah berdasarkan maklumat terkumpul dari kerjasama dengan semua pihak yang terlibat, bukannya direka-cipta sendiri.

Oleh yang demikian, adalah pelik dan tidak adil bagi mana-mana pihak untuk menuduh kerajaan Malaysia sebagai menyembunyikan maklumat kerana kerajaan juga bergantung kepada pakar dan penyiasat dari semua negara yang terlibat untuk mendapatkan semua maklumat itu.

Pakar dan penyiasat yang dimaksudkan di sini termasuklah FBI dan Saintis Amerika, Colleen Keller, yang mengetuai pencarian pesawat AirFrance 447 yang terhempas di lautan Atlantik pada tahun 2009.

Tidak mungkin pakar dan penyiasat ini turut sama menyembunyikan maklumat dari orang ramai kerana mereka juga mempunyai reputasi masing-masing untuk dijaga, selain sifat semula jadi manusia yang prihatin terhadap mangsa dan keluarga.

Secara ringkasnya, menuduh kerajaan Malaysia lembab dan sengaja menyembunyikan maklumat, samalah ertinya dengan menuduh FBI, Colleen Keller dan kerajaan Vietnam, Indonesia, Thailand dan semua negara yang terlibat, atas tuduhan yang sama.


Menuduh memanglah mudah, tetapi sekurang-kurangnya biarlah tuduhan itu berasas dan mempunyai alasan yang boleh diterima akal.

Perlu diingatkan bahawa dalam keadaan ini, kerajaan Malaysia tidak meraih apa-apa keuntungan dengan menyembunyikan maklumat atau melambat-lambatkan pencarian. Sebaliknya, apa yang dapat kita lihat kini ialah, satu-satunya pihak yang ‘untung’ dari kehilangan MH370 adalah pihak pembangkang berdasarkan tindakan mereka menggunakan isu ini bagi memburukkan kepimpinan.

Rakyat yang berfikiran rasional pasti boleh melihat sendiri bagaimana kepimpinan negara dan juga Menteri serta pegawai kerajaan yang terlibat telah memberikan sepenuh masa dan tenaga mereka untuk MH370.

Setiap kali sidang media, keletihan dan kerisauan mereka terserlah, sekali gus menterjemahkan dedikasi dan komitmen mereka.

Di masa yang sama, rakyat juga boleh melihat sendiri bagaimana pemimpin pembangkang seolah-olah meraikan kehilangan MH370. Mereka sibuk mempromosi diri sambil bersuka-ria menghentam dan menuduh kerajaan dengan berbagai tuduhan.

Mereka jelas begitu teruja merebut peluang untuk memalukan negara sendiri sehinggakan tidak sedar bahawa mereka sebenarnya hanya memalukan diri sendiri.

Fuad Hassan Terpaksa Sekolahkan Anwar…

Anwar kata cara bapa Najib, Allahyarham Tun Razak mengurus krisis Japanese Red Army (JRA) pada tahun 1975 semasa mereka menawan 50 tebusan di bangunan American International Assurance (AIA), Kuala Lumpur adalah lebih baik dari cara Najib mengurus krisis MH370.

Masa tu katanya Tun Razak menghantar Ghazali Shafie sebagai perunding dan berjaya membebaskan 53 orang tebusan.

Saya seperti rakyat Malaysia yang sangat mengikuti peristiwa tersebut kerana pada tahun 1975 saya merupakan pemimpin pelajar di Universiti tempatan.


Pengurusan Japanese Red Army ketika itu adalah lebih mudah kerana:
1. Kita tahu dimana lokasinya: di daratan dan di kuala Lumpur.
2. Kita tahu siapa kumpulan tersebut, JRA, kerana mereka mengistiharkannya.
3. Kita tahu apa mahunya, kerana mereka ingin mendapatkan perhatian dunia tentang masalah dalaman mereka di Jepun.
4. Kita tahu mereka sedia berunding dengan kerjasama kedutaan asing.
5. Kita tahu mereka mahu keluar daripada bangunan AIA dan Malaysia.

Soalannya:
Siapa yang tahu dimana MH370 ?
Dengan siapa kita nak berunding ?
Siapa yang tahu apa kehendaknya ?
Kedutaan mana yang boleh jadi orang tengah ?
Apakah mereka masih hidup atau sebaliknya ?

Kalau Anwar boleh jawab soalaan di atas tolonglah selamatkan nyawa MH370, tak perlu sehingga jadi Perdana Menteri baru nak bertindak.

Kalau tidak, usah buat perbandingan bodoh dan tak masuk akal semata2 untuk memenangkan isterinya di Kajang.

Oh seperkara lagi, seingat saya Anwar tidak pernah memuji Tun Razak semasa hayatnya.

Tetapi beliau antara yang bertanggungjawab menghasut pelajar membenci Perdana Menteri Tun Razak sehingga akhir hayatnya. – Dato Fuad Hassan

Khamis, 20 Mac 2014

MH370: Cari kotak hitam langkah seterusnya misi SAR - Hishammuddin

MH370: Cari kotak hitam langkah seterusnya misi SAR - Hishammuddin
 
HARI KE 13: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata usaha mencari kotak hitam pesawat MH370 merupakan tindakan seterusnya yang akan dilakukan.

Hishammudin menekan kepentingan tersebut selepas mengadakan perbincangan dengan pakar dari French Civil Aviation Safety Investigation Authority (BEA).

"Saya nyatakan semalam bahawa langkah seterusnya adalah untuk mencari kotak hitam. Mengambil pengalaman kes Air France 447, walaupun mereka tahu di mana lokasi itu dan terdapat serpihan, ia mengambil masa dua tahun untuk mereka menemui kotak hitam.

"Jadi, sekarang kita akan cuba mencari kotak hitam dengan teknologi sonar dan aset tertentu perlu digunakan dalam usaha itu," kata pada sidang media di Hotel Sama-Sama, di sini, hari ini.

Awal hari ini, Perdana Menteri Australia Tony Abbot memaklumkan kepada parlimen negara tersebut mengenai penemuan dua imej satelit bersaiz 24 meter yang dipercayai tenggelam timbul di permukaan air berkemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Pakar kejuruteraan penerbangan berpendapat, objek bersaiz 24 meter ini berkemungkinan sayap pesawat Boeing 777-200ER.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, usaha mencari dan menyelamat (SAR) MH370 diteruskan di koridor Utara dan Selatan sehingga dua objek yang ditemui satelit Australia di selatan Lautan Hindi disahkan sebahagian daripada pesawat Malaysia Airlines yang hilang

Katanya, Malaysia turut menghantar dua pesawat ke Kazakhstan bagi mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dan masih belum ditemui.

Hishammuddin juga berkata, semua negara yang terbabit dengan operasi SAR MH370 sudah hantar aset ke koridor utara dan selatan.

Pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS) dalam penerbangan ke Beijing dilaporkan hilang sejak awal pagi Sabtu dan masih belum ditemui sehingga hari ini.

MH370: 'Penemuan dua objek oleh satelit Australia mungkin ada kebenarannya'

 MH370: 'Penemuan dua objek oleh satelit Australia mungkin ada kebenarannya'

KUALA LUMPUR: Penemuan dua objek oleh satelit Australia yang berada di Lautan Hindi berhampiran negara itu yang dikaitkan dengan kehilangan pesawat MH370 Penerbangan Malaysia itu berkemungkinan mempunyai kebenarannya.

Mantan Panglima Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Tan Sri Suleiman Mahmud berkata imej satelit yang dirakam pada 16 Mac itu berkemungkinan telah berubah dari segi arah dan lokasi asal sebelum ianya ditemui.

"Imej satelit yang kita sudah terima tadi itu menunjukkan imej ini telah dirakam pada 16 Mac lalu yang lalu dan setelah empat hari, ianya telah berubah arah dan lokasinya kerana ianya banyak bergantung pada cuaca dan arus lautan di kawasan tersebut," kata Suleiman kepada Astro Awani.

Beliau yang pernah menjawat jawatan tertinggi dalam TUDM itu dari tahun 2001 hingga 2003 menambah objek tersebut mungkin telah dipukul arus antara 120 hingga 130km dan menyebabkan ianya terapung-apung di luar kawasan asalnya itu.

"Apapun penemuan ini dapat menggalakkan dan memberi motivasi yang agak tinggi dan semangat baru kepada mereka-mereka yang terlibat dalam usaha mencari pesawat MH370 kerana sudah masuk hari ke-13 operasi dijalankan tanpa menemui sebarang petunjuk yang positif,".

Suleiman berpendapat dalam keadaan sedemikian sudah tentu para pencari dan penyelamat ini sedikit sebanyak berasa tertekan, letih dan kurang motivasi dan diharapkan penemuan terbaru ini bakal memberi satu perkembangan positif dalam operasi pencarian pesawat tersebut.

Menurutnya lagi, meskipun objek yang dikesan melalui satelit Australia dikaitkan dengan kehilangan pesawat MH370 namun tiada bukti kukuh dan sahih untuk mengesahkannya adalah sebagai sepihan dari pesawat tersebut.

"Malah dalam hal ini juga agak sukar untuk dikatakan pesawat ini membuat pendaratan cemas di air secara 'soft landing' atau 'hard landing' namun apa yang dapat dipastikan ialah setiap pesawat yang mendarat cemas di permukaan air lazimnya akan mencetuskan impak dimana pesawat tersebut berpecah kepada beberapa bahagian,".

Dalam hal ini, usaha mencari dan menyelamat pula akan dikordinasi di Perth di mana kawasan pencariannya akan dipecah-pecahkan kepada beberapa sekotor untuk diterokai oleh aset-aset ketenteraan pasukan penyelamat dari pelbagai negara.

"Mungkin satu pesawat akan diarahkan terbang di satu sektor dan yang lain pula di suatu sektor yang lain dan ini dilakukan demi keselamatan agar pesawat-pesawat penyelamat ini tidak pula betrtembung sesama sendiri terutama ketika pencarian dilakukan pada waktu malam,".

Rabu, 19 Mac 2014

MH370 di Maldives salah satu lokasi dalam simulator Kapten Zaharie?

Walaupun belum dapat dipastikan kesahihannya tetapi sekurang-kurangnya dakwaan penduduk Kuda Huvadhoo di Dhaal Atoll di Maldives bahawa melihat sebuah “pesawat jumbo terbang rendah” di atas rumah mereka pada awal pagi 8 Mac, mungkin petunjuk baru dalam misi pencarian MH370.
Lagipun lapangan terbang Male, Maldives dikatakan salah satu antara lima penemuan pasukan penyiasat dan Polis Malaysia dalam sistem simulator milik juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Dalam satu laporan oleh akhbar harian Maldives iaitu Haveeru, penduduk setempat mendakwa pesawat itu terbang di Kuda Huvadhoo kira-kira jaml 6.15 pagi pada hari yang sama Boeing 777 200 yang membawa 239 penumpang dan kru hilang.

maldives

Malah, mereka menggambarkan pesawat itu berwarna putih dengan jalur merah warna hampir sama digunakan pesawat Malaysia Airlines termasuk untuk penerbangan MH370.

Menurut laporan tersebut, saksi-saksi yang melihat pesawat itu bersetuju bahawa ia membuat penerbangan dari utara sehingga ke tenggara ke arah Addu, di selatan Maldives.

Ksemua mereka memberi komen mengenai bunyi kuat dari pesawat itu apabila terbang melintasi pulau itu.

“Ada yang keluar dari rumah mereka untuk melihat apa yang menyebabkan bunyi bising yang kuat,” kata saksi..

Anggota Majlis pulau itu, Mohamed Zaheem mengatakan bahawa penduduk lain di Kuda Huvadhoo turut bercakap mengenai kejadian itu.

Haveeru turut memetik seorang pakar penerbangan tempatan, yang berkata ia mungkin pesawat MH370 yang diterbangkan sehingga ke Maldives, sambil menambah bahawa kemungkinan sebarang pesawat terbang di atas pulau itu adalah sangat rendah.

Dengan maklumat terbaru ini, usaha mencari tentu boleh ditumpukan di Maldives, kepulauan yang tidak jauh daripada Sri Lanka.

Kemungkinan dakwaan penduduk Kuda Huvadhoo di Dhaal Atoll melihat pesawat ini boleh dikaitkan dengan siasatan polis terhadap simulator milik Zaharie yang diambil pihak berkuasa dari rumahnya di Shah Alam, tiga hari lalu.

Berita Harian dalam laporannya Selasa  mendedahkan landasan lapangan terbang Diego Garcia milik Amerika Syarikat antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Zaharie.

Akhbar itu memetik sumber yang berkata,penyiasatan mengambil kira penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dipandu oleh Zaharie.

Selain landasan lapangan terbang Diego Garcia, siasatan itu juga menemui landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives dan tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter.

Selasa, 18 Mac 2014

MH370: Landasan Diego Garcia antara ditemui dalam simulator Kapten Zaharie

MH370: Landasan Diego Garcia antara ditemui dalam simulator Kapten Zaharie
 
Landasan lapangan terbang Diego Garcia antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam pada Sabtu lalu, lapor Berita Harian.

Akhbar itu memetik sumber yang berkata, penyiasatan mengambil kira penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dipandu oleh Zaharie.

“Antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, sebuah lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia) serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter.

"Meskipun kelmarin Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin menafikan MH370 mendarat di Diego Garcia, siasatan tetap dibuat kerana ia berpandukan data perisian simulator penerbangan Zaharie," kata sumber tersebut kepada Berita Harian.

Sabtu lalu, pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil simulator penerbangan Kapten Zaharie Ahmad Shah di rumahnya di Shah Alam.

Ia kemudian dipasang semula semalam di ibu pejabat Bukit Aman bagi mencari petunjuk kehilangan MH370 yang masih misteri.

Sebelum ini, Amerika Syarikat menafikan kemungkinan pesawat yang membawa 239 penumpang tersebut mendarat di pangkalan mereka.

Menurut sumber itu juga, siasatan juga dibuat bagi mencari petunjuk kemungkinan juruterbang mendaratkan pesawat di landasan yang dipelajarinya dalam simulator berkenaan.

Sumber itu menjelaskan pihak PDRM menjalankan siasatan tersebut dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi mencari petunjuk dalam usaha mencari MH370.

Siasatan yang dibuat juga merangkumi kemungkinan pesawat tersebut mendarat di landasan yang kawalannya longgar, selain teori pesawat itu mungkit mendarat di atas laut, bukit atau kawasan lapang yang sesuai.

Isnin, 17 Mac 2014

Pembantu Juruterbang MH370 Fariq rancang kahwin juruterbang AirAsia

Fariq Abdul Hamid yang merupakan pembantu juruterbang pesawat MH370 yang hilang, merancang untuk berkahwin dengan seorang jurterabang AirAsia.

Menurut satu laporan akhbar Daily Express yang berpangkalan di Sabah berkata, Kapten Nadira Ramli, 26, yang bertugas di AirAsia, merupakan anak perempuan kepada seorang juruterbang kanan Malaysia Airlines (MAS).


Beliau kini bersama dengan ibu Fariq di sebuah hotel yang tidak didedahkan lokasinya di Kuala Lumpur.

Akhbar Daily Express dan beberapa portal berita mendakwa bahawa Nadira tdiberi cuti sebulan bagi membolehkan beliau mengharungi kesedihannya di atas kehilangan teman lelaki yang berusia 27 tahun bersama dengan 11 anak kapal lain dan 227 penumpang dalam pesawat MH370.


Kedua-dua mereka pernah belajar di sekolah juruterbang di Langkawi dan telah mengenali antara satu sama lain selama sembilan tahun.


Akhbar itu menambah bahawa Nadira merupakan anak bongsu kepada Kapten Ramli Ibrahim dan Nancy Jipanis yang berada di Penampang, Sabah.

Akhbar harian itu memetik seorang saudara di Kota Kinabalu sebagai berkata bahawa Nadira begitu tenang, yang dilihat memberi kekuatan kepada ibu Fariq ketika ini.

Nancy dan suaminya dilaporkan kecewa dengan akhbar dan media sosial yang mencetuskan "pelbagai cerita" mengenai pesawat MH370 yang hilang.


Akhbar Harian itu berkata, Fariq, yang merupakan anak bongsu kepada Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri Selangor, Abdul Hamid Mad Daud, berhasrat untuk berkahwin Nadira tidak lama lagi.

Akhbar tempatan di sini cuba untuk menemubual bapa saudara Fariq, Aziz Daud, 47, di rumahnya di Bunut Susu, Pasir Mas, pada Ahad tetapi ditolak secara baik.

Beliau telah dinasihatkan oleh MAS dan Kementerian yang berkaitan untuk tidak bercakap kepada media, kata Aziz.

Bagaimanapun, sepupu Fariq yang enggan namanya disiarkan, berkata juruterbang itu tidak pernah bersekolah di Kelantan kerana beliau dibesarkan di Kuala Lumpur.

Sabtu, 15 Mac 2014

MH370: Kenyataan akhbar Najib mengenai pesawat yang hilang

Berikut ialah kenyataan akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengenai pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang:

Tujuh hari lepas, pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 hilang. Kami sedar ini merupakan detik-detik yang amat menyeksakan bagi keluarga penumpang yang menaiki pesawat itu.

Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan keperitan yang sedang mereka alami. Sesungguhnya, perasaan simpati dan doa kami sentiasa bersama mereka.

Saya meneliti operasi mencari pesawat itu sepanjang masa. Pada peringkat awal operasi, saya mengarahkan supaya kawasan mencari diperluaskan; saya mengarahkan pihak berkuasa Malaysia berkongsi semua maklumat berkenaan secara bebas dan telus dengan pasukan penyiasat yang semakin besar; dan saya meminta sahabat dan sekutu kami supaya menyertai operasi ini. Sehingga hari ini, sebanyak 14 negara, 43 kapal dan 58 pesawat terlibat dalam usaha ini.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kerajaan yang memberi pertolongan dalam saat-saat yang amat getir ini. Sejak hari pertama lagi, pihak berkuasa Malaysia bekerjasama rapat dengan rakan kami di peringkat antarabangsa - termasuk negara jiran, pihak berkuasa penerbangan dan pasukan mencari dari pelbagai negara - kebanyakan mereka berada di sini sejak Ahad lepas.

Kami telah berkongsi maklumat secara tepat masa dengan pihak berkuasa yang memiliki pengalaman diperlukan bagi mentafsir data yang ada. Kami berusaha tanpa henti untuk membantu penyiasatan. Dan kami meletakkan kepentingan negara di tempat kedua dalam usaha mencari pesawat yang hilang itu.

Ramai yang faham bahawa situasi ini belum pernah terjadi sebelum ini. Kami menjalankan operasi mencari di darat, di Laut China Selatan, Selat Melaka, Laut Andaman dan Lautan Hindi. Pada setiap peringkat, kami bertindak berdasarkan maklumat yang disahkan dan kami memberi tumpuan terhadap setiap petunjuk yang boleh dipercayai.

Memang wujud pelbagai spekulasi. Kami faham keperluan mendesak untuk mendapatkan maklumat bagi pihak keluarga terbabit dan mereka yang memerhati di seluruh dunia. Namun demikian, tanggungjawab kami kepada penyiasatan dan keluarga terbabit adalah untuk hanya mengeluarkan maklumat yang sudah disahkan. Dan perkara yang memberi motivasi kepada kami ialah untuk mencari pesawat berkenaan.

Dalam fasa pertama operasi mencari, kami melakukan pencarian berhampiran posisi terakhir MH370 yang diketahui iaitu di Laut China Selatan. Pada waktu yang sama, kami dimaklumkan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia bahawa menurut radar utama mereka, sebuah pesawat udara – yang identitinya tidak dapat disahkan – telah berpatah balik. Data radar utama ini menunjukkan bahawa pesawat udara berkenaan menggunakan laluan penerbangan yang membawanya ke satu kawasan di utara Selat Melaka.

Berdasarkan data yang boleh dipercayai ini, yang kemudiannya disahkan dengan pihak berkuasa antarabangsa berkaitan, kami meluaskan kawasan mencari hingga meliputi Selat Melaka dan kemudiannya Laut Andaman.

Awal pagi tadi, saya diberi taklimat oleh pasukan penyiasat - yang dianggotai FAA, NTSB, AAIB, pihak berkuasa Malaysia serta Pemangku Menteri Pengangkutan - mengenai maklumat baharu yang memberi lebih banyak petunjuk tentang apa yang berlaku kepada MH370.

Berdasarkan maklumat terbaharu satelit, kami boleh menyatakan dengan tahap kepastian yang tinggi bahawa Sistem Pengendalian Komuniksi dan Laporan Pesawat (ACARS) dimatikan sejurus sebelum pesawat berkenaan sampai ke pantai timur semenanjung Malaysia.

Sejurus selepas itu, berhampiran sempadan kawalan trafik udara antara Malaysia dan Vietnam, transponder pesawat itu dimatikan.

Mulai saat itu, radar utama Tentera Udara Diraja Malaysia menunjukkan sebuah pesawat, yang dipercayai – tetapi tidak disahkan – MH370 memang berpatah balik. Ia kemudian terbang semula ke arah barat melalui semenanjung Malaysia, sebelum membelok ke arah barat laut.

Sepanjang tempoh itu, sehinggalah ia hilang daripada liputan radar utama tentera, pergerakan yang berlaku menunjukkan ia adalah hasil tindakan secara sengaja oleh seseorang yang berada di dalam pesawat berkenaan.

Hari ini, berdasarkan data satelit belum proses yang diperoleh daripada penyedia perkhidmatan data satelit, kami boleh mengesahkan bahawa pesawat yang ditunjukkan di dalam radar utama itu adalah penerbangan MH370.

Selepas banyak kajian forensik dibuat dan perbincangan mendalam diadakan, FAA, NTSB, AAIB dan pihak berkuasa Malaysia, yang mengkaji data itu secara berasingan, memberi pendapat yang sama.

Menurut data baharu itu, komunikasi terakhir yang disahkan berlaku antara pesawat itu dengan satelit ialah pada pukul 8:11 pagi waktu Malaysia, Sabtu, 8 Mac.

Pasukan penyiasat sedang membuat kiraan selanjutnya untuk mengetahui hingga sampai ke mana pesawat itu mungkin terbang selepas kali terakhir ia mempunyai hubungan. Ini akan membantu kami memperhalusi lagi usaha mencari.

Berikutan jenis data satelit yang ada, kami tidak dapat mengesahkan lokasi tepat pesawat itu berada ketika kali terakhir ia mempunyai hubungan dengan satelit.

Bagaimanapun, berdasarkan data baharu ini, pihak berkuasa penerbangan Malaysia dan rakan antarabangsanya memutuskan bahawa komunikasi kali terakhir antara pesawat itu dengan satelit berlaku di satu daripada dua koridor ini: koridor utara yang menjangkau lebih kurang dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand, atau koridor selatan dari Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi. Pasukan penyiasat sedang berusaha untuk memperhalusi lagi maklumat ini.

Berikutan perkembangan terbaharu ini, pihak berkuasa Malaysia mengalih fokus penyiasatan mereka kepada petugas dan penumpang pesawat berkenaan. Walaupun terdapat laporan media bahawa pesawat itu telah dirampas, saya ingin menegaskan dengan sejelas-jelasnya bahawa: kami sedang menyiasat semua kemungkinan yang boleh menyebabkan MH370 melencong daripada laluan asal penerbangannya.

Maklumat satelit terbaharu ini memberi kesan penting terhadap bentuk dan skop operasi mencari. Kami telah menghentikan operasi kami di Laut China Selatan dan menilai semula penggunaan aset kami. Kami sedang bekerjasama dengan negara berkaitan dan memohon mereka memberi semua maklumat berkenaan untuk digunakan dalam operasi mencari, termasuk data radar.

Oleh kerana dua koridor baharu itu melibatkan banyak negara, maka kedutaan negara berkenaan hari ini diundang menghadiri majlis taklimat bersama Kementerian Luar Negeri dan pakar teknikal berhubung maklumat yang baharu diperoleh itu.

Saya juga telah mengarahkan Kementerian Luar Negeri memberi taklimat penuh kepada kerajaan-kerajaan asing, yang rakyat mereka menjadi penumpang pesawat itu. Pagi tadi, Malaysia Airlines memaklumkan kepada keluarga penumpang dan petugas pesawat mengenai perkembangan terbaharu ini.

Jelas sekali, usaha mencari MH370 kini memasuki fasa baharu. Sepanjang tujuh hari lepas, kami mengikuti setiap petunjuk dan mengkaji pelbagai kemungkinan. Kepada keluarga dan rakan-rakan mereka yang terlibat, kami berharap maklumat baharu ini akan membawa kami lebih dekat kepada menemui pesawat berkenaan. - SEKIAN.

Pesawat dipesongkan, komunikasi dimatikan


NAJIB Tun Razak pada sidang media mengenai perkembangan terbaharu MH370 di Sepang petang ini, - fotoFAZRY ISMAIL
NAJIB Tun Razak pada sidang media mengenai perkembangan terbaharu MH370 di Sepang petang ini,

KETIKA melangkah memasuki bilik sidang media pada jam 2 petang tadi, wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan sangat serius.

Tiada segaris senyuman terlakar di wajahnya seperti selalu namun masih dalam nada tenang beliau mengumumkan pesawat MH370 yang hilang pada awal pagi Sabtu telah sengaja dipesongkan daripada laluan asalnya iaitu menghala Beijing.

Biarpun tidak mengesahkan mahukan menafikan pesawat milik Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) itu dirampas atau sebaliknya beliau yakin misteri kehilangan ini mempunyai kaitan dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang yang turut menaiki pesawat berkenaan.

Justeru, siasatan kini tertumpu kepada penumpang dan krew yang berada dalam pesawat MH370.

Tambahnya, berdasarkan maklumat satelit terbaharu itu, pasukan penyiasat berjaya mengesan dan menentukan pesawat berkenaan mungkin membuat komunikasi terakhir di dua koridor iaitu koridor utara dan koridor selatan.

Koridor utara mencakupi kawasan sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke selatan Thailand manakala koridor selatan pula merangkumi kawasan daripada Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Jumaat, 14 Mac 2014

Transponder MH370 Mungkin Sengaja Dimatikan - Pakar

Malaysia Airlines





Bukti baharu yang diperolehi mencadangkan bahawa komunikasi dari pesawat Malaysia Airlines yang hilang mungkin secara sengaja telah dipotong.


ABC News berkata penyiasat AS kini percaya trasponder dan sistem laporan data pesawat yang melaporkan kedudukannya dalam penerbangan kepada radar di darat ditutup secara berasingan.

Fakta menunjukkan peranti nampaknya telah dimatikan selang 14 minit antara satu sama lain, menunjukkan bahawa ia mungkin sengaja dimatikan atau dalam maksud lain ia bukan akibat bencana terhadap pesawat di udara, menurut rangkaian AS.

Transponder itu telah dimatikan 30 minit selepas komunikasi akhir dari kokpit, masa yang hampir sama yang Malaysia percaya pesawat itu mungkin telah berpatah balik, menurut Washington Post.

MH370: Di mana mereka?


mh370

Norli Akmar Hamid, 33, dan Mohd Razahan Zamani, 29, baru sahaja berkahwin lebih setahun yang lalu dan merancang untuk bercuti bersama di Beijing. Mereka hilang sejak enam hari lalu.


mh370
 
Sofuan Ibrahim, 33, mendapat tawaran bertugas di luar negara daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan dalam perjalanan untuk melapor diri di Beijing. Dia hilang sejak enam hari lalu.

mh370
 
Kranti Shirsath, 44, dalam penerbangan ke Korea Utara melalui Beijing untuk bertemu suaminya, Pralhad Shirsath. Mereka tinggal berasingan sepanjang 17 tahun usia perkahwinan kerana tuntutan kerjaya. Mereka sudah merancang untuk hidup bersama sebagai sebuah keluarga di India. Dia hilang sejak enam hari lalu.

mh370

Tan Wei Chew (kiri), 19, baru lulus kolej dan ingin bercuti bersama keluarganya sebelum memohon tempat di sebuah universiti di Amerika Syarikat. Dia dan ibu bapanya hilang sejak enam hari lalu.

mh370
 
Andrew Nari menghabiskan banyak masa jauh dari rumah kerana tugasnya sebagai ketua pramugara yang memerlukan dia terbang hampir sepanjang masa. Anak perempuannya kini begitu merinduinya. Dia hilang sejak enam hari lalu.

mh370
 
Noorida Mohd Hashim, 57, baru bersara selepas berkhidmat dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Dia diraikan dalam satu majlis jamuan perpisahan tidak sampai 12 jam sebelum berlepas ke Beijing untuk bercuti. Dia hilang sejak enam hari lalu.

mh370

Datuk Mohamed Ramli Abbas, pengerusi Kumpulan Modal Perdana, tidak mengikut isteri dan dua anaknya ke Beijing yang turut menaiki pesawat MH370. Noorida, pesara DBKL, merupakan adik iparnya. Keluarganya hilang sejak enam hari lalu.

Rabu, 12 Mac 2014

Zaharie Ahmad Shah, Fariq Abdul Hamid Pilots on Missing MH370 Flight: Who Are They?

Fariq Hamid, left, and Zaharie Shah.(Twitter/Facebook)
Fariq Hamid, left, and Zaharie Shah.(Twitter/Facebook)

Zaharie Ahmad Shah was the pilot on Malaysia Airlines flight MH370, which went missing; Fariq Abdul Hamid was the co-pilot.

Who are these two men?

Zaharie
Zaharie joined the airline in 1981 and has 18,365 hours of flight experience. He’s a 53-year-old Malaysian resident.

He was described as an aviation geek by a Malaysian Airlines co-pilot who flew with him in the past.

"He was an aviation tech geek. You could ask him anything and he would help you. That is the kind of guy he is," the pilot told Reuters.

Selasa, 11 Mac 2014

Majlis Peguam turut sahkan Anwar meliwat

Sama ada sedar atau tidak, Majlis Peguam Malaysia mengesahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan mendakwa hubungan seks luar tabii itu dilakukan atas dasar suka sama suka di antara dua lelaki dewasa.
Kesimpulan itu dibuat oleh Presidennya, Christopher Leong, dalam satu kenyataan media pada Ahad, 9 Mac lalu yang turut disiarkan laman web rasmi majlis berkenaan.

Majlis Peguam sahkan Anwar liwat

"Majlis Peguam amat terganggu dengan hukuman penjara lima tahun ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Rayuan, atas apa yang jelas merupakan hubungan seks suka sama suka antara dua orang dewasa," kata Christopher.

Menurut Christopher, kesalahan di bawah Seksyen 377A yang meletakkan liwat sebagai jenayah hanya terpakai jika liwat tersebut dilakukan atas dasar paksaan, sedangkan dalam kes Anwar, dakwanya ia dilakukan atas dasar kerelaan mangsa.

Jumaat lalu, Anwar dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama-sama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh sebulat suara mendapati Anwar bersalah pada pukul 6.15 petang ini setelah mendengar hujah kedua-dua pihak sejak pukul 9.15 pagi.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman itu ditangguhkan sementara menunggu rayuan dengan syarat Ahli Parlimen Permatang Pauh itu perlu membayar jaminan sebanyak RM10,000 pada Isnin.

Panel hakim berkenaan memutuskan demikian setelah membenarkan rayuan pihak pendakwaan yang diketuai oleh peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan tersebut.

Bar Council sahkan Anwar liwat

Ketika Mahkamah Tinggi berkenaan melepas dan membebaskan Anwar, bekas presiden Majlis Peguam ketika itu, Lim Chee Wee juga mengeluarkan kenyataan yang sama dengan Christopher iaitu menyambut baik pembebasan Anwar.

“Dakwaan terhadap Anwar, yang berasaskan kepada peruntukan lapuk Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hubungan seks suka sama suka antara orang dewasa suatu jenayah, tidak harus sesekali dibawa ke mahkamah,” kata Lim yang turut dipetik akhbar Utusan Malaysia.

Anwar, 67, disabit bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Ketua Pembangkang itu didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Ini merupakan sabitan kedua terhadap Anwar selepas dia penah dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 2000 setelah didapati bersalah meliwat bekas pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar.

Bagaimanapun, empat tahun kemudian, hukuman dan sabitan tersebut berjaya diketepikan oleh beliau di Mahkamah Persekutuan pada 5 September 2004 dengan keputusan majoriti 2-1.

Karpal Singh hilang kelayakan Ahli Parlimen

Dari segi teknikal Karpal Singh sudah gugur sebagai Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor. Ini setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin, mengenakan denda RM4,000 ke atasnya kerana didapati bersalah membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak pada tahun 2009.

Apapun setakat ini, beliau masih kekal sebagai seorang Ahli Parlimen kerana berhak membuat rayuan ke mahkamah lebih tinggi terhadap keputusan itu.

Ikut peraturan seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika kena hukuman penjara lebih setahun atau denda lebih RM4,000.

Karpal membuat kesalahan itu semasa kehangatan isu Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat tumbang selepas 11 bulan berkuasa kerana tiga ahli Dewan Undangan Negeri 'lompat'

Peguam terkenal ini didakwa pada 21 Februari 2009 ada berkata, Sultan Perak boleh dikenakan tindakan kerana melucutkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

Keputusan menghukum Karpal itu dibuat oleh Hakim Azman Abdullah.

Karpal yang ditemui wartawan kemudian berkata, beliau masih Ahli Parlimen dan kedudukannya hanya boleh diputuskan selepas selesai proses rayuan.

Wajah dua suspek penumpang passport curi MH370

Teka-teki siapa dua suspek yang guna passport curi menaiki pesawat MH370 yang hilang Sabtu lalu terjawab petang Isnin, selepas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan kepada media.

Polis mengesahkan seorang daripada penumpang yang menaiki pesawat MH370 dengan menggunakan pasport yang dilaporkan hilang dan milik orang lain itu adalah warga Iran yang bercadang untuk berhijrah ke Jerman, kata Khalid.

Beliau mendedahkan identiti lelaki itu sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19 tahun.

"Kita telah semak latar belakangnya. Kita juga telah semak profailnya dengan pihak polis di negara lain dan kita percaya dia tidak mungkin anggota mana-mana kumpulan pengganas," kata Khalid.

Pouria Nour menggunakan pasport Austria milik Christian Kozel yang disahkan dicuri di Phuket, Thailand.

Khalid turut mengesahkan semua yang membeli tiket menaiki pesawat MH370 yang hilang ketika penerbangan ke Beijing, awal pagi Sabtu.

Beliau berkata, siasatan dijalankan terhadap semua rakaman video, termasuk dengan jabatan lain dan latar belakang semua penumpang MH370.

Menurutnya lagi, polis kaji empat aspek dalam penyiasatan terhadap kehilangan pesawat MH370 iaitu rampasan, sabotaj, masalah psikologi penumpang, kru dan masalah peribadi.

Pengumuman Khalid mengenai warga Iran itu selari dengan hasil siasatan polis di Thailand yang mendapati dua penumpang MH370 dengan pasport curi itu mungkin pelarian yang mencari suaka.


Ia berdasarkan kepada tempahan tiket harga paling murah serta laluan transit Kuala Lumpur-Beijing-Amsterdam sebelum menuju ke destinasi akhir masing-masing ke Copenhagen, Denmark dan Frankfurt, Jerman.

"Berdasarkan kepada tempahan tiket saja, sekiranya keganasan, mereka tentunya mengkhususkan laluan dan pesawat yang hendak dinaiki," kata Ketua Polis Pattaya, Supachai Puikaewcome seperti dipetik oleh Reuters pada Selasa.

Penumpang pasport curi itu dibantu oleh dua warga Iran yang menguruskan tempahan tiket daripada sebuah agensi pelancongan yang sudah dilanggani oleh orang tengah itu sejak tiga tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen Aloyah Mamat berkata dua penumpang pasport curi itu menggunakan pasport yang sama untuk masuk dan keluar dari Malaysia.

"Kita tidak dapat kesan. Sistem (pasport) kita biometrik. Saya tidak pasti pasport mereka ada biometrik atau tidak," katanya, sambil menegaskan semua protokol keselamatan sudah dipatuhi.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman pada Isnin memaklumkan siasatan berhubung isu pasport curi itu kini bertumpu kepada aspek penglibatan sindiket pasport.

Mei Fun lawan Azizah di PRK Kajang

Mei Fun dan Wan Azizah selepas selesai menghantar borang pencalonan PRK DUN Kajang kepada SPR di Bangi, Selangor pagi tadi.Gambar FAZRY ISMAIL
Mei Fun dan Wan Azizah selepas selesai menghantar borang pencalonan PRK 
DUN Kajang kepada SPR di Bangi, Selangor pagi tadi. 
 
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara dua wanita yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman mengumumkan bahawa Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon BN manakala Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mewakili parti itu.

Pengumuman itu dibuat pada 10.10 pagi ini selepas proses penamaan calon tamat di pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.

Chew, 50, yang merupakan bekas timbalan menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat pada 2009 menyerahkan kertas penamaan pada jam 9.07 pagi, manakala Wan Azizah, 61, berbuat demikian pada 9.10 pagi.

PRK Kajang diadakan susulan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh, daripada PKR pada 27 Januari.

Pengunduran Chin Cheh membuka jalan pada mulanya bagi Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding bagi pilihan raya kecil ini, dengan PKR mengumumkan keesokan harinya untuk meletakkan Anwar sebagai calon parti itu.

Anwar bagaimanapun terpaksa membatalkan rancangannya berikutan keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lepas yang menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadapnya kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan kira-kira enam tahun lepas.

Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei tahun lalu, Lee memperoleh majoriti 6,824 undi pada pertandingan enam penjuru di Kajang melibatkan calon BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terdapat 39,278 pemilih berdaftar yang layak mengundi pada pilihan raya kecil DUN Kajang, termasuk 1,197 pengundi awal dan 26 pengundi dalam kategori tidak hadir atau berada di luar negara.

Jumlah keseluruhan pengundi itu terdiri daripada Melayu (48 peratus), Cina (40 peratus) dan India (10 peratus). Lima puluh peratus daripada jumlah pengundi adalah wanita.

Sebanyak 18 pusat mengundi akan dibuka, iaitu tiga pusat mengundi bagi undi awal pada 19 Mac ini, manakala 15 lagi pusat mengundi pada hari pengundian biasa iaitu 23 Mac.