Seramai 2,800 anggota tentera Turki yang khianat cuba merampas kuasa sudah ditangkap pihak berkuasa negara tersebut.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Perdana Menterinya, Binali Yildirim yang dipetik dalam media antarabangsa BBC.
Kesemua suspek itu yang ditahan di seluruh Turki itu kini dalam tahanan pihak berkuasa.
Sementara itu, 200 daripadanya dikatakan telah menyerahkan diri manakala 161 disahkan terbunuh.
Agensi
berita tempatan pula melaporkan sebahagian besarnya adalah orang awam
dengan lebih 1,440 yang lain cedera dan sedang menerima rawatan di
hospital.
Jeneral tentera yang berjaya diselamatkan daripada
tahanan tentera pemberontak berkenaan, Hulusi Akar dilaporkan CNN akan
mengetuai operasi terhadap kumpulan yang mencuba untuk menggulingkan
kerajaan.
Namun beberapa pimpinan tentera yang turut ditangkap pemberontak sebelum ini masih belum diketahui nasibnya.
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pula dalam kenyataannya sebentar tadi mengesahkan beliau masih berkuasa di Turki.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan