Sabtu, 8 Mac 2014

Penyokong upahan Anwar buat kecoh di Istana Kehakiman

 Para penyokong Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim bersorak  di Mahkamah Rayuan,Putrajaya pada Mac 7,2014. Mahkamah membenarkan beliau diikat jamin RM10,000 dan perbicaraan disambung semula pada isnin minggu hadapan.Anwar berhadapan hukuman penjara 5 tahun jika disabitkan bersalah kerana meliwat Saiful Bahri.  Fazry Ismail / MalaysiaGazette
Para penyokong Anwar Ibrahim bersorak di Mahkamah Rayuan, Putrajaya. Mahkamah membenarkan Anwar diikat jamin RM10,000 dan perbicaraan disambung semula pada Isnin minggu hadapan. Anwar berhadapan hukuman penjara lima tahun jika disabitkan bersalah kerana meliwat Saiful Bahri.

SEBAIK sahaja keputusan kes liwat Anwar Ibrahim diketahui dan tidak menyebelahi Ketua Pembangkang, sekumpulan kira-kira 100 penyokongnya membuat kecoh di hadapan Istana Kehakiman di sini lewat petang tadi.

Sambil mengeluarkan kata-kata kesat – mereka yang berhimpun sejak jam 8 pagi tadi berkumpul di perkarangan mahkamah dan hanya berehat untuk menunaikan solat Jumaat sahaja.

Suasana mula kecoh apabila beberapa pemimpin pembangkang seperti Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali datang dengan menaiki kereta sekitar pukul 4 .15 petang.

Keadaan sedikit tegang apabila beberapa penyokong cuba menyerbu pintu masuk Istana Kehakiman sejurus dua peguam bersama Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd. Akin tidak dibenarkan masuk.



Sebaik sahaja melihat Anwar dan keluarganya keluar kira-kira jam 7.30 malam, para penyokong berteriak sehingga memaksa sekumpulan anggota polis yang berkawal bertindak.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, keamanan di Istana Kehakiman sepanjang prosiding di dalam dan luar mahkamah dalam keadaan baik.

"Tiada tangkapan dan rampasan sepanjang hari ini dan selesai tanpa sebarang insiden tidak diingini," ujarnya sambil memberitahu orang ramai mulai bersurai kira-kira pukul 7.45 malam.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran