Selasa, 11 Mac 2014

Majlis Peguam turut sahkan Anwar meliwat

Sama ada sedar atau tidak, Majlis Peguam Malaysia mengesahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan mendakwa hubungan seks luar tabii itu dilakukan atas dasar suka sama suka di antara dua lelaki dewasa.
Kesimpulan itu dibuat oleh Presidennya, Christopher Leong, dalam satu kenyataan media pada Ahad, 9 Mac lalu yang turut disiarkan laman web rasmi majlis berkenaan.

Majlis Peguam sahkan Anwar liwat

"Majlis Peguam amat terganggu dengan hukuman penjara lima tahun ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Rayuan, atas apa yang jelas merupakan hubungan seks suka sama suka antara dua orang dewasa," kata Christopher.

Menurut Christopher, kesalahan di bawah Seksyen 377A yang meletakkan liwat sebagai jenayah hanya terpakai jika liwat tersebut dilakukan atas dasar paksaan, sedangkan dalam kes Anwar, dakwanya ia dilakukan atas dasar kerelaan mangsa.

Jumaat lalu, Anwar dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama-sama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh sebulat suara mendapati Anwar bersalah pada pukul 6.15 petang ini setelah mendengar hujah kedua-dua pihak sejak pukul 9.15 pagi.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman itu ditangguhkan sementara menunggu rayuan dengan syarat Ahli Parlimen Permatang Pauh itu perlu membayar jaminan sebanyak RM10,000 pada Isnin.

Panel hakim berkenaan memutuskan demikian setelah membenarkan rayuan pihak pendakwaan yang diketuai oleh peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan tersebut.

Bar Council sahkan Anwar liwat

Ketika Mahkamah Tinggi berkenaan melepas dan membebaskan Anwar, bekas presiden Majlis Peguam ketika itu, Lim Chee Wee juga mengeluarkan kenyataan yang sama dengan Christopher iaitu menyambut baik pembebasan Anwar.

“Dakwaan terhadap Anwar, yang berasaskan kepada peruntukan lapuk Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hubungan seks suka sama suka antara orang dewasa suatu jenayah, tidak harus sesekali dibawa ke mahkamah,” kata Lim yang turut dipetik akhbar Utusan Malaysia.

Anwar, 67, disabit bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Ketua Pembangkang itu didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Ini merupakan sabitan kedua terhadap Anwar selepas dia penah dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 2000 setelah didapati bersalah meliwat bekas pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar.

Bagaimanapun, empat tahun kemudian, hukuman dan sabitan tersebut berjaya diketepikan oleh beliau di Mahkamah Persekutuan pada 5 September 2004 dengan keputusan majoriti 2-1.

Tiada ulasan: